Powered by Nuffnang

25 August 2010

Demontrasi di Kedutaan Malaysia - KIta kesal


Kita dikejutkan dengan demontrasi yang diadakan di Jakarta kerana penahanan 3 pegawai penguatkuasa kelautan Indonesia di sempadan perairan Malaysia-Indonesia. Insiden di kedutaan kita tidak perlu berlaku kerana ia hanyalah salah faham kedua-dua pihak yang telah diselesaikan dengan rundingan.Namun kumpulan yang terbabit mungkin dipengaruhi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengeruhkan hubungan 2 negara serumpun. Perkara remeh yang sengaja dibesarkan itu memberi kesan negatif kepada hubungan kita dengan Indonesia. Mujurlah rakyat Malaysia tidak mudah melatah dengan isu-isu seperti itu. Kita lihat kumpulan-kumpulan tersebut seolah-olah "digunapakai" oleh pihak tertentu. Mereka cuba menghasut rakyat Indonesia untuk memboikot Petronas dan Proton. Usaha jahat mereka adalah amat dikesalkan.
Mereka mahu mengisytiharkan perang dengan kita? Mereka ini golongan minoriti yang cuba meraih simpati masyarakat. Diharapkan masyarakat Indonesia sedar dan tidak terpedaya dengan golongan tersebut. Mereka tidak sedar, saudara mara mereka yang mencari rezeki di Malaysia dengan aman, sepatutnya bersyukur dan berterima kasih dengan kerjasama kedua-dua negara. Oleh yang demikian kita usah pedulikan kumpulan gila tersebut, masyarakat Malaysia tidak mudah melatah dengan kebodohan tersebut.

No comments: