Powered by Nuffnang

05 January 2011

Nasibla...

Amri (bukan nama sebenar) adalah seorang peniaga burger kecil-kecilan yang amat dicintai Haslinda (bukan nama sebenar jugak). Mereka berdua telah menjalin hubungan lebih 5tahun. Suatu hari, Amri bertemu dengan keluarga Haslinda untuk membincangkan masa depan mereka. Setelah berbincang-bincang emak Haslinda meletakkan hantaran sebanyak RM15,000. Alangkah terkejutnya Amri, mana nak dicarinya, dia hanya seorang peniaga burger. Alasan emak Haslinda ialah kerana Haslinda anak kesayangannya. Haslinda kesal dengan sikap emaknya. Sebenarnya, Cik Halimah(bukan nama sebenar,emak Haslinda) ingin tunjuk kepada orang kampung betapa meriahnya kenduri kahwin anaknya nanti. Dihasut pulak oleh rakan-rakan mengumpatnya, bertambah bersemangatlah. Ingin berlawan dengan kenduri Cik Milah(bukan nama sebenar) yang buat kenduri 3 hari 3 malam. Maklumlah menantunya itu seorang peguam, kaya - raya.
Amri berbincang dengan Haslinda tentang perkara itu. Ia amatlah dikesalkan. Emaknya langsung tidak mahu berunding lagi. Amri sedar dirinya seperti tapak sulaiman. Amri sudah hilang semangat untuk berkahwin namun tetap mencintai Haslinda. Ayah Haslinda juga kesal namun tekanan dari isterinya itu yang banyak dipengaruhi cakap-cakap orang dan ingin bermegah-megah.
Beberapa bulan kemudian, Haslinda jatuh pengsan. Dia dikejarkan ke hospital. Doktor memaklumkan bahawa Haslinda telah mengandung 4 bulan, Haslinda mengikat perutnya hingga darah tidak lancar. Terkejutnya Cik Halimah hingga dia pun pengsan.
Selepas Haslinda sedar, Cik Halimah menghamburkan amarahnya, namun ayah Haslinda mempertahankan Haslinda. Ayah Haslinda juga memarahi isterinya kerana sikapnya itu menyebabkan Haslinda menerima akibatnya. Petang itu, Cik Halimah dan Encik Abd. Halim (bukan nama sebenar, ayah Haslinda) pergi ke gerai burger Amri, tetapi Amri sengaja buat tidak endah dengan Cik Halimah. Cik Halimah marah-marah dan memaksa Amri bertanggungjawab. Mudah jawapan Amri, dia tidak ada duit. Sekali lagi Cik Halimah ingin rebah, tapi  En Abd Halim mencadangkan sekadar sebentuk cincin dan mas kahwin Rm150 sahaja. Malunya Cik Halimah tidak tertanggung, kerana seluruh kampung bukan hanya mengata, malah mengutuk teruk sikapnya itu dan gembira dengan nasibnya. Amri di dalam hatinya berkata, haritu minta elok-elok saja nak menyusahkan anaknya.
Dengar ceritanya, anak Cik Milah telah bercerai kerana menantunya ditangkap basah di sebuah hotel di ibu kota. Biasalah orang kaya, kacak pulak tu. Menangis tak berlagu. Di kampung sebelah, Hero dan awek cun telah akad nikah dan buat kenduri pulut kuning saja. Sekadar buat yang wajib. Dengar kata kenduri akan dibuat bulan Mei nanti. Alhamdulillah, lebih mudah, lebih berkat dan menguntungkan semua pihak. Walaupun awek cun dah mengandung kenduri akan diteruskan, secara sederhana.

No comments: