Powered by Nuffnang

28 December 2009

Selamat Tahun Baru Masihi..2010

Tahun baru hijrah dah pon masuk hari ke sebelas.. tak berapa hari lagi 2009 akan menutup tirainya.. apakah azam kita pada tahun 2010 ini? sudah bersediakah kita menghadapi tahun yang lebih mencabar ini.. Dengan persekitaran politik yang bercelaru, bencana alam, dan pelbagai lagi rentetan peristiwa sepanjang 2009 yang penuh dengan isu-isu yang panas. Apapun kita akan teruskan kehidupan harian seperti biasa dan menempuhi cabaran-cabaran kehidupan dengan hati yang cekal dan berani. Insyaallah, Allah S.W.T bersama kita dalam dunia yang fana ini, mudah-mudahan Dia memberi kita petunjuk dan hidayah supaya terus berada di jalanNya dan bertambah amalan-amalan kita.. Selamat datang 2010.. Dunia semakin tua.. Kita semakin tua.. Hari semakin pendek.. Sekian, coretan pendek di hujung tahun ini..

19 November 2009

Tahniah Pasukan Polis

Baru2 ini ramai penjenayah telah berjaya ditembak mati. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Polis Di Raja Malaysia kerana berjaya menumpaskan penjenayah dengan maklumat orang ramai. namu begitu amatlah dikesali kerana ada beberapa pihak yang bengong mempertikaikan tindakan polis itu. aku merasakan pihak2 itu terlibat dengan geng2 penjenayah terbabit.. ataupun mereka memang xpaham apa itu penjenayah.. mungkin bila ada saudara mereka yang kena rogol ke, rompak ke, bunuh ke baru faham gamaknya.. buat apa kita nak menyimpan penjenayah. aku berasa pelik apabila ada anggota polis ditembak mati,takde sape pon yg peduli..xde pulak NGO atau mana2 pihak yg tampil untuk memberi sumbangan ke,mendesak kerajaan untuk bagi elaun ke, pingat ke kan..anggota yg terkorban bukan sahaja mengorbankan dirinya untuk negara malah meninggalkan anak dan isteri..itulah yang pelik..aku berharapkan pihak polis meneruskan usaha membanteras jenayah dengan cara mereka disamping mengutamakan keselamatan diri sendiri dan orang awam..

16 November 2009

Majlis Serah Terima Tugas


pada 5 oktober, PKK Abdul Aziz Bin Abdul Razak telah menerima tugas selaku Pengarah baru akademi koreksional, menggantikan PKK Kushairi B Manap. Majlis serah menyerah tugas dimulakan dengan penyerahan tongkat kuasa.. Pemeriksaan hormat dari pasukan pegawai penjara Pokok Sena menjadi titik mula bermulanya pemerintahan beliau.. aku telah menjadi ADC Yang Setia Tuan berasa bangga dengan Pengarah baru ini..apapun diharapkan Akademi Koreksional akan terus berusaha mencapai misi dan visi menjadi sebuah akademi koreksional bertaraf dunia.

07 November 2009

Zanierliana dan Baby Boy Arizan

Sukacitanya hamba apabila Cikgu Yati dah slamat melahirkan baby girl Cikgu Dae, ZaniErliana (Nur Haizal Ezany) adik ZetiErliana (Nur Haizal Ezati) minggu lepas..hamba sudah ada 2baby dan 4hb November kira2 7.15 mlm partner hamba (Arizan) dah dapat baby boy ((nama panjang sangat, hamba xingat)). maka hamba berasa bangga dengan semua baby2 hamba tu.. ((haha,dalam hati hamba,bila hamba pulak nak ada baby sendiri kan))..apapon kepada arizan hamba ucap tahniah dan selamat menjadi papa yg baik..((arizan memang papa yg baik)) juga my also best friend,Cikgu Dae yang dah memang papa yg baik..

22 October 2009

Kalau lah hidup inI MuDaH...

aku selalu bermain pc games bila kelapangan...apa yang aku selalu buat?ya,selalu menggunakan cheat untuk mudah..memang mudah, dan cepat menang, tapi adakah ia sama dengan kehidupan sebenar? tidak.. tidak sama sekali.. kenapa? kerana itulah kehidupan yang penuh warna warni... aku pernah terfikir bahawa susahnya hidup aku, memikirkan masalah keluarga, masalah kewangan, masalah ditempat kerja dan macam - macam masalah lagi yang membebankan diri dan kepala otak.. tapi sedarkah aku... di tempat yang lain, nak makan pun susah.. aku ada terbaca artikel di dalam suratkhabar, seorang wanita di Padang Indonesia terpaksa berjalan jauh semata - mata untuk mendapatkan makanan, itupun cuma sebungkus mee segera! tp beliau masih mampu bersyukur untuk rezekinya hari itu.. alangkah malunya pada mereka yang memang tahu bersyukur! kenapakah segelintir masyarakt kita bersikap seperti yang tak sepatutnya, termasuklah aku? ini kerana, kita terlalu mewah dan dimanjakan.. nak makan yang sedap2, dilayan seperti seorang raja ((rakyat berhati raja))..
jadi, moral of the story, makanlah apa yang ada... jangan mengeluh-ngeluh.. walaupon gaji cuma rm200-300 jer..itu kan lebih baik dari xde makan.. ni aku kata kat aku... gembira dan terus bekerja dengan seronok...disamping memikirkan dan menyelesaikan masalah.. bukan lari dari masalah...
baiklah,sekian terima kasih..
aku yang dah xde idea nak tulis...sebab sibuk dan penat...

26 September 2009

Selamat Tinggal Nenek

Tanggal 24 september 2009, nenek meninggalkan kami... Tiada apa yg mampu dilafazkan selain doa, ucapan selamat tinggal dan terima kasih kerana menjadi nenek kami,tanpa nenek siapalah ayah kami dan siapalah kami....
Aku sudah tidak ada nenek..semuanya telah pergi...hanya tinggal bapa untuk kami meneruskan bakti.... kepada semua, sayangilah keluarga kita.. mereka tidak ada alang gantinya... biarpun banyak karenah mereka, kena ingat kita dulu lagi bnyk karenah...
"burung apa,murai,burung apa,murai,burung apa,murai,burung apa,burung murai la ba**" tp mereka xpernah jemu melayan kita kan......jd marilah kita menyayangi semua keluarga kita..siapalah kita tanpa mereka..........

"SAYANGI KELUARGA ANDA"

10 September 2009

Politik, Agama yang dipolitikkan, Politik yang diagamakan..

Tentu kita biasa melihat kekecohan, kutuk mengutuk,keji mengeji,fitnah memfitnah dan memburuk2kan orang lain, sama ada semasa proses penamaan calon,kempen pilihan raya,ceramah-ceramah politik atau semasa proses memangkah undi.. Adakah politik itu begitu? Betulkah? Kenapa harus ada pertelingakahan?
Ya, politik mencerminkan sesebuah negara itu.. stabil politik,stabillah rakyat jelata (tak termasuk bala bencana, malapetaka dan peperangan).Namun sejak pilihan raya berlangsung di negara ini xpernah berlaku dengan aman. mesti ada insiden yang xingin kita lihat ((kebanyakannya adalah orang Melayu!))Sebenarnya politik amat penting dalam sesebuah negara..Kerajaan memerintah akan membangunkan negara untuk kepentingan rakyat manakala pembangkang akan mengkritik atau memberi tentangan apabila sesuatu yang tidak baik dilakukan kerajaan.seperti kata orang Inggeris, Check and Balance. tapi apa sudah jadi dengan politik kita?
Aku pernah mendengar dari beberapa pemimpin, politik itu kotor..politik menyebabkan kawan jd lawan,kawan tikam kawan,kawan makan makan..pada aku itu pemimpin yang gila kuasa, kedudukan, pangkat, yang pentingkan diri sendiri.apa yang menyedihkan,ada sesetengah pihak menjadikan agama sebagai alat politik semata-mata ((pun kebanyakannya org Melayu!)) sanggup mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan,Mengkafirkan sesama iSLam, memaki hamun org lain ((orang yang mengaku alim ulamak tu)),hal ini memang merugikan rakyat khususnya kita org melayu yg Islam ini..macam mana org lain xpijak kita,kita sendiri bercakaran..yang untung siapa?kita?kita la untung..dapat menindas bangsa sendiri..
malah, yang lebih teruk dan tragis apabila menjadikan politik sebagai agama,terlalu taksub.. pernah berlaku di tempat aku, Sepasang Kekasih yang ingin berkahwin gagal kerana ibu bapa mereka berlainan bendera,malah lebih teruk terpaksa bercerai berai kerana tidak sama pegangan politk ((melayu dan Islam jugak tu))..tidak bodohkah kita? kenapa begitu sekali?..kerana kita tidak lagi dapat berfikir secara waras.kita hanya mahukan wang..kuasa.yang.kerana kita kan pentingkan diri sendiri.bangunlah umat Islam,orang Melayu, mahu menjadi kuli di tanah sendiri?..renungkan..anak kecil main api..korang dengarla lagu ni..
Jadi, jadikan politik untuk membina peradaban kita, bukan membiarkan politik untuk kepentingan individu,yang memusnahkan kita..Renung2kan..Selamat Berpuasa..

16 September 1963..Penubuhan Malaysia

Malaysia..itulah nama negara kita..tahukah kita bahawa sebelum itu kita lebih dikenali dengan penduduk Tanah Melayu / Malaya(Melayu punya ke?)..Tarikh itu telah menggabungkan Malaya, Borneo Utara,Sarawak dan Singapura. Walau bagaimanapun, Tunku menggugurkan Singapura 2 tahun kemudian.. kalau tidak tentu aku adalah rakyat Kedah..Hahaha..kerana 16 September lah, adanya 1 Malaysia..nampaknya perpaduan kaum di negara amatlah penting dan Ketuanan Melayu turut dijaga..Namun kebelakangan ini, ada pihak tertentu sakit hati dengan kemakmuran Malaysia, lantas menghasut individu-individu dan kumpulan-kumpulan tertentu supaya mereka isu-isu yang bukan-bukan..ini dilakukan untuk memusnahkan ikatan perpaduan antara kaum..bukan lah mudah untuk menyatukan 3 kaum besar di Malaysia dan kaum-kaum lain di Malaysia.. 1 Malaysia adalah untuk menyatukan lagi perpaduan yang sedia ada..Bersatu kita teguh, bercerai kita kawin lain ,eh roboh...kalau tak tentulah kena guna passport nak ke kerajaan Pahang..Kena lalu kerajaan Perak,kerajaan Selangor..huu....((lagi susah nak beli Novel RAM,kena tukar matawang,pos antarabangsa dan cukai..))

08 September 2009

naPe aNak LEmbu Baru lahir terus Jalan..

satu hari aRizan tanya, naPe anak LEmbu baru lahir terus bleh jalan..nape ezati baru lahir xleh jalan..da baper bulan baru baBy aku tu bleh jalan.. btol jugak yer.. xkan dalam perut dah belajar berjalan.. so, rupa2nya sebab sapa nak dukung anak lembu tu bila dah beranak.. huahuahua.. lembu kalau dukung anaknya mcm mana agaknya...kalau ezati aku la slalu dukung...lalalala...
tapi tu la kan.. lembu tetap xbelajar dari pengalamannya.tp manusia plak sanggup pijak kepala lembu yang xtau apa2 demi kepentingan sendiri atau pihak2 yang tidak bertanggungjawab..
so renung2kan...
p/s:bukan citer yg pijak lembu tuh..tp citer pasal kite yg pentingkan diri sendiri..

Teringat Zaman Kadet..





teringat zaman muda2 dulu..masa jadi kadet palapes..dari junior,inter sampai senior..dari kena belasah,tgk kena belasah sampai membelasah..hahaha..itulah kenangan yg mmg xdapat dilupakan. dalam satu skuad batch 24,yg sama2 kena lanyak,laki pompuan sama jer..da jd cam adik beradik..dari berkongsi berus gigi,sampai la muntah kena sideroll dan forwardroll..dari kena squad jump,front support sampai komando rest..dari comey smpaila hitam legam..dari mara,pertahanan,pengunduran sampai la serangan..byk btol pengalaman pahit,di hari pentauliahan,betapa bangganya mengangkat sumpah taat setia perwira di depan Yang Dipertuan Agong,sampailah berkhidmat dlm kompeni dalam batalion simpanan (RAW)..d
ari training di kem sendiri sampai ke terendak..PARA?Komando?Renjer?Medic?arteleri?Kagat?Sniper?armor?semua dah jumpa..M-16?styer?60mm mortar?M203?grenade?gpmg?Lmg?Kargustav?mainan jer semua tu..sejak masuk Jabatan Penjara dah banyak perbezaan..tak segagah dulu..tak sebangga dulu..tak selalu di hadapan cogan kata.. tak selalu memimpin.. dah hampir tinggal "when going get tough,only the tough get going".
well,sempena puasa ni,pengalaman yg tak dapat dilupakan adalah masa inter,annual camp bulan posa,berbuka di atas bukit,hujan renyai2,nasik mentah berkuahkan air hujan dan RTBK.. huhuhu betapa betuahnya kita hidup dalam negara yg merdeka..membayangkan perwira2 yg gagah mempertahankan tanah air..tp kita lupa.. di awal pagi berkumpul dan berguling dalam selut dan direndam dalam kesejukan takungan air di dalam kubu pertahanan,jd sotong goreng tepung agaknya..begitu peritnya utk menjadi perwira..hargailah
kemerdekaan,sesungguhnya perang itu adalah derita..
So, marilah sama2 menyertai askar wataniah atau apa pasukan yg mempertahakan kedaulatan negara..berkorban untuk agama, bangsa dan negara.. walaupon RQ selalu kata,"ada aku kesah" tp kita kenala kesah..sbb berjihad mempertahankan agama,bangsa dan negara..
sekian...

Selamat Tinggal Dan Terima Kasih Puan Mazuin

puan mazuin dah posting ke Penjara Kluang, Johor,mengikut suaminya,IP Azhar. so,sekarang tinggal 3 jelah IP,aku,arizan dan redzuan..kami mengucapkan ribuan terima kasih yg tidak terhingga kerana kerjasama,pertolongan,masa dan sebagainya selama menjadi rakan sejawatan di Akademi koreksional Langkawi..sedih woo..aku anggap dia macam kakak aku sendiri..pertolongan yg tidak terhingga dan membantu masa aku mula2 posting ke sini..Kami mengucapkan selamat jalan..semoga gembira di Penjara Kluang..bila baby dah kuar nanti jangan lupakan Uncle Ray..


30 August 2009

I'M M.U Fans.


Pasukan kesayangan di EPL ni menang perlawanan semalam menentang Arsenal 2-1. kalau papa ibad dengan aston villanya aku tentulah M.U.baguslah kerana pasukan ini berjaya meningkatkan prestasi.walaupon tanpa rOnaLdo,sentuhan RooneY amatlah memberangsangkan..aku mengharapkan sentuhan hebat dari oWen yg namPAknya baru menyesuaikan diri dengan rentak United.. Gol cantik perlawanan lepas hasil assist Nani menunjukkan Owen masih berbisa..diharapkan United akan beraksi lebih kemas dengan gerakan dan penyudah yg lebih mantap.


Seharusnya kita inginkan supaya Rooney mempunyai lebih banyak peluang dan nasib yg lebih baik untuk menjaringkan gol di perlawanan akan datang.
Nani patut selalu diturunkan kerana beliau selalu mengkucar kacirkan pertahanan lawan dan membuat hantaran cantik membuka peluang utk penyerang membuat penyudah yg terbaik..
mengenai jersi baru ni,aku kurang skitla dgn jersi yg sebelum ni..kalau tgk away jersey lagi la xbest..aku mmg paling minat away jersey yg lepas yg berwarna biru.kemas,simple dan menarik.. apapun kita akan terus menyokong M.U dan pasukan itu sentiasa memberikan permainan yang menarik dan memberi kepuasan kepada penyokong - penyokong M.U ini.
semua pasti menharapkan kemenangan dengan gol yang menarik.
adios.....

M.U Fans.

28 August 2009

Hujan Lebat Yang berterusan

hujan turun dengan lebatnya di Langkawi ni hampir seminggu..hujan lebat tanpa henti menyebabkan beberapa bahagian di pulau langkawi ditenggelami air(walaupun berhampiran dengan laut).jika anda menaiki pesawat dan akan mendarat lapangan terbang antarabangsa Langkawi,anda akan melihat kawasan2 yg banjir seperti lopak air gergasi dan berdekatan dengan pantai..banyak penerbangan lewat disebabkan hujan lebat dan angin kencang..
beberapa jalan utama di sekitar langkawi juga tidak dapat dilalui..apa sebenarnya yg berlaku?adakah jualan alkohol yg berleluasa dan perbuatan sumbang..maklumlah ramai pelancong asing datang bercuti di sini, ada juga pelajar2 pengajian tinggi yg mengambil kesempatan melancong bersama kekasih mereka menunjukkan kesosialan mereka..apa yg aku bimbangkan, org luar punya angkara penduduk tempatan mendapat musibah..masih ingatkah anda di acheh dulu..

27 August 2009

aku dan arizan..





ini kisah aku dan arizan..kami da jd macam 2beradik..slalu kemana2 bersama2.. susah nak dapat teman sekerja yg seakrab ini hingga aku mengganggap seperti abg ku sendiri..lgpon baru2 ini aku sering saja dalam kesusahan dan kesedihan..sebab cinta..dan macam2 lg..tp mujurlah aku ada arizan yg sentiasa membantu ku..aku juga ada akak2 angkat yg selalu mengambil berat tentang aku..kak iLa dan kak Lin tempat aku menceritakan masalah..
aku slalu ada program dgn arizan..partner keja bersama mazuin dan redzuan..aku sgt gembira..namun mesti ada yg xpuas hati,di depan cakap lain di belakang tikam..xpelah aku xkisah,aku maafkan mereka, kalau dianaiya aku berdoa semoga mereka mendapat hidayah dan dimurahkan rezeki aku.

07 August 2009

Renovation Rumah



penambahan bahagian dapur dan bilik sedang giat dijalankan.dengan kos melebihi RM10,000 telah siap kira-kira 65%.dijangka siap sepenuhnya sebelum bulan Ramadhan.penambahan melibatkan bilik dan dapur itu menggunakan khidmat tukang binaan kampung yang mahir..antara penambahan yang dijangka ialah sinki dapur-6', pintu kayu baru, mozet untuk lantai bilik, siling, kabinet, mozet bilik air dan tandas, tingkap sliding - dapur dan bilik. manakala wiring dibuat oleh sepupu aku yg sangat mahir,keluaran giatmara,amat memberangsangkan.. foto menunjukkan kira-kira 25% pembinaan sedang dijalankan.diharapkan dengan penambahan ini,kami akan memiliki rumah yg lebih luas dan selesa.

TERIMA KASIH HASHIM..HASHIIMMM..



baru2 ni hashim telah memberikan hadiah iaitu kipas angin yg comey macam dia jugak.hashim adalah baby puan Zulia yg berumur blum sampai setahun dan sebaya dengan Zeti. puan Zulia cam jeles je Zeti awek aku,beliau berkata "t zeti da besar dia da tua kerepot"..kuang3..serius..apapon terima kasih pade hashiimm yg comey dengaan hadiahnya dan puan Zulia..
kipas angin tu aku main di ofis..terhibur la jugak..

21 July 2009

mari mEMasaK



20julai-8mlm..tuan arizan telah melapangkan masa memenuhi undangan ke rumah dan memasak untuk makan makan malam..disamping berkongsi kemahiran menyiang ikan,udang, dan sotong,ia bertujuan merapatkan silaturahim..walaubagaimanapon xdpt menjemput lebih ramai kerana ruangan yg terhad.beginilah bila lelaki masak..hampir 2jam br bleh makan.. kuang3.. menu pd malam itu ialah udang sambal petai, sotong masak kicap,ikan goreng,ulam tauge dan satu jag oren..sambal udang belajar dgn shef iLa ((ce ce msti dia bgga laju2))..

21 June 2009

Konvensyen KMK Jabatan Penjara Malaysia



Konvensyen KMK di adakan di akademi koreksional langkawi baru2 ni..3hari la xbalik umah. mana taknye,last minute kena pangku tugas pegawai2 yg emergency..pengalaman penuh bermakna,atas kertas cume incharge p.a system dgn Cikgu Dae,tp last da jd incharge Koir,stage,event,P.A,hadiah..namun kerjasama dengan semua staff, konvensyen berjalan dengan lancar..paper di atas nih ialah keratan tentang juara Konvensyen dengan tajuk projek "hukuman rotan di Penjara Taiping kurang efisien" - bukan cipta alat sebat..cuma penahbaikan.. korang nampak tak aku tengah jalan tu,kebetulan pulak lepak kat situ sblum gi jalan2..pasni bulan 7 maybe peringkat KDN plak buat kat sini..lg la busy sbb lagi bnyak jabatan bwh KDN nih.. kiteorg nak masuk gak dengan tajuk projek "rumput cepat panjang di Akademi" tp malas la kang menang plak,hikhikhik.. lagi pasukan koir pun tahniah la sbb suara mantap macam okestra.. selamat maju jaya..

09 June 2009

Kenduri Lagi: Puan Mazuin Kahwin


Pada 6hb Jun IP Mazuin (Inspektor Penjara) telah melangsungkan perkahwinan dgn skuad aku, IP Azhar Kassim dari Penjara Kluang yg dilangsungkan di Hosba, Changlun, Kedah. Kira2 1000 jemputan hadir pd mjlis tersebut. aku, IP arizan dan rakan2 yg yg lain menjadi pegawai sword barrel, (istiadat lalu bawah pedang) dan berbangga skali dpat mmbantu kawan kami yg sorg .. Aku,IP arizan dan IP redzuan>>partner2 IP Mazuin, telah datang membantu sejak hari Khamis lagi,begitulah akrabnya persahabatan kami berempat ekor..
selepas akad nikah pengantin lelaki balik ke homestay, ada ke patut tido dgn aku.mlm 2,aku dan pngantin lelaki baca novel RAM smpai tertido..aku xpaham naper xpi tidoq dgn bini dia.. terima kasih diucapkan kepada Keluarga IP mazuin dan azhar di atas layanan baik diaorg..

02 June 2009

Selamat Pengantin Baru Hidan


pada 31mei hidan telah melangsungkan perkawinan dgn pilihan hatinya. sekali lagi rombongan cik kiah ke kenduri itu di kuala teriang diketuai oleh PP Nik Robidin bersama 15 org ahli rombongan cik kiah.. sungguh ramai sekali jemputan yg hadir..masakan pun simple saja iaitu gulai daging,ayam masak merah dan pemanis mulut (aku xtau nama apa) serta bunga telur..minggu hadapan kenduri Pn Mazuin pulak di HOsba,ChangLon...nampaknya rombongan cik kiah berturut2..pastu kenduri staff AkM,azizah yg cantik molek plak di Penang...hari khamis nih nak pi amik pedang kat PLPP utk kawad pedang Pn Mazuin..

26 May 2009

Mat Yie Kahwin..Tahniah ((aku bila lg)).. 24 Mei 09





Cikgu Mat Yie telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya di kuala perlis..rombongan Cik Kiah diketua PP Nik Robidin dan bersama 25 ahli rombongan yg laen telah menaiki feri jam 11pagi dan sampai 12 t.hari dijemput oleh Bas Jabatan oleh pemandu dari Penjara A.Setar((time kasih)).. Tahniah diucapkan kepada Mat Yie.. walaupon rombongan Cik Kiah kecewa keran xdapat pegi ke Padang Besar atas sebab2 tertentu namun terubat juga dgn sekilo manggis

Kasut Bola dan Futsal




hari jadi baru ni aku da beli sepasang lg kasut, Nike ninety,bukan sahaja utk bermain malah berfoya2 dgn kasut itu.. kasut aku Nike yg putih tu akan dijadikan backup tak pun utk jasmani pagi.. minggu ni Tn Arizan (pengurus pasukan) bersama Dae (coach striker) akan press dlm susunan strategi,tmbh2 aku yg br blajar maen ni.Dae akan menitik beratkan shooting accuracy supaya aku dpt menjaringkan gol..tekanan perlawanan yg dulu dijadikan pengalaman terbaik utk dijadikan pembelajaran..striker2 dan pemain2 lain juga akan bertungkus lumus menjalani latihan intensif oleh Tn Arizan.. Presiden Kelab Peminat AKMfc,Pn Mazuin dipetik berkata,ahli ahli kelab akan memberikan sokongan padu utk perlawanan seterusnya.. kekalahan 2x berturut2 membuatkan pengurus pasukan berang dan meminta supaya perlawanan berikutnya tidak menghampakan lagi. haritu Tn Arizan dan Pn Mazuin xdak sebab pi kursus so pemain2 bnyk melakukan mistake.. diharapkan latihan intensif akan memberikan impak positif pd perlawanan akan datang.. timbalan presiden kelab penyokong, Cikgu Yati (isteri Cikgu Dae) berkata, sbg langkah yg lebih konsisten ke arah latihan yg jitu, kelab telah menaja 2 biji bola Nike yg baru..jd marilah kita latih bersungguh2..sementara itu kecederaan buku lali striker jersi 17 (blum cetak lg)tidak menghalang beliau meneruskan latihan dan game seterusnya((aku le tu))

Lawatan PLKN 20 mei 09






pada 20hb mei aritu aku diminta memberi ceramah kepenjaraan kepada budak2 plkn.seramai 40org termasuk 2 guru pengiring.30minit je aku bg ceramah pastu aku pon boring lantas ada idea bermain dgn budak2 plkn tu..tgkla aksi diaorg..nama game 2 ialah superhero..diorang pon ngantuk gak kalau dengar je..tp budak2 ni bnyk plak tanya.mujur aku ada gak pengalaman kat Kemunting dulu.. citer la sket2 pasal I.S.A, POPOC kat kemunting nun..citer sebat rotan,gantung supaya remaja2 tak isap dadah..belia benci dadah..27hb ni ada satu lg lawatan..apa lg aku nak main.. susah nak bg ceramah yg menarik kat budak2,sape suke dgr ceramah kan.. kena create situasi yg riang..hehehe..t kalau RAMFC nak dtg mlawat pon bleh,skit2 pasal penjara dan Akademi Koreksional..

21 May 2009

Taskirah, kenduri Besday..

  

 
Kap Ba Ra Kap Ta Nun... Keberkatan...
hari ni taskirah bertajuk Tidur.. marilah kite tidur,sbb kalau xcukup tido t keje x efektif,tak produktiviti,kata ustazah liLy..
dan arini selepas itu diadakan sedikit makan-makan (soto) sempena besday aku (16mei) dan Sham (17 mei).. tenkiu smua yg mendoakan kesejahteraan,pnjg umo,murah rezeki,cepat kawin... hehehe..

17 May 2009

Perutusan 16 Mei 1984 - 16 MeI 2009

sempena dengan ulangtahun yg ke 25 ni, aku mengucapkan tahniah dan syabas kpd diri sendiri kerana berjaya mengharungai setiap detik dengan tabah dan perkasa.. diharapkan kami akan terus berjuang hingga titisan darah yg terakhir.selain itu juga marilah kita bermuhasabah diri utk menambahbaikkan diri,keluarga,dan sebagainya.. juga tak lupa kepada guru2 yg pernah memberi setitik ilmu yg berguna kpd sy dan diri sy sendiri.. Selamat Menyambut Hari Lahir ke 25, Selamat Hari Guru, dan Selamat Hari Raya... Majulah Penjara untuk Masyarakat Berguna.. Jauhi dadah, arak,judi,ajinomoto berlebihan. 

Training FutsaL 4 AKM SuperStar

  
setiap minggu team futsal AKM menjalani latihan.. latihan ni utk menambahkan stamina, meningkatkan skill,kerjasama,kefahaman,taktik dan sebagainya.. sbg satu riadah antara kakitangan AKM (Akademi Koreksional Malaysia).. semua org pasti gembira.. gabungan yg menjadi stakat ini adalah melalui larian lintang Fahmi yg berjaya mengelirukan pertahanan, tengah dan penjaga gol lawan... kalau ada mana2 team yg ingin friendly dgn kami bolehlah menghubungi diriku ini.. no tel seperti yg tertera di kaca tv anda. 0192216354. tekan 1 utk rm1, 5 utk rm650, dan 9 utk Lancer... kihkihkih... yg pic kat bawah 2 ialah penyokong kuat team AKM -zeti erlina, kekasih gelap nih.. sebelum maen jd baby sitter dlu.. comey dak.. biase jer..