Powered by Nuffnang

30 August 2010

Beza Isteri dan Girlfriend pada Suami dan Kelebihan Isteri

  • Isteri macam TV. Girlfriend macam handphone(hp). Di rumah tengok TV pergi luar bawa hp. Tv selalu kat rumah je. Hp semua tempat dibawa. Tapi beralih la ke TV yang 42' LED LCD, cantik menawan, terjamin kepuasan.
  • Takde duit ,jual TV. Ada duit, beli HP baru. Kadang-kadang je seronok tngok TV ,tp selalunya banyak masa habis main HP. Sepatutnya takde duit je hp. Takdak TV takleh tgk DVD, Blueray, Imam Muda, Majalah 3, Buletin Utama.
  • TV skali bayar jer percuma sepanjang hayat, tapi HP kalau tak bayar bil line akan di tamat kan atau kalau tak top up, tak dapat le nak msg. TV pasangla Astro, sebulan RM75. Macam-macam ada di TV.
  • TV saiznya besar,berat dan dah buruk,tp HP cute,comel,ramping,bnyk butang bleh picit-picit dan boleh dibawa ke mana-mana & bila-bila masa. Belila / upgrade ke TV LED LCD, ramping dan puas tengok, sapa pun tak marah.
  • kos penyelenggaraan TV murah jer, dan jarang rosak, tp HP ,mak oiii…mahal giler,slalu pulak meragam macam-macam dan yang sadisnya,TV ada remote control, hp mana ada. Bagusla, tak payah susah-susah nak bazir baiki. Boleh tambah Home Theater, karaoke. Ada remote pon 
  • Dan kelebihan TV lagi, tak ada virus…tp HP..huh belambak sekali kena merana, abih duit.
Jadi,bila ada isteri jaga la baik-baik. Dia la yang akan menjaga kita, kasih sayang kita, mengandungkan anak kita, dan segalanya sampai di syurga. Insyaallah. Waallahuaklam..

Kredit: Pijon.

View Image   View Image

Cerita gambar : itu semalam

Biar gambar menceritakan segalanya. Tapi orang cakap gambar boleh menipu. I believe that. Sangat2 percaya akan perkara tersebut. Bukan semua gambar itu menipu. Kepada isteri dan bakal isteri bila ditunjukkan gambar suami bersama perempuan lain sila beri perhatian. Ini bukan lagi super impose tetapi perlu disiasat rapi. Akan tetapi bila kita dibantu oleh kecanggihan teknologi menjadikan semua gambar yang kita ambil dapat dibanggakan lalu ditayangkan untuk tontonan umum. Uhhh kenapa I mula ayat I macam orang skima gaban sedang beri ucapan tentang keselamatan jalan raya. 
I pun selalu buat gambar menipu. Gambar yang salah padahal kamera telefon yang canggih yang membuat onar. Maksud I bukan I tipu gambar tersebut tetapi gambar tersebut menipu pandangan mata umum. Izinkan I beri satu contoh. Kenapa i perlu minta izin ni page I sukahati la kan nak beri contoh. Malu I.. Contoh selepas ini bukan I yang menipu. Tapi menipu ini dibuat untuk kebaikan sejagat. Kagum giler dengan kepantasan mamat tersebut menggunakan Adobe Photoshop sehingga membuatkan kulit I nampak sehalus kulit bayi dan sekata tahap kecoklatannya. 


Banyak kali edit sehingga tertipu
Ibu yang melihat gambar ini lalu member amaran ‘dah takde baju lain nak pakai nampak ketiak??’. I terpaksa mempertahan diri dengan membalas ‘ibu, itu la baju yang paling tidak seksi sekali’. Uhuh.. anakmu ini tahu tidak elok untuk menayangkan kulit yang tidak putih gebu. 
Kenapa introduction I panjang I pun kurang pasti. Sebenarnya I nak ceritakan tentang ‘itu semalam’. Biar I mula semula, gambar akan menceritakan segalanya. Mari kita perhatikan gambar di bawah; 

Gambar 1 


menarik tangkai hati
Keluar dari ofis lalu dihidangkan dengan kereta yang menarik perhatian lalu hati membuat dialog berikut; 

I: Abang dah lama tunggu? Sorry buat abang tunggu2. 
Abang: Tak lama pun baru jer sampai ni. 
I: Kenapa abang parking depan office? Malu Nurul (bajet lemah lembut kalau guna nama Nurul) kalau kawan nampak. Cakap Nurul berlagak pula nanti. 
Abang: Kalau diorang nak tumpang ajak la sekali. 
I: Takpe la abang, nanti sepah kereta kita. Abang baru basuh kereta ke? Nampak berkilat kilauan. 
Abang: Tak ada la kereta abang memang cantik macam ni je. 
I: Abang jom kita shopping. 
Abang: Boleh juga. Duit abang banyak lagi kat bank. Ada balance 50 ribu lagi. 
I: Abang dah janji nak belikan Nurul handbag Prada kat KLCC kan. 
Bla bla bla.. *sampai esok pun tak habis. 

Gambar2 


pertandingan tangan hebat. tangan putih dan montok vs tangan slim dan tanned. sila undi
Ye inilah hasilnya sepanjang penat lelah dan kesungguhan yang dicurahkan saya dan housemate. Biarpun kaki sedikit cramp dan tangan sedikit kebas (pemilihan screw driver yang tidak betul) tapi tenaga kewanitaan ini sangat kental. Boleh dibanggakan. ‘Eh anak Yusof tu bukan saja pandai masak, pandai berkebun, pandai mengaji, pandai jaga budak, bertukang pun pandai ‘ *menahan hidung kembang kempis. Saya bangga dengan anda Shefny. Sehingga terpaksa membuka skru sampai empat kali kerana tersalah pasang. Sebenarnya lapan tapi telah dibahagi dua. Macam la terel sangat tengok manual pun tidak betul. Perabot DIY pilihan kami berdua - iklan. Teringat semasa belajar Kemahiran Hidup dalam tingkatan 3. I dipuji tukang kebun kerana kotak kayu I cantik dan halus. Tiba masa menjahit sampul untuk kotak kayu tersebut I dikeji kerana pemilihan labuci dan hiasan yang macam orang tidak siuman. 

Gambar3 


dari tanah kita dijadikan kepada tanah kita dikembalikan
Semasa dalam bilik air hendak membasuh tangan selepas makan nasi lemak *makan nasi lemak di waktu malam tidak baik untuk kesihatan. I telah mengejutkan isi rumah. Pandang je cermin I nampak binatang ni sedang merayap di dahi nak pergi rambut I. Apa perasaan jika ini terjadi kepada dirimu??? Fobia la dengan lipas sebab beliau suka terbang. Maaf kepada warga rumah yang telah tidur. Tapi akhirnya lipas yang tidak bersalah itu telah dipijak dengan selipar berwarna kuning. Selipar kuning tauuu... 

Itu sahaja untuk ‘Itu semalam’.k. Selamat berpuasa kepada semua. 
p/s: Jangan curi2 makan. 

kredit: Nurul Kamsiah Hanim

28 August 2010

P.Ramlee: Double Bass Berbunyi - Sudin



Video clip ni dipetik dari filem P.Ramlee: Antara 2 darjat. Sudin membawa Double Bass untuk memanggil buah hatinya. Sambil main double bass, Sudin mendendangkan lagu "Double Bass Berbunyi". Beginilah liriknya:


Double Bass berbunyi,
alangkah meredu suaranya,
mendengarkan lagu,
lagu yg meredu,
merindu asmara..
Double bass berbunyi,
mengapakah jendela belum dibuka-buka,
Lamalah ku tunggu,
kepada adinda,
yg macam double bass..


Boleh tahan jugak suara Sudin ni..tapi aku layan la short song ni..

27 August 2010

Jabatan Penjara Malaysia: Akademi Koreksional Malaysia


Jabatan Penjara
Akademi Koreksional Malaysia











Akademi Koreksional Malaysia atau lebih dikenali dengan AKM atau Koreksional oleh penduduk tempatan merupakan sebuah Akademi atau Pusat Latihan Jabatan Penjara Malaysia. Terletak di Pulau Langkawi, 5minit berjalan kaki dari Jeti Langkawi, adalah pusat latihan untuk Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia (Inspektor dan ke atas). Selain itu juga, kursus-kursus antarabangsa seperti MTCP (Malaysia Technical Cooperation Program) diadakan di sini. Malaysia, khususnya AKM menjadi Regional Training Centre (RTC) bagi negara-negara Asia Pacific.
Selain mengadakan kursus-kursus dan program-program Jabatan Penjara, Program-program Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan-jabatan kerajaan yang lain sering diadakan di sini, jadi AKM tidak pernah sunyi (tapi malam-malam memang sunyi,atas bukit dalam hutan katakan,standard resort). 
Apa yang uniknya, kebanyakan orang tidak tahu bahawa AKM adalah dari Jabatan Penjara, kerana kami berpakaian pejabat (kemeja,tie,slack) macam kerja pejabat biasa,cuma hari Isnin dan program-program jabatan barulah kami memakai uniform. Di sini tiada banduan, cuma aktiviti pengurusan dan latihan,namun AKM telah diwartakan sebagai kawasan larangan. Dulu pernah menjadi isu tentang penggunaan Koreksional yang dipinjamkan dari perkataan Inggeris, Correctional. Apapun harap anda tahu, Akademi Koreksional Malaysia adalah pusat latihan Jabatan Penjara, bukan sebuah Resort!!





     

26 August 2010

Terima Kasih Kerajaan: Duit Raya RM500

Semalam Kerajaan mengumumkan akan memberikan bantuan khas kewangan RM500 sebelum raya. Bantuan itu akan dibayar kepada kakitangan awam dari gred 1 hingga 54 dan pesara-pesara kerajaan. Pemberian ini meringankan sedikit beban terutamanya yang berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, kita patut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin kepada penjawat awam.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan rezekiNya. Semoga negara kita aman makmur dan dirahmati Allah taala.

Go to fullsize image

Selingan: Cis adikku beli Yamaha FZR 150i



Sebenarnya dah hampir berapa bulan beliau motor ini. Pada masa mula-mula beli dah jatuh patah bahu,MC sebulan, dah makan tuan. Aku pun dah test-speed. Memang best. Bunyi dia pon pon << patutla besi rupanya.
 Bunyi sedap, laju, selesa dan kagum masa sendiri. Harga adalah berpatutan. Harga dalam RM8000 lebih-lebih camtula. Menambah aset setiap masa kanjat ni. Ada saja nak lawan dengan abang dia. Tapi apapon kerjasama kami akan dikekalkan sehingga akhir hayat. Apala sangat harta berjuta tapi tak kawan dengan adik beradik. Takpa...Aku akan berusaha juga. Macam best ja kan... 


kagum masa sendiri

pandangan meter

pandangan sisi

pandangan hadapan


Bye-bye

25 August 2010

Jambatan Kuala Perlis - Langkawi - Tidak Setuju

Baru ini Tun Mahathir membantah cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Kuala Perlis dan Langkawi. Penduduk-penduduk Langkawi sudah tentu tidak akan bersetuju kerana memberikan banyak kesan yang sangat negatif. Antara kesan-kesannya:

  • Kesesakan Lalulintas yang teruk.
Pulau Langkawi bukanlah besar. Apabila jambatan dibina,banyak kenderaan akan masuk dan menyebabkan keterlebihan kenderaan di pulau ini.Memandangkan sekarang ini,selalu berlaku kesesakan teruk terutamanya di waktu musim cuti sekolah. Jika dibina jambatan ini, akan menimbulkan ketidakkeselesaan penduduk Langkawi untuk bergerak terutama pada waktu kerja dan sekolah.

  • Menjejaskan pendapatan penduduk tempatan
Pemandu-pemandu teksi tempatan akan bersaing dengan pemandu dari Kuala Perlis. Pemilik kereta sewa dan juga menghadapi masalah yang sama. Akan berlaku kebanjiran peniaga-peniaga dari seberang. Berkurangnya pelancong menaiki feri, menyebabkan banyak syarikat feri akan mengalami kerugian dan memberi kesan kepada pekerja tempatan. Dengan adanya jambatan penduduk Langkawi lebih senang membeli barang di luar Langkawi hingga menjejaskan pendapatan peniaga tempatan.

  • Kerosakan eko-sistem dan pencemaran
Berlaku kerosakan kepada eko-sistem kite dengan teruk ke atas pulau yang indah ini. Lautan akan tercemar dan keadaan kualiti udara akan menjadi teruk seperti di Kuala Lumpur. Keindahan Langkawi akan musnah dan tidak akan menjadi antara pulau terindah di dunia lagi. Asap-asap yang dilepaskan kenderaan meningkatkan suhu panas.

Saya juga ada mendengar keluhan penduduk Langkawi yang sering berulang-alik ke tanah besar kerana harga tiket yang mahal, kekerapan perjalanan feri dan servis feri itu sendiri. Selain itu, jika berlaku kematian ia akan menambahkan kerumitan untuk membawa keluar jenazah. Jadi saya berpendapat kerajaan perlu  menambah dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan untuk penduduk tempatan dari berbelanja berjuta malahan berbilion untuk membina jambatan. ((Ada satu jambatan kecil di pekan kuah yang sampai hari ni siap tapi tak sepenuhnya,rasanya bertahun jugakla nak siap,itu pendek je,corruption dan berbagai lagi, baik baikkan dulu jambatan tu untuk kegunaan harian penduduk Langkawi)). Saya mencadangkan perkhidmatan feri ditambah dan dikurangkan harga tiket feri.Itu lebih praktikal. Kerajaan perlu menambah dana untuk menaiktaraf kualiti pengangkutan dan kesihatan. Selain memberi kelesaan kepada penduduk tempatan dan pelancong, ia menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Dan status Pulau Bebas Cukai akan terhapus?

Ini adalah pendapat saya sebagai seorang penduduk yang berasal dan bekerja di Langkawi. Anda bagaimana?

                              

Silap tengok Kalendar @ Silap tengok tarikh?

Cerita ni saya petik dari notes seorang teman di Facebook. Nurul Kamsiah Hanim empunya cerita. Mari kita ikuti kisahnya:


Ibu i adalah seorang yang tegas. Walaupun begitu i selalu tak rasa beliau tegas. Hehe.. Ampun ibu. Ibu i adakalanya akan membuat lawak yang beliau sendiri tidak dapat mengklasifikasikan perkara tersebut dalam kategori lawak. Adakalanya ibu i menjadi seorang yang fierce... Dengan satu jelingan tajam beliau boleh membunuh. Tetapi adakalanya juga, beliau akan meletakkan talifon tanpa sempat i bercakap babai. huh.. Insiden yang akan i ceritakan adalah perihal ~ ibu yang bersemangat ingin pergi ke kenduri kahwin anak kepada kawannya. Kejadian berlaku pada awal tahun ini dengan disaksikan oleh ayah dan i. Dapatkan pengajaran daripada situasi ini ya anak-anak. Jangan sesekali melawan cakap ibu dan ayah.
Caritanya begini...
Minggu tersebut i decide nak balik Jijan. Setelah kepulangan disambut lalu i dibawa pulang ke rumah. Hari esoknya, dengan perasaan yang berkobar-kobar ibu suruh i iron baju kurung beliau. "Nak pergi kenduri kahwin anak kawan" katanya... I biasanya malas nak ikut tau, kenduri kawen ni. Bukan apa, tengok orang kenduri kawen dah berpuluh kali, sendiri nak kawen tah bila lagi. huhu.. I pun iron la, baju ayah, ibu dan baju i sendiri. I tak pilih baju kurung yang berdaya saing sangat. Baju kurung biasa-biasa je la. Bukan nak pergi kenduri kawin anak raja kan. Pastu dah siap semua orang, hensem-hensem, smart-smart, cantik-cantik, tak lupa juga makeup-makeup berjangok, maka kami pun berangkat ke tempat kenduri.
Berpandukan peta yang ada di tangan, di samping i yang menjadi driver, ibu memberi instruction dengan confidentnya. I pun confident je la. Tempat yang dituju pun bukan jauh dari rumah. Tiba-tiba macam dah nak dekat sampai, i tengok suasana lengang. Ye la, orang kalau kenduri penuh kereta, ada khemah, meriah-meriah. Bala apakah yang telah melanda tempat pengkendurian ini? I bermonolog seorang diri. Tapi ibu yang berada di belakang, berkata "betul la rumah yang ni kan". I ambil la kad kat tangan ibu, memang benar. Alamat adalah sama seperti tempat dituju. Mula la dalam kepala orang i berfikiran yang bukan-bukan. Mintak simpang malaikat 44. Manakah khemah, manakah orang berpakaian baju tradisional, manakah bunga manggar, manakah anak-anak teruna yang hensem. Semuanya tiada. TIADA!!!
Tiba-tiba, ibu berkata "laaa minggu depan kendurinya.." seh... i yang mendengar seperti rasa ingin mengeluarkan asap daripada telinga, tapi ditahankan. Ayah pula berulang kali menyatakan "ishhh buang masa betul, buang masa, buang masa jeee..". I tak tahu apa maksud ayah dengan buang masa, mungkin sebab ayah rasa masanya seperti emas. Selepas itu, untuk mengcoolkan keadaan i berlakon seperti tergelak-gelak. Tergelak dalam kesakitan.. Ibu salah tengok tarikh. Ada kaa.. Akhirnya kami menuju ke Mydin untuk mengisi masa yang terluang, kerana telah memakai pakaian yang berdaya saing. Layan Mydin lagi bagus, kata ayah dalam hati.
Moral - Periksa betul-betul tarikh kat kad kenduri kawen. Disamping periksa tarikh di kalendar lumba kuda. Bila dah confirm sama, baru membuat persiapan untuk pergi kenduri. Lagi bagus set alarm untuk pergi kenduri kahwin. Baru high tech seh...
p/s: Kenduri orang sudah, kenduri aku bila lagi? Hehe..

credit to: Nurul Kamsiah Hanim.


Jangan Menghina Raja Kami

Sudah banyak peristiwa yang membabitkan penghinaan ke atas Raja-raja kita. Sultan Johor dan terbaru doa semasa khutbah jumaat,khatib tidak mendoakan Yang DiPertuan Agong. Kita kecewa kerana orang melayu Islam sendiri tidak menghormati Ketua Agama Islam. Mungkinkah kita jahil agama tentang itu? Parti-parti politik melibatkan institusi beraja semata-mata kepentingan mereka sendiri. Tapi, yang dikesalkan, orang melayu seolah-olah tidak kisah raja kita diperkotak-katikkan oleh individu atau kumpulan tertentu? Kenapa? Kerana orang Melayu sibuk bertelagah sesama sendiri. Mengkafirkan sesama Islam. Tidak mahu bersatu atas dasar politik. Kita tidak sedar yang kita akan kehilangan hak-hak istimewa kita tidak lama lagi kerana sikap kita sendiri yang tamak, dengki dan pentingkan perut sendiri. Tidak hairan orang bukan melayu semakin berani mempertikaikan hak istimewa orang melayu kerana mereka tahu orang melayu bukan kisah. Biarlah tergadai bangsa negara asalkan diri sendiri hidup mewah. Bagus bagus bagus. Ingat lagu Anak Kecil Main Api? Haa.. Itulah kisah kita yang akan terjadi jika kita masih leka.. Bersatulah orang Melayu untuk Islam dan hak-hak istimewa kita. Kita bukan mahu bertelagah, tapi biarlah hak kita terpelihara. Mungkin kita akan sedar bila negara kita sudah menjadi Republik Malaysia? Yang agama rasmi bukan lagi Islam. Yang kita sudah tidak hak-hak istimewa. Raja kita raja berdaulat.TEpuk dada, marilah bersatu. Bersatu kita teguh, bercerai orang tpuk tangan.

p/s: Aku orang melayu.

Demontrasi di Kedutaan Malaysia - KIta kesal


Kita dikejutkan dengan demontrasi yang diadakan di Jakarta kerana penahanan 3 pegawai penguatkuasa kelautan Indonesia di sempadan perairan Malaysia-Indonesia. Insiden di kedutaan kita tidak perlu berlaku kerana ia hanyalah salah faham kedua-dua pihak yang telah diselesaikan dengan rundingan.Namun kumpulan yang terbabit mungkin dipengaruhi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengeruhkan hubungan 2 negara serumpun. Perkara remeh yang sengaja dibesarkan itu memberi kesan negatif kepada hubungan kita dengan Indonesia. Mujurlah rakyat Malaysia tidak mudah melatah dengan isu-isu seperti itu. Kita lihat kumpulan-kumpulan tersebut seolah-olah "digunapakai" oleh pihak tertentu. Mereka cuba menghasut rakyat Indonesia untuk memboikot Petronas dan Proton. Usaha jahat mereka adalah amat dikesalkan.
Mereka mahu mengisytiharkan perang dengan kita? Mereka ini golongan minoriti yang cuba meraih simpati masyarakat. Diharapkan masyarakat Indonesia sedar dan tidak terpedaya dengan golongan tersebut. Mereka tidak sedar, saudara mara mereka yang mencari rezeki di Malaysia dengan aman, sepatutnya bersyukur dan berterima kasih dengan kerjasama kedua-dua negara. Oleh yang demikian kita usah pedulikan kumpulan gila tersebut, masyarakat Malaysia tidak mudah melatah dengan kebodohan tersebut.