Powered by Nuffnang

25 January 2010

Tengok Wayang : Legion (kisah sesat yang menyesatkan)

Aku pergi menonton filem Legion hari minggu yang lalu, yang mana telah mengecewakan aku kerana Badan Perfileman seolah-olah tidak peka terhadap isu agama. Apa yang membimbangkan filem ini mampu merosakkan minda umat islam terutamanya mereka yang tidak mempunyai pengetahuan agama yang cetek. Sepatutnya filem ini langsung tidak perlu ditayangkan, kerana filem ini mampu menggoyah iman dan kepercayaan seseorang.
Filem ini mengisahkan Angel Michael (Malaikat Mikail) ditugaskan tuhan untuk memusnahkan umat manusia kerana tuhan telah hilang keyakinan dan kasih sayang kepada manusia. Tetapi Mikail telah menentang perintah tuhan dan dibuang ke bumi. Maka tugas itu diambil oleh Gibrael (Jibrail) untuk menentang Mikail (kuat nih sbb ketua tentera tuhan). Gibrail berjaya membunuh Mikail, walaubagaimanapon Mikail dihidupkan semula yg aku xtau kenapa.. selain itu, ada sorg pompuan yg mengandung anak yg menjadi harapan seluruh dunia.. so, mission Mikail ni mempertahankan pompuan tu sampai beranak.. Apa yg menarik,malaikat tu mmg digambarkan bersayap dan bersembang di syurga ke tah kat mana.. lgsg xdak ciri-ciri malaikat.. mcm setan, pemarah, dengki, cemburu dan dendam.. Filem ni adalah propaganda pihak tertentu untuk memberi kefahaman yg sebaliknya tentang malaikat. Iblis xdak la pulak.. Hairan kan.. sebenarnya, yg benci bukan tuhan, tp Iblis, dan malaikat tu sebenarnya adalah setan-setan.. kan sekarang "manusia-manusia" itu menyembah syaitan yang menjadi tuhan mereka.. Dan setan-setan tu lah malaikat mereka.. Nauzubillah.......
jadi dari sinopsis di atas, terang-terang cerita ni memang sesat, tapi lembaga penapisan filem tidak pula menapis.. hanya di letak 18PL.. Apa alasan sebenar? Hiburan?

17 January 2010

CUPPY CAKE song : aMY cAStLe


Anda tentu pernah dengar ringtone budak cute ni kan.. Lirik dia macam di bawah:

You're my hunny bunch,
Sugar plum,
Pumpy-umpy-umpkin,
You're my sweetie pie,
You're my cuppy cake,
Gum drops,
Snoogums boogums you're,
The apple of my eye,
And I love you so and I want you to know,
That I'll always be right here,
And I love to sing, sweet songs to you,
Because you are so dear

Jadi siapakah dia?
Si comey itu ialah Amy Jessica Castle yang dilahirkan pada April 1990. Amy telah menyanyikan chorus lagu Cuppy Cake Song tu pada usianya 3tahun dan tarikh rakaman video yang tertera dalam rakaman yang dimuat turun dalam youtube ialah pada 26.2.1994 (16tahun yang lalu).(sekarang dah 20tahun-pon comey jugak).sila lawat youtube untuk melihat Amy yg cute tu nyanyi Cuppy Cake song.
Pelawat yang view di youtube sekarang ialah 9,995,702 (views utk 17/01/2010). Kalau korang nak tengok
Amy dah besar di interview oleh Zack Tailor bley klik di sini.




Ni masa Amy umur 3tahun

Ni masa dia umur 18tahun...((cute wey.....))

15 January 2010

Adnan Rempit: citer melayu yang best tahun ini.

Aku baru je tengok citer ni..memang bagi 6bintang lah.. Kelakar melampau-lampau.. Lawak selamber dari Sam memang xbley blah.. Dengan direct translation memang xmampu nak tahan gelak.. especially 'to pakcik, and all pakcik2 ((pakcik tu Datuk datuk yang tengah mesyuarat tender))...... jalan citer yang ringan dan rileks memang sesuai utk semua golongan masyarakat.
Kalau lu orang minat citer komedi, silalah menonton.. kalau lu orang tengah tensen or bersedih this is the film u should watch..dont shame2..and banana dont fruit two times..
arios.....

09 January 2010

TERSILAP PAKAI ATAU MEMANG FESYEN

Di merata-rata dunia penuh dengan kepelbagaian fesyen. tapi di Malaysia syukurlah, tidaklah seteruk luar negara.. Jadi mari kita lihat di bawah, adakah ia fesyen atau sebaliknya.

((pakcik nak pi berenang ni, korang janganla jeles))

((apa usha-usha..bini aku basuh baju daa..ni pon mujur ada baju Bella, anak perempuanku))

((aku penternak tebuan, terpaksala pakai camni, kang kena sengat dek tebuan tak pasai))

((entahlah pakcik pon xtau..nak kate pakcik sawan tak jugak, mungkin sebab pemanasan global))

((eh apasal berangin semacam jer punggung aku ni..emm biarlah..))

So, fikir-fikirlah kita...

Tengok Wayang: The Twilight Saga: New Moon

Minggu ni baru jer tengok movie The Twilight Saga: New Moon. Ceritanya agak menarik. Mengisahkan seorang Vampire, Edward Cullen yang saling mencintai Bella Swan, iaitu seorang manusia yang sentiasa melindungi kekasihnya itu. Tiba-tiba Edward dan keluarganya, Cullen family, berpindah dari Forks. Maka, Bella Swan pun menderita kerana kekasihnya itu telah pergi walaupun Bella sanggup menjadi sebahagian Cullen Family (dengan menjadi vampire jugak),namun Edward tidak mahu Bella lakukan.
Oleh yang demikian, Jacobs (keluarga serigala jadian) melindungi Bella dan pada masa yang sama mencintai Bella jugak. Bella sayang pada Jacobs tapi dia lebih mencintai Edward dari keluarga vampire. Keluarga serigala jadian ini bertanggungjawab membunuh vampire kecuali dengan keluarga Cullen yang telah membuat perjanjian tidak akan membunuh manusia di kawasan itu.
Namun seekor vampire jahat, Victory, cuba untuk membunuh Bella, namun tidak berjaya. Sampailah pada suatu hari Edward tersilap sangka Bella telah mati lalu menuju ke Volturi, Itali, tempat Vampire yang berkuasa membunuh vampire-vampire yang ingin mati dengan membiarkan dirinya terkena cahaya matahari. Namun Bella sempat menyelamatkan Edward dengan bantuan adik Edward, Alice.
Balik ke Forks, Edward memberi pilihan kepada Bella, memberi Alice menukarkannya kepada Vampire selepas graduate atau berkahwin dengannya dan Edward sendiri akan menukarkan Bella kepada Vampire.
Nampaknya filem ini bersambung ke episode seterusnya.


Movie lain pada minggu depan,

JURUKAMERA TERLAMPAU

Aksi-aksi jurukamera yang tak ingin anda lihat........

(ni kalau xbernasib baik, dengan kamera dan kepala sekali bersepai)

(Budak: Nganga nganga.. abg nak amik gambar ni Buaya:aaaaaaaaaaaaa.......)

(budak: mak mak...ekkkk..ekkkkk mak: kau ni cuba duduk diam2)

(cameraman: adoi ni malas nak bagtau org kampung mai tgk tiger wood,
semua kirim kamera, lepas ni kamera pakcik hussin,pas ni kamera pakteh usop, maklang zakiah, .......................)

Sign Toilet yang Kreatif

Aku telah melayari satu blog dan menjumpai toilet sign ni.. Kreatif. aku cuma masukkan beberapa jer kerana yang lain juga kreatif tp xberapa sesuai.

20 Creative and Funny Toilet Signs

20 Creative and Funny Toilet Signs

20 Creative and Funny Toilet Signs

20 Creative and Funny Toilet Signs

20 Creative and Funny Toilet Signs


07 January 2010

Andainya Perempuan Tahu

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin) cam aku. Lalala...
2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dati segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat melihat wanita.. sebab itu mereka suka melihat wanitam menjeling wanita dan menonton Baywatch (aku xminat Baywatch). Atau mencuci mata di tepi pantai atau Komplek membeli belah.
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat wanita.
9. Bila lelaki cakap.. "Emm.. tengoklah dulu".. itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11. Kebanyakkan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau mana-mana buku semata-mata. oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan.. dan tak faham kenapa perempuan bersifat begitu dan begini.. kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
13. Adalah biasa cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain
14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' denga ramai wanita.. dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa.. yang lain hanya kawan :)
15. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari.. maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja... Mereka merasakan kejadian wanita begitu indah!
16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih.. cuma dia tidak menunjukkan kesedihannya di depan orang.
17. Bila seseorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%,walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunya kelemahan!

06 January 2010

AMaZinG - minuman berfungsi

Ini ikLan kesihatan yang bagus untuk wanita, Hebat utk lelaki.. Aku saja bantu Kakak Erna aku ni promote kat korang yang berminat.. Untuk maklumat lanjut bley lawat facebook aku atau menghantar emel terus kepada Kak Erna di eryn_erynn@yahoo.com
Amazing
Price: RM 45.00

Sesuai utk SEISI KELUARGA

Produk istimewa yang dikomposisikan dengan 9 ramuan semulajadi:
Madu Asli
Kismis
Buah Tin
Kurma Merah
Habbatus Sauda
Buah Zaitun
Dong Quai
Dang Shen
Ubi Jaga
dan lain-lain herba terpilih yang diilhamkan daripada kitab-kitab perubatan tradisional mampu membina emunisasi tubuh dan membina kembali usus. Gabungan herba-herba terpilih di dalamnya juga mampu membantu masalah gastrik, luka dalam perut dan pembedahan, kelesuan, batu karang dan lain-lain.

A very special product composes of 9 natural essential; Pure Honey, Raisins, Fig, Red Dates, Nigella Sativa, Olive, Angelica, Codonopsis pilosula, Smilax Myositifloraand other selected herbs from traditional medication recipe with ability to build up body immunization and to reform intestine / colon.

ANTARA LAIN FUNGSI AMAZING ADALAH :-
1. Membantu menyembuhkan luka2 pembedahan dan luka2 lain di dalam perut
2. Amat berkesan untuk ibu2 selepas bersalin di mana ianya memulihkan fungsi sistem peranakan
3. Ianya sesuai diamalkan oleh mereka yang bermasalah lumpuh kerana stroke
4. Mampu merawat sakit Asma/ Lelah
5. Penahan sakit tanpa rasa mengantuk dan tidak menyebabkan ketagihan
6. Bahan penahan gatal (anti-hestimin) alergi pada makanan laut
7. Sangat baik dan berkesan untuk sakit sendi, otot, rheumatik, arthritis dan anti-radang
8. Mempercepatkan pemulihan tenaga dan mengelak keletihan
9. menyembuhkan Ulcer gastrik dan pendarahan usus
10. mengurangkan simptom buasir dan pendarahan
11. meredakan resdung/sinus
12. Melancarkan perjalanan darah dan membantu menurunkan tekanan darah
13. Merangsang kecantikan kulit sambil memperlahankan kedut pada kulit (awet muda)
14. Mengawal kencing manis (mengurangkan paras gula dalam darah)
15. Mengatasi masalah sakit dada, kudis dan sakit belakang
16. membantu penghadaman
17. Meningkatkan kecerdasan minda dan membantu tumbesaran kanak2
18. Sangat baik untuk melancarkan fungsi buah pinggang
19. Membantu masalah batu karang
20. Mengawal nafsu makan dan membantu memecahkan lemak badan dan membantu menurunkan berat badan
21. Menenangkan fikiran

So tunggu apa lagi.. Prevention better than Cure...

05 January 2010

1ST CONVOY.. welcome to Lancer GT cluB..

1 Januari 2010. kira-kira jam 5.30petang, kira-kira 20 ahli Mitsubishi Lancer GT Club berkumpul di Pekan Rabu, Langkawi sebagai perjumpaan tahun baru. So, ni la first time aku berkumpul dengan ahli kelab (selain RAMFC), berjumpa dan berkenalan sesama pemilik Mitsubishi Lancer ( GT, GLS, Evo 10) selain berbincang mengenai aktiviti kelab ini. Antaranya, main bowling, melawat rumah anak yatim, konvoi pusing Langkawi (hahaha... xsampai sejam pun)..
Jadi untuk perjumpaan kali ni, kiteorang just konvoi dari Pekan Rabu ke tepi Airport Langkawi. Perjumpaan akan diadakan minima setiap hujung bulan dan hari cuti. (memandangkan semua bekerja).. Sesiapa lagi yang berminat (yang ada Lancer) bleyla menghubungi Penyelia Kelab (aku tak tau jawatan dia) di kedai Mitsubishi sebelah traffic light simpang Sekolah Teknik Langkawi (aku lupa nama kedai).


SMS free dari PC anda ke Handphone seluruh dunia

Aku dapat ni dari sorg blogger (www.izoblog.com) yg post entry nya tentang free sms ni.. korang bley cuba dengan mengikuti langkah2 yg diberikan.

Step 1:
Buka laman web ini:
http://freesms.cloudapp.net
sms-percuma
Step 2: Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor henset kepada siapa yang anda hendak hantar SMS. Pastikan bermula dengan kod negara. Contohnya jika Malaysia, kod negara Malaysia ialah 60. Tulis 60 di depan kemudian baru masukkan nombor henset.

Step 3: Pada ruangan Message, tulis SMS yang anda hendak hantar.

Step 4: Pada ruangan Verify, tulis balik Verification Number. Ini bagi mengelakkan SMS ini dihantar secara automatik.

Untuk menguji keberkesanannya, anda cuba hantar pada nombor anda sendiri dahulu.
Jadi gunakanlah perkhidmatan ini dengan berhemah yer! Jangan melakukan SPAM pulak.

Credit to: www.izoblog.com