Powered by Nuffnang

13 February 2010

Tengok Wayang: Little Big Soldier

Ni pulak cerita antarabangsa, Little Big Soldier, lakonan Jackie Chan. Filem ni agak bagus, cuma tak banyak aksi sangatla.. Sepatutnya cerita Jackie Chan ni, patut polis-polis sesuailah. Bila filem perang camni kurang la aksinya.. Moral filem ini lebih kepada Antarabangsa jugaklah, iaitu peperangan tidak membawa erti, untung orang-orang atas,rakyat jelata yang menanggung akibatnya. Jalan cerita menarik, cuma aku rasa, sebuah filem antarabangsa patut lebih menariklah seperti cerita Red Cliff, barulah mantap. Apapun, bolehlah menonton bersama keluarga, sebab kata Jackie Chan "bapaku pernah berkata...." .

Tengok Wayang: Lu Pikir La Sendiri De Movie

Kali ini filem Lu Pikir La Sendiri De MOvie (LPLSDM-dipendekkan) lakonan Ahmad Nabil. Ceritanya ringan sahaja, dan jalan cerita pun macam Nabil, pikir la sendiri. Namun dalam kesantaian filem ini banyak moral yang ditonjolkan..SAngat bagus.. Ada banyak part yang aku rasa sangat bagus.. Antaranya teguran di UiTM Shah Alam, di mana pelajar Melayu yang dapat masuk UiTM tapi taknak bersyukur dan belajar.. Kira teguran beradab la. Zizan yang memegang watak pelajar UiTM memang sebijik.. Itulah sikap pelajar-pelajar kita yang lupa diri. Sedarlah wahai anak bangsaku.. Filem ni banyak sangat lagu, macam muzikal. Sebenarnya filem ini macam sesuaila untuk Nabil yang baru berjinak dalam lakonan. Dan heroin sangat cun macam Preity Zinta cuma seksi dan gedik sikit.Cuma jalan ceritanya tak berapa menarik la. Tapi okayla dari menonton drama melayu di TV yang semua cerita pasal orang kaya bergaduh berebut harta. Cerita Nabil yang hidup susah sampailah menjadi artis Nabil Meet Uncle Hussien. ((Hahaha)).. Keseluruhannya, bagusla,pergi tengok pun tak rugi,cuma nak menandingi Adnan Rempit, jauh lagila.

12 February 2010

Khidmat Komuniti PLKN Kem Seri Negeri

Pada hari Rabu, 10.02.2010 Akademi Koreksional Malaysia (AKM), Langkawi, telah menerima lawatan 40 pelatih PLKN dan 2 Pengiring dari Kem Seri Negeri Langkawi untuk modul Kidmat Komuniti. Ketibaan jam 9pagi disambut oleh aku sendiri di perkarangan lobi. (Bas diorang cantik).
Sesi pertama, Tuan Adina memberi sedikit motivasi keremajaan kepada mereka semua. Kemudian aku menayangkan Video korporat Jabatan dan seterusnya perlaksanaan hukuman.. aku suka berjalan dan tanya soalan, baru la tak tido.. budak2 yg comey2 ni kena banyak membaca.. risau aku diaorang tak berapa mahir dalam pengetahuan am. kurang membaca, tak tau la apa diorang ni suka buat. then, Kopral Mat Zahir membuat demo sebatan.. power weh, memang real.. kena punggong boleh mati pucuk..
Pastu rehat, Tuan Arizan bersama organisasi makanannya, menyediakan minum pagi berupa bihun goreng dan sandwich yang dibelasah oleh budak-budak PLKN tanpa kompromi. Cayalah, biasala Shefnyer ialah Kak Min. Hari Selasa kitaorang (Aku, Kak Min, Kak Nora and Kak Ayu) dah pegi beli benda2 tu. habis jer makan, aku sambung taklimat kerjaya dan last Tuan Adi menutup majlis taklimat dengan motivasi (Tuan Adina expert dalam psikologi). Habis jer, sesi melawat sekitar Akademi. First di Galeri Akademi,taklimat diberi oleh Tuan Arizan dan tempat mesti lawat, Kolam Renang menjadi tumpuan.. Itulah aktiviti kami pagi itu.
Lawatan kumpulan minggu kedua, 17hb nih, seperti kata azimat, Segar Dari Ladang ....

... Tuan Adina memotivasikan mereka pun ...

... wajah-wajah mereka pun ...

... tunjuk ape tu pun ...

... adoi, mereka ini, macam-macam pun...


... Tuan Arizan dalam galeri pun..