Powered by Nuffnang

13 February 2010

Tengok Wayang: Lu Pikir La Sendiri De Movie

Kali ini filem Lu Pikir La Sendiri De MOvie (LPLSDM-dipendekkan) lakonan Ahmad Nabil. Ceritanya ringan sahaja, dan jalan cerita pun macam Nabil, pikir la sendiri. Namun dalam kesantaian filem ini banyak moral yang ditonjolkan..SAngat bagus.. Ada banyak part yang aku rasa sangat bagus.. Antaranya teguran di UiTM Shah Alam, di mana pelajar Melayu yang dapat masuk UiTM tapi taknak bersyukur dan belajar.. Kira teguran beradab la. Zizan yang memegang watak pelajar UiTM memang sebijik.. Itulah sikap pelajar-pelajar kita yang lupa diri. Sedarlah wahai anak bangsaku.. Filem ni banyak sangat lagu, macam muzikal. Sebenarnya filem ini macam sesuaila untuk Nabil yang baru berjinak dalam lakonan. Dan heroin sangat cun macam Preity Zinta cuma seksi dan gedik sikit.Cuma jalan ceritanya tak berapa menarik la. Tapi okayla dari menonton drama melayu di TV yang semua cerita pasal orang kaya bergaduh berebut harta. Cerita Nabil yang hidup susah sampailah menjadi artis Nabil Meet Uncle Hussien. ((Hahaha)).. Keseluruhannya, bagusla,pergi tengok pun tak rugi,cuma nak menandingi Adnan Rempit, jauh lagila.

No comments: