Powered by Nuffnang

12 February 2010

Khidmat Komuniti PLKN Kem Seri Negeri

Pada hari Rabu, 10.02.2010 Akademi Koreksional Malaysia (AKM), Langkawi, telah menerima lawatan 40 pelatih PLKN dan 2 Pengiring dari Kem Seri Negeri Langkawi untuk modul Kidmat Komuniti. Ketibaan jam 9pagi disambut oleh aku sendiri di perkarangan lobi. (Bas diorang cantik).
Sesi pertama, Tuan Adina memberi sedikit motivasi keremajaan kepada mereka semua. Kemudian aku menayangkan Video korporat Jabatan dan seterusnya perlaksanaan hukuman.. aku suka berjalan dan tanya soalan, baru la tak tido.. budak2 yg comey2 ni kena banyak membaca.. risau aku diaorang tak berapa mahir dalam pengetahuan am. kurang membaca, tak tau la apa diorang ni suka buat. then, Kopral Mat Zahir membuat demo sebatan.. power weh, memang real.. kena punggong boleh mati pucuk..
Pastu rehat, Tuan Arizan bersama organisasi makanannya, menyediakan minum pagi berupa bihun goreng dan sandwich yang dibelasah oleh budak-budak PLKN tanpa kompromi. Cayalah, biasala Shefnyer ialah Kak Min. Hari Selasa kitaorang (Aku, Kak Min, Kak Nora and Kak Ayu) dah pegi beli benda2 tu. habis jer makan, aku sambung taklimat kerjaya dan last Tuan Adi menutup majlis taklimat dengan motivasi (Tuan Adina expert dalam psikologi). Habis jer, sesi melawat sekitar Akademi. First di Galeri Akademi,taklimat diberi oleh Tuan Arizan dan tempat mesti lawat, Kolam Renang menjadi tumpuan.. Itulah aktiviti kami pagi itu.
Lawatan kumpulan minggu kedua, 17hb nih, seperti kata azimat, Segar Dari Ladang ....

... Tuan Adina memotivasikan mereka pun ...

... wajah-wajah mereka pun ...

... tunjuk ape tu pun ...

... adoi, mereka ini, macam-macam pun...


... Tuan Arizan dalam galeri pun..

No comments: