Powered by Nuffnang

27 February 2011

Stereotaip Hari Lahir: Kek dan ucapan Hari Jadi.

Hari ni hari jadi awek cun. Sampai ke pagi pun hero tak ucap apa-apa. Tengahari awek cun nak balik Batu Kurau baru Hero ucap. Tadi, awek cun kata, "so disappointed, kiciwa,kiciwa, huhu". Hero senyum je baca mesej tu dalam facebook. Memang dah agak. Awek cun belum tau lagi, hero ni dasyat, tak cakap banyak, menggunakan taktik tersirat, makan dalam punya. Setakat ucapan "hepi besday" dekat dinding buku muka (facebook wall) apa la sangat, tak kelas langsung. Betul tak? Konon-konon mengharukan la.
Sebenarnya semalam, hero memang cadang nak beli kek, pastu buat suprise pukul 12, tapi terlupa pulak. (Kronik betul aku punya lupa). Kebetulan seorang ustaz dah banyak kali pelawa hero pegi restoran nya, tapi tak pegi-pegi jugak,jadi  memandangkan hari jadi awek cun, hero akhirnya pergi la jugak. Memang sedap, sangat bermakna sebab dapat makan dengan awek cun dan anak-anak serta mak mertua. Hero memang dah agak, awek cun tak sedar pun, yang makan malam yang best itu untuk hari lahirnya..Hero saja yang tau.. Kehkehkeh..
Apapun..biar dulu.. ada lagi kejutan buat awek (harap-harap aku tak lupa), apa dia? Tunggu......
Jadi tentang streotaip hari lahir pada kebanyakan orang ialah ucapan selamat hari lahir, kemudian sebiji kek.Tak 'feel' langsung. tapi tak pa jugak kan sebagai tanda ingatan. Tapi cara yang lebih thrill, tanpa perlu ucapan dan kek adalah lebih bermakna bukan? Sebagai contoh, ucapan Merdeka pada setiap 31 Ogos, orang yang memberi ucapan menyambut di dataran merdeka, terlompat-lompat tengok konsert. Bermaknakah? Bagaimana dengan perajurit-perajurit kita yang telah terkorban? Tiada pun sebaris ucapan merdeka. Namun pengorbanan mereka itulah sebenarnya yang kita perlu kita hargai. Berilah kepada mereka sedikit sumbangan seperti Tabung Perwira atau kita berkhidmat kepada negara dengan ikhlas sebagai tanda terima kasih terhadap kemerdekaan yang kita kecapi. Setuju?

19 February 2011

Ayah kita donat, mak kita ikan. Ada ka patut?

Aku tengok iklan kat televisyen zaman sekarang dah macam-macam dan pelik-pelik. Mungkin terlampau kreatif sangat kot. Iklan yang berkualiti sangat kurang. Sebagai contoh iklan yang berkualiti adalah iklan Petronas. Iklan tersebut membawa mesej-mesej kemasyarakatan. Sebenarnya tukang buat iklan bukan tak kreatif, tapi entahlah. Itu yang pembeli nak. Buat ajelah.. Walaupun tah apa-apa. Iklan-iklan yang kreatif seperti maxis,celcom bukan saja mencuit hati tapi memberi mesej yang bermakna seperti iklan 1+5 Celcom, sampai bayi dalam inkubutor (betul tah aku eja) pun dah dapat telefon bimbitnya sendiri. Bayi pun dah ada telefon bimbit, canggih betul.
Ni iklan yang aku dengar di sebuah stesen radio, iklan itu lebih kurang macam ni, "betul ke mak kita ikan, kenapa boleh bernafas di darat?" "betul.." "bapa kita donat?" "ya". Ada ka patut? Tapi, boleh la tahan kan lawak dia, aku dengan awek cun sampai menitik air mata gelak, mak dia ikan, bapak dia donat. Donat..

Jangan Di Lukai Hati Perempuan..

Jangan Dilukai hati Perempuan
Nukilan: Awek Cun

Dalam lelah perjalanan
mengepulkan debu-debu di belakang
kiranya hangatnya diri
hingga api bersekam di hati
dinyalai jari seorang perempuan
jangan berkesimpulan mengecam
merangkum keseluruhan
biar betapa khilafnya
jangan dilukai hati perempuan
kerana masih ada antara mereka
yang jujur menjunjung setia
dengan belaian kasih sayang
pulih diri dari kelelahan
sejuk dada oleh titis kemesraan.

10 February 2011

Teka filem sambungan Hantu Kak Limah Balik rumah.

Aku baca di page FaceBook Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu teka filem sambungan filem tersebut. Tajuknya ialah Usin, Mon dan ..... Jin Pakai Toncit. Tapi bukanlah isunya. Apa yang menarik dan kelakarnya ialah peminat-peminat yang meneka. Mari kita baca apa kata mereka:


  • Kak Limah Balik Jadi Hantu
  • Hantumu hantuku jua.
  • KAK LIMAH DAH TAK GILA!!!
  • Hantu kak limah main poker
  •  Hantu Mak Minah Balik KL... haha
  •  hantu kak limahnya adik ceplos
  • hantu kak limah jadi minah sempit
  • tajuk : Kak Limah balik? Ce Citer Ce Citer
  •  jadi hantu kak limah.
  • Itu la pasei pentingnya english education..
  •  Zombie kampung pinang sebatang...
  •  zombi kilang biskut
  • Kak Limah Jenguk Rumah
  • The Return of Kak Limah
  •  Hantu Kak Limah Di Pawagam!!...betol tak?
  • JANGAN PANDANG BELAKANG RUMAH HANTU KAK LIMAH
  •  Hantu Kak Limah & the geng
  • usop dan abi balik umah antu kak limah...
  •  ‎:tajuk die adalah " balik cepat la kak limah"
  • hantu kak limah ke singapura....
  •  hantu kak limah pegi balik ulang2..hahaha
  • hantu kk limah salah rumah,,hohoho
  • kak limah bermaharajalela di kampung pisang
  • HANTU KAK LIMAH DAN LAMPU AJAIB!
  •  HANTU KAK LIMAH MATI TERSEPIT
  • Husin moon Dan jin pakai toncet
  • kak limah kembali mengganas
  • Haha dgn bangganya sya mengatakan bhawa sambungan HKLBR ialah ZOMBIE ULTIMATUM ..harap2 betoi lah yeq tman teka ..
  • hantu kak limah terbakor!
  • hantu kak limah geng dengan halimah jongang
  • hantu ayu lawan hantu che nin gilakan usin kg pisang
  •  hantu kak limah gian ngangkung,kehkeh bleh2?
  • hantu kak limah memancooor mancooor..
  • KAMPUNG PISANG VS KAMPUNG TALANG!!
  • hantu kak limah ajak kawan balik rumah
  •  zombi kilang biskut
  • Bajang Kg.Karai-Enggor-Liman Kati Udah Insaf
  • kak limah ngangkung buat kerja khurafat
  •  hantu kak limah boring dok kt umah
  •  hantu husin di kampung pisang..
  •  kak limah tokey pisang!!!
  • hmdhpt.......hahahahahah....
  • hantu kak limah wat welie 8 tiang
  • urmm.,
    semua hantu vs kak limah..
  • zombe the muzikal
  • abi pakai skirt kak limah pakai boxer

Hantu Kak Limah Balik Rumah: sindiran sinis kepada masyarakat dalam komedi


Aku dah berapa kali menonton Hantu Mak Limah Balik Rumah. Sekali menonton di pawagam, filem seram komedi ini sebenarnya menyindir masyarakat kita ini. Garapan filem ini dengan komedi dan sindiran-sindiran memberi mesej kepada masyarakat, terutama masyarakat melayu. Antara yang boleh kita ambil pengajaran dari filem ini ialah, penduduk kampung cepat membuat andaian buruk terhadap orang lain terutamanya apabila seseorang itu bekas penghuni penjara atau bekas pusat serenti. Begitulah persepsi masyarakat. Kemudian, masyarakat suka sangat percaya kepada bomoh-bomoh. Bomoh-bomoh yang kononnya hebat disindir dengan dibelasah oleh hantu Kak Limah. Selain itu juga, filem ini menyindir masyarakat kita yang cepat membuat keputusan melulu (nak bakar rumah jer keje mereka). Aku berpuas hati dengan cerita ini, bukan sahaja menghiburkan dan kelakar malah banyak pengajaran-pengajaran dan sindiran-sindiran yang tepat mengena kita.

Kutipan filem: Rm8.12 juta

Hantu Kak Limah Balik Rumah 2:  Hosin, Mon dan ...... Jin Pakai Toncit.

09 February 2011

Sumbat ke dalam bontot...

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.

Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas.

Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya.

Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua,

"Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!

Kredit:  Adeeb Yazreeq 

Kronologi mandi air yang segar dan sejuk di Batu Kurau:

5minit pertama: merasai kesejukan air
5minit kedua:bertakafur sejenak..sejuk air..
5minit ketiga:berangan-angan..sejuk air..
5minit keempat:menyiram-nyiram air di kaki dan lantai..sejukkkk..
5minit terakhir:mandi..gila ah sejukkkk....

08 February 2011

Hero dah kahwin dengan Awek Cun...

Pada 3 Februari 2011, Hero dan awek cun telah selamat diijab kabul. Bertempat di rumah awek cun di Kg,Sempeneh, Batu Kurau, Perak, kenduri secara biasa-biasa dan sederhana diadakan. Hero dan awek cun jalan bawah pedang, atas pedang dan tepi pedang. Akad nikah berlangsung jam 9.30 pagi. Dalam keketaran dan seram sejuk, dengan sekali akad je berjaya menyelesaikan misi penting itu. (Hahahaha..)
Jam 12.30 tengahari, perarakan hero dan awek cun, memotong kek dan makan beradab. Hero dibantu pegawai-pegawai sword barrel terdiri daripada Inspektor Hasnor (pengapit), Inspektor Wan (Penjara Taiping), Inspektor Zaki (I.S.A), Inspektor Hazlee (Penjara Taiping) dan Inspektor Fazli (Penjara Seberang Perai).
Diharapkan Hero dan Awek cun akan kekal bahagia dan saling mencintai hingga ke syurga.

lalu bawah pedang dengan awek cun
sebelum pedang disilang
Potong kek pun dengan pedang

masa makan

Hero dan Awek cun

Tukar pakaian di waktu petang. Macam Raja Kesultanan Melaka dengan Puteri Hang Maz Ni

Tuanku Mizan terbang dengan Sukhoi SU 30MKM ronda Langkawi

Tuanku Mizan menunjukkan isyarat bagus
Kagum sungguh bila Tuanku Mizan ronda Langkawi dengan pesawat Sukhoi TUDM. Dengan kelajuan supersonik, Tuanku berlepas dari Pengkalan TUDM Butterworth ronda-ronda Langkawi yang dipandu oleh  Pegawai Memerintah 11 Skuadron, Kolonel Mohd. Asghar Khan Gauriman Khan dengan diiringi sebuah lagi  pesawat pejuang TUDM jenis FA/18D Hornet. Mesti la bestkan. Tuanku pun gembira. Tuanku Mizan juga merupakan Ketua Negara Pertama Di Dunia menaiki Jet Sukhoi tu. Sumber berita dari Utusan Online.
BUTTERWORTH 7 Feb. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini dibawa menaiki jet pejuang Sukhoi SU-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena lawatan Seri Paduka Baginda ke Pangkalan Udara TUDM di sini.

Ia merupakan peristiwa bersejarah kerana Tuanku Mizan merupakan ketua negara pertama yang menaiki pesawat Sukhoi yang dibawakan khas dari Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu.
Pesawat yang membawa Seri Paduka itu bertolak kira-kira pukul 10.40 pagi dan mengambil masa 45 minit mengelilingi ruang udara Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang pada kelajuan supersonik.
Jet itu dipandu Pegawai Memerintah 11 Skuadron, Kolonel Mohd. Asghar Khan Gauriman Khan dengan diiringi sebuah lagi pesawat pejuang TUDM jenis FA/18D Hornet.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, Seri Paduka begitu teruja dapat merasai pengalaman bersama menerbangkan pesawat tempur itu selain menyertai Kelab Supersonic TUDM.
''Ketika sesi taklimat sebelum penerbangan juga, Seri Paduka begitu gembira untuk terbang dan menunjukkan kepada rakyat jelata keupayaan pesawat Sukhoi untuk terbang dan beroperasi dengan baik," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.
Malah, katanya, Tuanku Mizan juga menunjukkan rasa gembira apabila selamat mendarat dan bertitah mahu mencuba penerbangan lain selepas ini.
Sementara itu, Mohd. Asghar Khan berkata, beliau berbangga kerana terpilih untuk menerbangkan Seri Paduka dan bersyukur apabila penerbangan itu berjalan dengan baik.
Menurutnya, beliau membawa Seri Paduka terbang pada ketinggian 15,000 kaki dengan kelajuan maksimum ke Pulau Langkawi sebelum turun ke paras 200 kaki bagi membolehkan Seri Paduka menikmati pemandangan di sekitar pulau legenda itu.
''Saya juga membawa Seri Paduka ke Pulau Pinang dan terbang di sebelah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Jambatan Pulau Pinang'' katanya.
Terdahulu itu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di pangkalan itu disambut Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Rodzali.
Sebaik tiba, Tuanku Mizan memeriksa kawalan kehormatan utama sebelum diberi taklimat mengenai pesawat Sukhoi SU-30MKM oleh Rodzali.
Kredit: http://www.utusan.com.my

07 February 2011

Melayu Kejam dan Bodoh?

Ini bukanlah entri untuk membuat orang Melayu marah apatah lagi menjadi kontrovesi, tetapi setelah didengar, dilihat dan dikaji maka begitulah kita. Bukan semua tetapi kesannya pada semua orang yang MELAYU.
Kenapa kejam dan bodoh?
Kita telah mendengar, banyak pemimpin-pemimpin yang menghina raja-raja kita. Siapa? Tentu saja orang Melayu, yang sanggup menghina raja-raja kerana kepentingan mereka. Bukankah kejam dan bodoh. Biarlah raja-raja Melayu bertahta kerana merekalah ketua agama Islam kita, merekalah lambang MELAYU kita. Tanpa raja-raja Melayu, orang Melayu tidak akan bersatu.
Ada lagi. Anda lihat, jika di satu deretan kedai runcit atau kedai makan, milik orang Melayu, sudah tentu tidak lama. Bulan berikutnya, kedai sebelah akan tutup kerana "kena buatan" orang Melayu yang menjadi jirannya. Orang Melayu tidak boleh maju bersama-samakah? Kenapa harus saling berdengki? Kenapa sanggup menjatuhkan, memusnahkan dan menganayai sesama MELAYU ISLAM. Kejamkan.
Ada lagi? Ada. Dalam politik pun orang Melayu kejam. Sanggup menghina, memfitnah, malah mengkafir sekalipun. Kenapa? Kejamkan.
Kesan perbuatan orang Melayu itu menyebabkan orang Melayu lain terlibat. Kita lihat orang Melayu sejak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka pun sudah mempunyai sifat-sifat tersebut demi kepentingan perut buncit mereka. Orang Melayu makin tertindas di tanah Melayu ini oleh orang Melayu lain.
Bangunlah orang Melayu. Tun Mahadhir pernah kata, Melayu mudah lupa. Benar. Takkan Melayu hilang di dunia, tetapi Melayu pada nama saja lah. Mahukah kita terus begini? Lupakah pada sejarah? Aku juga orang Melayu. Anda bagaimana.....