Powered by Nuffnang

29 November 2010

Memeriahkan lagi majlis berkhatan

Pada musim cuti sekolah ini ramai kanak-kanak akan berkhatan. Kanak-kanak yang tak berkhatan tak boleh kawin,katanya datuk dan bapa saudara dulu. Sekiranya diadakan majlis berkhatan beramai-ramai akan menjadi bertambah meriah.
Di sini saya menambahkan lagi acara-acara atau perkara yang boleh menambahkan majlis berkhatan
1. Sediakan belon untuk kanak-kanak yang hadir.
Mesti ramai kanak-kanak yang datang dan gembira.
2.Adakan cabutan bertuah

3. Jemput pancaragam sekolah
Semasa kanak-kanak yang hendak dikhatankan diarak, pancaragam boleh mengiringi perarakan tersebut.
Sambil mendendangkan lagu Nyet-nyet semut dapat menambahkan keghairahan mereka untuk bersunat.

4. Buka gerai-gerai kecil macam kat pesta sekolah seperti gerai ais kacang, keropok lekor dan popcorn.
5. Membuka gerai pameran seperti AADK, Rakan Cop dan Kesihatan
Selain melawat rakan-rakan yang berkhatan, kanak-kanak dapat menambahkan pengetahuan dan kesedaran
6.Jemput FRU bersama kereta penyembur air nya.
Disamping dapat menyembur kanak-kanak itu, FRU dapat mendekati kanak-kanak dan memberi perangsang dan bercita-cita menjadi Anggota FRU. Tapi jangan sampai menembak gas pemedih mata pulak..
7.Adakan pertunjukan kawad kaki sekolah 
Acara ini dapat menghiburkan tetamu yang datang disamping dapat meningkatkan penyertaan pelajar-pelajar di musim cuti sekolah dengan kegiatan yang berfaedah. 
20090418_8
Diharapkan dengan adanya perkara-perkara di atas dapat memeriahkan lagi majlis berkhatan disamping dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran.

Kredit: semua gambar dari website.

27 November 2010

Sayang Anak berpada-padalah.

Ingat tak dulu masa kita kecil-kecil. Ayah kita garang. Mak kita bila ayah kita marah, beliau diam saja. Beliau diam memang sebab kita salah. Bila pergi sekolah, nakal, cikgu bagi rotan dekat punggung. Balik rumah diam-diam, mana berani bagitau ayah, nanti tak pasal-pasal dapat habuan tali pinggang percuma. Kalau bagitau ibu, berbiratlah dapat hadiah penyangkut baju. Begitulah ibu-bapa kita mendidik kita. Sama juga masa kita kecil-kecil, nakal. Pergi rumah orang panjat sana sini, ayah jeling je, takpun ibu berdehem, terus duduk diam-diam. Jika di rumah, sibuk tengok Doraemon jam 7, dengar saja motor ayah, terus lari pergi mandi.
Sekarang? Saya pun tak faham kenapa ibu-bapa terlalu manjakan anak-anak mereka. Manjakan ya, bukan sayang. Apa anak-anak buat semua betul. Salah tu, itu menyebabkan anak-anak tidak lagi menghormati ibu-bapa. Anak-anak juga akan menjadi tidak pandai berdikari. Apa anak-anak hendak, belikan saja. Bila orang lain tegur anak-anak kita, kita marah, yela, anak-anak kita saja yang baik. Anda tahu apa kesannya? Anak-anak terutamanya remaja akan berani buat apa saja, sebab ibu-bapa mereka akan pertahankan mereka walaupn mereka salah. Kalau ibu-bapa tegur pun mesti mereka buat tak tahu saja. Tengok saja kanak-kanak sekarang, marah pun buat tak tahu. Yela, ibu bapa mereka cuma marah. "jangan panjat, jangan panjat" itu saja. Saya dulu, tak dengar kata balik rumah dapat la habuan yang lumayan.
Oleh yang demikian, kita perlu memberi didikan sewajarnya, memberikan kasih sayang, bukan memanjakan anak-anak kita. Marilah kita renungkan untuk masa depan anak-anak kita.

26 November 2010

Cukup-cukup makan saja.

Ini adalah perkataan biasa semasa belajar di Universiti dulu. Setiap awal semester, kita dan kawan-kawan akan bertanya tentang CGPA masing-masing. Jawapan yang kita dapat adalah "cukup-cukup makan saja", "bolehla". Yaka? 2.0 cukup-cukup makan, 3.0 cukup-cukup makan, dan penerima Anugerah Dekan pun cukup-cukup makan. Kenapa ya? Mungkin kita tak mahu bangga diri agaknya.

A: macam mana CGPA kau?
B: cukup-cukup makan saja.
A: Berapa tu?
B: 3.5 saja. Aku sasarkan 3.65 semester ni. Kau pula bagaimana?
A: Bolehla. Naik sikit dari sem lepas. Sem ni 3.89. Pening aku.
B: Itu la aku pun pening.
Kalau lah saya di situasi di atas saya tak pening. Hahaha. Orang selalu tanya CGPA saya, saya pun jawab cukup - cukup makan. Lalala..

25 November 2010

Sebuah rumah, di sebuah kampung, di sebuah daerah

Ini adalah sebuah rumah yang terletak di sebuah kampung. Apa yang ingin diceritakan di sini ialah kadar oksigen yang tinggi menyebabkan kawasan ini agak nyaman. Kampung tersebut terletak di pinggir sebuah bukit. Kawasan ini sungguh segar dan nyaman terutamanya di waktu pagi kerana terdapat banyak pokok. Jika dibandingkan rumah saya, bukan saja panas, malah banyak habuk dan debu yang boleh menyebabkan batuk dan demam. Saya rasa penduduk di rumah dan kampung ini mesti mempunyai kesihatan yang baik, paru-paru yang bersih, sentiasa tenang dan gembira. Pasti setiap orang mengimpikan keadaan yang demikian. Saya teringat semasa zaman sekolah rendah, keadaan yang tenang, angin yang nyaman seolah-seolah berada di tahun awal 70 an. Kadar oksigen dalam udara menyebabkan kita menghidu udara yang sangat bersih dan nyaman.

Bertoksinnya kaki ku.

Selepas memakai Detox Foot Patch

Saya telah memesan Detox Foot Patch dari seorang pengedar yang berharga RM30 (10 pasang). Gambar di atas adalah kesan kali pertama saya menggunakannya. Ngeri mata melihat, ngeri lagi bahu memikul. Baunya pahit-pahit seperti getah terbakar. Saya akan meneruskan lagi sehingga habis stok. Patut badan menjadi berat, lesu tidak bermaya. Ini disebabkan kadar toksin dalam badan sangat tinggi. Maklumlah kita tidak menjaga makan dan malas bersenam. Jadi, marilah kita meningkatkan tahap kesedaran terhadap kesihatan kita.

Apa saya cakap ni...

 Saya menghadiri satu mesyuarat diadakan di sebuah Agensi Kerajaan. Selepas selesai, ahli mesyuarat menikmati minum petang yang dihidangkan secara bufet. Kami berdiri membentuk satu bulatan sambil berbual kerana baru berkenalan. Saya yang paling muda diantara semua. Seorang ahli bertanya kepada saya, " Encik dah berkahwin?". Lantas saya menjawab dengan yakin, "belum,masih bujang pom pom." Kumpulan itu terhenti, lalu bertanya serentak, "pom pom?". Saya terkejut "errr, bujang trang trang, pom pom sebab dah lama bujang". "Ohhh..." mereka membalas serentak. Dalam perjalanan balik, saya berfikir, kenapa tiba-tiba terkeluar pom pom? Saya senyum sendiri. Apa la saya cakap ni.

18 November 2010

Bertepuk sebelah tangan? Pengalaman yang baik.



   Saya pernah melaluinya beberapa kali. (Aku yang malang). Setelah beberapa saya tidak lagi memikirkan hal itu (cinta). Saya selalu berdoa untuk dapat kekasih yang baik hati, yang mencintai saya seadanya. Bagaimanakah yang dikatakan bertepuk sebelah tangan? / Tidak berminat dengan anda? Menawan hati permasuri anda bukanlah mudah. Orang yang anda cintai tidak semestinya sama dengan anda. Pelbagai usaha anda lakukan namun tidak berjaya. Wanita yang tuhan ciptakan ini adalah unik dan rumit untuk difahami sepenuhnya. 
   Anda telah mencuba pelbagai kaedah, sanggup mengorbankan diri, membuang ego anda, memberi komitmen sepenuhnya kepadanya, taat setia dan mempertahankannya dari sebarang ancaman kejahatan. Kalau ada masalah anda sentiasa bersedia untuknya, walaupun nyawa menjadi taruhan (tak sesuai untuk mengorat, sesuai kepada isteri anda sahaja.). Namun, dia hanya tidak pedulikan pun. Bila anda telefon, ada saja kerjanya atau dia buat biasa-biasa saja, bila anda ajaknya keluar jalan-jalan atau makan-makan. dia akan menolak atau ikut juga tapi tidak teruja (excited). Susah kan. Akhir sekali, anda katakan yang sukakannya tetapi dia berkata, maafla awak, hati saya belum terbuka untuk cinta, atau saya belum bersedia, atau awak baik,carila org lain (haha, kita cari lain la jawabnya). Anda janganlah terus kecewa, kerana pengalaman itu mematangkan anda. Anda rasa macam malu kan, anda akan lebih berani selepas ini. Jadi apabila anda bertepuk sebelah tangan, walaupun berasa sedih, tabahkan hati, buat biasa-biasa,walaupun lambat anda memulihkan diri, itulah pengalaman berharga. Pengalaman seperti itu akan membuatkan anda tahu yang susahnya memiliki hati seorang wanita. Dengan demikian, anda akan menghargai seorang perempuan yang mencintai anda, sehingga mengurangkan peratus penceraian di negeri anda.


Tengok Wayang: R.E.D Retired Extremely Dangerous



Mengisahkan mengisahkan seorang ejen CIA, Frank Mosses (Bruce Willis) yang telah pencen. Namun pihak atasan ingin menghapuskannya. Rupa-rupanya bukan dia saja malah kesemua bekas pasukannya. Hasilnya, pasukannya bergabung semula untuk menentang plot yang telah dirangcang oleh penjahat. Lebih malang, seorang Ejen tertinggi CIA turut dipergunakan untuk menghapuskan mereka. Namun akhirnya, ejen tersebut menyedari dia digunakan, lalu membantu di saat akhir. Yang pastinya orang-orang lama ini memang bahaya kerana pengalaman mereka yang telah lama berkhidmat.

Penilaian saya: 4 bintang.
Kaki wayang: Mesti tengok.

16 November 2010

Bahasa jiwa bangsa,rosakkan bahasa,rosakkah bangsa?

 Topik ini sengaja saya bincangkan setelah saya mendengar keluhan beberapa orang yang bimbang dengan penggunaan bahasa di kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah. Entri sebelum ini ada dibincangkan mengenai bahasa rempit. Merujuk kepada seorang guru Bahasa Melayu, Puan Syakirah (adik ipar saya) penggunaan slanga ini memang amat membimbangkan kerana memberi kesan dalam mata pelajaran penulisan Bahasa Melayu. Jika anda terbaca pesanan ringkas di telefon bimbit pelajar-pelajar sekolah mendapati majoritinya menggunakan bahasa rempit ini.Persoalannya, adakah penggunaan bahasa yang salah ini, merosakkan sesuatu bangsa. Pada saya, ia adalah satu sebab, kerana kita menghilangkan  difkeindahan bahasa, seterusnya kehormatan bahasa kita dipersenda bangsa lain.
Di manakah ianya bermula? Kita tiada jawapan yang tepat, tapi kita pasti ia bermula dari penggunaan singkatan bahasa seperti Assalamualaikum menjadi Askum,A'kum, atau Selamat malam menjadi slmt mlm. Singkatan perkataan bolehlah diterima seandainya difahami seperti yg (yang) dan lain-lain. Kita perlu memandang serius gejala yang kurang sihat seperti ini. Menggunakan bahasa rempit bukanlah menarik, malah kadang-kadang rasa rimas, benci, meluat pun ada. Saya rasa orang yang menggunakan istilah tersebut kerana merasakan comel, walhal ia amatlah menjengkelkan sebagai contoh mamam (makan), tomei/tomey (comel), kitew/kiter(kita), lak (pulak), dan lebih parah nak kata bahasa melayu tak bahasa melayu, nak kata bahasa Inggeris pun tak juga. Pening bila memikirkan. Remaja sekarang adalah pemimpin masa depan. Adakah tidak lama lagi bahasa melayu yang indah ini akan hilang?

Kredit: Cik Wawa kerana mengesahkan tajuk ini.

14 November 2010

Majlis perkahwinan yang tak mungkin saya jumpa.

Majlis bermula pada jam 7.30 pagi bertempat diperkarangan letak kereta Stadium Bukit Jalil.Tanpa rasa malu dan segan semua orang adalah dijemput. Pagi ini semua tetamu dihidangkan "McD Breakfast" ditaja oleh McD Malaysia. Jam 8.30 pagi tetamu akan dijemput mengambil bahagian dalam acara sukaneka sehingga jam 11 pagi. Minum pagi akan dihidangkan dengan sebiji Donat yang ditaja oleh Dunkin Donut dan secawan Teh oleh Teh Lipton. Pada waktu itu pengantin akan bersiap-siap untuk upacara akad nikah yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil. Sebuah pentas di tengah-tengah telah siap dihias untuk upacara akad nikah. Stesen tv telah dijemput, antaranya TV3,Al-Jazeera, CNN, TV1,TV2, Astro, dan BBC.Masuk adalah percuma. Sebuah karpet merah direntang di pintu masuk stadium hingga ke pentas untuk laluan bakal pengantin, Imam dan saksi-saksinya. Imam adalah imam masjid negara termasuk Imam-imam dalam rancangan Imam Muda.
Pengantin akan menaiki Vespa yang dieskot oleh 20 Rider Polis Traffik dihadapan. Diikuti oleh 10 pelumba 500cc grandprix diketuai Valentino Rossi. Karamjit Singh pula mengetuai 10 kereta Rally Championship dibelakang pelumba grandprix. Pelumba-pelumba basikal Malaysia dan 120 orang dari Kelab Berbasikal Malaysia akan mengekori di belakang. Dibarisan paling belakang ialah 10 buah Ambulans dan 10 buah jentera Bomba.
Bunyi ngauman kenderaan menandakan ketibaan konvoi tersebut. 300 pemain kompang dari sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang menyambut ketibaan bakal pengantin. Pengantin, Imam Masjid Negara, ayah pengantin perempuan dan 20 orang saksi berjalan masuk terus ke pentas akad nikah. Suasana menjadi sunyi sepi apabila Imam menjabat tangan pengantin lelaki. Imam: Aku nikahkan dikau En.Hero dengan Awek Cun dengan Mas Kawennya satu bar emas seberat 1kg. En.Hero: Sah! Imam: Bodoh! Gelojoh! Mangkuk! Semula!.. Berpeluh bakal pengantin lelaki menyedari kegelojohannya. Tetamu yang datang juga berdebar-debar menanti akad nikah tersebut. Imam: sah? Saksi: Sah! Maka seluruh stadium yang dipenuhi kira-kira 150ribu tetamu lantas bangun dan mengalunkan Asma-Al Husna beramai-ramai tanda kesyukuran.
Pada sebelah petang, selepas Asar, diadakan Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim di situ.
Pada keesokan harinya pengantin disandingkan di dataran merdeka. Majlis bermula dengan perarakan kereta berhias yang disertai badan-badan korporat dan semi-kerajaan. Kemudian lintas hormat pasukan Tentera Udara dengan 6 buah pesawat Sukhoi dan 2 buah pesawat pengangkut, diikuti 4 buah pesawat Boeng 747 milik MAS dan 8 buah milik AIRASIA. 1 batalion 10 briged PARA diterjunkan betul-betul di atas kepala. Tidak sampai 5minit mereka mendarat dan membuat Tarian Perang. Tepukan gemuruh diberikan. Tiba-tiba pasukan Tentera membuat 10 das Tembakan Arteleri ke arah laut. Memang menggemparkan, orang ramai begitu teruja. Sebelah malam pula diadakan pertunjukan bunga api dan tarian naga. Tarian Melayu Asli tidak dilupakan. Begitulah perjalanan majlis perasmian yang tak pasti saya akan jumpa.

Saya dan RM500 saya.

Mencintai seseorang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Ada pendapat mengatakan wang bukanlah segalanya. Ada juga mengatakan wang boleh membeli cinta dan ada yang mengatakan ada wang semua boleh jadi. Setiap pendapat ada benarnya. Kalau anda ada cinta setinggi gunung pun, tiada wang, anda tidak mampu meraih cinta itu. Anda pula seorang lelaki tidak berharta, tidak kacak, hidup la anda dengan dunia anda sendiri. Sama seperti saya. Berapa saya ada? RM5000. Boleh tak saya meminang anda? RM5000? Hahaha, boleh kah? Gaji saya setelah ditolak tambah tinggal RM500. Anda mahu berkongsi hidup dengan saya? Hidup susah dengan saya, bolehkah? Saya akan ditertawakan. Walau cinta saya setinggi gunung, sedalam lautan. Sejujur dan seikhlas hati hanya dipandang di dalam gelap malam yang pekat. Jadi harus bagaimana? Saya akan terus mencuba, dengan RM500 saya untuk dicintai sepenuh hati sepanjang hidup saya.
Sekarang, saya mencuba, wang bukanlah segalanya. Saya bukanlah Jurutera yang bergaji RM5000, atau seorang juruterbang kacak yang menaiki BMW. Tapi saya percaya saya mampu membahagiakan sesiapa yang saya cintai. Benarkah? Saya ditertawakan lagi. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya dengan RM500 itu saya akan bersama anda seumur hidup anda, tanpa takut untuk mengorbankan segala-galanya untuk anda. Dan saya rasa dengan kerjasama saya dan anda akan menjadi lebih manis kerana berusaha bersama-sama dan menyelami kesusahan itu. Kerjasama erat itu membuatkan kami menjadi lebih erat. Mungkin anda lebih percaya seorang dengan RM5000 akan membahagiakan anda. Baguslah kalau anda yakin dan mendapat tuah tersebut. Saya? Saya masih dengan RM500 saya.
Sekarang saya cuba pula dengan  pendapat, wang boleh membeli segalanya dan ada wang semua boleh jadi. Saya berfikir kalau saya ada RM1000,000.00 dan perniagaan yang maju tentu hidup saya menjadi mudah. Saya rasa. Saya tak perlu fikir susahnya pengorbanan saya dan pasangan saya. Setiap hari anak-anak kami bersarapan pagi dengan roti Gardenia, segelas susu dan apa saja yang sihat. Mereka tak perlu rasa susahnya hidup ini. Pemandu saya akan hantar dan ambil anak-anak saya ke sekolah setiap hari kerana setiap hari saya sibuk mesyuarat dengan pelanggan-pelanggan saya. Saya rasa mampu dan saya akan berkahwin seorang lagi kerana saya ada duit. Kedua-dua isteri saya ada banglo 2 tingkat. Kereta BMW dan Mercedes Benz. Setiap bulan saya akan belikan syiling emas atau barang kemas atau apa saja yang mereka mahu. Mereka akan berasa gembira dan bahagia. Alangkah bahagianya saya. Saya boleh membeli segalanya termasuk kasih sayang.
Benarkah apa yang saya katakan dengan pendapat itu. Walau apapun pendapat anda, saya masih dengan RM500 saya.

04 November 2010

Menziarah Arjun yang malang.

Pijon telah keracunan makanan hingga kering air di dalam badannya dan telah MC selama 2hari. Selaku Duty Officer hari tersebut saya telah membawa satu rombongan menziarah dan rombongan meminang sekali. Rombongan Cik Kiah diketua oleh Tuan Azhari bersama 7 peserta rombongan. Sebelum pergi saya telah memesan Bihun goreng dan telur mata serta air sirap limau sebanyak 8pax, tetapi hampa kerana kami dapat air oren dan keropok goreng. Setelah bertanya khabar dan tanya hantaran kami pun berangkat pulang. Semua staf Akademi Koreksional Malaysia mendoakan semoga beliau cepat kahwin sembuh.

Walaupun kesakitan dan terkemut-kemut, beliau masih mampu memberi senyuman mesra.

Tuan Azhari menjual pantun

Sedang membincangkan pasal hantaran dan tarikh.

Derma Darah kali ke 13.

Hari ni pergi menderma darah, kali ke 13, rasa selesa badan, dengan 450ml, jenis A+ saya melihat darah yang segar bugar itu dalam beg darah. Banyak jugak darah saya rupanya. Mudah-mudahan darah saya dapat membantu sesiapa yang memerlukan.

Memeriksa tekanan darah.

Sambil merenung masa hadapan

01 November 2010

XPDC: Puing Cinta


Di alam cinta
Rindu mengejar masa
Pilu kan terasa
Menikam-nikam jiwa..
Di dalam cinta..
Cemburu kan bertakhta
Menguji-uji kita..menguji segala..
Kini aku terapung
Bagai lelayang..
Bertalikan rindu..kurun berpuluh..
Janji dulu dilafaz
Masih lekat tersimpan
Di dalam rongga nafas
Untuk di telan senang..
Engkau dan aku..
Dibuai asyik merindu
Dan kini dipertemu..pada janji dulu..
Engkau dan aku..
Singgah di taman kalbu
Nikmati keharuman..di laman keasyikan
Engkaulah kasih..engkau cahaya..
Engkaulah sahaja..engkau segala..
Tiada antara..tiada angkara..
Tiada derhaka..kau meruntun jiwa
Saling mempercaya..bunuh sangsi prasangka
Genggam kasih kita..hingga ke garisnya..
Cinta dan rindu..
Jika dipupus ia
Kita hilang syahdu..bermurung merana..
Cinta punya sakti..
Terapi untuk diri
Doa jadi teman..akan tenang nafasan..