Powered by Nuffnang

26 September 2009

Selamat Tinggal Nenek

Tanggal 24 september 2009, nenek meninggalkan kami... Tiada apa yg mampu dilafazkan selain doa, ucapan selamat tinggal dan terima kasih kerana menjadi nenek kami,tanpa nenek siapalah ayah kami dan siapalah kami....
Aku sudah tidak ada nenek..semuanya telah pergi...hanya tinggal bapa untuk kami meneruskan bakti.... kepada semua, sayangilah keluarga kita.. mereka tidak ada alang gantinya... biarpun banyak karenah mereka, kena ingat kita dulu lagi bnyk karenah...
"burung apa,murai,burung apa,murai,burung apa,murai,burung apa,burung murai la ba**" tp mereka xpernah jemu melayan kita kan......jd marilah kita menyayangi semua keluarga kita..siapalah kita tanpa mereka..........

"SAYANGI KELUARGA ANDA"

10 September 2009

Politik, Agama yang dipolitikkan, Politik yang diagamakan..

Tentu kita biasa melihat kekecohan, kutuk mengutuk,keji mengeji,fitnah memfitnah dan memburuk2kan orang lain, sama ada semasa proses penamaan calon,kempen pilihan raya,ceramah-ceramah politik atau semasa proses memangkah undi.. Adakah politik itu begitu? Betulkah? Kenapa harus ada pertelingakahan?
Ya, politik mencerminkan sesebuah negara itu.. stabil politik,stabillah rakyat jelata (tak termasuk bala bencana, malapetaka dan peperangan).Namun sejak pilihan raya berlangsung di negara ini xpernah berlaku dengan aman. mesti ada insiden yang xingin kita lihat ((kebanyakannya adalah orang Melayu!))Sebenarnya politik amat penting dalam sesebuah negara..Kerajaan memerintah akan membangunkan negara untuk kepentingan rakyat manakala pembangkang akan mengkritik atau memberi tentangan apabila sesuatu yang tidak baik dilakukan kerajaan.seperti kata orang Inggeris, Check and Balance. tapi apa sudah jadi dengan politik kita?
Aku pernah mendengar dari beberapa pemimpin, politik itu kotor..politik menyebabkan kawan jd lawan,kawan tikam kawan,kawan makan makan..pada aku itu pemimpin yang gila kuasa, kedudukan, pangkat, yang pentingkan diri sendiri.apa yang menyedihkan,ada sesetengah pihak menjadikan agama sebagai alat politik semata-mata ((pun kebanyakannya org Melayu!)) sanggup mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan,Mengkafirkan sesama iSLam, memaki hamun org lain ((orang yang mengaku alim ulamak tu)),hal ini memang merugikan rakyat khususnya kita org melayu yg Islam ini..macam mana org lain xpijak kita,kita sendiri bercakaran..yang untung siapa?kita?kita la untung..dapat menindas bangsa sendiri..
malah, yang lebih teruk dan tragis apabila menjadikan politik sebagai agama,terlalu taksub.. pernah berlaku di tempat aku, Sepasang Kekasih yang ingin berkahwin gagal kerana ibu bapa mereka berlainan bendera,malah lebih teruk terpaksa bercerai berai kerana tidak sama pegangan politk ((melayu dan Islam jugak tu))..tidak bodohkah kita? kenapa begitu sekali?..kerana kita tidak lagi dapat berfikir secara waras.kita hanya mahukan wang..kuasa.yang.kerana kita kan pentingkan diri sendiri.bangunlah umat Islam,orang Melayu, mahu menjadi kuli di tanah sendiri?..renungkan..anak kecil main api..korang dengarla lagu ni..
Jadi, jadikan politik untuk membina peradaban kita, bukan membiarkan politik untuk kepentingan individu,yang memusnahkan kita..Renung2kan..Selamat Berpuasa..

16 September 1963..Penubuhan Malaysia

Malaysia..itulah nama negara kita..tahukah kita bahawa sebelum itu kita lebih dikenali dengan penduduk Tanah Melayu / Malaya(Melayu punya ke?)..Tarikh itu telah menggabungkan Malaya, Borneo Utara,Sarawak dan Singapura. Walau bagaimanapun, Tunku menggugurkan Singapura 2 tahun kemudian.. kalau tidak tentu aku adalah rakyat Kedah..Hahaha..kerana 16 September lah, adanya 1 Malaysia..nampaknya perpaduan kaum di negara amatlah penting dan Ketuanan Melayu turut dijaga..Namun kebelakangan ini, ada pihak tertentu sakit hati dengan kemakmuran Malaysia, lantas menghasut individu-individu dan kumpulan-kumpulan tertentu supaya mereka isu-isu yang bukan-bukan..ini dilakukan untuk memusnahkan ikatan perpaduan antara kaum..bukan lah mudah untuk menyatukan 3 kaum besar di Malaysia dan kaum-kaum lain di Malaysia.. 1 Malaysia adalah untuk menyatukan lagi perpaduan yang sedia ada..Bersatu kita teguh, bercerai kita kawin lain ,eh roboh...kalau tak tentulah kena guna passport nak ke kerajaan Pahang..Kena lalu kerajaan Perak,kerajaan Selangor..huu....((lagi susah nak beli Novel RAM,kena tukar matawang,pos antarabangsa dan cukai..))

08 September 2009

naPe aNak LEmbu Baru lahir terus Jalan..

satu hari aRizan tanya, naPe anak LEmbu baru lahir terus bleh jalan..nape ezati baru lahir xleh jalan..da baper bulan baru baBy aku tu bleh jalan.. btol jugak yer.. xkan dalam perut dah belajar berjalan.. so, rupa2nya sebab sapa nak dukung anak lembu tu bila dah beranak.. huahuahua.. lembu kalau dukung anaknya mcm mana agaknya...kalau ezati aku la slalu dukung...lalalala...
tapi tu la kan.. lembu tetap xbelajar dari pengalamannya.tp manusia plak sanggup pijak kepala lembu yang xtau apa2 demi kepentingan sendiri atau pihak2 yang tidak bertanggungjawab..
so renung2kan...
p/s:bukan citer yg pijak lembu tuh..tp citer pasal kite yg pentingkan diri sendiri..

Teringat Zaman Kadet..





teringat zaman muda2 dulu..masa jadi kadet palapes..dari junior,inter sampai senior..dari kena belasah,tgk kena belasah sampai membelasah..hahaha..itulah kenangan yg mmg xdapat dilupakan. dalam satu skuad batch 24,yg sama2 kena lanyak,laki pompuan sama jer..da jd cam adik beradik..dari berkongsi berus gigi,sampai la muntah kena sideroll dan forwardroll..dari kena squad jump,front support sampai komando rest..dari comey smpaila hitam legam..dari mara,pertahanan,pengunduran sampai la serangan..byk btol pengalaman pahit,di hari pentauliahan,betapa bangganya mengangkat sumpah taat setia perwira di depan Yang Dipertuan Agong,sampailah berkhidmat dlm kompeni dalam batalion simpanan (RAW)..d
ari training di kem sendiri sampai ke terendak..PARA?Komando?Renjer?Medic?arteleri?Kagat?Sniper?armor?semua dah jumpa..M-16?styer?60mm mortar?M203?grenade?gpmg?Lmg?Kargustav?mainan jer semua tu..sejak masuk Jabatan Penjara dah banyak perbezaan..tak segagah dulu..tak sebangga dulu..tak selalu di hadapan cogan kata.. tak selalu memimpin.. dah hampir tinggal "when going get tough,only the tough get going".
well,sempena puasa ni,pengalaman yg tak dapat dilupakan adalah masa inter,annual camp bulan posa,berbuka di atas bukit,hujan renyai2,nasik mentah berkuahkan air hujan dan RTBK.. huhuhu betapa betuahnya kita hidup dalam negara yg merdeka..membayangkan perwira2 yg gagah mempertahankan tanah air..tp kita lupa.. di awal pagi berkumpul dan berguling dalam selut dan direndam dalam kesejukan takungan air di dalam kubu pertahanan,jd sotong goreng tepung agaknya..begitu peritnya utk menjadi perwira..hargailah
kemerdekaan,sesungguhnya perang itu adalah derita..
So, marilah sama2 menyertai askar wataniah atau apa pasukan yg mempertahakan kedaulatan negara..berkorban untuk agama, bangsa dan negara.. walaupon RQ selalu kata,"ada aku kesah" tp kita kenala kesah..sbb berjihad mempertahankan agama,bangsa dan negara..
sekian...

Selamat Tinggal Dan Terima Kasih Puan Mazuin

puan mazuin dah posting ke Penjara Kluang, Johor,mengikut suaminya,IP Azhar. so,sekarang tinggal 3 jelah IP,aku,arizan dan redzuan..kami mengucapkan ribuan terima kasih yg tidak terhingga kerana kerjasama,pertolongan,masa dan sebagainya selama menjadi rakan sejawatan di Akademi koreksional Langkawi..sedih woo..aku anggap dia macam kakak aku sendiri..pertolongan yg tidak terhingga dan membantu masa aku mula2 posting ke sini..Kami mengucapkan selamat jalan..semoga gembira di Penjara Kluang..bila baby dah kuar nanti jangan lupakan Uncle Ray..