Powered by Nuffnang

15 June 2011

Jangan cepat bersangka buruk....

Alkisah.. Rahim sedang membetulkan laptop anaknya. Beliau ingin 'reformat' laptop itu. Dikeluarkan cd dan disalinnya cd key di dalam telefon bimbit di ruangan message. Tidak semena-mena isterinya tiba-tiba datang nak mengambil telefon bimbit dengan tujuan untuk belajar. Pelik sungguh, masa dalam orang tengah sibuk buat kerja la nak belajar telefon bimbitlah. Memang tak pasai-pasai kena la marah. Lalu, tetiba isterinya merajuk. Rahim pun konfius kenapa tiba-tiba merajuk pulak. Isterinya pergi ke kedai, konon-kononya nak beli nasik. Isteri pun keluar. Sedang Rahim membaiki laptop itu, sms masuk yang dihantar oleh isterinya. "nape marah sgt sy pegang hp abg. Mcm ada rahsia je dgn isteri pun. xpe sy tau.." Begitulah bunyinya. Dalam hati Rahim berkata, eh kenapa pulak tiba-tiba isterinya melalut bukan-bukan pulak. Barulah dia faham yang isterinya cemburu dan bersangka buruk. Sambil tersenyum dengan hati yang bara sebab tak boleh format hingga ke sudah, Rahim berfikir, perempuan memang betul-betul bersangka buruk. Itu bahaya, patut diselesaikan dengan cara diplomasi. Moral cerita, janganla kacau suami anda tengah buat kerja. Nak belajar ke, nak main ke, nak tekan-tekan tunggu la sampai abih keja..Ha tekan-tekan, belajar sungguh-sungguh.

12 June 2011

Tanggungjawab berat mendidik anak.

Semua orang mahu anak-anak mereka menjadi anak yang baik, berguna kepada agama, bangsa dan masyarakat. Namun, bukan lah mudah mendidik mereka, kerana salah cara atau terlalu memanjakan mereka akan mendatangkan masalah kepada mereka sendiri kerana mereka tidak dapat berdikari. Di usia bawah 12 tahun kita masih mampu mengubah gaya hidup anak-anak kita ini dengan keluar dari zon selesa. Memang benar, zaman kita dan mereka tidak sama, namun itu bukan bermakna kita perlu mengikut segala kehendak mereka. Saya dan isteri mengalamai masalah tersebut, kerana faktor sekeliling. Apabila berpindah ke tempat baru, suasana baru, persekitaran baru, anak-anak ini akan melatah. Sebagai ibu dan bapa kita perlu menangani dengan baik, dan bukan dengan turut menggelabah.
Mendidik anak- anak merupakan tanggungjawab ibu dan bapa yang sangat berat. Kitalah yang mencorakkan mereka dengan tangan kita. Kita tak perlu terlalu manjakan anak-anak kita, sebagai contoh mereka merajuk dan tidak mahu pergi ke sekolah kerana tidak dapat bermain PSP (PlayStation Portable). Ternyata itu satu ugutan dan ibu bapa tidak perlu menurut kehendak tersebut malah patut bertindak tegas (bukan memukul ya), supaya mereka tahu, dan membuang kemanjaan yang terlampau. Kita patut membawa mereka keluar dari zon selesa. Ini kerana jika mereka terlalu selesa, dan segala permintaan dipenuhi, maka mereka menjadi terlalu bergantung harap, tidak dapat berdikari dan lemah. Mereka akan menganggap kita akan sentiasa menurut kehendak mereka pada setiap masa. Tidakkah kita terfikir jika suatu masa kita tiada, mereka terkapai-kapai kerana sudah terlalu bergantung harap lalu menjadikan mereka lemah untuk meneruskan cabaran hidup. Itulah yang menyebabkan ramai yang telah terpesong ke jalan yang salah untuk menampung keselesaan lampau. Itu menjadi salah kita, kerana kita yang mengajar mereka menjadi manja, lembik dan selalu menangis atas alasan yang remeh.
Memang benar, sebagai ibu dan bapa, kita sangat menyayangi anak-anak kita, namun benarkah cara kita menyayangi mereka. Kita terlalu memberi muka sehingga mereka memijak kepala kita kerana itu yang kita ajarkan kepada anak-anak kita. Itulah yang menyebabkan berlakunya beberapa kes di sekolah, anak kita nakal, tapi kita masih mengatakan anak kita la baik. Maka, perlanggaran disiplin makin berleluasa kerana anak-anak kita tahu ibu-bapa sentiasa memayungi mereka seperti putera-puteri raja.
Maka, kita haruslah mencari intipati terbaik dalam mendidik anak-anak. Penyayang namun tegas, barulah mereka menghormati kita. Biarlah kita digeruni dan disegani. Digeruni kerana tegas, disegani kerana kasih sayang dicurahkan. Seperti ibu dan bapa kita dahulu, memang sangat garang, namu kita sangat mengasihi mereka kerana mereka menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Seperti contoh ayah saya, baru dengar bunyi motornya saja dah lari masuk mandi cepat-cepat. Takut memang takut namun itu semua untuk kebaikan kita jugak, bersiap sedia untuk beribadah, buat kerja sekolah dan belajar. Kalau ayah kita buat tidak tahu saja, kita pun malas ibadah, malas belajar lalu jadilah orang tidak berguna. Lihat lah kita sekarang, dengan didikan mereka, kita menjadi orang yang berjaya, dan hanya itu yang mereka mahu, melihat kita berjaya.

Coretan ikhlas.

10 June 2011

Nenek menjadi gadis di facebook

Nenek Piah berusia 70 tahun. Tinggal di sebuah kampung di sebuah daerah di sebuah negeri. Nenek Piah ada 6 orang anak yang sudah berkahwin dan mempunyai 24 orang cucu serta 3 cicit. Satu hari semua anak dan cucu  Nenek Piah pulang ke kampung. Bila hendak pulang, Nenek Piah memesan kepada cucu-cucunya 'add' di buku muka (facebook) masing-masing. Nenek Piah menggunakan nama samaran Peach, dan gambar seorang pelakon jelita.
Satu hari kawan dari seorang cucunya menambah (add) Nenek Piah dan bersembang. Mari kita ikuti perbualan mereka.
Joe: Hi, boleh berkenalan.
Peach: Hi, bley jer.. U asl maner?
Joe: Asal Kedah, U?
Peach: Oh, I sblh negri u jer..
Joe: U dah kawen ke?
Peach: Sudah, tp i da lame jande.. i ade 24 cucu dah.
Joe (dalam hati,temberang nih): hehe, kelakar la u ni..
Peach: Eh i out dlu la yer.. ade hal sket. t kite chat laen k.

Lalu Joe memberitahu Ahmad (cucu Nenek Piah) tentang chat tersebut tanpa mengetahui Peach tu nenek Ahmad.

Joe: Aku baru jer pas chat dengan sorang awek ni. kelakar betul.
Ahmad: sapa Joe?
Joe: Kau baca la.

Ahmad baca, tiba-tiba beliau termuntah..

Joe: Kenapa?
Ahamd: Nenek aku.

Bersiap sedia harga minyak akan naik lagi.

Alkisah, semua orang harus bersiap sedia, harga minyak akan naik lagi. Walaupun buat masa ini masih kekal pada RM1.90 seliter (RON95), namun itu bukanlah bermakna kita boleh menarik nafas lega. Apa yang dirisaukan sangat-sangat apabila harga minyak naik ialah barang-barang keperluan lain pun akan turut naik. Apabila berlaku kenaikan ini, inflasi juga akan meningkat. Yang untung tentulah jerung-jerung atasan yang tak fikirkan itu semua. Mana ada orang -orang atasan pergi pasar beli sayur ke, minyak masak ke, bawang ke, tiada kan? Maklumlah semua disediakan, bukan saja makan, malah lampu isyarat pun tak payah berhenti, lebuhraya 400km/j pun sapa tak berani kata apa. Kita? Cubala terlebih 120km/j confirm kena saman. Entahlah. Tak tau lah nak cakap apa. Yang senang bertambah senang, yang susah bertambah susah. Kita ni rakyat biasa terpaksa memerah keringat lebih untuk teruskan hidup. Mohonlah pertolongan Allah semoga kita sentiasa dilindungi, dirahmati dan dikurniakan rezeki yang halal. Sekian.