Powered by Nuffnang

09 January 2010

Tengok Wayang: The Twilight Saga: New Moon

Minggu ni baru jer tengok movie The Twilight Saga: New Moon. Ceritanya agak menarik. Mengisahkan seorang Vampire, Edward Cullen yang saling mencintai Bella Swan, iaitu seorang manusia yang sentiasa melindungi kekasihnya itu. Tiba-tiba Edward dan keluarganya, Cullen family, berpindah dari Forks. Maka, Bella Swan pun menderita kerana kekasihnya itu telah pergi walaupun Bella sanggup menjadi sebahagian Cullen Family (dengan menjadi vampire jugak),namun Edward tidak mahu Bella lakukan.
Oleh yang demikian, Jacobs (keluarga serigala jadian) melindungi Bella dan pada masa yang sama mencintai Bella jugak. Bella sayang pada Jacobs tapi dia lebih mencintai Edward dari keluarga vampire. Keluarga serigala jadian ini bertanggungjawab membunuh vampire kecuali dengan keluarga Cullen yang telah membuat perjanjian tidak akan membunuh manusia di kawasan itu.
Namun seekor vampire jahat, Victory, cuba untuk membunuh Bella, namun tidak berjaya. Sampailah pada suatu hari Edward tersilap sangka Bella telah mati lalu menuju ke Volturi, Itali, tempat Vampire yang berkuasa membunuh vampire-vampire yang ingin mati dengan membiarkan dirinya terkena cahaya matahari. Namun Bella sempat menyelamatkan Edward dengan bantuan adik Edward, Alice.
Balik ke Forks, Edward memberi pilihan kepada Bella, memberi Alice menukarkannya kepada Vampire selepas graduate atau berkahwin dengannya dan Edward sendiri akan menukarkan Bella kepada Vampire.
Nampaknya filem ini bersambung ke episode seterusnya.


Movie lain pada minggu depan,

3 comments:

InUy@_GuRLz said...

mana la dpt pic ni...
nak kata lwk xjugak...
nak kata pelik tu ada la jgk..
konpius la..

shams said...

wah seronoknya ea tgk wayang sokmo..
jelesnya saya,...
ni yang nak tgk gak nih...
huhu

Razif Radzi said...

inuya: xlawak xlawak terkekek2 gelak..apeda...
sham: tengok jgn tak tengok..seronok mata memandang seronok lagi bahu memikul..