Powered by Nuffnang

28 December 2009

Selamat Tahun Baru Masihi..2010

Tahun baru hijrah dah pon masuk hari ke sebelas.. tak berapa hari lagi 2009 akan menutup tirainya.. apakah azam kita pada tahun 2010 ini? sudah bersediakah kita menghadapi tahun yang lebih mencabar ini.. Dengan persekitaran politik yang bercelaru, bencana alam, dan pelbagai lagi rentetan peristiwa sepanjang 2009 yang penuh dengan isu-isu yang panas. Apapun kita akan teruskan kehidupan harian seperti biasa dan menempuhi cabaran-cabaran kehidupan dengan hati yang cekal dan berani. Insyaallah, Allah S.W.T bersama kita dalam dunia yang fana ini, mudah-mudahan Dia memberi kita petunjuk dan hidayah supaya terus berada di jalanNya dan bertambah amalan-amalan kita.. Selamat datang 2010.. Dunia semakin tua.. Kita semakin tua.. Hari semakin pendek.. Sekian, coretan pendek di hujung tahun ini..