Powered by Nuffnang

07 February 2011

Melayu Kejam dan Bodoh?

Ini bukanlah entri untuk membuat orang Melayu marah apatah lagi menjadi kontrovesi, tetapi setelah didengar, dilihat dan dikaji maka begitulah kita. Bukan semua tetapi kesannya pada semua orang yang MELAYU.
Kenapa kejam dan bodoh?
Kita telah mendengar, banyak pemimpin-pemimpin yang menghina raja-raja kita. Siapa? Tentu saja orang Melayu, yang sanggup menghina raja-raja kerana kepentingan mereka. Bukankah kejam dan bodoh. Biarlah raja-raja Melayu bertahta kerana merekalah ketua agama Islam kita, merekalah lambang MELAYU kita. Tanpa raja-raja Melayu, orang Melayu tidak akan bersatu.
Ada lagi. Anda lihat, jika di satu deretan kedai runcit atau kedai makan, milik orang Melayu, sudah tentu tidak lama. Bulan berikutnya, kedai sebelah akan tutup kerana "kena buatan" orang Melayu yang menjadi jirannya. Orang Melayu tidak boleh maju bersama-samakah? Kenapa harus saling berdengki? Kenapa sanggup menjatuhkan, memusnahkan dan menganayai sesama MELAYU ISLAM. Kejamkan.
Ada lagi? Ada. Dalam politik pun orang Melayu kejam. Sanggup menghina, memfitnah, malah mengkafir sekalipun. Kenapa? Kejamkan.
Kesan perbuatan orang Melayu itu menyebabkan orang Melayu lain terlibat. Kita lihat orang Melayu sejak dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka pun sudah mempunyai sifat-sifat tersebut demi kepentingan perut buncit mereka. Orang Melayu makin tertindas di tanah Melayu ini oleh orang Melayu lain.
Bangunlah orang Melayu. Tun Mahadhir pernah kata, Melayu mudah lupa. Benar. Takkan Melayu hilang di dunia, tetapi Melayu pada nama saja lah. Mahukah kita terus begini? Lupakah pada sejarah? Aku juga orang Melayu. Anda bagaimana.....

No comments: