Powered by Nuffnang

14 October 2010

Sanggup?

Setiap hari orang menanyakan kesanggupan kita menggalas tugas kita. Kesanggupan menunaikan tanggujawab merupakan nilai integriti dalam diri kita. Kesanggupan - kesanggupan lain ialah menjalankan tanggungjawab sebagai anak, ayah-ibu, suami-isteri, pekerja, dan macam-macam lagi. Tidak kira bahaya, susah senang akan ditempuhi dalam menjalankan tanggungjawab.
Dilihat dari aspek kekeluargaan, sanggupkah kita mengambil tanggungjawab suami atau isteri? Memelihara keharmonian keluarga, membesarkan anak-anak, adalah satu tugas dan amanah yang berat. Maka kerjasama memainkan peranan yang sangat penting. Kerjasama dari segala segi memastikan kita sentiasa tahan pada cabaran. Tiada pantai tidak dihempas ombak, tiada pokok tidak digegar ribut, itulah risiko yang akan dihadapi kita. Susah senang harus ditanggung bersama. Ada masa kita gembira, ada masa angin bergelora, ada masa hujan renyai-renyai, maka saling kebergantungan dan menyokong satu sama lain, merupakan tunjang kekuatan kita. Sanggup?
(macam buat thesis "Kerjasama dalam rumahtangga". Hah, ape ade hal.

3 comments:

gadisBunga said...

boleh aje...tapi jgn la sebelah pihak je bertanggungjawab...lagi sebelah pihak lepas tangan...betul tak? :D

shamsiah shamsuddin said...

ni bukan tesis la cik razif oi..
ni pengenalan je leh la..

Razif Radzi said...

GB: Kerjasama.
Sham: Pengenalan Thesis.kihkihkih...