Powered by Nuffnang

13 January 2011

Lajunya Bas Ekspress

Petang tadi dalam misi merentas negeri, dari negeri Kedah ke Negeri Perak,hamba menunggang motor di lebuhraya. Menungang pada kelajuan 110km/j (ikut papan tanda), cuba memotong sebuah lori treller (laju ooo...), maka hamba pun menambahkan kelajuan kepada 120km/j, dengan mengekalkan kelajuan, tiba-tiba sebuah bas ekpress memotong hamba dengan selambernya, dan beberapa lagi kenderaan di hadapan hingga hilang dari penglihatan. Hamba rasa, mesti penumpang-penumpang dalam bas itu berasa gembira kerana bas ekspress tersebut sangat laju seperti pesawat Air Asia. Bas ekspress tersebut pula nampak bas lama, mesti pemandu bas tersebut seorang 'otai', apa ada hal, pandu laju-laju. Pandu cermat jiwa selamat, pandu laju selamat hari raya.

1 comment:

shamsiah shamsuddin said...

ea..sgt seronok naik bas yang laju2..
hmm pernah gak bawa mto pastu laju2 gak atas jalan raya..rase cam nak potong semua org..api apakan daya kita naik mto je..