Powered by Nuffnang

12 June 2013

NOVELIS: ISMI FA Ismail









ISMI FA Ismail adalah seorang penulis muda yang sedang mengembangkan bakat penulisan di dalam arena kenovelan Malaysia. Walaupun namanya tidak segah Ramlee Awang Murshid, J.K Rowling atau mana-mana penulis hebat lain tidak bermakna tulisan beliau tidak hebat. Muncul dengan novel-novel hebat beliau: MISTIKA LAGENDA, JANGAN BACA NOVEL INI, HIDUP CINTA TAKDIR dan CINTA Out Of This World.

MISTIKA LAGENDA
Mengisahkan tentang sejarah Pulau Langkawi. Semestinya menarik perhatian saya yang merupakan anak jati Langkawi. Buku ini juga boleh dijadikan panduan pelancong-pelancong atau pengkaji sejarah tempatan. Selain cerita tentang Mahsuri yang menjadi teras buku ini, terdapat juga cerita-cerita seperti:
Putri Mambang Sari dan Tasik Dayang Bunting, Sang Gedembai, Gua Cherita, Gua Langsuir, Pari-pari Telaga Tujuh, Merong Mahawangsa, Jentayu dan Garuda, Gergasi Mat Raya dan Mat Chinchang, Beras Terbakar, Telaga Ayer Hangat, Asal Nama Tempat-tempat di Pulau Langkawi.
Terdapat juga sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka yang penting untuk Pendidikan Sastera Bahasa Melayu. Bolehlah saya syorkan kepada Kementerian Pelajaran untuk dijadikan buku teks pelajar untuk Bahasa Melayu dan Sastera.



JANGAN BACA NOVEL INI 
Ini "killer" novel beliau. Kalenjar-kalenjar akan merembeskan hormon-hormon ketakutan dan keseraman tahap melampau. Saya berharap novel ini boleh diadaptasi menjadi filem seram. Sambungan novel ini dijangka pada 7 Julai 2013 ini. 
Novel ini tidak digalakkan dibaca ketika berseorangan. Ini novel seram yang pernah saya baca. Saya telah menggigil sebelum pun sampai tengah buku. Ceritanya terlalu seram sampai saya tak dapat nak cerita di sini. Kesimpulan novel ini, "mujur aku bukan abang Munir!" Ingatan: tidak sesuai untuk pembaca bawah umur 13 tahun walaupun ada Adib seorang budak yang misteri itu.










HIDUP, CINTA, TAKDIR
"best seller" beliau Hidup,Cinta, Takdir. Novel ini menceritakan jalan hidup manusia biasa yang penuh misteri. Kehidupan manusia memang misteri, dipenuhi kasih sayang walaupun jasad dan nyawa sudah tiada. Novel ini kisah biasa kehidupan tetapi "thrill". Saling berkait antara satu sama lain tanpa diduga. Patutla "best seller". Kisah-kisahnya mungkin pernah terjadi di alam realiti. Sebagai contoh, orang yang menjadi kekasih kita yang baru kita kenali, rupa-rupanya kecik-kecik pernah kita jumpa, selisih bahu, atau bantu. Atau ada gambar kita termasuk dalam gambar dia semasa melancong tanpa kita sedari. Jadi percayalah, hidup kita penuh dengan keajaiban.









CINTA out of this world
Ini novel cinta yang "extraordinary". Peminat novel-novel tempatan patut memiliki naskhah ini. Apa yang unik tentang kisah di dalam novel ini, 3 watak - Arman: yang mewarnai hidup seorang gadis yang nampak semua benda adalah kelabu! Sehingga akhirnya kelabu itu berwarna semula.
Aidil bersama seorang gadis yang mempunyai "split personality".  Ala-ala Leonado De Caprio dalam filem Shutter Island. Tapi ini lagi dasyat, 5 personaliti! 
Dan Adam berkomunikasi dengan orang yang sudah tiada di dunia ini.

Cinta boleh menukar manusia biasa menjadi superhero yang ada superpower. Cerita cinta mereka yang menarik, Cerita cinta luarbiasa.



Jadi dapatkan di pasaran sekarang atau boleh terus dapatkan dari penulis ini atau boleh menghubungi saya untuk mendapatkan novel-novel tersebut.

Penulis: ISMI FA ISMAIL

Peringatan:
Tulisan di dalam post ini mungkin tidak menepati Bahasa Melayu standard dan tidak sesuai digunakan dalam karangan di sekolah atau mana-mana pusat pengajian.

Lamanya tidak 'update'

Setelah sekian lamanya saya tidak update sebarang post di blog. Mungkin disebabkan kesibukan melampau iaitu workaholic, workamilo, workatea, menyebabkan amat tidak menyempatkan diri. Walaupun post saya bukanlah penting sangat, tapi seronok jugak dapat berkongsi dengan seluruh dunia. Lagipun pada masa sebelum ini terutama sebelum PRU13 banyak mengkaji bahan-bahan yang dipost oleh "askar kacang soya" yang berkaitan dengan politik. Kebanyakannya tidak benar. Lebih kepada fitnah dan serangan ke atas minda pengundi-pengundi muda. PRU yang saya anggap sungguh sengit ini membuatkan berdebar-debar menunggu keputusan diumumkan. Syukurlah, kerajaan masih mengekalkan kuasa, namun harus diingat, kerajaan perlu meningkatkan mutu kepimpinan. Rakyat masih bagi peluang! Selamat tahun 2013. (Alamak dah bulan Jun 2013! hahaha)