Powered by Nuffnang

27 November 2010

Sayang Anak berpada-padalah.

Ingat tak dulu masa kita kecil-kecil. Ayah kita garang. Mak kita bila ayah kita marah, beliau diam saja. Beliau diam memang sebab kita salah. Bila pergi sekolah, nakal, cikgu bagi rotan dekat punggung. Balik rumah diam-diam, mana berani bagitau ayah, nanti tak pasal-pasal dapat habuan tali pinggang percuma. Kalau bagitau ibu, berbiratlah dapat hadiah penyangkut baju. Begitulah ibu-bapa kita mendidik kita. Sama juga masa kita kecil-kecil, nakal. Pergi rumah orang panjat sana sini, ayah jeling je, takpun ibu berdehem, terus duduk diam-diam. Jika di rumah, sibuk tengok Doraemon jam 7, dengar saja motor ayah, terus lari pergi mandi.
Sekarang? Saya pun tak faham kenapa ibu-bapa terlalu manjakan anak-anak mereka. Manjakan ya, bukan sayang. Apa anak-anak buat semua betul. Salah tu, itu menyebabkan anak-anak tidak lagi menghormati ibu-bapa. Anak-anak juga akan menjadi tidak pandai berdikari. Apa anak-anak hendak, belikan saja. Bila orang lain tegur anak-anak kita, kita marah, yela, anak-anak kita saja yang baik. Anda tahu apa kesannya? Anak-anak terutamanya remaja akan berani buat apa saja, sebab ibu-bapa mereka akan pertahankan mereka walaupn mereka salah. Kalau ibu-bapa tegur pun mesti mereka buat tak tahu saja. Tengok saja kanak-kanak sekarang, marah pun buat tak tahu. Yela, ibu bapa mereka cuma marah. "jangan panjat, jangan panjat" itu saja. Saya dulu, tak dengar kata balik rumah dapat la habuan yang lumayan.
Oleh yang demikian, kita perlu memberi didikan sewajarnya, memberikan kasih sayang, bukan memanjakan anak-anak kita. Marilah kita renungkan untuk masa depan anak-anak kita.

3 comments:

Lyana Mohamed Nor said...

nasihat yang bagus untuk ms akan datang..huhu,tp 1 perktaan yg xberapa tau dan ingin tau "berbirat" tu ape yer mr.ray?huhu

Nor Asikin Mohmed said...

em byk perbezaan sekrg dgn mse dulu..kalo dulu kite takut ngn mak n bapak tp sekrg berbeza...teringat pulak zamn dl2 "tali pinggang askar" kihkih..bru kene gertak je dah lari huhuhu

gadisBunga said...

mungkin kita patut kembali kepada cara mendidik seperti mana mak ayah kita mendidik dulu