Powered by Nuffnang

30 January 2011

Semut dan anak-anak semut

Telur semut baru saja menetas. Jadi ketua semut bahagian latihan akan mengajar semut-semut dengan ilmu pengetahuan. Seekor semut bertanya "tuan, saya lapar, apa saya boleh makan?" Ketua semut menjawab, "makanlah apa yang yang ada, tetapi utamakanlah makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, kurangkan makanan manis dan berlemak seperti gula dan gula-gula". Semut kecil yang lagi satu bertanya, "kenapa kena kurangkan gula tuan?" Ketua semut menjawab "nanti kena kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung". Ketua semut bahagian ketenteraan yang ada di sebelah ketua semut bahagian bertanya "mana kamu tahu?". "Aku baca dari poster masa pergi tengok anggota pengangkutan mengangkut makanan di pameran kesihatan", kata ketua semut bahagian latihan.

Sejarah harus dibetulkan..tolong..

Aku adalah peminat sejarah sejak sekolah menengah lagi.(walaupun selalu lupa nama dan tahun).Peperiksaan pun selalu dapat A.Memang sungguh aku meminatinya. Dengan itu, aku tahu asal usulku (macam filem seram pulak), bangsa melayu Islam. Melalui pembacaan yang kronik berkaitan sejarah, konpirasi-konpirasi, misteri-misteri mengenai sejarah, aku mempelajari bahawa sejarah kita memang hebat, dan sejarah selalu berulang dan berulang. Melalui sejarah sebenar juga aku mengetahui, sejarah negara kita ini sangat hebat. Namun, tamadun yang hebat, teknologi,pakaian,senjata,sistem,ekonomi yang hebat telah pun dihapuskan dari pengetahuan kita. Bukan hanya dihapuskan malah diputarbelit mengatakan kita ini bangsa yang lemah, mundur, perak buih, teruk, lawan guna keris, rumah buruk, busuk, dan hamba sahaja. Sebenarnya tidak, memang benar bangsa kita penuh dengan ketuanan dan kehebatan serta merupakan ketamadunan yang penuh islamik. Diharapkan pihak berkuasa akan mengkaji semula tentang sejarah yang akan menjadi subjek wajib 2013 nanti. Perbetulkanlah sejarah supaya kita kembali menghargai bangsa kita, yang telah dijajah minda sejak penjajahan Portugis lagi. Lebih penting, kita akan kembali bangga, bukan rendah diri yang keterlaluan.
Tahukah anda, bahawa negara kita sehebat ketamadunan lain yang pernah kita pelajari, Mesopotamia, Mesir, China, dan sebagainya. Tetapi di mana kah bukti atau tinggalan itu? Ia telah pun dimusnahkan oleh penjajah-penjajah dengan bantuan pengkhianat bangsa, catatan sejarah diubah dengan tragis, waris-waris dibunuh supaya tidak ada yang membocorkannya. Namun kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Waris-warisnya muncul dari ketakutan sebelum ini, menuntut sejarah dikaji semula dengan bukti-bukti yang jelas dan yakin. Anda boleh melawat : http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ , http://www.naim-firdausi.blogspot.com/ , http://sejarahrealitinagarakedah.blogspot.com/. Marilah kita sama-sama mengembalikan kegemilangan sejarah negara kita, yang berdiri hebat kerana Islam. Wallahuaklam..

Seludup apa?

Ali (bukan nama sebenar) tinggal di sempadan Siam. Setiap hari menyeberangi sempadan dengan mengayuh basikal dan membawa guni. Apabila sampi di sempadan, Khalid(bukan nama sebenar), bahagian penyeludupan akan memeriksa beliau.
Khalid: Apa yang kamu bawa dalam guni?
Ali: Pasir tuan.
Khalid: Sila buka dan tuangkan.
Beliau membuka dan tuangkan ke tanah, nyata hanya pasir.

Setiap hari pun begitu, hanya pasir. Sehinggalah 20 tahun kemudian, Ali tidak lagi menyeberang sempadan, dan Khalid sudah bersara. Suatu hari mereka bertemu di sebuah gerai minum di Padang Besar. Lalu, berbuallah mereka.

Khalid: dah lama kita tidak berjumpa.
Ali: Ya tuan, saya pun sudah tidak menyeberangi sempadan lagi.
Khalid: Sepanjang saya bertugas, hanya pasir saja yang awak bawa.
Sambil mendekatkan mulutnya ke telinga Ali, Khalid berbisik, "Apa sebenarnya awak seludup?"
Ali berkata, "Basikal".

Kredit: Mastika.

26 January 2011

Minum petrol.. Laaa..

Aku melihat banduan-banduan memotong rumput di kawasan kompleks penjara. Salah seorang banduan, berhenti, letak mesin rumput. Aku memandang ke arahnya, tersengih-sengih dia. Sambil membuka botol air, terus diminumnya. Tiba-tiba tersembur dia.
Aku: kenapa kau sembur?
Orang itu: ini petrol tuan.
Aku: yang kau minum kenapa?
Orang itu: sebenarnya saya berhenti mau isi petrol, silap pulak, ingat mineral water pulak bila tengok tuan.

Macam tu pun ada.

13 January 2011

Lajunya Bas Ekspress

Petang tadi dalam misi merentas negeri, dari negeri Kedah ke Negeri Perak,hamba menunggang motor di lebuhraya. Menungang pada kelajuan 110km/j (ikut papan tanda), cuba memotong sebuah lori treller (laju ooo...), maka hamba pun menambahkan kelajuan kepada 120km/j, dengan mengekalkan kelajuan, tiba-tiba sebuah bas ekpress memotong hamba dengan selambernya, dan beberapa lagi kenderaan di hadapan hingga hilang dari penglihatan. Hamba rasa, mesti penumpang-penumpang dalam bas itu berasa gembira kerana bas ekspress tersebut sangat laju seperti pesawat Air Asia. Bas ekspress tersebut pula nampak bas lama, mesti pemandu bas tersebut seorang 'otai', apa ada hal, pandu laju-laju. Pandu cermat jiwa selamat, pandu laju selamat hari raya.

Numbur Kap Pa ...

Mengambil borang permohonan nikah di rumah imam. Pulang ke rumah dan mula mengisi. Fuyyo.. Semua dalam jawi. Mujurlah tahu membaca jawi. Mula-mula nama, umur, tarikh lahir, tiba-tiba terhenti. Numbur,numbur,numbur...numbur kaf fa.. Kaf Pa? Apa numbur kaf pa (kap pa dalam loghat Kedah). Fikir punya fikir, rupa-rupanya numbur kaf pa tu ialah NOMBOR KAD PENGENALAN. Ia adalah kependekan seperti NO K/P. Aduhai, jawi pun di "shortform" kan. Tak mengapalah, yang penting semua sudah di isi.

11 January 2011

Sijil

Baru-baru ini saya menguruskan proses pemindahan sekolah adik saya. Pelbagai sijil diperlukan untuk melengkapkan proses tersebut. Lantas saya terfikir, macam-macam sijil yang kita dapat sepanjang kita hidup. Bukan hanya sijil penyertaan pertandingan mewarna atau pertandingan lari 4x100 meter, malah masa lahir dan masa mati nanti pun dapat sijil. Betapa kagumnya saya bila saya mendapati betapa pentingnya sijil dalam kehidupan seharian. Antara sijil yang sangat sinonim dalam kehidupan harian ialah sijil lahir, sijil nikah, sijil SIRIM, sijil HALAL, dan sebagainya. Seronoknya, mari kita mengumpul sijil.

05 January 2011

Risau dan dalam ketakutan

Sang Razip ingin menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Namun beliau sungguh risau dan dalam ketakutan yang amat sangat. Awek cun nya, tiba-tiba berubah fikiran setelah memberi kata putus. Adakah ini cubaan yang akan dilalui untuk menyekat kemaraan anak Adam membuat hubungan yang sah sebagai suami isteri. Sebagai langkah terbaik, upacara akad nikad harus dicepatkan supaya awek cun tak berubah hati secara mengejut. Namun Razip perlu memberi masa kepada awek cun untuk berbincang dengan adik beradiknya dulu. Tidak perlu terlalu mendesak. Tapi tak terlalu rileks. Sang Razip juga perlu membuat persiapan diri dari segi mental dan fizikal. Ia akan terus menghantui sang Razip selagi ikatan itu tidak menjadi sah. Ia juga adalah cubaan yang hebat, sebelum para Iblis menangis melihat anak Adam mendirikan masjid. Dan solat menjadi lebih afdal. Rungsing......

Nasibla...

Amri (bukan nama sebenar) adalah seorang peniaga burger kecil-kecilan yang amat dicintai Haslinda (bukan nama sebenar jugak). Mereka berdua telah menjalin hubungan lebih 5tahun. Suatu hari, Amri bertemu dengan keluarga Haslinda untuk membincangkan masa depan mereka. Setelah berbincang-bincang emak Haslinda meletakkan hantaran sebanyak RM15,000. Alangkah terkejutnya Amri, mana nak dicarinya, dia hanya seorang peniaga burger. Alasan emak Haslinda ialah kerana Haslinda anak kesayangannya. Haslinda kesal dengan sikap emaknya. Sebenarnya, Cik Halimah(bukan nama sebenar,emak Haslinda) ingin tunjuk kepada orang kampung betapa meriahnya kenduri kahwin anaknya nanti. Dihasut pulak oleh rakan-rakan mengumpatnya, bertambah bersemangatlah. Ingin berlawan dengan kenduri Cik Milah(bukan nama sebenar) yang buat kenduri 3 hari 3 malam. Maklumlah menantunya itu seorang peguam, kaya - raya.
Amri berbincang dengan Haslinda tentang perkara itu. Ia amatlah dikesalkan. Emaknya langsung tidak mahu berunding lagi. Amri sedar dirinya seperti tapak sulaiman. Amri sudah hilang semangat untuk berkahwin namun tetap mencintai Haslinda. Ayah Haslinda juga kesal namun tekanan dari isterinya itu yang banyak dipengaruhi cakap-cakap orang dan ingin bermegah-megah.
Beberapa bulan kemudian, Haslinda jatuh pengsan. Dia dikejarkan ke hospital. Doktor memaklumkan bahawa Haslinda telah mengandung 4 bulan, Haslinda mengikat perutnya hingga darah tidak lancar. Terkejutnya Cik Halimah hingga dia pun pengsan.
Selepas Haslinda sedar, Cik Halimah menghamburkan amarahnya, namun ayah Haslinda mempertahankan Haslinda. Ayah Haslinda juga memarahi isterinya kerana sikapnya itu menyebabkan Haslinda menerima akibatnya. Petang itu, Cik Halimah dan Encik Abd. Halim (bukan nama sebenar, ayah Haslinda) pergi ke gerai burger Amri, tetapi Amri sengaja buat tidak endah dengan Cik Halimah. Cik Halimah marah-marah dan memaksa Amri bertanggungjawab. Mudah jawapan Amri, dia tidak ada duit. Sekali lagi Cik Halimah ingin rebah, tapi  En Abd Halim mencadangkan sekadar sebentuk cincin dan mas kahwin Rm150 sahaja. Malunya Cik Halimah tidak tertanggung, kerana seluruh kampung bukan hanya mengata, malah mengutuk teruk sikapnya itu dan gembira dengan nasibnya. Amri di dalam hatinya berkata, haritu minta elok-elok saja nak menyusahkan anaknya.
Dengar ceritanya, anak Cik Milah telah bercerai kerana menantunya ditangkap basah di sebuah hotel di ibu kota. Biasalah orang kaya, kacak pulak tu. Menangis tak berlagu. Di kampung sebelah, Hero dan awek cun telah akad nikah dan buat kenduri pulut kuning saja. Sekadar buat yang wajib. Dengar kata kenduri akan dibuat bulan Mei nanti. Alhamdulillah, lebih mudah, lebih berkat dan menguntungkan semua pihak. Walaupun awek cun dah mengandung kenduri akan diteruskan, secara sederhana.

04 January 2011

Tahun Baru 2011

Azam tahun 2011 ialah menghabiskan azam-azam yang terkumpul sejak tahun 2000. Ia seperti rancangan Malaysia, iaitu untuk 10 tahun. Azam yang paling baru ialah kahwin dengan awek cun. Awek cun jom kita kahwin!