Powered by Nuffnang

21 November 2011

Wiraku tak gentar... Go tigers! Go tigers!

Malam ni Harimau Malaya akan bertemu Garuda untuk pingat emas Sukan Sea 2011. Seluruh rakyat Malaysia akan memberikan sokongan terbaik kepada pasukan negara. Kita mendoakan agar Harimau Malaya dapat membaham Garuda.

Wiraku tak gentar...

01 November 2011

Taklimat Akademi Koreksional kepada SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-MADRASAH AL-ALAWIYAH ADDINIAHI

1 November 2011 - Seramai 56 pelajar perempuan Tingkatan 3, Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Addiniah dari Arau Perlis bersama 4 orang guru telah membuat lawatan sambil belajar ke Akademi Koreksional Malaysia. Pelajar-pelajar yang ala tomei-tomei comel-comel ini datang dengan gembiranya ke sini. Sesi dimulakan taklimat ringkas mengenai Jabatan Penjara. Taklimat AKM pula bertumpu kepada Core Business (Latihan) AKM. Selain itu, kemudahan-kemudahan dan persekitaran AKM turut diberikan penerangan. Slot seterusnya, lawatan sekitar kawasan sekitar AKM. Seperti biasa, pelawat-pelawat pasti teruja dengan Poolside yang "Cristal Blue" airnya. Akhir sekali, gadis-gadis jelita pelajar-pelajar ini dibawa menikmati minum petang di kafeteria AKM. Pada jam 5.00 petang, dengan wajah ceria, pelajar-pelajar ini meninggalkan AKM.


Lawatan ke perpustakaan AKM

Dibarisi pelajar-pelajar sekolah agama.

Berjaya membuat trademark.

Keceriaan tergambar di wajah mereka.

Taklimat dan Pameran Sekolah Rendah Kebangsaan Teriang, Langkawi.

Pada 25 Oktober 2011, saya bersama Puan Wan Syuhaida dan WP Saiful telah dijemput dan ditugaskan membuat pameran kepenjaraan dan taklimat Juvana kepada Pelajar tahun 1 hingga tahun 6 sekolah tersebut. Riuh sungguh budak-budak ni nak dengar ceramah. Slot taklimat saya bermula jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Manakala booth pameran dibuka dari jam 9.30pagi. Bersama-sama kami ialah jemputan dari Jabatan Kesihatan dan AADK (Agensi Anti-Dadah Kebangsaan). Nampaknya hujung-hujung tahun ni, sekolah banyak mengisi slot-slot dengan menjemput jabatan-jabatan untuk memberi ceramah yang berguna kepada pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar sekarang mempunyai access yang tinggi kepada maklumat-maklumat terkini. Diharapkan pelajar-pelajar mendapat pengajaran dan pengetahuan dari pameran dan taklimat yang disampaikan.



Taklimat Juvana di Sekolah Rendah Sungai Menghulu

Pada (lupa haribulan) saya dijemput dan ditugaskan menyampaikan ceramah taklimat berkaitan Juvana / Kepenjaraan kepada pelajar-pelajar tahun 6. Pelajar-pelajar sekolah rendah ini mempunyai pengetahuan yang agak tinggi. Namun apa yang merisaukan kita ialah kewaspadaan mereka pada masalah sosial yang melanda. Kebanyakan pelajar tahu dan faham mengenai jenayah tetapi mereka masih melakukannya. Pada taklimat itu, soalan yang ditanya juga sangat tinggi levelnya seperti peranan SUHAKAM, kes simbah asid (kenapa kerajaan tidak menyekat penjualan asid kepada pengguna? - dasyat soalan). Saya berasa gembira kerana taklimat ini mendapat sambutan yang baik, kerana taklimat berkaitan penjara di Daerah Langkawi ini amat kurang. (Masyarakat tanya, ada ka penjara kat Langkawi?- ndak ada bah.. Sini akademi / pusat latihan pegawai kanan penjara Malaysia/Antarabangsa). Memberi kesedaran pada awal seperti ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jenayah pada masa depan. (KPI - mengurangkan jenayah). Seperti kata pepatah / orang lama " Melentur buluh biarlah dari rebungnya.


Pelajar-pelajar tahun 6

Gaya wajib

Mudah-mudahan berjayalah mereka.
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya...."

11 October 2011

Membuang virus "Shortcut Virus" dari Pendrive

Baru-baru ni banyak folder-folder dalam Pendrive/flashdisk saya telah menjadi shortcut. Langsung tak boleh buka. Jadi, saya pun tanya Encik Google tentang virus tersebut. Maka dapatlah satu software yang dapat menukarkan semula folder-folder shortcut tersebut kembali ke asal. Syukurlah, boleh recover balik. Kurang ajar betul virus itu, beliau telah meng'hidden'kan entah di mana file tersebut. Link untuk software tersebut ialah
http://www.svrtool.webs.com.
Cara mengguna software ini ialah download software ini. Kemudian copy software tersebut ke dalam pendrive/flashdisk anda. Kemudian klik software dan ikut arahan. Software ini tidak boleh diinstal di desktop anda. Selamat mencuba.

10 October 2011

Teringin Samsung Galaxy Tab 10.1' dan Samsung Galaxy Ace





Baru-baru ini saya mencuba Samsung Galaxy Tab Angah saya, rasa seronok la pulak. Saya pun teringin. Jadi saya berkira-kira untuk memilikinya memandangkan di rumah ada streamyx 1Mbps, rugi la tak guna sepenuhnya kan. Masa dok tengok-tengok terperasan pulak Samsung Galaxy Ace. Terbaik. Dah macam I-Phone4, harga RM800 jer. Macam mana no.. Jom kita tengok...

Samsung Galaxy Tab 10.1'

Telefon Pintar: Samsung Galaxy Ace

Derma Darah kali ke 14

1 pain darah

buat muka stim
Baru-baru cukup haul (3bulan) untuk derma darah. Saya pun pi la Hospital Langkawi untuk derma darah. Macam biasa la 1 pain untuk didermakan. Marilah kita sama-sama mai derma darah. Semoga memberi manfaat pada orang yang memerlukannya.

Kursus Asas Koreografi (senamrobik)

Puan Mona (baju biru) dan team nya

Geng Nurse Pusat Kesihatan Daerah

stepboard - din berbaju hijau

otai sedang training

otai sedang training -puan mona dok usha dari tepi
7 hingga 8hb Oktober, saya bersama Puan Mona dan Cikgu Hisomudin telah menghadiri kursus asas Koreografi (senamrobik) di Kompleks Belia dan Sukan Kedah. Kami bertiga ni mendapat jemputan daripada Persatuan Lompat Tali Kedah untuk menyertai kursus ini. Kebanyakan peserta kursus daripada PKD (pusat Kesihatan Daerah) = Nurse. Peserta selain dari nurse-nurse ini adalah daripada Persatuan Lompat Tali tersebut. Maka yang hadir adalah orang-orang yang sudah mahir dan nak jadi Instructor. Apa yang menarik, cuma 3 orang saja peserta lelaki, namun saya dan Din memang takdak basic senamrobik ni. Maka terkial-kial lah kami berdua macam Mr.Bean dalam Johnny English Reborn. Orang lompat kanan, kami lompat kiri,macam tu la sebaliknya. Walaupun orang mentertawakan kami, namun biasala, tak kisah pun. Ada peserta-peserta yang tidak percaya kami ni dari Jabatan Penjara, maklumlah saya ni kecik je badan. Jadi berkata, takkan saya nak pi penampaq semua peserta sebab saya pegawai penjara. Ada tempat nak hell. Kecik tak semestinya lemah. Lalalala.. 
Jadi, 2 hari balik, hari ni sakit-sakit satu badan sampai ambik MC le. Lemah benar. Apapun, pengalaman yang bagus ini akan digunakan dan di praktik sehingga badan menjadi cergas dan bertenaga.

Adoi..Dah bersawang...

dah lama tak update blog memandangkan banyak sangat aktiviti yang menyebabkan tak ada idea nak update blog. maafkan saya. saya akan terus berusaha selepas ini. (tapi entah bila..)

20 September 2011

Nak masuk syurga atau neraka?

Cikgu : murid-murid.. Siapa yang nak masuk syurga?
Serentak murid-murid menjawab sayaaa..! , Pijon yang duduk di belakang diam saja...
Cikgu : siapa yang nak masuk neraka..?
murid2 :tak mau....!!! AJOI tetap diam sja.
cikgu terus ke belakang dan bercakap dengan Pijon.
Cikgu : Pijon kamu nak masuk syurga atau neraka?
Pijon :dua-dua tak nak cikgu...
Cikgu : kenapa..?
Pijon: Bapak saya selalu berpesan kepada saya:
"Pijon Apapun yg terjadi kamu harus masuk TENTERA.."

24 August 2011

Ho Ho Ho ke mak..

Emak: Haikal, bangun sahur. Cepat dah lewat.
Haikal: Ho Ho Ho Ho ke mak.
Emak: Ho ho ho hotak hang. Cepat la bangun. Tendang kang...

(terpengaruh iklan Horlick..kehkehkeh..)

18 July 2011

Kebangkitan Bola Sepak Asia

Pagi tadi menonton siaran akhir Bola Sepak Piala Dunia Wanita FIFA, Amerika menentang Jepun berkesudahan Jepun  menang piala dunia wanita dengan (2-2) penalti 3-1. Apa yang menarik di sini ialah jelas kebangkitan bola sepak di Asia semakin menyerlah. Kita lihat perlawanan persahabatan Malaysia - Liverpool, walaupun kalah 6 - 3 tapi mutu perlawanan yang tinggi memberi keyakinan kepada kita kepada pasukan negara. Mungkin pemain - pemain kita berlatih di padang dan di rumah (main PS3) untuk mencari skill-skill yang boleh diguna pakai. Saya berkeyakinan Malaysia mampu menewaskan Singapura dan seterusnya menjadi wakil Asia ke Piala Dunia, kalau tak 2012, 2016 masih lagi boleh berharap (tu pun kalau Malaysia masih aman, kita semua berharap).  Jadi, pasukan-pasukan negeri perlu meningkatkan prestasi pasukan ke tahap yang lebih baik, maka barulah ramai penyokong datang ke stadium. Pendapatan Persatuan Bola sepak negeri akan meningkat, barulah kaya macam Manchester United. Kehkehkeh. Sekurang-kurangnya liga Malaysia akan dimasukkan ke dalam FIFA 2013 ke 2014 kan. Boleh main di PC ke, PS3 ke, Xbox ke. Semoga skuad Harimau Malaya ni semakin digeruni.

15 July 2011

Bersih 2.0 : Polis tak cukup ganas.

Ramai orang mengutuk-ngutuk polis kerana keganasan semasa perhimpunan HARAM BERSIH. Sebenarnya, polis tak cukup ganas kerana hanya menyembur gas pemedih mata, menendang dan memukul PERUSUH-PERUSUH HARAM BERSIH. Apa yang aku nak kata di sini ialah, Agong dah kata tak payah, PM dah larang, tapi mereka ni kenapa la degil sangat. Ini menunjukkan rakyat kita (minoriti) memang tak paham-paham, taksub tak tentu hala. Aku benci betul, kita dapat tengok yang pakai kopiah, tok haji, pak lebai yang ramai dan ganas. Ini menjatuhkan imej negara dan umat Islam, kerana mereka ini lah yang menunjukkan keganasan yang melampau-lampau. Statitistik menunjukkan paling ramai adalah yang rata-rata menggunakan nama seperti Ahmad, Halim, Yusof, Din, Malik, tetapi Ah Chai, Chong, Ramesh, Cheng, Raju tak ramai pun. Mereka tak ramai sebab tak mau buang masa menyertai perhimpunan HARAM dan membahayakan diri kena sekeh dengan polis. Orang-orang kebanyakan tu tak tau pun apa tujuan BERSIH, entah-entah daftar undi pun tidak. Lepas ni aku yakin lebih banyak perkara seperti ini akan berlaku sebab yang kena tangkap dapat makan free, dapat masuk paper - glemer, dapat baju free.

P/s Bangunlah orang Melayu.....

Selamat kembali...

Aduh, dah sekian lama tidak meng'update'kan blog.jadi sukacita dimaklumkan ni la baru update. Lalalala...

15 June 2011

Jangan cepat bersangka buruk....

Alkisah.. Rahim sedang membetulkan laptop anaknya. Beliau ingin 'reformat' laptop itu. Dikeluarkan cd dan disalinnya cd key di dalam telefon bimbit di ruangan message. Tidak semena-mena isterinya tiba-tiba datang nak mengambil telefon bimbit dengan tujuan untuk belajar. Pelik sungguh, masa dalam orang tengah sibuk buat kerja la nak belajar telefon bimbitlah. Memang tak pasai-pasai kena la marah. Lalu, tetiba isterinya merajuk. Rahim pun konfius kenapa tiba-tiba merajuk pulak. Isterinya pergi ke kedai, konon-kononya nak beli nasik. Isteri pun keluar. Sedang Rahim membaiki laptop itu, sms masuk yang dihantar oleh isterinya. "nape marah sgt sy pegang hp abg. Mcm ada rahsia je dgn isteri pun. xpe sy tau.." Begitulah bunyinya. Dalam hati Rahim berkata, eh kenapa pulak tiba-tiba isterinya melalut bukan-bukan pulak. Barulah dia faham yang isterinya cemburu dan bersangka buruk. Sambil tersenyum dengan hati yang bara sebab tak boleh format hingga ke sudah, Rahim berfikir, perempuan memang betul-betul bersangka buruk. Itu bahaya, patut diselesaikan dengan cara diplomasi. Moral cerita, janganla kacau suami anda tengah buat kerja. Nak belajar ke, nak main ke, nak tekan-tekan tunggu la sampai abih keja..Ha tekan-tekan, belajar sungguh-sungguh.

12 June 2011

Tanggungjawab berat mendidik anak.

Semua orang mahu anak-anak mereka menjadi anak yang baik, berguna kepada agama, bangsa dan masyarakat. Namun, bukan lah mudah mendidik mereka, kerana salah cara atau terlalu memanjakan mereka akan mendatangkan masalah kepada mereka sendiri kerana mereka tidak dapat berdikari. Di usia bawah 12 tahun kita masih mampu mengubah gaya hidup anak-anak kita ini dengan keluar dari zon selesa. Memang benar, zaman kita dan mereka tidak sama, namun itu bukan bermakna kita perlu mengikut segala kehendak mereka. Saya dan isteri mengalamai masalah tersebut, kerana faktor sekeliling. Apabila berpindah ke tempat baru, suasana baru, persekitaran baru, anak-anak ini akan melatah. Sebagai ibu dan bapa kita perlu menangani dengan baik, dan bukan dengan turut menggelabah.
Mendidik anak- anak merupakan tanggungjawab ibu dan bapa yang sangat berat. Kitalah yang mencorakkan mereka dengan tangan kita. Kita tak perlu terlalu manjakan anak-anak kita, sebagai contoh mereka merajuk dan tidak mahu pergi ke sekolah kerana tidak dapat bermain PSP (PlayStation Portable). Ternyata itu satu ugutan dan ibu bapa tidak perlu menurut kehendak tersebut malah patut bertindak tegas (bukan memukul ya), supaya mereka tahu, dan membuang kemanjaan yang terlampau. Kita patut membawa mereka keluar dari zon selesa. Ini kerana jika mereka terlalu selesa, dan segala permintaan dipenuhi, maka mereka menjadi terlalu bergantung harap, tidak dapat berdikari dan lemah. Mereka akan menganggap kita akan sentiasa menurut kehendak mereka pada setiap masa. Tidakkah kita terfikir jika suatu masa kita tiada, mereka terkapai-kapai kerana sudah terlalu bergantung harap lalu menjadikan mereka lemah untuk meneruskan cabaran hidup. Itulah yang menyebabkan ramai yang telah terpesong ke jalan yang salah untuk menampung keselesaan lampau. Itu menjadi salah kita, kerana kita yang mengajar mereka menjadi manja, lembik dan selalu menangis atas alasan yang remeh.
Memang benar, sebagai ibu dan bapa, kita sangat menyayangi anak-anak kita, namun benarkah cara kita menyayangi mereka. Kita terlalu memberi muka sehingga mereka memijak kepala kita kerana itu yang kita ajarkan kepada anak-anak kita. Itulah yang menyebabkan berlakunya beberapa kes di sekolah, anak kita nakal, tapi kita masih mengatakan anak kita la baik. Maka, perlanggaran disiplin makin berleluasa kerana anak-anak kita tahu ibu-bapa sentiasa memayungi mereka seperti putera-puteri raja.
Maka, kita haruslah mencari intipati terbaik dalam mendidik anak-anak. Penyayang namun tegas, barulah mereka menghormati kita. Biarlah kita digeruni dan disegani. Digeruni kerana tegas, disegani kerana kasih sayang dicurahkan. Seperti ibu dan bapa kita dahulu, memang sangat garang, namu kita sangat mengasihi mereka kerana mereka menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Seperti contoh ayah saya, baru dengar bunyi motornya saja dah lari masuk mandi cepat-cepat. Takut memang takut namun itu semua untuk kebaikan kita jugak, bersiap sedia untuk beribadah, buat kerja sekolah dan belajar. Kalau ayah kita buat tidak tahu saja, kita pun malas ibadah, malas belajar lalu jadilah orang tidak berguna. Lihat lah kita sekarang, dengan didikan mereka, kita menjadi orang yang berjaya, dan hanya itu yang mereka mahu, melihat kita berjaya.

Coretan ikhlas.

10 June 2011

Nenek menjadi gadis di facebook

Nenek Piah berusia 70 tahun. Tinggal di sebuah kampung di sebuah daerah di sebuah negeri. Nenek Piah ada 6 orang anak yang sudah berkahwin dan mempunyai 24 orang cucu serta 3 cicit. Satu hari semua anak dan cucu  Nenek Piah pulang ke kampung. Bila hendak pulang, Nenek Piah memesan kepada cucu-cucunya 'add' di buku muka (facebook) masing-masing. Nenek Piah menggunakan nama samaran Peach, dan gambar seorang pelakon jelita.
Satu hari kawan dari seorang cucunya menambah (add) Nenek Piah dan bersembang. Mari kita ikuti perbualan mereka.
Joe: Hi, boleh berkenalan.
Peach: Hi, bley jer.. U asl maner?
Joe: Asal Kedah, U?
Peach: Oh, I sblh negri u jer..
Joe: U dah kawen ke?
Peach: Sudah, tp i da lame jande.. i ade 24 cucu dah.
Joe (dalam hati,temberang nih): hehe, kelakar la u ni..
Peach: Eh i out dlu la yer.. ade hal sket. t kite chat laen k.

Lalu Joe memberitahu Ahmad (cucu Nenek Piah) tentang chat tersebut tanpa mengetahui Peach tu nenek Ahmad.

Joe: Aku baru jer pas chat dengan sorang awek ni. kelakar betul.
Ahmad: sapa Joe?
Joe: Kau baca la.

Ahmad baca, tiba-tiba beliau termuntah..

Joe: Kenapa?
Ahamd: Nenek aku.

Bersiap sedia harga minyak akan naik lagi.

Alkisah, semua orang harus bersiap sedia, harga minyak akan naik lagi. Walaupun buat masa ini masih kekal pada RM1.90 seliter (RON95), namun itu bukanlah bermakna kita boleh menarik nafas lega. Apa yang dirisaukan sangat-sangat apabila harga minyak naik ialah barang-barang keperluan lain pun akan turut naik. Apabila berlaku kenaikan ini, inflasi juga akan meningkat. Yang untung tentulah jerung-jerung atasan yang tak fikirkan itu semua. Mana ada orang -orang atasan pergi pasar beli sayur ke, minyak masak ke, bawang ke, tiada kan? Maklumlah semua disediakan, bukan saja makan, malah lampu isyarat pun tak payah berhenti, lebuhraya 400km/j pun sapa tak berani kata apa. Kita? Cubala terlebih 120km/j confirm kena saman. Entahlah. Tak tau lah nak cakap apa. Yang senang bertambah senang, yang susah bertambah susah. Kita ni rakyat biasa terpaksa memerah keringat lebih untuk teruskan hidup. Mohonlah pertolongan Allah semoga kita sentiasa dilindungi, dirahmati dan dikurniakan rezeki yang halal. Sekian.

30 May 2011

Alamak, masih bersawang lagi

Bulan ni langsung tidak menulis. Terlalu lampau kah kesibukannya.. Entahlah..

23 April 2011

Sudah lama tidak ke udara...

Ya, saya kembali lagi. Sudah sekian lama mendiamkan diri hingga laman sesawang ini telah bersawang. Al-maklumlah sibuk dan blog ini tiadalah peminatnya,arakian meminati diri sendiri saja. Namun tidak mengapalah, hatta ada pengikut-pengikut yang setia mengikuti cerita-ceriti, karut-marut, puaka-puaka dan jampi mentera saya. Al-kisah,mungkin berasa malas dan tidak punya masa serta perasaan dan nafsu untuk mengarang hikayat-hikayat saya. Saya berdoa kali ke sekian untuk merajinkan jari-jemari menari-nari di papan kekunci. Semoga juga hati yang membaca selesa dan gembira hendaknya.

23 March 2011

Majlis Makan Malam sempena perkahwinan.


Pada 12 Mac 2011, aku telah mengadakan satu majlis makan malam sempena perkahwinan khas buat staf AKM dan saudara-mara di Langkawi. Kira-kira 200 jemputan telah hadir pada majlis ringkas ini namun sangat meriah. Maklumlah ini pertama kali dibuat di Akademi Koreksional Langkawi (AKM). Pegawai Pembangunan, Ketua Inspektor(KIP) Rahim Ramli bertungkus lumus bersama anak-anak buahnya membuat persiapan majlis siap dengan pelaminnya sekali. Dasyattt!! Nasi beriani dengan ayam masak merah dan macam-macam lauk lagi ditaja pulak oleh Kak Ina, (pengusaha dewan makan AKM), pun dasyattt. Baju awek cun pun ditaja oleh Puan Rahayu (Pegawai Perpustakaan AKM), dasyatttt jugak. Malam itu dresscode utama ialah Mess Dress, Baju Batik, kemeja serta baju kurung untuk wanita. MC pada malam itu ialah Inspektor Arizan.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Inspektor Razip(aku la tu) dengan Cikgu Mazni(perasan dia cikgu Murni), disambut oleh Timbalan Penguasa Penjara (TPP) Zohri Haron, TPP Rusli dan KIP Asmadi (geng Mess Dress). Seterusnya, ucapan aluan dari pengacara majlis. Ucapan seterusnya, wakil AKM, KIP Asmadi yang mengucapkan tahniah. Lepas tu, ucapan wakil pengantin lelaki, adik aku, En. Rafi (Pegawai Parol Penjara Pokok Sena), wakil pengantin perempuan, TPP Azhari (aikk,wakil AKM boleh jadi wakil pengantin - mak mertua aku orang kampung beliau, mereka la punya ANGKARA menjodohkan kami,kehkehke..terima kasih tuan) dan akhir sekali ucapan hero lah..macam biasa. Aku mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Kemudian acara potong kek. Guna pedang masa kawin dulu. Dan paling best, acara kejutan pada malam itu, sejambak bunga sempena ulangtahun awek cun. Aku taktau apa perasaan dia, tapi tengok senyum sampai pagi esok. Dah kata, kejutan aku buat terasa sampai ke sumsum tulang. Dasyatttt...
Lepas tu, terus la makan-makan. Ada la persembahan karoke oleh sepupu paling tua dalam keluarga, Abang Li. Diikuti KIP Asmadi. Lepas tu aku pun tak ingat.
Aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir, yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, pemberi-pemberi hadiah dan penaja-penaja yang memang dasyat, dengan ucapan, korang memang dasyat lah....
Layanlah gambar dibawah. Ayok!!
Budak jahat dengan Cikgu Mazni

KIP Asmadi memberikan ucapan sebagai wakil AKM

Puan Ayu (penaja baju Cikgu Mazni) bersama Abg Muaz dan anak Ustazah (lupa nama)

Kau dah kawin ni banyak tanggungjawab,kata TPP ZOhri. Awek cun dok senyum sorang-sorang.

Tengok tangan saya. Ada ong ni,kata TPP Rusli. Aku: Depa ni dok sembang lagi. CIkgu MAzni dari tadi dok sengih. Pasal pa taktau la.
MC kita - Inspektor Arizan Ahmad. Yang belakang tengah senyum kat gelas tu - Kak Ina

Cikgu Mazni: Abang ni makan pun dok usha awek lagi.

Staf Civilian AKM dari kiri: Puan Aminah(peg.asrama),Puan Ayu (peg.perpustakaan), Cik Noriza (Kerani),dipangkuan, Abang Muaz(anak Puan Ayu), Puan Khai (Pen.Peg,Tadbir) dan Puan Syarifah (kerani)

Keluarga cikgu Mazni dari kiri: Anis, Kak Ani, Alin(tengah-tengah),Kak Ida dan  Amalina Ah Ah..kehkehkeh

Keluarga aku:berdiri kiri:paknyang,buah terin,abang li,acik,Pakteh,aku,nyang fishah,cikgu mazni,kakngah,abah,angah. Depan duduk: makteh,kak liza,kaklang,kak ida, tam muriteh.kehkehkeh..

Pegawai Kanan AKM: IP Fizun,TPP Kamarul,TPP Rusli,TPP Zohri,IP Razif,KIP Rahim, cikgu MAzni, KIP Asmadi, TPP Azhar, TPP Azhari, IP Arizan.

Geng Mess Dress

antara yang hadir

antara yang hadir II
aku memberi ucapan tapi macam nyanyi pulak

Keluarga Cikgu Talib- Farhani adik angkat aku.. kuikuikui..

staf AKM dan keluarga

staf Parol dan keluarga



Dapat hadiah lagi...

Dah 2 bulan aku kahwin, masih dapat hadiah. Hari ni dapat lagi satu tuala, (konon-konon banyak mandi, mandi la sangat). Kagum sungguh, hensem sangatkah aku ini. Balik aku tengok cermin takdaklah hensem sangat, tapi hairan sungguh, banyak dapat hadiah (bini aku kata menyampah...) kehkehkeh.. Itulah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemberi-pemberi hadiah yang sungguh baik hati. Yang aku perasaan kebanyakan hadiah dibeli di kedai ISMAIL GROUP, rangkaian kedai yang menjadi pilihan pengunjung-pengunjung ke pulau bebas cukai ini. Barang-barang berkualiti tetapi pada harga rendah! Bertambah la koleksi 'tea set' aku. Sekali lagi diucapkan terima kasih.

27 February 2011

Stereotaip Hari Lahir: Kek dan ucapan Hari Jadi.

Hari ni hari jadi awek cun. Sampai ke pagi pun hero tak ucap apa-apa. Tengahari awek cun nak balik Batu Kurau baru Hero ucap. Tadi, awek cun kata, "so disappointed, kiciwa,kiciwa, huhu". Hero senyum je baca mesej tu dalam facebook. Memang dah agak. Awek cun belum tau lagi, hero ni dasyat, tak cakap banyak, menggunakan taktik tersirat, makan dalam punya. Setakat ucapan "hepi besday" dekat dinding buku muka (facebook wall) apa la sangat, tak kelas langsung. Betul tak? Konon-konon mengharukan la.
Sebenarnya semalam, hero memang cadang nak beli kek, pastu buat suprise pukul 12, tapi terlupa pulak. (Kronik betul aku punya lupa). Kebetulan seorang ustaz dah banyak kali pelawa hero pegi restoran nya, tapi tak pegi-pegi jugak,jadi  memandangkan hari jadi awek cun, hero akhirnya pergi la jugak. Memang sedap, sangat bermakna sebab dapat makan dengan awek cun dan anak-anak serta mak mertua. Hero memang dah agak, awek cun tak sedar pun, yang makan malam yang best itu untuk hari lahirnya..Hero saja yang tau.. Kehkehkeh..
Apapun..biar dulu.. ada lagi kejutan buat awek (harap-harap aku tak lupa), apa dia? Tunggu......
Jadi tentang streotaip hari lahir pada kebanyakan orang ialah ucapan selamat hari lahir, kemudian sebiji kek.Tak 'feel' langsung. tapi tak pa jugak kan sebagai tanda ingatan. Tapi cara yang lebih thrill, tanpa perlu ucapan dan kek adalah lebih bermakna bukan? Sebagai contoh, ucapan Merdeka pada setiap 31 Ogos, orang yang memberi ucapan menyambut di dataran merdeka, terlompat-lompat tengok konsert. Bermaknakah? Bagaimana dengan perajurit-perajurit kita yang telah terkorban? Tiada pun sebaris ucapan merdeka. Namun pengorbanan mereka itulah sebenarnya yang kita perlu kita hargai. Berilah kepada mereka sedikit sumbangan seperti Tabung Perwira atau kita berkhidmat kepada negara dengan ikhlas sebagai tanda terima kasih terhadap kemerdekaan yang kita kecapi. Setuju?

19 February 2011

Ayah kita donat, mak kita ikan. Ada ka patut?

Aku tengok iklan kat televisyen zaman sekarang dah macam-macam dan pelik-pelik. Mungkin terlampau kreatif sangat kot. Iklan yang berkualiti sangat kurang. Sebagai contoh iklan yang berkualiti adalah iklan Petronas. Iklan tersebut membawa mesej-mesej kemasyarakatan. Sebenarnya tukang buat iklan bukan tak kreatif, tapi entahlah. Itu yang pembeli nak. Buat ajelah.. Walaupun tah apa-apa. Iklan-iklan yang kreatif seperti maxis,celcom bukan saja mencuit hati tapi memberi mesej yang bermakna seperti iklan 1+5 Celcom, sampai bayi dalam inkubutor (betul tah aku eja) pun dah dapat telefon bimbitnya sendiri. Bayi pun dah ada telefon bimbit, canggih betul.
Ni iklan yang aku dengar di sebuah stesen radio, iklan itu lebih kurang macam ni, "betul ke mak kita ikan, kenapa boleh bernafas di darat?" "betul.." "bapa kita donat?" "ya". Ada ka patut? Tapi, boleh la tahan kan lawak dia, aku dengan awek cun sampai menitik air mata gelak, mak dia ikan, bapak dia donat. Donat..

Jangan Di Lukai Hati Perempuan..

Jangan Dilukai hati Perempuan
Nukilan: Awek Cun

Dalam lelah perjalanan
mengepulkan debu-debu di belakang
kiranya hangatnya diri
hingga api bersekam di hati
dinyalai jari seorang perempuan
jangan berkesimpulan mengecam
merangkum keseluruhan
biar betapa khilafnya
jangan dilukai hati perempuan
kerana masih ada antara mereka
yang jujur menjunjung setia
dengan belaian kasih sayang
pulih diri dari kelelahan
sejuk dada oleh titis kemesraan.

10 February 2011

Teka filem sambungan Hantu Kak Limah Balik rumah.

Aku baca di page FaceBook Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu teka filem sambungan filem tersebut. Tajuknya ialah Usin, Mon dan ..... Jin Pakai Toncit. Tapi bukanlah isunya. Apa yang menarik dan kelakarnya ialah peminat-peminat yang meneka. Mari kita baca apa kata mereka:


  • Kak Limah Balik Jadi Hantu
  • Hantumu hantuku jua.
  • KAK LIMAH DAH TAK GILA!!!
  • Hantu kak limah main poker
  •  Hantu Mak Minah Balik KL... haha
  •  hantu kak limahnya adik ceplos
  • hantu kak limah jadi minah sempit
  • tajuk : Kak Limah balik? Ce Citer Ce Citer
  •  jadi hantu kak limah.
  • Itu la pasei pentingnya english education..
  •  Zombie kampung pinang sebatang...
  •  zombi kilang biskut
  • Kak Limah Jenguk Rumah
  • The Return of Kak Limah
  •  Hantu Kak Limah Di Pawagam!!...betol tak?
  • JANGAN PANDANG BELAKANG RUMAH HANTU KAK LIMAH
  •  Hantu Kak Limah & the geng
  • usop dan abi balik umah antu kak limah...
  •  ‎:tajuk die adalah " balik cepat la kak limah"
  • hantu kak limah ke singapura....
  •  hantu kak limah pegi balik ulang2..hahaha
  • hantu kk limah salah rumah,,hohoho
  • kak limah bermaharajalela di kampung pisang
  • HANTU KAK LIMAH DAN LAMPU AJAIB!
  •  HANTU KAK LIMAH MATI TERSEPIT
  • Husin moon Dan jin pakai toncet
  • kak limah kembali mengganas
  • Haha dgn bangganya sya mengatakan bhawa sambungan HKLBR ialah ZOMBIE ULTIMATUM ..harap2 betoi lah yeq tman teka ..
  • hantu kak limah terbakor!
  • hantu kak limah geng dengan halimah jongang
  • hantu ayu lawan hantu che nin gilakan usin kg pisang
  •  hantu kak limah gian ngangkung,kehkeh bleh2?
  • hantu kak limah memancooor mancooor..
  • KAMPUNG PISANG VS KAMPUNG TALANG!!
  • hantu kak limah ajak kawan balik rumah
  •  zombi kilang biskut
  • Bajang Kg.Karai-Enggor-Liman Kati Udah Insaf
  • kak limah ngangkung buat kerja khurafat
  •  hantu kak limah boring dok kt umah
  •  hantu husin di kampung pisang..
  •  kak limah tokey pisang!!!
  • hmdhpt.......hahahahahah....
  • hantu kak limah wat welie 8 tiang
  • urmm.,
    semua hantu vs kak limah..
  • zombe the muzikal
  • abi pakai skirt kak limah pakai boxer

Hantu Kak Limah Balik Rumah: sindiran sinis kepada masyarakat dalam komedi


Aku dah berapa kali menonton Hantu Mak Limah Balik Rumah. Sekali menonton di pawagam, filem seram komedi ini sebenarnya menyindir masyarakat kita ini. Garapan filem ini dengan komedi dan sindiran-sindiran memberi mesej kepada masyarakat, terutama masyarakat melayu. Antara yang boleh kita ambil pengajaran dari filem ini ialah, penduduk kampung cepat membuat andaian buruk terhadap orang lain terutamanya apabila seseorang itu bekas penghuni penjara atau bekas pusat serenti. Begitulah persepsi masyarakat. Kemudian, masyarakat suka sangat percaya kepada bomoh-bomoh. Bomoh-bomoh yang kononnya hebat disindir dengan dibelasah oleh hantu Kak Limah. Selain itu juga, filem ini menyindir masyarakat kita yang cepat membuat keputusan melulu (nak bakar rumah jer keje mereka). Aku berpuas hati dengan cerita ini, bukan sahaja menghiburkan dan kelakar malah banyak pengajaran-pengajaran dan sindiran-sindiran yang tepat mengena kita.

Kutipan filem: Rm8.12 juta

Hantu Kak Limah Balik Rumah 2:  Hosin, Mon dan ...... Jin Pakai Toncit.

09 February 2011

Sumbat ke dalam bontot...

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.

Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas.

Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya.

Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua,

"Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!

Kredit:  Adeeb Yazreeq 

Kronologi mandi air yang segar dan sejuk di Batu Kurau:

5minit pertama: merasai kesejukan air
5minit kedua:bertakafur sejenak..sejuk air..
5minit ketiga:berangan-angan..sejuk air..
5minit keempat:menyiram-nyiram air di kaki dan lantai..sejukkkk..
5minit terakhir:mandi..gila ah sejukkkk....

08 February 2011

Hero dah kahwin dengan Awek Cun...

Pada 3 Februari 2011, Hero dan awek cun telah selamat diijab kabul. Bertempat di rumah awek cun di Kg,Sempeneh, Batu Kurau, Perak, kenduri secara biasa-biasa dan sederhana diadakan. Hero dan awek cun jalan bawah pedang, atas pedang dan tepi pedang. Akad nikah berlangsung jam 9.30 pagi. Dalam keketaran dan seram sejuk, dengan sekali akad je berjaya menyelesaikan misi penting itu. (Hahahaha..)
Jam 12.30 tengahari, perarakan hero dan awek cun, memotong kek dan makan beradab. Hero dibantu pegawai-pegawai sword barrel terdiri daripada Inspektor Hasnor (pengapit), Inspektor Wan (Penjara Taiping), Inspektor Zaki (I.S.A), Inspektor Hazlee (Penjara Taiping) dan Inspektor Fazli (Penjara Seberang Perai).
Diharapkan Hero dan Awek cun akan kekal bahagia dan saling mencintai hingga ke syurga.

lalu bawah pedang dengan awek cun
sebelum pedang disilang
Potong kek pun dengan pedang

masa makan

Hero dan Awek cun

Tukar pakaian di waktu petang. Macam Raja Kesultanan Melaka dengan Puteri Hang Maz Ni