Powered by Nuffnang

30 October 2010

Lawak ngeri yang pernah aku buat

Presentation pertama kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah bertajuk Landscaping in COrrectional Academy of Malaysia. Apa yang mengerikan, presentation saya ada yang di 'direct-translate' dari Google Translate, maka banyak perkataan yang pelik-pelik. Bila saya saya menyebut "waterjump infront of the lobby" saya terus terdiam, saya terfikir, waterjump? Tiba-tiba Timbalan Pengarah saya gelak kuat, dan Pengarah saya pulak menambah serta berkata "Kau betul Razip?". Pengalaman lawak ngeri presentation dalam Bahasa Inggeris.

Ini presentation kedua.

29 October 2010

Burung

Ada seorang lelaki tua yang hobinya membela burung. Pada suatu hari, burung seekor burung kesayangannya hilang dari sangkar.Lelaki tua itu merasakan tentu ada yang mencurinya. Beliau lalu membawa masalah kecurian burung ke mesyuarat mingguan kampung itu.
Lelaki tua: Siapa di antara kita di sini ada burung?
Tanpa diduga semua lelaki yang hadir berdiri. Menyedari kesilapan bertanya, lelaki tua menambah, " bukan itu maksud saya.
Lelaki tua: Maksud saya siapa yang pernah tengok burung?
Semua wanita turut bangun. Kesilapan lagi.
Lelaki tua: Maksud saya ada tak sesiapa yang pernah melihat burung yang bukan miliknya.
Tiba-tiba separuh wanita duduk. Merah padam muka lelaki tua.
Dia gugup dan merah padam mukanya. Dia segera memohon maaf: "Saya mohon maaf, maksud saya, siapa yang pernah lihat burung saya?"
Serta merta, isteri lelaki tua itu pun terpacak, berdiri tegak!

 Kredit: Majalah Mastika.

COunter-Strike on LAN.

Hari tu kami 4 beradik main Counter-Strike di rumah dengan menggunakan Local Area Network (LAN). Punyalah seronok main. Disamping mengaplikasikan teknologi ia dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga.





Selamat Berjaya

Ucapan ini ditujukan khas kepada semua pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir (FInal Exam), Peperiksaan akhir tahun, Ujian Memandu, Kusus Perkahwinan, temuduga dan pertandingan kuiz. Saya berharap anda semua akan diberi petunjuk dan hidayah serta dapat menjawab soalan dengan cemerlang setanding dengan apa yang anda semua telah usaha. Sekian. Selamat berjaya.

Tokoh kemerdekaan junior.

Baru-baru ini saya telah bermalam di rumah adik saya (RAfi Bayya) di Pokok Sena. Anak saudara adik saya, Awaluddin berbaju melayu lengkap dengan songkok yang senget lagak perdana menteri. Apalagi, jadi model saya untuk di post kan.
1. Beliau mula masuk dan berdiri sambil usha dengan muka ketat.

2. Mula beraksi.

"hamba Awalluddin, Panglima Melayu di Daerah Pokok Sena"

ala-ala Tunku Abdul Rahman

ala-ala Tun Mahadhir

Memberi ucapan

Undilah saya!

Ekspedisi ke Lumut dengan Yamaha FZ150i

Saya telah meminjam motorsikal adik saya(Rafi Bayya) untuk ke Lumut melawat keluarga angkat (Ika raization - selamat bertunang adikku) iaitu pada cuti hari raya aidilfitri (lupa tarikh sudah). Baru hari ni nak cerita sebab tengok preview motor ni di iklan motorsikal. Perjalanan dari Pokok Sena ke Permatang Pauh (rumah keluarga angkat jugak, Abang Ad - ex-roomate di kampus + assistant Ketua Y.o) cukup menyakinkan. Seakan-akan menunggang Basikal Super (Super Bike) dengan Topi Kaledar Muka Penuh (Fullface Helmet). Di atas lebuhraya saya berpeluang memotong kereta Kancil, Iswara, Iswara Aeroback, Wira, Waja, Kelisa, dan Viva (semua kereta buatan Malaysia). Apabila berlaku kesesakan jalanraya di satu kawasan kemalangan barulah saya dapat memotong Mercedes Benz, Carldina, Alfa Romeo, BMW, X-Trail, Lancer, Evo 10, Fairlady, Subaru Impreza, Skyline, Mazda 7, dan Bas Ekspress. Bermalam di rumah Abang Ad dan menikmati charketiau di Permatang Pauh dan berjumpa dengan keluarga Amy Search. Nak minta tandatangan pen dan kertas tak bawa pulak. Keesokan paginya saya meneruskan perjalanan ke Lumut, yang menarik dapat merasa selekoh-selekoh seperti di litar perlumbaan. Ala-ala Valentino Rossi mengambil selekoh selamat la tiba di rumah Ika. Nak buat kejutan, saya yang terkejut sebab ibu, ayah,Angah dan Ika pergi beraya kat tempat lain. Tanpa rasa kecewa saya meneruskan perjalankan ke Taiping, ingat nak ke Batu Kurau tetapi membatalkan hasrat tersebut dan meneruskan perjalanan ke Kangar iaitu rumah Encik Idris dan Mama nya Afiqah untuk jamuan rumah terbuka. Perjalanan dari Pokok Sena ke Permatang Pauh, saya mengisi minyak sebanyak RM15. Di Permatang Pauh saya isi lagi Rm10. Saya mengisi sekali lagi di Shell sebelum Butterworth lagi RM15. Jimat sungguh penggunaan minyak walaupun menunggang pada kelajuan 100-110km/j. Itulah ekspedisi solo saya. Berjumpa lagi di ekspedisi yang lain.

Memulakan perjalanan dengan Bismillah.

25 October 2010

Preview: Disebalik tirai besi.



Drama mengenai kehidupan di Penjara. Inilah realiti di dalam Jabatan Penjara Malaysia. Tugas pegawai penjara yang berkorban memastikan  banduan-banduan menjalani hukuman dan memastikan banduan - banduan menjadi manusia berguna setelah dibebaskan.
Sinopsis:
Drama terbaru terbitan MDAG MARKETING SDN. BHD. arahan Sutradara Jamal Khan (JK) Pertama seumpanya di Malaysia.. Cerita berkisar tentang kehidupan sebagai seorg Warder Penjara yang terpaksa berhadapan dengan karenah banduan..
Dinbitangi oleh Nasir Bilal Khan, Fauziah Nawi, Zizan Nin, Sheera Iskandar, Haryeanto, Melissa Saila, Adam Corie, Tony Yusof dan ramai lagi.

Bahasa Rempit

Tadi menyinggah baca entry di blog Encik Azrul Hisham. Entry tentang bahasa rempit. Hah memang betul Encik Azrul, bahasa tu dah memang digunakan dengan meluas dalam sms juga sampai kita pun pening dan loya membacanya.
Ni contoh yang pendek:
1) KOWUNK nak gi makan KEW?
2) Main main JEW LEW.
3) AQ nak pegi sekolah.
4) DIOWUNK NIEW jahat.
5) ORANK jahat.
6) TOMEI nyaaaa.



Ni pulak yang panjang:

sayew bawu bangow tidow..pastuew taw lew naw titow...sajew jeww masawk katw pagew neiw ....amik kauw nakw sangat W....wahhahhahaahha....bengom !


credit to kami benci orang type macam rempit group.
Itu baru sikit.Belum lagi yang dwibahasa. Aduh pening kita. Rakyat Malaysia terutamanya pelajar sekolah memang sangat suka. Konon-konon comel sangat la. Menambah w di belakang perkataan. 
Tolonglah menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Kalau anda berminat menyertai  Kami Benci Orang Type Macam Rempit di facebook boley la join di sini.

22 October 2010

Kesian mereka.

Seorang lelaki baru bebas dari penjara. Beliau bekas banduan sudah bebas.
Balik ke kampung. Beliau sudah insaf.
..
Berlaku kecurian.
..
Penduduk 1: Ni mesti budak yang baru keluar dari penjara tu.
Penduduk 2: Betul dah takdak keja, dah memang jahat.
..
Kesian dia tak buat apa pun.
Masyarakat, berilah peluang kedua.
..

Kesian Polis.

Taman di sebuah daerah.
Penduduk 1: Mana polis ni.Tak nampak ronda pun. Makan gaji buta.
Aku:hmm...
Penduduk 1 pergi ke pasar terlampau (hypermarket).Polis buat sekatan jalan.
Penduduk 1: Ni takdak lain nak cari duit raya la ni.
Aku: Pulak.

Horey.Rooney kekal di United.



Baru tengok Buletin Utama TV3, Rooney dilaporkan menandatangani 5tahun lagi bersama United. Ini adalah berita baik kepada peminat-peminat United. Jadi diharapkan moral pasukan meningkat semula dan permainan yang lebih menarik.
View Image

Haha..Hero Geng Surau Mayat a.k.a Razif!

Tadi lepas maghrib tengok Geng Surau. First time tengok. Kelakar gila.
Sekali tengok peh hero dia nama kite la..Haha seronok seh.
Razif yang dipanggil Mayat adalah gangster, yang ditangkap masuk penjara. Keluar je diberi peluang kedua, dan si Razif ni dah bertaubat dan insaflah. Cerita ni memang bagus, banyak nilai-nilai murni. (Teringat bos kata. nilai-nilai murni takde, cikgu Mazni ade). Secret admire si Razif ni comey-comey jugak. Hihi.. Jom pakat-pakat tengok Geng Surau. Geng Bas Sekolah saya tak minat, macam tergedik-gedik sikit. Setiap hari jam 7.30 petang. Astro Oasis Channel 206.Selamat menonton.

Jumpa bola boling?

Bunyi macam kelakar..
Selalu jumpa buah kelapa dekat laman rumah.
Tapi Si Rafi bayya (adik saya), jumpa bola boling di laman rumah emak mertua dia.
Walaupun memang dah nampak macam kelapa tua, tapi bila dah bersih, boleh digunakan.
Mak mertua: Mana mak nak tau tu bola, tu mak buang. Patut la berat.
Kata mak mertua Si Rafi.

Ni la bola boling yang dijumpai.

Mr.Ket

Seorang Blogger, Mr.Ket menjadi follower saya. Terima kasih.
Jadi saya pun fikir Mr.Ket ni cina ke? Apa agaknya nama ye.
..
Setengah jam mengagak nama Mr.Ket.
..
Ket Lim Ai.
Ket Ai Lim.
Ket Koo Huat.
Ket Kin Kiat.
..
Terjah blog Mr.Ket.
..
Cis. Mr Ket = Encik kucing.
Ket=Kucing.

p/s: Bahasa menunjukkan bangsa.. Lariiii.............

Rooney buat hal pulak.

Akhir-akhir ini Man United kurang sikit prestasi. Bila terbongkar skandal dan cerita Rooney yang curang, banyak pihak marah termasuk penaja-penaja yang menarik balik penajaan. Aduh Rooney saja buat hal. Hari ini, dalam Utusan Online, Rooney nak pindah kelab. Ikut suka abang Rooney la. Jangan jadi macam Beckham dan Ronaldo sudah, bintang yang bersinar terus malap.


LONDON - Wayne Rooney menyalahkan kegagalan Manchester United berbelanja besar untuk menguatkan pasukan, mendorong dia mengambil keputusan enggan menandatangani kontrak baru bersama juara 18 kali Liga Perdana England itu.Rooney mengejutkan United minggu lalu, apabila memberitahu ketua eksekutif, David Gill bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu, kerana kurang senang terhadap polisi kelab yang kurang bercita-cita dalam pasaran perpindahan pemain.
Pengurus Alex Ferguson kemudiannya mengumumkan keputusan Rooney Selasa lalu, ketika pemain berusia 24 tahun itu masih diberi pilihan untuk kekal di Old Trafford.Namun, Rooney dilihat tetap berhasrat untuk meninggalkan kelab tersebut."Saya bertemu David Gill minggu lalu dan dia tidak memberikan saya apa-apa jaminan tentang masa depan pasukan ini.
"Kemudiannya, saya memberitahu dia bahawa saya tidak akan menandatangani kontrak baru. Saya berminat untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Alex kelmarin, dan terkejut dengan beberapa kenyataan beliau.
"Memang benar, seperti yang dikatakannya, saya dan ejen saya telah beberapa kali berbincang dengan kelab mengenai kontrak baru.''Pada satu mesyuarat Ogos lalu, saya bertanyakan mengenai jaminan terhadap keupayaan berterusan kelab untuk menarik pemain terbaik dunia,'' kata Rooney dalam kenyataan, kelmarin.Rooney memenangi tiga trofi Liga Perdana England dan sekali Liga Juara-Juara, sejak menyertai United pada 2004 dari Everton dengan bayaran AS$40 juta.
Namun, United hanya memenangi Piala Liga musim lalu, selepas kehilangan Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.
United tidak membeli mana-mana pemain berprofil tinggi sebagai pengganti, walaupun memiliki simpanan tunai 163.8 juta pound, pada tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun.
Keupayaan United untuk bersaing membeli pemain terbaik dunia, dihampakan dengan beban hutang lebih 750 juta pound, ekoran pengambilalihan kelab itu oleh keluarga Glazer pada 2005.
Rooney juga membandingkan kelab jiran, Manchester City yang secara dramatik berbelanja besar, jauh mengatasi United sejak dua tahun lalu setelah dibeli oleh usahawan dari Abu Dhabi, Sheikh Mansour. - AP.

p/s: ikut suka abang Rooney la ye.

Persamaan.

Ayah, ibu dan Dania pergi ke Taman Buaya Langkawi.
Banyak buaya.
..
Dania: Ibu, apa persamaan ayah dengan buaya?
Ibu senyum.

21 October 2010

OC:orientation committee.UiTM

Masa belajar jadi OC (abang fasilitator) untuk Orentasi pelajar Sem 1.
Zaman saya masuk MHS Minggu Haluan Siswa
..Lepas tu..Minggu Mesra Siswa..Mesra..
..Lepas tu..aku pun dah tak tau.
...
Gelaran..
Abang Astro... Jangan sampai aku tukar channel... Biasala Biro Disiplin..
Pastu jadi Abang Harimau Kumbang.. Korang jangan sampai harimau kumbang jatuh ke tanah.
Versi penuh... Jangan sampai harimau kumbang jatuh ke tanah melihat ikan berlari-lari keriangan di gigi air.
...
Naik pangkat Pengarah OC pulak.
Zaman Gelap..Hahaha..
Hai...UiTM di hatiku.

Ayah dah insaf.

Balik kampung, cuti sekolah. Ayah memandu. Lancer Gt 2.0. PLUS. 130km/j.
Ayah, Ibu, Lisa (3 tahun).
..
Lisa:Ayah,lajunya..
Ayah:Laju cepat sampai.
Ibu senyum.
..
Polis. Laju 60km/j. Kena tahan.
Polis: Encik memandu laju. Minta lesen.
Hero:Eh mana ada. Encik ni suka-suka saja nak saman saya.Mana ada saya pandu laju.
Polis tunjuk gambar.
Hero:Ini lesennya encik.
Ibu senyum.
..
Ayah tidur. Ibu memandu. Dengar radio. Ustaz Kazim.
"Jin suke asap. Asap makanan Deme...
Ibu: Jin suka asap.
Lisa: ooo..
..
Maghrib. Sampai umah Opah.
Lisa: Opah, nak kencing. Lisa takut.
Opah: Lisa takut apa? Semua jin, hantu, pelesit kena ikat.
Lisa: Yeke Opah.. (Percaya).
..
Ibu depan umah. Sembang dengan jiran. Mat rempit lumba atas jalan. Laju.
Jiran 1: Ish deme ni laju benor.
Jiran 2: A'a.. Macam pelesit.
..
Ayah isap rokok sambil tengok bola. Kedah lawan Kelantan. Semi final Piala Malaysia.
..
Ibu, Opah, Lisa, Mak Saudara, Sepupu, di dapur.
Lisa: Ibu, ayah tu jin kan? Ibu suka jin. Haha.
(Semua tergolek...)
..
Lisa: Ibu, saya dah tahu, ayah jin jenis Pelesit kan.
(Semua tergolek sekali lagi)..
..
Lisa atas riba ayah.
Lisa: Ayah, kenapa ayah tak kena ikat? Opah kate jin, pelesit, hantu semua kena ikat.
(Semua tergolek lagi sekali)..
..
2.00 pagi. Semua dah tidur.
Ayah tepi almari. Duduk sambil menangis. Moral Down.
Ibu pujuk ayah. Senyum..
Ayah. Insaf.

Solat orang dah kahwin lebih afdal dari orang bujang.

Hero. Awek cun jom kahwin.
...

Sabun di bilik mandi.

Tidur di dorm. Kursus.
..
Pakai tuala, bawa sabun, berus gigi, pergi mandi.
..
Sambil mandi, memekak.. Sabun di bilik mandi. Sabun di bilik mandi.
..
Syampu dan sabun muka.
..
Tiba-tiba air berhenti.
..
Bekalan air terputus.
..
Mata pedih. Pejam mata. Air tak dak.
..
Waaaaaaa... Tukar lagu.

Inspira convert Lancer.

Beli Mitsubishi Lancer GT 2.0.
..
Inspira pulak keluar.
..
Bawak Lancer pergi keja.
..
Bos: Kau punya Proton Inspira dah convert jadi Mitsubishi Lancer ye.
..
Razip.Panas.....

Terkejut.

Hero. Akad nikah.
...
"Aku nikahkan kau dengan awek cun dengan maskahwinnya RM179.99, tunai...."
..
Tok Imam nyentap tangan..
..
Hero. "Sah!".
..
Tok Imam. "Sah tengkorak engkau."

Nak cepat glamor?

Senang je.
..
..
Kutuk kerajaan.
..
..
Lompat parti.
..
..
Buat lagu hina kaum.
..
..
Pastu masuk I.S.A.
..
..
Hmm..

Tak gentlemen.

Tengok bola. MU dengan Chelsea.
..
Prittt.. Kad merah..
..
Kena buang padang.
..
Replay. Tak sentuh pun. Tapi jatuh, guling-guling.
..
Menipu. 
..
11 lawan 10. 
..
Tak gentleman.

20 October 2010

Lagu Hijau Kuning



YAKINKANLAH DIRI SENDIRI..
BERJUANGLAH SEJIWA MURNI...
TEKUN BERLATIH SESUNGGUH HATI ...
DEMI SUKAN MEMAJU NEGERI...

BIAR JASA JADI KENANGAN...
HIJAU KUNING LAMBANG KEMEGAHAN...
JELAPANG PADI TEMPAT SANJUNGAN ...
NEGERI KEDAH DARUL AMANNNN!!!
KEDAH~! KEDAH PANTANG KALAH!!
WALAU SAKIT JATUH DAH REBAH...
BANGUN LANTAS SEMULA GAGAH ...
BUJUR LALU MELINTANG PATAH...

HIJAU KUNING TANAHKU..
DARUL AMAN NEGERIKU..
HIJAU KUNING DARAHKU ...
NEGERI KEDAH NEGERIKU ...
NEGERI KEDAH NEGERIKU !

View Image

Kedah, Kedah pantang kalah.. Semi Final.

Malam ini akan menyaksikan pasukan tempatan kesayangan Kedah Darul Aman akan melayan Kelantan di stadium Darul Aman. Dijangka 20-25ribu peminat skuad Hijau Kuning akan membanjiri stadium (jangan lupa solat bang). Kita mengharapkan pasukan kesayangan kita ini akan melangkah ke perlawanan akhir dan memenangi piala Malaysia tahun ini. Insyaallah. Diharapkan semua penyokong-penyokong mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.Tak mau gaduh-gaduh na. "Peminat semua toksah la bawak merecun, bahaya, hingaq. Kita tengok bola,sorak kuat-kuat sudah la na. Toksah kacau orang. Satgi orang marah. Polis kata jangan. Kita pakat-pakat beli jersi takpa, warna hijau kuning,baru la meriah" kata penyokong lagenda kepada budak-budak muda yang menyertai rombongan penyokong fanatik Kedah. Kita sentiasa berdoa agar pemain-pemain kita bermain dengan cemerlang. Malam ni mungkin kita boleh menang 2-0, sebab Kelantan  pun kuat, susah nak jaring gol banyak-banyak.

View Image

Tanda Hero mencintai awek cun

  • Apabila Hero benar-benar jatuh cinta dan setia kepada awek cun, hati yang keras, lembut menjadi kapas. Bahkan hero sanggup berkorban melakukan apa saja untuk awek cun. Sekeras manapun hati hero, ia akan mengalirkan air mata bila dilukai. Namun awek cun janganlah mengambil kesempatan pengormatan hero itu.
  • Sekiranya awek cun menyedari hero sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu sesungguh hati, nyata awek cun tidak salah memilih teman hidup. Hero bukanlah jenis orang yang berdampingan dengan awek cun sekadar suka-suka atau mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa untungnya awek cun.
  • Bila hero sentiasa buat hati awek cun senang dan terhibur, tandanya hero inginkan perhubungan yang lebih serius. Tidak hairanlah hero sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan awek cun yang sangat istimewa dalam hidupnya. Pada hero, sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk membuatkan hati awek cun yang disayanginya sentiasa senang dan terhibur.
  • Bila sudah sayang, macam-macam akan hero fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangan awek cun. Seminit tak dengar suara pun, hidup dah tak keruan. Apa lagi kalau diam membisu, hari akan sepi dan sunyi, hanya mendengar desiran angin dan melihat daun-daun berguguran.
  • Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila hero berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian awek cun. Hero mahu bermanja dan inginkan awek cun melayan hero lebih daripada orang lain yang pernah awek cun sayang. Kalau hero merajuk hati, cubalah awek cun pujuk, bukan manja nak mengada-ngada. Bukan senang hero nak ubah kemachoan menjadi manja macam beruang Teddy. Hanya untuk awek cun. Untuk kita-kita aja.
  • Bila hero tanya soalan yang sama, "awak rindu saya?" tandanya hero tidak mahu kasih sayang menjadi pudar. Hero pun tak tahu apa nak buat bila rindu awek cun. Ia juga tandanya, "jangan bimbang sayang, di mana ku berada, dengan siapa ku bersama, jangan bimbang ku tetap kau yang punya".
  • Manusia tidak ada yang sempurna, samalah dengan hero. Tapi, kalau awek cun dapat merasai keikhlasan hati hero, itu sangat baik. Ikhlas itu tidak dapat dilihat, tapi boleh dirasa dengan hati.
  • Kepada awek cun, hargailah hero seadanya, berilah peluang kepada hati untuk kembali mencintai seorang hero.

View Image

19 October 2010

Kenapa aku mencintai kamu?

Satu hari awek cun tanya kepada hero. Kenapa abang mencintai sayang? Ekk.. Terkelu lidah hero. Abang mencintai sayang, tapi saya tidak tahu macam mana nak terangkan. Kata hero. Yela tu. Kata awek cun sambil pandang semacam.. 
Satu hari lagi awek cun dan hero berjalan di sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti dan duduk di atas batu di tepi tasik. Kemudian awek cun bertanya kepada hero. 
Awek cun : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Hero : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai sayang!
Awek cun: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Hero : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Awek cun : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain, suami mereka dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Hero menarik nafas panjang. Macam mana nak kata ni, hero memang betul mencintai awek cun tapi hero tak tahu macam mana nak mengungkapkannya dengan kata-kata. Aduh, awek cun macam tak yakin kepada hero.
 Satu hari Awek cun kemalangan. Hero amat bersedih lalu pergi ke hospital untuk menjaga awek cun. Awek cun yang cedera dan tidak dapat bergerak hanya dapat menitiskan air mata. Lalu hero berkata kepada awek cun, “Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu .Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati. Dan apa yang abang buat sekarang ini adalah kerana cintaku kepada mu yang amat dalam yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata". 


Poor Litte Razip 3

Si Razip (bukan nama sebenar) bersiar-siar di taman beruang. Lalu bertemu seorang amoi cantik tak pernah lihat. Amoi cantik tu tersenyum riang melihat rama-rama berlari-lari keriangan di tepi bunga. Beliau punya senyum telah menggegarkan dan menggoncang hati dan nurani, wajahnya memukau. Si Razip telah bertemu dan bersiar-siar serta telah berjaya memohon nombor telefon amoi cantik itu. Jadi, selalulah Si Razip menelefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas kepada amoi cantik itu. Setiap hari tanpa jemu, mereka saling berbalas khidmat pesanan ringkas itu menggunakan telefon bimbit dan kadang-kadang menggunakan perkhidmatan telekom Malaysia. Selain bertanya khabar, mereka juga bertanya pelbagai pertanyaan yang bersifat peribadi yang bertaraf rahsia besar dan dilindungi di bawah akta rahsia rasmi. Pada suatu hari, amoi cantik itu terlalu sibuk. Seperti biasa pada waktu sarapan pagi di kafe, Si Razip menghantar khidmat pesanan ringkas. Amoi cantik berkata, beliau sangat sibuk dengan majlis. Jadi beliau pun memohon menangguhkan dahulu penghantaran khidmat pesanan ringkas. Amoi cantik berjanji akan menyambungnya pada sebelah malam. Maka alkisah, bersetujulah Si Razip sang rajuna nestapa. Terasa siang hari sungguh menyepikan hati, hanya desiran angin dan daun-daun kering yang luruh. Tunggu, punya tunggu, punya tunggu, masih juga sepi. Di dalam kerisaun yang melanda diri, Si Razip telah 3kali mengirim khidmat pesanan ringkas sambil melihat Buku Muka di Laman Sesawang di atas talian. Bila sudah lewat barulah pesanan yang ditunggu masuk ke peti masuk dengan pesanan "Selamat malam". Lagu yang mengiringi, Senyum (Malique feat Najwa). Senyum, tak perlu kata apa-apa,Senyum, tak perlu kata apa-apa, Senyum, tak perlu kata apa-apa.

14 October 2010

Widget menarik.

Anda berminat menambah widget menarik ni? Hamster yang comel tu tunggu anda beri makan,dan sambil-sambil tu beliau bermain roda. Bila anda beri beliau makan, beliau akan menyedut air di tangki air tu. Bila beliau penat beliau akan tertidur. Comey.
Ikan mas pula, akan berenang ke arah cursor mouse anda. Bila anda click, makanan akan jatuh lalu mereka berlari-lari dan makan. Hahaha.. Click je di Grab This.  Credit to Ambalut.blogspot.com







Grab This!




EdiTeDby-hAmsuN








Grab This!




eDiTeDby-hAmsUn

Sanggup?

Setiap hari orang menanyakan kesanggupan kita menggalas tugas kita. Kesanggupan menunaikan tanggujawab merupakan nilai integriti dalam diri kita. Kesanggupan - kesanggupan lain ialah menjalankan tanggungjawab sebagai anak, ayah-ibu, suami-isteri, pekerja, dan macam-macam lagi. Tidak kira bahaya, susah senang akan ditempuhi dalam menjalankan tanggungjawab.
Dilihat dari aspek kekeluargaan, sanggupkah kita mengambil tanggungjawab suami atau isteri? Memelihara keharmonian keluarga, membesarkan anak-anak, adalah satu tugas dan amanah yang berat. Maka kerjasama memainkan peranan yang sangat penting. Kerjasama dari segala segi memastikan kita sentiasa tahan pada cabaran. Tiada pantai tidak dihempas ombak, tiada pokok tidak digegar ribut, itulah risiko yang akan dihadapi kita. Susah senang harus ditanggung bersama. Ada masa kita gembira, ada masa angin bergelora, ada masa hujan renyai-renyai, maka saling kebergantungan dan menyokong satu sama lain, merupakan tunjang kekuatan kita. Sanggup?
(macam buat thesis "Kerjasama dalam rumahtangga". Hah, ape ade hal.

Proton Inspira - Mitsubishi Lancer: Hanya Jauhari mengenal manikam.

Hari ini Proton melancarkan jenama baru iaitu Proton Inspira. Model yang menggantikan Waja ini dibangunkan dari design Mitsubishi Lancer. Sekali pandang memang macam Lancer. Selepas ini ramailah yang akan membeli Proton Inspira ini, malah akan menukar lambang proton tu dengan Mitsubishi. Tak best la kan, bayangkan anda memandu Mitsubishi Lancer 2.0 GT tapi orang kata, ala tu kereta Proton Inspira yang tukar lambang Mitsubishi. Tapi pengguna Mitsubishi tak perlu risau, keupayaan enjin dan designnya tetap terbaik, hanya jauhari mengenal manikam. Kelebihan Inspira ialah, harga lebih murah, insurance dan roadtax pun murah. Tapi adakah kualitinya setanding designnya. Kita nantikan. Proton Inspira di atas jalan, hahaha.


Inspira
View Image
Mitsubishi Lancer GT

13 October 2010

Dilambung ombak..Ni betul-betul bukan peribahasa.

View Image

Pagi tadi naik feri dari K.Kedah ke Langkawi, feri yang dinaiki dilambung ombak.. Angin kuat dan hujan lebat telah menyebabkan ombak bergelora. Bahaya untuk bot-bot kecil.. Memandangkan tidak bersarapan pagi maka perut saya tidak berkocak seperti masa makan Mee Udang di Kuala sepetang. Tapi kasihan melihat orang ramai terutamanya pelancong tempatan yang meminta plastik dan..... muntah.. Macam pesta pulak dengan bunyi orang mengeluarkan isi perut. Ada yang nak ke tandas tapi tak mampu kerana feri pun macam terbang. Aku cuma layan DVD je. Kasihan orang sebelah saya, seorang Cina yang berpeluh-peluh walaupun aircond kuat. Katanya nak datang jumpa client, dalam kepeningan sempat juga tanya harga sewa kereta. Haha.. Kepada semua pelawat sila jangan panik, kerana feri dilambung ombak ni bukanlah teruk sangat, dan berlaku pada hari-hari tertentu saja. Jika tidak mahu dilambung ombak, saya sarankan anda menaiki feri dari K.Perlis kerana ombak tidak kuat dan perjalanan lebih singkat. Lagipun dari K.Perlis, banyak pulau - pulau maka jarang sangatlah di lambung ombak. Kalau selalu kita dengar, kalau tidak mahu dihempas ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau tidak mahu dilambung ombak, jangan naik feri waktu angin kuat. Haha. So, ini tips-tips untuk mengelakkan muntah dalam feri semasa ombak kuat. Anda dinasihatkan makan ala kadar saja. Kemudian sediakan sebotol kecil minyak cap kapak dan sapu di bawah hidung serta sapu di kepala (macam orang pening kepala). Jangan lupa bawa air mineral.

12 October 2010

Sepetang di Kemunting

Ahad petang yang lalu, saya menghadiri kursus di Taiping. Perjalanan dari Langkawi amatlah meletihkan. Naik feri 2 jam, bas lompat sana lompat sini. Bas dari Butterworth sampai di Kemunting lebih kurang 3.30 petang. Sampai dalam kelaparan, terus menikmati KFC dibelanja oleh Haikal, Danial dan Mazni. Selepas saja makan kami pergi ke Taman Tasik Kemunting. Rasanya belum lagi siap sepenuhnya tetapi boleh dikunjungi. Berdekatan dengan Tempat Tahanan Perlindungan (KEMTA/I.S.A), tempat ini sesuai untuk beristirehat sambil melihat anak-anak berlari-lari keriangan di playground. Juga ada tasik, untuk kita melihat ikan-ikan berlari keriangan di gigi air. Selepas menikmati angin yang mendamaikan, mereka menghantar saya ke tempat penginapan untuk pendaftaran bilik. Selepas sepetang di Kemunting, sepetang di Kuala Sepetang pula, kemudian sepetang di Batu Kurau. Berpetang-petang di kuale(cakap perok),di kuale berpetang-petang,di mane nak berpetang-petang,berpetanglah di Kuale. Ape ade hal..Kate Tuan Aziz. (gambar tasik ini lupa pulak nak ambil, maklumlah, angin sepoi-sepoi bahase)

Sepetang di Kuala Sepetang.

11 Oktober 2010, satu rombongan peserta kursus (termasuk saya) pergi membelasah Mee Udang yang sangat terkenal di Kuala Sepetang. Tanpa perlu tunggu lama, (terima kasih pada peserta kursus yang bagi kami melantak dulu), tanpa mengangkat kepala kami mengadap Mee Udang tersebut. Apa kelebihannya? Mee Udang  ini adalah Mee Kuah yang dihidangkan dengan beberapa ekor udang yang besar, A+ punya udang. Kami menikmati Mee Udang 11hengget.(Special)..7hengget(biasa),udang kecik sikit(tapi besar jugakla). Sambil menikmati Mee Udang yang lazat kami dihidangkan dengan pemandangan indah, anak-anak dara Kuala Sepetang yang bersiar dan kanak-kanak bola main bola di padang,macam permandangan di tahun 80'an.. Hah, pandai jer 80an.
Selepas menikmati kami pulang ke tempat penginapan. Dalam perjalanan tu, perut saya berkocak-kocak, nampaknya saya sudah mabuk udang. Mana tidak nya, inilah pertama kali makan udang banyak-banyak. Udang dalam mee punya la banyak dan besar (maklumlah 11hengget), selak udang jumpa udang,selak udang jumpa udang,hah banyak tu. Sampai je kat bilik terus terbaring kepucatan macam orang mabuk. Sedar-sedar dah pukul 10malam. Haha. Pukul 11, terus tidur sampai pagi. Yang 11hengget mabuk lama sikit, yang 7hengget biasa-biasa,pening sikit-sikit.Haruslah sesiapa yang pegi ke Taiping singgah sebentar di Kuala Sepetang, kalau rajin lagi boleh pergi Batu Kurau. Batu Kurau?
Mee Udang Kuala Sepetang.

10 October 2010

Istikharahku..

Dalam kesuraman dan kedinginan malam, aku berjalan di tepi pantai. Berhenti dan duduk di atas sebatang kayu. Sambil memegang kayu dan menulis-nulis di atas pasir pantai aku berfikir dan menghayati keindahan pantai. Dalam hati merintih kepedihan, mengharap hati lega. Benarkah dia untukku. Ia bermain-main dibenakku. Patutkah aku terus dalam dilema. Dengan langkah longlai dan sayu aku pulang dan duduk dalam lemah. Lalu bangun perlahan-lahan.
Dalam takbir penuh kesyahduan, merintih aku mengharap petunjuk dan redha. Tunjukkanlah aku tuhan, siapakah yang menjadi tulang rusukku, yang menjadi ketua bidadari ku di syurga.  Aku berharap dapat memilikinya.

DOA UNTUK KEKASIH
Ya Allah,…Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku.

Titipkanlah kebahagian antara kami, 
agar kemesraan itu abadi.
 Dan Ya Allah…ya tuhanku yang maha mengasihi…
seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi ya Allah, sekiranya engkau telah takdirkan dia bukan milikku, 
bawalah ia jauh dari pandanganku,.
 Luputkanlah ia dari ingatanku. 
Dan peliharalah aku darikekecewaan.
Serta ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, 
berikanlah aku kekuatan.
Melontar bayangannya jauh ke dada langit. 

Hilang bersama senja nan merah,
agar aku bahagia,

 walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya Allah yang tercinta,
 gantilah yang telah hilang. 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.
 Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya Tuhanku….
pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
 adalah yang terbaik buatku
 kerana Engkau MahaMengetahui segala yang terbaik buat hamba Mu ini..
Ya Allah…
cukuplah Engkau sahaja
 yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. 
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yangberiman,,
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup 
kejalan yang engkau redhai. 
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Amin…….Ya Rabbal A’lamin

View Image

09 October 2010

Poor Litte Razip 2

View ImageSaat ini si Razip mengalami tekanan perasaan. Haha, si Razip memang seorang yang agak malang, tak pandai berbelanja (boros), merapu bukan-bukan, semua orang tak tahu apa yang dia fikirkan, malah dia sendiri tak tahu apa yang dia fikirkan. Namun si Razip seorang yang jujur dan setia serta sedikit nakal. Tak kala ini beliau sedang mengalami masalah ekonomi yang teruk,  hari ni beliau hanya minum nescafe, tapi apa ada hal, pengalaman puasa sebulan, rilek-rileks sudah. Dia cuma ingin bermanja-manja, dibelai, mencintai dan dicintai, tapi dia sendiri lupa, dia tidak ada apa, harta, rupa, jauh sekali. Dalam pada itu juga cintanya tidak bersambut, berderai hatinya, namun apakah dayanya. Tapi beliau tetap bangga, beliau telah memberikan yang terbaik (walaupun si Razip bukanlah yang terbaik), dan berusaha serta berdaya saing. Di saat hati terluka, chenta hati pergi, bertambah la derita. Harap beliau bersama orang-orang yang sabar. Namun tuhan sentiasa membantu hambaNya yang lemah. Adik-adik si Razip telah membantu sikit-sikit termasuklah sahabat karibnya (yang sentiasa ada di dalam semua keadaan) sang Arjun yang tanpa segan-segan membantu (merah muka si Razip sebab malu meminjam wang tapi dah terpaksa, itu pun gatal konon-konon nak bela anak orang,  nak bagi makan apa agaknya). Sambil mengunyah nasi goreng yang adiknya goreng, dia terfikir, inilah sahabat, dan pentingnya mengutamakan adik-beradik. (baru kau tau ke si Razip). Sambil mengira-ngira wang dalam kocek yang cukupla untuk digunakan, beliau bersyukur dan terharu dalam hati yang remuk. Masih ada harapankah? Namun beliau masih tersenyum riang menyembunyikan kesakitan. Poor little Razip.


View Image

08 October 2010

Kedai Coklat Online: Coklat yang sedap



Chocolate77 name blognya. My Sweet Homemade. Tuan Punya Kedai ini seorang usahawan Bumiputera berdaftar ye. Tuan Punya Kedai Coklat ini menawarkan coklat yang menarik terutama untuk Wedding Doorgift, Birthday Party dan sebagainya. Ditawarkan dengan kualiti terbaik dan halal, harganya pula amat menarik, saya merasakan rakyat Malaysia patut mengambil peluang ini untuk membeli coklat-coklat buatan tangan yang tentunya berkualiti tinggi. Tuan Punya Kedai ini juga mengadakan kelas belajar buat coklat. Anda boleh refer jadual kelas di websitenya. Saya syorkan juga kepada pelajar-pelajar kerana harganya mampu milik, sesuai untuk mereka yang ingin buat jamuan perpisahan atau jamuan kelas akhir tahun. Kita boleh berbangga kerana produk tempatan kita tidak kurang hebatnya dengan produk-produk luar negara. Kira coklat-coklat ini memang best dan harga berpatutan. Kita mesti pilih! (tak perlu buat pinjaman Bank Rakyat!) Di bawah ni sedikit gambar coklat yang saya ambil (dengan kebenaran) dari Kedai Coklat itu.
My Sweet Homemade

Contoh2 coklat yg akan dibawa pulang - Coklat praline

Chocolate Box - Rectangle Shape (large)
Lollichoc Edible - Disney princess Oreo Choc - Edible 4
Oreo Choc - Edible 2 Colourful Chocolate shell

So, untuk yang berminat bolehlah menghubungi Tuan Punya Kedai. Untuk mengetahui produk-produk lain sila terus ke blog MyChocolate77.

Poor Litte Razip

Exagon Furtive-eGT

Razip ingin membeli sebuah kereta. Lalu ditanya pada kawan-kawan. Lalu Encik Azhar recommend sebuah kereta dari seorang kawannya. Sebenarnya, kawan Encik Azhar sayang sangat kereta itu, dulu dah ada orang beli tapi jual balik kepadanya. Orang tu dah beli kereta baru, kereta lama malas nak guna, jual balik. Jadi, kawan Encik Azhar memberitahu Encik Azhar untuk mencari pembeli yang betul-betul berminat. Kalau boleh yang belum pernah ada kereta, tak mahu la yang dah ada kereta tapi nak tambah lagi, nanti kereta kesayangan terabai pula.
Lalu Encik Azhar membawa Razip pergi ke rumah kawannya itu untuk melihat kereta tersebut. Kata kereta lama, tapi macam baru je lagi. Enjin bagus, design pun macam kemas lagi. Tak macam kereta lama. Jadi si Razip pun gembira dan bersetuju. Kawan Encik Azhar akan polish dan servis dulu. Si Razip pulang dan mengumpul duit untuk membeli kereta, supaya senang nak pergi kerja. Yakin sangat-sangat sebab bukan ada sapa minat.
Pada suatu hari, kawan Encik Azhar menelefon Si Razip untuk memberitahu ada lagi seorang pembeli. Walaupun pembeli itu sudah ada kereta, tapi pembeli itu sudah 2tahun nakkan kereta itu. Wah terkejutlah Si Razip itu, hari tu kata macam lain. Jadi, kawan Encik Azhar kata dia akan memilih pembeli selepas balik dari umrah. Beristikharah kot.
Kecewa la Si Razip, bukan apa, kalau dapat kat pembeli lain, untungla dia, dah ada kereta, dapat lagi kereta baik punya. Kalau tak dapat pun, dah ada kereta, mesti dia kata "rilekk aa saya nak kisah apa,no heart feeling,kereta saya yang dok ada pun apa kurang". Uihh.. Kalau Si Razip plak, kalau dapat, syukurlah, mudahlah bergerak dan pergi kerja. Kalau tak dapat? Poor Little Razip.

07 October 2010

Baby yang comel.

Di setiap majlis yang melibatkan staf dan keluarga, pasti masing-masing membawa anak-anak. Kami (saya dan Pijon) pasti akan mengambil peluang untuk melepaskan geram bermain dengan bayi-bayi comel. Kami yang bujang ni memang pencinta baby, dan menjadi kegilaan kami menggomoi bayi-bayi yang comel. Walaupun dihujani sindiran, kata-kata nista dan tohmahan (hahaha) seperti, "Kawen la cepat, teringain sangat dah tu" atau "bila lagi", dengan selamber melarikan bayi-bayi comel dan memeluk macam baby sendiri (huhuhu).. Saya sangat suka.. Baby yang comel.. Hahaha..


A'an, baby En.Dae. Faveret Baby.

Pijon dengan anak Ustaz Mus


Anak Ustaz Mus


Haha..patutla orang tanya bila nak kawin.
Zeti, baby En.Dae. Faveret baby,sekarang da besar.

Sebenarnya ramai lagi baby-baby staf AKM ni, tapi tak berkesempatan mengambil pic mereka yang comel. Insyaallah, kami pasti berusaha, semoga Allah cepatkan jodoh kami. Bukan tak mahu kawin. Belum sampai masa.

Aqif,baby Arizan.

Bila hati dihancurkan.....

Cinta- anugerah yang hebat. CInta buat kita jadi hebat. Tapi bila sebaliknya... CInta,hati jadi luka,hati sakit,hati duka.. Bila kita mendapat tahu, yang tidak sepatutnya terjadi, remuklah hati, hancurlah cita-cita, musnahlah angan-angan lalu kita tumbang. Semangat kita hilang. Lalu hujan turun lebat meratapi cinta yang musnah tadi. Kita rebah, dan hilang arah. Cinta! Cinta! Kita memanggil.
View Image Namun apa daya. Kecewa telah datang bermaharaja lela. Air mata menitis menangisi kegagalan yang tidak direncanakan. Lalu dunia menjadi sempit, kita tidak bermaya lagi ingin terus melangkah.Jalan di depan gelap, kudrat hilang, merangkak kita kesakitan. Sayang... Darling.. Abang.. Awak.. Saya.. Cinta.. Rindu awak... Sayang Awak... Menjadi ratapan dalam mimpi ngeri. Kita hanya menahan sebak di dada. Kita tidak sesal, tapi terkenang dan bertanya, apa salah dan kurangnya aku, telah kuberikan seluruh hatiku... Lalu kita lelap dalam air mata..
Setahun kemudian, kita sedang berlari-lari anak. Ah, teringat, waktu kegalauan, kita merangkak mencuba untuk bangun, namun jatuh, kita cuba bangun, jatuh lagi.. Namun kita masih tabah, kita sudah boleh berjalan dan masih berat untuk senyum. Lalu duduk di atas batu dan mengenang saat kejatuhan.
........Kita terjaga,air mata masih basah lalu kita sapu. Kita duduk dalam kelelahan yang amat lalu berfikir..
View ImageSemuanya tidak kena,kita tidak tahu nasib kita, lalu kita ingat. Kita masih boleh bersandar dan berharap dari Dia   Yang Maha Mengasihi. Kita mengadu kepadaNya, semoga bersama orang-orang yang sabar..Kita sedar,dalam kedukaan kita mengadu kepadaNya. Dalam keseorangan pada gelap malam, kedukaan yang seperti tiada penghujungnya, mengeluh dan kecewa,goyah dan tiada teman,kita bangun dan bina semangat dan menyerahkan segala harapan kepadaNya.

View ImageKuatkah hati? Ya. Cepatnya? Ya.
Bagaimana? Darkside. Hahahaha.

Lalu kita teruskan mencari cinta, yang menyakitkan, kita hadapi, walau akan mati kesakitan.

p/s: Airmata tidak mengalir lagi sebab dah kuat untuk menghadapinya.

05 October 2010

Tengok Wayang: Magika

Saya berkesempatan menonton filem Magika di pawagam hari tu. Rasa macam menonton Alice in Wonderland pun ada. Filem muzikal ni ada sedikit kelainan dari filem-filem melayu yang lain, kerana aku difahamkan ini adalah filem muzikal pertama di Malaysia. Tahniah kepada KRU studio yang kreatif dan berani membawa pembaharuan. Cerita tentang watak-watak dongeng tempatan yang amat menarik. Hang Tuah 5 bersaudara (geng senario), Mahsuri, Lembing Awang Pulang ke Dayang, Bad(badang), Orang Minyak, Bunian (bukan bunyian), Pak Pandir, Puteri Gunung Ledang, Nenek Kebayan, Bawang Putih Bawang Merah, dan banyak lagi yang saya dah lupa. Filem ini membariskan pelakon-pelakon hebat. Nak tahu jangan lupa menonton. Belilah yang Original.OST filem ini ialah Penawar Rindu, Diana Danielle feat Mawi. Part yang paling menarik ialah dialog datuk Bendahara (Wan Ismail Golok) dengan Puteri Gunung Ledang. Dah la loghat Kelantan, siap kena pangkah Puteri Gunung Ledang dengan bersahaja. Dalam Utusan, baru 4 hari ditayangkan sudah mencecah RM4juta. Syabas syabas. 3bintang untuk filem ini.

View Image

Filem KRU studio yang dinantikan: Merong MahaWangsa.

Love and Marriage

I had read a very attractive book. "Love & Marriage" was it title. The sentence was simple but meaningful. Let me share some of the phrase.

"Marriage is loving-together, not just living together"
View Image
"When Adam was lonely,God created for him, not ten friends, but one wife!"

"Honesty is always the best policy in marriage. Equally important is when, how and what way to be honest to be most loving"

"The more important thing a father can do for his children is to love their mother"

View Image"In marriage, love must be there, but friendship refines love into a vital partnership, and that's what makes a good marriage great"

"Most important rule of marriage: toward both your spouse and yourself, behave only in ways that enhance your self-worth, dignity and integrity"

"Married persons have strong immune systems and happily married persons have the strongest immune systems of all"

"There's no way to win against your spouse. You both win or you both lose".

View Image