Powered by Nuffnang

22 December 2010

Malaikat maut dan pisang gorengnya.

Alkisah, Danial (bukan nama sebenar) adalah seorang yang begitu rapat dengan saudara-maranya, baik Paklong, Pakngah, Toklang atau Tokcai sekalipun, semuanya diambil berat. Maka, pada satu hari, hati Danial telah terdetik untuk berjumpa PakChaq nya untuk berbual-bual sambil menikmati pisang goreng dan kopi 'o'. Dalam perjalanan itu, beliau singgah membeli pisang goreng sebanyak RM2. Sampai saja di sana beliau terus duduk berbual mesra dan mengunyah pisang goreng dengan Pakchaqnya. Selepas selesai, beliau pun pulang. Sesampainya di rumah ibunya memaklumkan bahawa Pakchaqnya telah kembali ke rahmahtullah. Beliau begitu terkejut namun redha.
Pada bulan berikutnya, beliau terdetik pula untuk menikmati pisang goreng dengan Toklang nya. Sama seperti yang lalu, mereka berbual sambil menikmati pisang goreng. Apabila selesai saja dan pulang ke rumah, sekali lagi beliau dimaklumkan oleh ibunya tentang Toklang nya yang telah meninggalkan mereka. Alangkah terkejutnya. Mereka adalah orang-orang yang disayanginya. Keluarganya menggelar beliau, malaikat maut.
Maka beberapa bulan kemudian, hati Danial terdetik untuk berjumpa dengan TokNgah Daud nya. Beliau lalu singgah membeli pisang goreng. Tiba-tiba Danial tersentak apabila teringat tentang peristiwa lepas, lalu mengalir lah air matanya. Rasa berat hatinya, namun dia menyakini bahawa itu semua kehendak dan takdirNya. Selepas saja Danial dan TokNgah Daud nya selesai, sayu dan takut menyebulungi hati dan sanubari Danial. "Danial." TokNgah Daud nya memanggil. Danial berpaling. "Terima kasih nak. Kau memang anak yang bagus, selalu menghormati dan melayani orang-orang tua macam TokNgah, uhuk uhuk.." Kata TokNgah batuk-batuk kerana beliau sudah tua sambil tersenyum. Sampainya di rumah ibunya hanya diam. Beberapa minit kemudian, Toksu, Pakcik Kamal, Paklang Idris dan Murad sepupunya, sampai di rumah. Mereka berbual di ruang tamu bersama ayah Danial. Danial juga turut serta. Dalam nada sebak Paklangnya berkata, "Danial, terima kasih sempurnakan hajat Tokngah. Dah 2 hari Tokngah ada menyebut teringin nak merasa pisang goreng. Nampaknya kamu sangat memahami. Janganlah kamu mengambil hati orang menggelar kamu malaikat maut ya" Danial hanya mengangguk kelesuan.
Beberapa bulan kemudian, Danial terdetik untuk menikmati pisang goreng. Petang itu, dengan air kopi yang dibuat ibunya, beliau menghirup sambil menikmati angin yang tenang dan damai..

20 December 2010

Selawat TAFRIJIYAH

Selawat TAFRIJIYAH atau dipanggil Selawat NARIYAH




"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

19 December 2010

Terasa Hati.

Si Razip mempunyai sensitivi 'ultrahigh' mengalahkan seorang perempuan ayu dan jelita. Alkisah, masa kecil-kecil dulu, arwah ibunya selalu kata, "kalau la kamu anak perempuan senang menguruskan rumah". Itu adalah satu doa. Sepuluh tahun berlalu, jiwa Si Razip mula mengalami kelembutan, mudah tersentuh hati, terasa dan kecik hati macam seorang perempuan cantik. Beliau bernasib baik kerana tidaklah sampai menjadi 'softlan' - lembut dan wangi, kerana rasa itu dipertahankan dari menguasai diri dan pemikiran. Harap-harap ibu-ibu di luar sana tidak berkata seperti itu kepada anak-anak lelaki yang kuat. Masalah yang dihadapi Sang Razip sangat besar, lemah-lembut,sopan santun,jiwa yang lembut macam tuala, mudah terasa, mudah kecil hati, mudah tersentuh, tak seperti lelaki kuat. Beliau berusaha untuk menjadi lelaki sebenar dengan berenang, berlari dan bermain komputer. Bila terasa hati atau merajuk beliau tidak marah kerana beliau faham, itu hanya perasaan semata-mata. Semoga beliau tabah dan menjadi lelaki. Go!Go!Go! (pergi!pergi!pergi!).

07 December 2010

Manusia dipisahkan oleh darjat.

Alkisah, pernahkah anda menonton filem P.Ramlee, Antara Dua Darjat atau Ibu Mertua ku? Ingatkah anda pada babak "Kamu ni kerja apa?","ahli muzik makcik." "Apa?! ahli muzik? pantang keturunanku bermenantukan ahli muzik". Perlukah manusia dipisahkan kerana darjat? Orang kaya, kerabat diraja, ahli politik, ahli nujum, ahli sukan, dan segala-gala darjat di muka bumi ini? Ada sukan orang kaya, makanan orang kaya, pakaian orang kaya, rumah orang kaya,senaman orang kaya pun ada. Untuk apakah adanya darjat? Untuk membezakan apa? Bukankah bila kita mati nanti kita masih ditanam di dalam tanah? Kubur pun digali oleh tukang kubur. Walaupun demikian syukurlah apapun darjat kita, kita masih mampu menikmati coklat Cadburry kerana coklat Cadburry tidak mengenal darjat.

02 December 2010

Sos ada?

Waktu makan tengahari, semua orang sibuk mengadap hidangan masing-masing. Saya cuma berdiri sambil memantau makanan agar cukup. Seorang pegawai datang ke pintu masuk ke tempat masak dan bertanya, "Sos ada?". Namun semua petugas-petugas begitu sibuk tidak memberi sebarang tindak balas terhadap pertanyaan itu. Saya yang berdiri di sebelah beliau mengulangi pertanyaan itu. "Sos ada?". Semua petugas berhenti dan memandang kami berdua. "Sos ada?" Kami serentak bertanya. "Ada, ada, ada, ada" Seorang petugas membalas lalu pergi mengambilnya. Yang lain hanya senyum-senyum dalam kesibukan. Semasa menunggu sos diambil, kami masih suka mengulang soalan pada yang lalu. "Sos ada? Sos ada? Sos ada?". Mereka hanya tersenyum. Sejak hari itu bila saya melalui tempat makan tersebut, saya akan tanya. "Sos ada?" dan mereka hanya tersenyum.

29 November 2010

Memeriahkan lagi majlis berkhatan

Pada musim cuti sekolah ini ramai kanak-kanak akan berkhatan. Kanak-kanak yang tak berkhatan tak boleh kawin,katanya datuk dan bapa saudara dulu. Sekiranya diadakan majlis berkhatan beramai-ramai akan menjadi bertambah meriah.
Di sini saya menambahkan lagi acara-acara atau perkara yang boleh menambahkan majlis berkhatan
1. Sediakan belon untuk kanak-kanak yang hadir.
Mesti ramai kanak-kanak yang datang dan gembira.
2.Adakan cabutan bertuah

3. Jemput pancaragam sekolah
Semasa kanak-kanak yang hendak dikhatankan diarak, pancaragam boleh mengiringi perarakan tersebut.
Sambil mendendangkan lagu Nyet-nyet semut dapat menambahkan keghairahan mereka untuk bersunat.

4. Buka gerai-gerai kecil macam kat pesta sekolah seperti gerai ais kacang, keropok lekor dan popcorn.
5. Membuka gerai pameran seperti AADK, Rakan Cop dan Kesihatan
Selain melawat rakan-rakan yang berkhatan, kanak-kanak dapat menambahkan pengetahuan dan kesedaran
6.Jemput FRU bersama kereta penyembur air nya.
Disamping dapat menyembur kanak-kanak itu, FRU dapat mendekati kanak-kanak dan memberi perangsang dan bercita-cita menjadi Anggota FRU. Tapi jangan sampai menembak gas pemedih mata pulak..
7.Adakan pertunjukan kawad kaki sekolah 
Acara ini dapat menghiburkan tetamu yang datang disamping dapat meningkatkan penyertaan pelajar-pelajar di musim cuti sekolah dengan kegiatan yang berfaedah. 
20090418_8
Diharapkan dengan adanya perkara-perkara di atas dapat memeriahkan lagi majlis berkhatan disamping dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran.

Kredit: semua gambar dari website.

27 November 2010

Sayang Anak berpada-padalah.

Ingat tak dulu masa kita kecil-kecil. Ayah kita garang. Mak kita bila ayah kita marah, beliau diam saja. Beliau diam memang sebab kita salah. Bila pergi sekolah, nakal, cikgu bagi rotan dekat punggung. Balik rumah diam-diam, mana berani bagitau ayah, nanti tak pasal-pasal dapat habuan tali pinggang percuma. Kalau bagitau ibu, berbiratlah dapat hadiah penyangkut baju. Begitulah ibu-bapa kita mendidik kita. Sama juga masa kita kecil-kecil, nakal. Pergi rumah orang panjat sana sini, ayah jeling je, takpun ibu berdehem, terus duduk diam-diam. Jika di rumah, sibuk tengok Doraemon jam 7, dengar saja motor ayah, terus lari pergi mandi.
Sekarang? Saya pun tak faham kenapa ibu-bapa terlalu manjakan anak-anak mereka. Manjakan ya, bukan sayang. Apa anak-anak buat semua betul. Salah tu, itu menyebabkan anak-anak tidak lagi menghormati ibu-bapa. Anak-anak juga akan menjadi tidak pandai berdikari. Apa anak-anak hendak, belikan saja. Bila orang lain tegur anak-anak kita, kita marah, yela, anak-anak kita saja yang baik. Anda tahu apa kesannya? Anak-anak terutamanya remaja akan berani buat apa saja, sebab ibu-bapa mereka akan pertahankan mereka walaupn mereka salah. Kalau ibu-bapa tegur pun mesti mereka buat tak tahu saja. Tengok saja kanak-kanak sekarang, marah pun buat tak tahu. Yela, ibu bapa mereka cuma marah. "jangan panjat, jangan panjat" itu saja. Saya dulu, tak dengar kata balik rumah dapat la habuan yang lumayan.
Oleh yang demikian, kita perlu memberi didikan sewajarnya, memberikan kasih sayang, bukan memanjakan anak-anak kita. Marilah kita renungkan untuk masa depan anak-anak kita.

26 November 2010

Cukup-cukup makan saja.

Ini adalah perkataan biasa semasa belajar di Universiti dulu. Setiap awal semester, kita dan kawan-kawan akan bertanya tentang CGPA masing-masing. Jawapan yang kita dapat adalah "cukup-cukup makan saja", "bolehla". Yaka? 2.0 cukup-cukup makan, 3.0 cukup-cukup makan, dan penerima Anugerah Dekan pun cukup-cukup makan. Kenapa ya? Mungkin kita tak mahu bangga diri agaknya.

A: macam mana CGPA kau?
B: cukup-cukup makan saja.
A: Berapa tu?
B: 3.5 saja. Aku sasarkan 3.65 semester ni. Kau pula bagaimana?
A: Bolehla. Naik sikit dari sem lepas. Sem ni 3.89. Pening aku.
B: Itu la aku pun pening.
Kalau lah saya di situasi di atas saya tak pening. Hahaha. Orang selalu tanya CGPA saya, saya pun jawab cukup - cukup makan. Lalala..

25 November 2010

Sebuah rumah, di sebuah kampung, di sebuah daerah

Ini adalah sebuah rumah yang terletak di sebuah kampung. Apa yang ingin diceritakan di sini ialah kadar oksigen yang tinggi menyebabkan kawasan ini agak nyaman. Kampung tersebut terletak di pinggir sebuah bukit. Kawasan ini sungguh segar dan nyaman terutamanya di waktu pagi kerana terdapat banyak pokok. Jika dibandingkan rumah saya, bukan saja panas, malah banyak habuk dan debu yang boleh menyebabkan batuk dan demam. Saya rasa penduduk di rumah dan kampung ini mesti mempunyai kesihatan yang baik, paru-paru yang bersih, sentiasa tenang dan gembira. Pasti setiap orang mengimpikan keadaan yang demikian. Saya teringat semasa zaman sekolah rendah, keadaan yang tenang, angin yang nyaman seolah-seolah berada di tahun awal 70 an. Kadar oksigen dalam udara menyebabkan kita menghidu udara yang sangat bersih dan nyaman.

Bertoksinnya kaki ku.

Selepas memakai Detox Foot Patch

Saya telah memesan Detox Foot Patch dari seorang pengedar yang berharga RM30 (10 pasang). Gambar di atas adalah kesan kali pertama saya menggunakannya. Ngeri mata melihat, ngeri lagi bahu memikul. Baunya pahit-pahit seperti getah terbakar. Saya akan meneruskan lagi sehingga habis stok. Patut badan menjadi berat, lesu tidak bermaya. Ini disebabkan kadar toksin dalam badan sangat tinggi. Maklumlah kita tidak menjaga makan dan malas bersenam. Jadi, marilah kita meningkatkan tahap kesedaran terhadap kesihatan kita.

Apa saya cakap ni...

 Saya menghadiri satu mesyuarat diadakan di sebuah Agensi Kerajaan. Selepas selesai, ahli mesyuarat menikmati minum petang yang dihidangkan secara bufet. Kami berdiri membentuk satu bulatan sambil berbual kerana baru berkenalan. Saya yang paling muda diantara semua. Seorang ahli bertanya kepada saya, " Encik dah berkahwin?". Lantas saya menjawab dengan yakin, "belum,masih bujang pom pom." Kumpulan itu terhenti, lalu bertanya serentak, "pom pom?". Saya terkejut "errr, bujang trang trang, pom pom sebab dah lama bujang". "Ohhh..." mereka membalas serentak. Dalam perjalanan balik, saya berfikir, kenapa tiba-tiba terkeluar pom pom? Saya senyum sendiri. Apa la saya cakap ni.

18 November 2010

Bertepuk sebelah tangan? Pengalaman yang baik.



   Saya pernah melaluinya beberapa kali. (Aku yang malang). Setelah beberapa saya tidak lagi memikirkan hal itu (cinta). Saya selalu berdoa untuk dapat kekasih yang baik hati, yang mencintai saya seadanya. Bagaimanakah yang dikatakan bertepuk sebelah tangan? / Tidak berminat dengan anda? Menawan hati permasuri anda bukanlah mudah. Orang yang anda cintai tidak semestinya sama dengan anda. Pelbagai usaha anda lakukan namun tidak berjaya. Wanita yang tuhan ciptakan ini adalah unik dan rumit untuk difahami sepenuhnya. 
   Anda telah mencuba pelbagai kaedah, sanggup mengorbankan diri, membuang ego anda, memberi komitmen sepenuhnya kepadanya, taat setia dan mempertahankannya dari sebarang ancaman kejahatan. Kalau ada masalah anda sentiasa bersedia untuknya, walaupun nyawa menjadi taruhan (tak sesuai untuk mengorat, sesuai kepada isteri anda sahaja.). Namun, dia hanya tidak pedulikan pun. Bila anda telefon, ada saja kerjanya atau dia buat biasa-biasa saja, bila anda ajaknya keluar jalan-jalan atau makan-makan. dia akan menolak atau ikut juga tapi tidak teruja (excited). Susah kan. Akhir sekali, anda katakan yang sukakannya tetapi dia berkata, maafla awak, hati saya belum terbuka untuk cinta, atau saya belum bersedia, atau awak baik,carila org lain (haha, kita cari lain la jawabnya). Anda janganlah terus kecewa, kerana pengalaman itu mematangkan anda. Anda rasa macam malu kan, anda akan lebih berani selepas ini. Jadi apabila anda bertepuk sebelah tangan, walaupun berasa sedih, tabahkan hati, buat biasa-biasa,walaupun lambat anda memulihkan diri, itulah pengalaman berharga. Pengalaman seperti itu akan membuatkan anda tahu yang susahnya memiliki hati seorang wanita. Dengan demikian, anda akan menghargai seorang perempuan yang mencintai anda, sehingga mengurangkan peratus penceraian di negeri anda.


Tengok Wayang: R.E.D Retired Extremely Dangerous



Mengisahkan mengisahkan seorang ejen CIA, Frank Mosses (Bruce Willis) yang telah pencen. Namun pihak atasan ingin menghapuskannya. Rupa-rupanya bukan dia saja malah kesemua bekas pasukannya. Hasilnya, pasukannya bergabung semula untuk menentang plot yang telah dirangcang oleh penjahat. Lebih malang, seorang Ejen tertinggi CIA turut dipergunakan untuk menghapuskan mereka. Namun akhirnya, ejen tersebut menyedari dia digunakan, lalu membantu di saat akhir. Yang pastinya orang-orang lama ini memang bahaya kerana pengalaman mereka yang telah lama berkhidmat.

Penilaian saya: 4 bintang.
Kaki wayang: Mesti tengok.

16 November 2010

Bahasa jiwa bangsa,rosakkan bahasa,rosakkah bangsa?

 Topik ini sengaja saya bincangkan setelah saya mendengar keluhan beberapa orang yang bimbang dengan penggunaan bahasa di kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah. Entri sebelum ini ada dibincangkan mengenai bahasa rempit. Merujuk kepada seorang guru Bahasa Melayu, Puan Syakirah (adik ipar saya) penggunaan slanga ini memang amat membimbangkan kerana memberi kesan dalam mata pelajaran penulisan Bahasa Melayu. Jika anda terbaca pesanan ringkas di telefon bimbit pelajar-pelajar sekolah mendapati majoritinya menggunakan bahasa rempit ini.Persoalannya, adakah penggunaan bahasa yang salah ini, merosakkan sesuatu bangsa. Pada saya, ia adalah satu sebab, kerana kita menghilangkan  difkeindahan bahasa, seterusnya kehormatan bahasa kita dipersenda bangsa lain.
Di manakah ianya bermula? Kita tiada jawapan yang tepat, tapi kita pasti ia bermula dari penggunaan singkatan bahasa seperti Assalamualaikum menjadi Askum,A'kum, atau Selamat malam menjadi slmt mlm. Singkatan perkataan bolehlah diterima seandainya difahami seperti yg (yang) dan lain-lain. Kita perlu memandang serius gejala yang kurang sihat seperti ini. Menggunakan bahasa rempit bukanlah menarik, malah kadang-kadang rasa rimas, benci, meluat pun ada. Saya rasa orang yang menggunakan istilah tersebut kerana merasakan comel, walhal ia amatlah menjengkelkan sebagai contoh mamam (makan), tomei/tomey (comel), kitew/kiter(kita), lak (pulak), dan lebih parah nak kata bahasa melayu tak bahasa melayu, nak kata bahasa Inggeris pun tak juga. Pening bila memikirkan. Remaja sekarang adalah pemimpin masa depan. Adakah tidak lama lagi bahasa melayu yang indah ini akan hilang?

Kredit: Cik Wawa kerana mengesahkan tajuk ini.

14 November 2010

Majlis perkahwinan yang tak mungkin saya jumpa.

Majlis bermula pada jam 7.30 pagi bertempat diperkarangan letak kereta Stadium Bukit Jalil.Tanpa rasa malu dan segan semua orang adalah dijemput. Pagi ini semua tetamu dihidangkan "McD Breakfast" ditaja oleh McD Malaysia. Jam 8.30 pagi tetamu akan dijemput mengambil bahagian dalam acara sukaneka sehingga jam 11 pagi. Minum pagi akan dihidangkan dengan sebiji Donat yang ditaja oleh Dunkin Donut dan secawan Teh oleh Teh Lipton. Pada waktu itu pengantin akan bersiap-siap untuk upacara akad nikah yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil. Sebuah pentas di tengah-tengah telah siap dihias untuk upacara akad nikah. Stesen tv telah dijemput, antaranya TV3,Al-Jazeera, CNN, TV1,TV2, Astro, dan BBC.Masuk adalah percuma. Sebuah karpet merah direntang di pintu masuk stadium hingga ke pentas untuk laluan bakal pengantin, Imam dan saksi-saksinya. Imam adalah imam masjid negara termasuk Imam-imam dalam rancangan Imam Muda.
Pengantin akan menaiki Vespa yang dieskot oleh 20 Rider Polis Traffik dihadapan. Diikuti oleh 10 pelumba 500cc grandprix diketuai Valentino Rossi. Karamjit Singh pula mengetuai 10 kereta Rally Championship dibelakang pelumba grandprix. Pelumba-pelumba basikal Malaysia dan 120 orang dari Kelab Berbasikal Malaysia akan mengekori di belakang. Dibarisan paling belakang ialah 10 buah Ambulans dan 10 buah jentera Bomba.
Bunyi ngauman kenderaan menandakan ketibaan konvoi tersebut. 300 pemain kompang dari sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang menyambut ketibaan bakal pengantin. Pengantin, Imam Masjid Negara, ayah pengantin perempuan dan 20 orang saksi berjalan masuk terus ke pentas akad nikah. Suasana menjadi sunyi sepi apabila Imam menjabat tangan pengantin lelaki. Imam: Aku nikahkan dikau En.Hero dengan Awek Cun dengan Mas Kawennya satu bar emas seberat 1kg. En.Hero: Sah! Imam: Bodoh! Gelojoh! Mangkuk! Semula!.. Berpeluh bakal pengantin lelaki menyedari kegelojohannya. Tetamu yang datang juga berdebar-debar menanti akad nikah tersebut. Imam: sah? Saksi: Sah! Maka seluruh stadium yang dipenuhi kira-kira 150ribu tetamu lantas bangun dan mengalunkan Asma-Al Husna beramai-ramai tanda kesyukuran.
Pada sebelah petang, selepas Asar, diadakan Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim di situ.
Pada keesokan harinya pengantin disandingkan di dataran merdeka. Majlis bermula dengan perarakan kereta berhias yang disertai badan-badan korporat dan semi-kerajaan. Kemudian lintas hormat pasukan Tentera Udara dengan 6 buah pesawat Sukhoi dan 2 buah pesawat pengangkut, diikuti 4 buah pesawat Boeng 747 milik MAS dan 8 buah milik AIRASIA. 1 batalion 10 briged PARA diterjunkan betul-betul di atas kepala. Tidak sampai 5minit mereka mendarat dan membuat Tarian Perang. Tepukan gemuruh diberikan. Tiba-tiba pasukan Tentera membuat 10 das Tembakan Arteleri ke arah laut. Memang menggemparkan, orang ramai begitu teruja. Sebelah malam pula diadakan pertunjukan bunga api dan tarian naga. Tarian Melayu Asli tidak dilupakan. Begitulah perjalanan majlis perasmian yang tak pasti saya akan jumpa.

Saya dan RM500 saya.

Mencintai seseorang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Ada pendapat mengatakan wang bukanlah segalanya. Ada juga mengatakan wang boleh membeli cinta dan ada yang mengatakan ada wang semua boleh jadi. Setiap pendapat ada benarnya. Kalau anda ada cinta setinggi gunung pun, tiada wang, anda tidak mampu meraih cinta itu. Anda pula seorang lelaki tidak berharta, tidak kacak, hidup la anda dengan dunia anda sendiri. Sama seperti saya. Berapa saya ada? RM5000. Boleh tak saya meminang anda? RM5000? Hahaha, boleh kah? Gaji saya setelah ditolak tambah tinggal RM500. Anda mahu berkongsi hidup dengan saya? Hidup susah dengan saya, bolehkah? Saya akan ditertawakan. Walau cinta saya setinggi gunung, sedalam lautan. Sejujur dan seikhlas hati hanya dipandang di dalam gelap malam yang pekat. Jadi harus bagaimana? Saya akan terus mencuba, dengan RM500 saya untuk dicintai sepenuh hati sepanjang hidup saya.
Sekarang, saya mencuba, wang bukanlah segalanya. Saya bukanlah Jurutera yang bergaji RM5000, atau seorang juruterbang kacak yang menaiki BMW. Tapi saya percaya saya mampu membahagiakan sesiapa yang saya cintai. Benarkah? Saya ditertawakan lagi. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya dengan RM500 itu saya akan bersama anda seumur hidup anda, tanpa takut untuk mengorbankan segala-galanya untuk anda. Dan saya rasa dengan kerjasama saya dan anda akan menjadi lebih manis kerana berusaha bersama-sama dan menyelami kesusahan itu. Kerjasama erat itu membuatkan kami menjadi lebih erat. Mungkin anda lebih percaya seorang dengan RM5000 akan membahagiakan anda. Baguslah kalau anda yakin dan mendapat tuah tersebut. Saya? Saya masih dengan RM500 saya.
Sekarang saya cuba pula dengan  pendapat, wang boleh membeli segalanya dan ada wang semua boleh jadi. Saya berfikir kalau saya ada RM1000,000.00 dan perniagaan yang maju tentu hidup saya menjadi mudah. Saya rasa. Saya tak perlu fikir susahnya pengorbanan saya dan pasangan saya. Setiap hari anak-anak kami bersarapan pagi dengan roti Gardenia, segelas susu dan apa saja yang sihat. Mereka tak perlu rasa susahnya hidup ini. Pemandu saya akan hantar dan ambil anak-anak saya ke sekolah setiap hari kerana setiap hari saya sibuk mesyuarat dengan pelanggan-pelanggan saya. Saya rasa mampu dan saya akan berkahwin seorang lagi kerana saya ada duit. Kedua-dua isteri saya ada banglo 2 tingkat. Kereta BMW dan Mercedes Benz. Setiap bulan saya akan belikan syiling emas atau barang kemas atau apa saja yang mereka mahu. Mereka akan berasa gembira dan bahagia. Alangkah bahagianya saya. Saya boleh membeli segalanya termasuk kasih sayang.
Benarkah apa yang saya katakan dengan pendapat itu. Walau apapun pendapat anda, saya masih dengan RM500 saya.

04 November 2010

Menziarah Arjun yang malang.

Pijon telah keracunan makanan hingga kering air di dalam badannya dan telah MC selama 2hari. Selaku Duty Officer hari tersebut saya telah membawa satu rombongan menziarah dan rombongan meminang sekali. Rombongan Cik Kiah diketua oleh Tuan Azhari bersama 7 peserta rombongan. Sebelum pergi saya telah memesan Bihun goreng dan telur mata serta air sirap limau sebanyak 8pax, tetapi hampa kerana kami dapat air oren dan keropok goreng. Setelah bertanya khabar dan tanya hantaran kami pun berangkat pulang. Semua staf Akademi Koreksional Malaysia mendoakan semoga beliau cepat kahwin sembuh.

Walaupun kesakitan dan terkemut-kemut, beliau masih mampu memberi senyuman mesra.

Tuan Azhari menjual pantun

Sedang membincangkan pasal hantaran dan tarikh.

Derma Darah kali ke 13.

Hari ni pergi menderma darah, kali ke 13, rasa selesa badan, dengan 450ml, jenis A+ saya melihat darah yang segar bugar itu dalam beg darah. Banyak jugak darah saya rupanya. Mudah-mudahan darah saya dapat membantu sesiapa yang memerlukan.

Memeriksa tekanan darah.

Sambil merenung masa hadapan

01 November 2010

XPDC: Puing Cinta


Di alam cinta
Rindu mengejar masa
Pilu kan terasa
Menikam-nikam jiwa..
Di dalam cinta..
Cemburu kan bertakhta
Menguji-uji kita..menguji segala..
Kini aku terapung
Bagai lelayang..
Bertalikan rindu..kurun berpuluh..
Janji dulu dilafaz
Masih lekat tersimpan
Di dalam rongga nafas
Untuk di telan senang..
Engkau dan aku..
Dibuai asyik merindu
Dan kini dipertemu..pada janji dulu..
Engkau dan aku..
Singgah di taman kalbu
Nikmati keharuman..di laman keasyikan
Engkaulah kasih..engkau cahaya..
Engkaulah sahaja..engkau segala..
Tiada antara..tiada angkara..
Tiada derhaka..kau meruntun jiwa
Saling mempercaya..bunuh sangsi prasangka
Genggam kasih kita..hingga ke garisnya..
Cinta dan rindu..
Jika dipupus ia
Kita hilang syahdu..bermurung merana..
Cinta punya sakti..
Terapi untuk diri
Doa jadi teman..akan tenang nafasan..

30 October 2010

Lawak ngeri yang pernah aku buat

Presentation pertama kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah bertajuk Landscaping in COrrectional Academy of Malaysia. Apa yang mengerikan, presentation saya ada yang di 'direct-translate' dari Google Translate, maka banyak perkataan yang pelik-pelik. Bila saya saya menyebut "waterjump infront of the lobby" saya terus terdiam, saya terfikir, waterjump? Tiba-tiba Timbalan Pengarah saya gelak kuat, dan Pengarah saya pulak menambah serta berkata "Kau betul Razip?". Pengalaman lawak ngeri presentation dalam Bahasa Inggeris.

Ini presentation kedua.

29 October 2010

Burung

Ada seorang lelaki tua yang hobinya membela burung. Pada suatu hari, burung seekor burung kesayangannya hilang dari sangkar.Lelaki tua itu merasakan tentu ada yang mencurinya. Beliau lalu membawa masalah kecurian burung ke mesyuarat mingguan kampung itu.
Lelaki tua: Siapa di antara kita di sini ada burung?
Tanpa diduga semua lelaki yang hadir berdiri. Menyedari kesilapan bertanya, lelaki tua menambah, " bukan itu maksud saya.
Lelaki tua: Maksud saya siapa yang pernah tengok burung?
Semua wanita turut bangun. Kesilapan lagi.
Lelaki tua: Maksud saya ada tak sesiapa yang pernah melihat burung yang bukan miliknya.
Tiba-tiba separuh wanita duduk. Merah padam muka lelaki tua.
Dia gugup dan merah padam mukanya. Dia segera memohon maaf: "Saya mohon maaf, maksud saya, siapa yang pernah lihat burung saya?"
Serta merta, isteri lelaki tua itu pun terpacak, berdiri tegak!

 Kredit: Majalah Mastika.

COunter-Strike on LAN.

Hari tu kami 4 beradik main Counter-Strike di rumah dengan menggunakan Local Area Network (LAN). Punyalah seronok main. Disamping mengaplikasikan teknologi ia dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga.





Selamat Berjaya

Ucapan ini ditujukan khas kepada semua pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir (FInal Exam), Peperiksaan akhir tahun, Ujian Memandu, Kusus Perkahwinan, temuduga dan pertandingan kuiz. Saya berharap anda semua akan diberi petunjuk dan hidayah serta dapat menjawab soalan dengan cemerlang setanding dengan apa yang anda semua telah usaha. Sekian. Selamat berjaya.

Tokoh kemerdekaan junior.

Baru-baru ini saya telah bermalam di rumah adik saya (RAfi Bayya) di Pokok Sena. Anak saudara adik saya, Awaluddin berbaju melayu lengkap dengan songkok yang senget lagak perdana menteri. Apalagi, jadi model saya untuk di post kan.
1. Beliau mula masuk dan berdiri sambil usha dengan muka ketat.

2. Mula beraksi.

"hamba Awalluddin, Panglima Melayu di Daerah Pokok Sena"

ala-ala Tunku Abdul Rahman

ala-ala Tun Mahadhir

Memberi ucapan

Undilah saya!

Ekspedisi ke Lumut dengan Yamaha FZ150i

Saya telah meminjam motorsikal adik saya(Rafi Bayya) untuk ke Lumut melawat keluarga angkat (Ika raization - selamat bertunang adikku) iaitu pada cuti hari raya aidilfitri (lupa tarikh sudah). Baru hari ni nak cerita sebab tengok preview motor ni di iklan motorsikal. Perjalanan dari Pokok Sena ke Permatang Pauh (rumah keluarga angkat jugak, Abang Ad - ex-roomate di kampus + assistant Ketua Y.o) cukup menyakinkan. Seakan-akan menunggang Basikal Super (Super Bike) dengan Topi Kaledar Muka Penuh (Fullface Helmet). Di atas lebuhraya saya berpeluang memotong kereta Kancil, Iswara, Iswara Aeroback, Wira, Waja, Kelisa, dan Viva (semua kereta buatan Malaysia). Apabila berlaku kesesakan jalanraya di satu kawasan kemalangan barulah saya dapat memotong Mercedes Benz, Carldina, Alfa Romeo, BMW, X-Trail, Lancer, Evo 10, Fairlady, Subaru Impreza, Skyline, Mazda 7, dan Bas Ekspress. Bermalam di rumah Abang Ad dan menikmati charketiau di Permatang Pauh dan berjumpa dengan keluarga Amy Search. Nak minta tandatangan pen dan kertas tak bawa pulak. Keesokan paginya saya meneruskan perjalanan ke Lumut, yang menarik dapat merasa selekoh-selekoh seperti di litar perlumbaan. Ala-ala Valentino Rossi mengambil selekoh selamat la tiba di rumah Ika. Nak buat kejutan, saya yang terkejut sebab ibu, ayah,Angah dan Ika pergi beraya kat tempat lain. Tanpa rasa kecewa saya meneruskan perjalankan ke Taiping, ingat nak ke Batu Kurau tetapi membatalkan hasrat tersebut dan meneruskan perjalanan ke Kangar iaitu rumah Encik Idris dan Mama nya Afiqah untuk jamuan rumah terbuka. Perjalanan dari Pokok Sena ke Permatang Pauh, saya mengisi minyak sebanyak RM15. Di Permatang Pauh saya isi lagi Rm10. Saya mengisi sekali lagi di Shell sebelum Butterworth lagi RM15. Jimat sungguh penggunaan minyak walaupun menunggang pada kelajuan 100-110km/j. Itulah ekspedisi solo saya. Berjumpa lagi di ekspedisi yang lain.

Memulakan perjalanan dengan Bismillah.

25 October 2010

Preview: Disebalik tirai besi.



Drama mengenai kehidupan di Penjara. Inilah realiti di dalam Jabatan Penjara Malaysia. Tugas pegawai penjara yang berkorban memastikan  banduan-banduan menjalani hukuman dan memastikan banduan - banduan menjadi manusia berguna setelah dibebaskan.
Sinopsis:
Drama terbaru terbitan MDAG MARKETING SDN. BHD. arahan Sutradara Jamal Khan (JK) Pertama seumpanya di Malaysia.. Cerita berkisar tentang kehidupan sebagai seorg Warder Penjara yang terpaksa berhadapan dengan karenah banduan..
Dinbitangi oleh Nasir Bilal Khan, Fauziah Nawi, Zizan Nin, Sheera Iskandar, Haryeanto, Melissa Saila, Adam Corie, Tony Yusof dan ramai lagi.

Bahasa Rempit

Tadi menyinggah baca entry di blog Encik Azrul Hisham. Entry tentang bahasa rempit. Hah memang betul Encik Azrul, bahasa tu dah memang digunakan dengan meluas dalam sms juga sampai kita pun pening dan loya membacanya.
Ni contoh yang pendek:
1) KOWUNK nak gi makan KEW?
2) Main main JEW LEW.
3) AQ nak pegi sekolah.
4) DIOWUNK NIEW jahat.
5) ORANK jahat.
6) TOMEI nyaaaa.



Ni pulak yang panjang:

sayew bawu bangow tidow..pastuew taw lew naw titow...sajew jeww masawk katw pagew neiw ....amik kauw nakw sangat W....wahhahhahaahha....bengom !


credit to kami benci orang type macam rempit group.
Itu baru sikit.Belum lagi yang dwibahasa. Aduh pening kita. Rakyat Malaysia terutamanya pelajar sekolah memang sangat suka. Konon-konon comel sangat la. Menambah w di belakang perkataan. 
Tolonglah menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Kalau anda berminat menyertai  Kami Benci Orang Type Macam Rempit di facebook boley la join di sini.

22 October 2010

Kesian mereka.

Seorang lelaki baru bebas dari penjara. Beliau bekas banduan sudah bebas.
Balik ke kampung. Beliau sudah insaf.
..
Berlaku kecurian.
..
Penduduk 1: Ni mesti budak yang baru keluar dari penjara tu.
Penduduk 2: Betul dah takdak keja, dah memang jahat.
..
Kesian dia tak buat apa pun.
Masyarakat, berilah peluang kedua.
..

Kesian Polis.

Taman di sebuah daerah.
Penduduk 1: Mana polis ni.Tak nampak ronda pun. Makan gaji buta.
Aku:hmm...
Penduduk 1 pergi ke pasar terlampau (hypermarket).Polis buat sekatan jalan.
Penduduk 1: Ni takdak lain nak cari duit raya la ni.
Aku: Pulak.

Horey.Rooney kekal di United.



Baru tengok Buletin Utama TV3, Rooney dilaporkan menandatangani 5tahun lagi bersama United. Ini adalah berita baik kepada peminat-peminat United. Jadi diharapkan moral pasukan meningkat semula dan permainan yang lebih menarik.
View Image

Haha..Hero Geng Surau Mayat a.k.a Razif!

Tadi lepas maghrib tengok Geng Surau. First time tengok. Kelakar gila.
Sekali tengok peh hero dia nama kite la..Haha seronok seh.
Razif yang dipanggil Mayat adalah gangster, yang ditangkap masuk penjara. Keluar je diberi peluang kedua, dan si Razif ni dah bertaubat dan insaflah. Cerita ni memang bagus, banyak nilai-nilai murni. (Teringat bos kata. nilai-nilai murni takde, cikgu Mazni ade). Secret admire si Razif ni comey-comey jugak. Hihi.. Jom pakat-pakat tengok Geng Surau. Geng Bas Sekolah saya tak minat, macam tergedik-gedik sikit. Setiap hari jam 7.30 petang. Astro Oasis Channel 206.Selamat menonton.

Jumpa bola boling?

Bunyi macam kelakar..
Selalu jumpa buah kelapa dekat laman rumah.
Tapi Si Rafi bayya (adik saya), jumpa bola boling di laman rumah emak mertua dia.
Walaupun memang dah nampak macam kelapa tua, tapi bila dah bersih, boleh digunakan.
Mak mertua: Mana mak nak tau tu bola, tu mak buang. Patut la berat.
Kata mak mertua Si Rafi.

Ni la bola boling yang dijumpai.

Mr.Ket

Seorang Blogger, Mr.Ket menjadi follower saya. Terima kasih.
Jadi saya pun fikir Mr.Ket ni cina ke? Apa agaknya nama ye.
..
Setengah jam mengagak nama Mr.Ket.
..
Ket Lim Ai.
Ket Ai Lim.
Ket Koo Huat.
Ket Kin Kiat.
..
Terjah blog Mr.Ket.
..
Cis. Mr Ket = Encik kucing.
Ket=Kucing.

p/s: Bahasa menunjukkan bangsa.. Lariiii.............

Rooney buat hal pulak.

Akhir-akhir ini Man United kurang sikit prestasi. Bila terbongkar skandal dan cerita Rooney yang curang, banyak pihak marah termasuk penaja-penaja yang menarik balik penajaan. Aduh Rooney saja buat hal. Hari ini, dalam Utusan Online, Rooney nak pindah kelab. Ikut suka abang Rooney la. Jangan jadi macam Beckham dan Ronaldo sudah, bintang yang bersinar terus malap.


LONDON - Wayne Rooney menyalahkan kegagalan Manchester United berbelanja besar untuk menguatkan pasukan, mendorong dia mengambil keputusan enggan menandatangani kontrak baru bersama juara 18 kali Liga Perdana England itu.Rooney mengejutkan United minggu lalu, apabila memberitahu ketua eksekutif, David Gill bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu, kerana kurang senang terhadap polisi kelab yang kurang bercita-cita dalam pasaran perpindahan pemain.
Pengurus Alex Ferguson kemudiannya mengumumkan keputusan Rooney Selasa lalu, ketika pemain berusia 24 tahun itu masih diberi pilihan untuk kekal di Old Trafford.Namun, Rooney dilihat tetap berhasrat untuk meninggalkan kelab tersebut."Saya bertemu David Gill minggu lalu dan dia tidak memberikan saya apa-apa jaminan tentang masa depan pasukan ini.
"Kemudiannya, saya memberitahu dia bahawa saya tidak akan menandatangani kontrak baru. Saya berminat untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Alex kelmarin, dan terkejut dengan beberapa kenyataan beliau.
"Memang benar, seperti yang dikatakannya, saya dan ejen saya telah beberapa kali berbincang dengan kelab mengenai kontrak baru.''Pada satu mesyuarat Ogos lalu, saya bertanyakan mengenai jaminan terhadap keupayaan berterusan kelab untuk menarik pemain terbaik dunia,'' kata Rooney dalam kenyataan, kelmarin.Rooney memenangi tiga trofi Liga Perdana England dan sekali Liga Juara-Juara, sejak menyertai United pada 2004 dari Everton dengan bayaran AS$40 juta.
Namun, United hanya memenangi Piala Liga musim lalu, selepas kehilangan Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.
United tidak membeli mana-mana pemain berprofil tinggi sebagai pengganti, walaupun memiliki simpanan tunai 163.8 juta pound, pada tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun.
Keupayaan United untuk bersaing membeli pemain terbaik dunia, dihampakan dengan beban hutang lebih 750 juta pound, ekoran pengambilalihan kelab itu oleh keluarga Glazer pada 2005.
Rooney juga membandingkan kelab jiran, Manchester City yang secara dramatik berbelanja besar, jauh mengatasi United sejak dua tahun lalu setelah dibeli oleh usahawan dari Abu Dhabi, Sheikh Mansour. - AP.

p/s: ikut suka abang Rooney la ye.

Persamaan.

Ayah, ibu dan Dania pergi ke Taman Buaya Langkawi.
Banyak buaya.
..
Dania: Ibu, apa persamaan ayah dengan buaya?
Ibu senyum.

21 October 2010

OC:orientation committee.UiTM

Masa belajar jadi OC (abang fasilitator) untuk Orentasi pelajar Sem 1.
Zaman saya masuk MHS Minggu Haluan Siswa
..Lepas tu..Minggu Mesra Siswa..Mesra..
..Lepas tu..aku pun dah tak tau.
...
Gelaran..
Abang Astro... Jangan sampai aku tukar channel... Biasala Biro Disiplin..
Pastu jadi Abang Harimau Kumbang.. Korang jangan sampai harimau kumbang jatuh ke tanah.
Versi penuh... Jangan sampai harimau kumbang jatuh ke tanah melihat ikan berlari-lari keriangan di gigi air.
...
Naik pangkat Pengarah OC pulak.
Zaman Gelap..Hahaha..
Hai...UiTM di hatiku.

Ayah dah insaf.

Balik kampung, cuti sekolah. Ayah memandu. Lancer Gt 2.0. PLUS. 130km/j.
Ayah, Ibu, Lisa (3 tahun).
..
Lisa:Ayah,lajunya..
Ayah:Laju cepat sampai.
Ibu senyum.
..
Polis. Laju 60km/j. Kena tahan.
Polis: Encik memandu laju. Minta lesen.
Hero:Eh mana ada. Encik ni suka-suka saja nak saman saya.Mana ada saya pandu laju.
Polis tunjuk gambar.
Hero:Ini lesennya encik.
Ibu senyum.
..
Ayah tidur. Ibu memandu. Dengar radio. Ustaz Kazim.
"Jin suke asap. Asap makanan Deme...
Ibu: Jin suka asap.
Lisa: ooo..
..
Maghrib. Sampai umah Opah.
Lisa: Opah, nak kencing. Lisa takut.
Opah: Lisa takut apa? Semua jin, hantu, pelesit kena ikat.
Lisa: Yeke Opah.. (Percaya).
..
Ibu depan umah. Sembang dengan jiran. Mat rempit lumba atas jalan. Laju.
Jiran 1: Ish deme ni laju benor.
Jiran 2: A'a.. Macam pelesit.
..
Ayah isap rokok sambil tengok bola. Kedah lawan Kelantan. Semi final Piala Malaysia.
..
Ibu, Opah, Lisa, Mak Saudara, Sepupu, di dapur.
Lisa: Ibu, ayah tu jin kan? Ibu suka jin. Haha.
(Semua tergolek...)
..
Lisa: Ibu, saya dah tahu, ayah jin jenis Pelesit kan.
(Semua tergolek sekali lagi)..
..
Lisa atas riba ayah.
Lisa: Ayah, kenapa ayah tak kena ikat? Opah kate jin, pelesit, hantu semua kena ikat.
(Semua tergolek lagi sekali)..
..
2.00 pagi. Semua dah tidur.
Ayah tepi almari. Duduk sambil menangis. Moral Down.
Ibu pujuk ayah. Senyum..
Ayah. Insaf.

Solat orang dah kahwin lebih afdal dari orang bujang.

Hero. Awek cun jom kahwin.
...

Sabun di bilik mandi.

Tidur di dorm. Kursus.
..
Pakai tuala, bawa sabun, berus gigi, pergi mandi.
..
Sambil mandi, memekak.. Sabun di bilik mandi. Sabun di bilik mandi.
..
Syampu dan sabun muka.
..
Tiba-tiba air berhenti.
..
Bekalan air terputus.
..
Mata pedih. Pejam mata. Air tak dak.
..
Waaaaaaa... Tukar lagu.

Inspira convert Lancer.

Beli Mitsubishi Lancer GT 2.0.
..
Inspira pulak keluar.
..
Bawak Lancer pergi keja.
..
Bos: Kau punya Proton Inspira dah convert jadi Mitsubishi Lancer ye.
..
Razip.Panas.....

Terkejut.

Hero. Akad nikah.
...
"Aku nikahkan kau dengan awek cun dengan maskahwinnya RM179.99, tunai...."
..
Tok Imam nyentap tangan..
..
Hero. "Sah!".
..
Tok Imam. "Sah tengkorak engkau."

Nak cepat glamor?

Senang je.
..
..
Kutuk kerajaan.
..
..
Lompat parti.
..
..
Buat lagu hina kaum.
..
..
Pastu masuk I.S.A.
..
..
Hmm..

Tak gentlemen.

Tengok bola. MU dengan Chelsea.
..
Prittt.. Kad merah..
..
Kena buang padang.
..
Replay. Tak sentuh pun. Tapi jatuh, guling-guling.
..
Menipu. 
..
11 lawan 10. 
..
Tak gentleman.

20 October 2010

Lagu Hijau Kuning



YAKINKANLAH DIRI SENDIRI..
BERJUANGLAH SEJIWA MURNI...
TEKUN BERLATIH SESUNGGUH HATI ...
DEMI SUKAN MEMAJU NEGERI...

BIAR JASA JADI KENANGAN...
HIJAU KUNING LAMBANG KEMEGAHAN...
JELAPANG PADI TEMPAT SANJUNGAN ...
NEGERI KEDAH DARUL AMANNNN!!!
KEDAH~! KEDAH PANTANG KALAH!!
WALAU SAKIT JATUH DAH REBAH...
BANGUN LANTAS SEMULA GAGAH ...
BUJUR LALU MELINTANG PATAH...

HIJAU KUNING TANAHKU..
DARUL AMAN NEGERIKU..
HIJAU KUNING DARAHKU ...
NEGERI KEDAH NEGERIKU ...
NEGERI KEDAH NEGERIKU !

View Image

Kedah, Kedah pantang kalah.. Semi Final.

Malam ini akan menyaksikan pasukan tempatan kesayangan Kedah Darul Aman akan melayan Kelantan di stadium Darul Aman. Dijangka 20-25ribu peminat skuad Hijau Kuning akan membanjiri stadium (jangan lupa solat bang). Kita mengharapkan pasukan kesayangan kita ini akan melangkah ke perlawanan akhir dan memenangi piala Malaysia tahun ini. Insyaallah. Diharapkan semua penyokong-penyokong mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.Tak mau gaduh-gaduh na. "Peminat semua toksah la bawak merecun, bahaya, hingaq. Kita tengok bola,sorak kuat-kuat sudah la na. Toksah kacau orang. Satgi orang marah. Polis kata jangan. Kita pakat-pakat beli jersi takpa, warna hijau kuning,baru la meriah" kata penyokong lagenda kepada budak-budak muda yang menyertai rombongan penyokong fanatik Kedah. Kita sentiasa berdoa agar pemain-pemain kita bermain dengan cemerlang. Malam ni mungkin kita boleh menang 2-0, sebab Kelantan  pun kuat, susah nak jaring gol banyak-banyak.

View Image

Tanda Hero mencintai awek cun

  • Apabila Hero benar-benar jatuh cinta dan setia kepada awek cun, hati yang keras, lembut menjadi kapas. Bahkan hero sanggup berkorban melakukan apa saja untuk awek cun. Sekeras manapun hati hero, ia akan mengalirkan air mata bila dilukai. Namun awek cun janganlah mengambil kesempatan pengormatan hero itu.
  • Sekiranya awek cun menyedari hero sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu sesungguh hati, nyata awek cun tidak salah memilih teman hidup. Hero bukanlah jenis orang yang berdampingan dengan awek cun sekadar suka-suka atau mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa untungnya awek cun.
  • Bila hero sentiasa buat hati awek cun senang dan terhibur, tandanya hero inginkan perhubungan yang lebih serius. Tidak hairanlah hero sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan awek cun yang sangat istimewa dalam hidupnya. Pada hero, sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk membuatkan hati awek cun yang disayanginya sentiasa senang dan terhibur.
  • Bila sudah sayang, macam-macam akan hero fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangan awek cun. Seminit tak dengar suara pun, hidup dah tak keruan. Apa lagi kalau diam membisu, hari akan sepi dan sunyi, hanya mendengar desiran angin dan melihat daun-daun berguguran.
  • Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila hero berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian awek cun. Hero mahu bermanja dan inginkan awek cun melayan hero lebih daripada orang lain yang pernah awek cun sayang. Kalau hero merajuk hati, cubalah awek cun pujuk, bukan manja nak mengada-ngada. Bukan senang hero nak ubah kemachoan menjadi manja macam beruang Teddy. Hanya untuk awek cun. Untuk kita-kita aja.
  • Bila hero tanya soalan yang sama, "awak rindu saya?" tandanya hero tidak mahu kasih sayang menjadi pudar. Hero pun tak tahu apa nak buat bila rindu awek cun. Ia juga tandanya, "jangan bimbang sayang, di mana ku berada, dengan siapa ku bersama, jangan bimbang ku tetap kau yang punya".
  • Manusia tidak ada yang sempurna, samalah dengan hero. Tapi, kalau awek cun dapat merasai keikhlasan hati hero, itu sangat baik. Ikhlas itu tidak dapat dilihat, tapi boleh dirasa dengan hati.
  • Kepada awek cun, hargailah hero seadanya, berilah peluang kepada hati untuk kembali mencintai seorang hero.

View Image

19 October 2010

Kenapa aku mencintai kamu?

Satu hari awek cun tanya kepada hero. Kenapa abang mencintai sayang? Ekk.. Terkelu lidah hero. Abang mencintai sayang, tapi saya tidak tahu macam mana nak terangkan. Kata hero. Yela tu. Kata awek cun sambil pandang semacam.. 
Satu hari lagi awek cun dan hero berjalan di sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti dan duduk di atas batu di tepi tasik. Kemudian awek cun bertanya kepada hero. 
Awek cun : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Hero : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!
Awek cun: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Hero : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Awek cun : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain, suami mereka dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Hero menarik nafas panjang. Macam mana nak kata ni, hero memang betul mencintai awek cun tapi hero tak tahu macam mana nak mengungkapkannya dengan kata-kata. Aduh, awek cun macam tak yakin kepada hero.
 Satu hari Awek cun kemalangan. Hero amat bersedih lalu pergi ke hospital untuk menjaga awek cun. Awek cun yang cedera dan tidak dapat bergerak hanya dapat menitiskan air mata. Lalu hero berkata kepada awek cun, “Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu .Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati. Dan apa yang abang buat sekarang ini adalah kerana cintaku kepada mu yang amat dalam yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata". 


Poor Litte Razip 3

Si Razip (bukan nama sebenar) bersiar-siar di taman beruang. Lalu bertemu seorang amoi cantik tak pernah lihat. Amoi cantik tu tersenyum riang melihat rama-rama berlari-lari keriangan di tepi bunga. Beliau punya senyum telah menggegarkan dan menggoncang hati dan nurani, wajahnya memukau. Si Razip telah bertemu dan bersiar-siar serta telah berjaya memohon nombor telefon amoi cantik itu. Jadi, selalulah Si Razip menelefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas kepada amoi cantik itu. Setiap hari tanpa jemu, mereka saling berbalas khidmat pesanan ringkas itu menggunakan telefon bimbit dan kadang-kadang menggunakan perkhidmatan telekom Malaysia. Selain bertanya khabar, mereka juga bertanya pelbagai pertanyaan yang bersifat peribadi yang bertaraf rahsia besar dan dilindungi di bawah akta rahsia rasmi. Pada suatu hari, amoi cantik itu terlalu sibuk. Seperti biasa pada waktu sarapan pagi di kafe, Si Razip menghantar khidmat pesanan ringkas. Amoi cantik berkata, beliau sangat sibuk dengan majlis. Jadi beliau pun memohon menangguhkan dahulu penghantaran khidmat pesanan ringkas. Amoi cantik berjanji akan menyambungnya pada sebelah malam. Maka alkisah, bersetujulah Si Razip sang rajuna nestapa. Terasa siang hari sungguh menyepikan hati, hanya desiran angin dan daun-daun kering yang luruh. Tunggu, punya tunggu, punya tunggu, masih juga sepi. Di dalam kerisaun yang melanda diri, Si Razip telah 3kali mengirim khidmat pesanan ringkas sambil melihat Buku Muka di Laman Sesawang di atas talian. Bila sudah lewat barulah pesanan yang ditunggu masuk ke peti masuk dengan pesanan "Selamat malam". Lagu yang mengiringi, Senyum (Malique feat Najwa). Senyum, tak perlu kata apa-apa,Senyum, tak perlu kata apa-apa, Senyum, tak perlu kata apa-apa.

14 October 2010

Widget menarik.

Anda berminat menambah widget menarik ni? Hamster yang comel tu tunggu anda beri makan,dan sambil-sambil tu beliau bermain roda. Bila anda beri beliau makan, beliau akan menyedut air di tangki air tu. Bila beliau penat beliau akan tertidur. Comey.
Ikan mas pula, akan berenang ke arah cursor mouse anda. Bila anda click, makanan akan jatuh lalu mereka berlari-lari dan makan. Hahaha.. Click je di Grab This.  Credit to Ambalut.blogspot.com







Grab This!




EdiTeDby-hAmsuN








Grab This!




eDiTeDby-hAmsUn

Sanggup?

Setiap hari orang menanyakan kesanggupan kita menggalas tugas kita. Kesanggupan menunaikan tanggujawab merupakan nilai integriti dalam diri kita. Kesanggupan - kesanggupan lain ialah menjalankan tanggungjawab sebagai anak, ayah-ibu, suami-isteri, pekerja, dan macam-macam lagi. Tidak kira bahaya, susah senang akan ditempuhi dalam menjalankan tanggungjawab.
Dilihat dari aspek kekeluargaan, sanggupkah kita mengambil tanggungjawab suami atau isteri? Memelihara keharmonian keluarga, membesarkan anak-anak, adalah satu tugas dan amanah yang berat. Maka kerjasama memainkan peranan yang sangat penting. Kerjasama dari segala segi memastikan kita sentiasa tahan pada cabaran. Tiada pantai tidak dihempas ombak, tiada pokok tidak digegar ribut, itulah risiko yang akan dihadapi kita. Susah senang harus ditanggung bersama. Ada masa kita gembira, ada masa angin bergelora, ada masa hujan renyai-renyai, maka saling kebergantungan dan menyokong satu sama lain, merupakan tunjang kekuatan kita. Sanggup?
(macam buat thesis "Kerjasama dalam rumahtangga". Hah, ape ade hal.

Proton Inspira - Mitsubishi Lancer: Hanya Jauhari mengenal manikam.

Hari ini Proton melancarkan jenama baru iaitu Proton Inspira. Model yang menggantikan Waja ini dibangunkan dari design Mitsubishi Lancer. Sekali pandang memang macam Lancer. Selepas ini ramailah yang akan membeli Proton Inspira ini, malah akan menukar lambang proton tu dengan Mitsubishi. Tak best la kan, bayangkan anda memandu Mitsubishi Lancer 2.0 GT tapi orang kata, ala tu kereta Proton Inspira yang tukar lambang Mitsubishi. Tapi pengguna Mitsubishi tak perlu risau, keupayaan enjin dan designnya tetap terbaik, hanya jauhari mengenal manikam. Kelebihan Inspira ialah, harga lebih murah, insurance dan roadtax pun murah. Tapi adakah kualitinya setanding designnya. Kita nantikan. Proton Inspira di atas jalan, hahaha.


Inspira
View Image
Mitsubishi Lancer GT

13 October 2010

Dilambung ombak..Ni betul-betul bukan peribahasa.

View Image

Pagi tadi naik feri dari K.Kedah ke Langkawi, feri yang dinaiki dilambung ombak.. Angin kuat dan hujan lebat telah menyebabkan ombak bergelora. Bahaya untuk bot-bot kecil.. Memandangkan tidak bersarapan pagi maka perut saya tidak berkocak seperti masa makan Mee Udang di Kuala sepetang. Tapi kasihan melihat orang ramai terutamanya pelancong tempatan yang meminta plastik dan..... muntah.. Macam pesta pulak dengan bunyi orang mengeluarkan isi perut. Ada yang nak ke tandas tapi tak mampu kerana feri pun macam terbang. Aku cuma layan DVD je. Kasihan orang sebelah saya, seorang Cina yang berpeluh-peluh walaupun aircond kuat. Katanya nak datang jumpa client, dalam kepeningan sempat juga tanya harga sewa kereta. Haha.. Kepada semua pelawat sila jangan panik, kerana feri dilambung ombak ni bukanlah teruk sangat, dan berlaku pada hari-hari tertentu saja. Jika tidak mahu dilambung ombak, saya sarankan anda menaiki feri dari K.Perlis kerana ombak tidak kuat dan perjalanan lebih singkat. Lagipun dari K.Perlis, banyak pulau - pulau maka jarang sangatlah di lambung ombak. Kalau selalu kita dengar, kalau tidak mahu dihempas ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau tidak mahu dilambung ombak, jangan naik feri waktu angin kuat. Haha. So, ini tips-tips untuk mengelakkan muntah dalam feri semasa ombak kuat. Anda dinasihatkan makan ala kadar saja. Kemudian sediakan sebotol kecil minyak cap kapak dan sapu di bawah hidung serta sapu di kepala (macam orang pening kepala). Jangan lupa bawa air mineral.

12 October 2010

Sepetang di Kemunting

Ahad petang yang lalu, saya menghadiri kursus di Taiping. Perjalanan dari Langkawi amatlah meletihkan. Naik feri 2 jam, bas lompat sana lompat sini. Bas dari Butterworth sampai di Kemunting lebih kurang 3.30 petang. Sampai dalam kelaparan, terus menikmati KFC dibelanja oleh Haikal, Danial dan Mazni. Selepas saja makan kami pergi ke Taman Tasik Kemunting. Rasanya belum lagi siap sepenuhnya tetapi boleh dikunjungi. Berdekatan dengan Tempat Tahanan Perlindungan (KEMTA/I.S.A), tempat ini sesuai untuk beristirehat sambil melihat anak-anak berlari-lari keriangan di playground. Juga ada tasik, untuk kita melihat ikan-ikan berlari keriangan di gigi air. Selepas menikmati angin yang mendamaikan, mereka menghantar saya ke tempat penginapan untuk pendaftaran bilik. Selepas sepetang di Kemunting, sepetang di Kuala Sepetang pula, kemudian sepetang di Batu Kurau. Berpetang-petang di kuale(cakap perok),di kuale berpetang-petang,di mane nak berpetang-petang,berpetanglah di Kuale. Ape ade hal..Kate Tuan Aziz. (gambar tasik ini lupa pulak nak ambil, maklumlah, angin sepoi-sepoi bahase)

Sepetang di Kuala Sepetang.

11 Oktober 2010, satu rombongan peserta kursus (termasuk saya) pergi membelasah Mee Udang yang sangat terkenal di Kuala Sepetang. Tanpa perlu tunggu lama, (terima kasih pada peserta kursus yang bagi kami melantak dulu), tanpa mengangkat kepala kami mengadap Mee Udang tersebut. Apa kelebihannya? Mee Udang  ini adalah Mee Kuah yang dihidangkan dengan beberapa ekor udang yang besar, A+ punya udang. Kami menikmati Mee Udang 11hengget.(Special)..7hengget(biasa),udang kecik sikit(tapi besar jugakla). Sambil menikmati Mee Udang yang lazat kami dihidangkan dengan pemandangan indah, anak-anak dara Kuala Sepetang yang bersiar dan kanak-kanak bola main bola di padang,macam permandangan di tahun 80'an.. Hah, pandai jer 80an.
Selepas menikmati kami pulang ke tempat penginapan. Dalam perjalanan tu, perut saya berkocak-kocak, nampaknya saya sudah mabuk udang. Mana tidak nya, inilah pertama kali makan udang banyak-banyak. Udang dalam mee punya la banyak dan besar (maklumlah 11hengget), selak udang jumpa udang,selak udang jumpa udang,hah banyak tu. Sampai je kat bilik terus terbaring kepucatan macam orang mabuk. Sedar-sedar dah pukul 10malam. Haha. Pukul 11, terus tidur sampai pagi. Yang 11hengget mabuk lama sikit, yang 7hengget biasa-biasa,pening sikit-sikit.Haruslah sesiapa yang pegi ke Taiping singgah sebentar di Kuala Sepetang, kalau rajin lagi boleh pergi Batu Kurau. Batu Kurau?
Mee Udang Kuala Sepetang.

10 October 2010

Istikharahku..

Dalam kesuraman dan kedinginan malam, aku berjalan di tepi pantai. Berhenti dan duduk di atas sebatang kayu. Sambil memegang kayu dan menulis-nulis di atas pasir pantai aku berfikir dan menghayati keindahan pantai. Dalam hati merintih kepedihan, mengharap hati lega. Benarkah dia untukku. Ia bermain-main dibenakku. Patutkah aku terus dalam dilema. Dengan langkah longlai dan sayu aku pulang dan duduk dalam lemah. Lalu bangun perlahan-lahan.
Dalam takbir penuh kesyahduan, merintih aku mengharap petunjuk dan redha. Tunjukkanlah aku tuhan, siapakah yang menjadi tulang rusukku, yang menjadi ketua bidadari ku di syurga.  Aku berharap dapat memilikinya.

DOA UNTUK KEKASIH
Ya Allah,…Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku.

Titipkanlah kebahagian antara kami, 
agar kemesraan itu abadi.
 Dan Ya Allah…ya tuhanku yang maha mengasihi…
seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi ya Allah, sekiranya engkau telah takdirkan dia bukan milikku, 
bawalah ia jauh dari pandanganku,.
 Luputkanlah ia dari ingatanku. 
Dan peliharalah aku darikekecewaan.
Serta ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, 
berikanlah aku kekuatan.
Melontar bayangannya jauh ke dada langit. 

Hilang bersama senja nan merah,
agar aku bahagia,

 walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya Allah yang tercinta,
 gantilah yang telah hilang. 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.
 Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya Tuhanku….
pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
 adalah yang terbaik buatku
 kerana Engkau MahaMengetahui segala yang terbaik buat hamba Mu ini..
Ya Allah…
cukuplah Engkau sahaja
 yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. 
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yangberiman,,
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup 
kejalan yang engkau redhai. 
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Amin…….Ya Rabbal A’lamin

View Image