Powered by Nuffnang

25 August 2010

Jambatan Kuala Perlis - Langkawi - Tidak Setuju

Baru ini Tun Mahathir membantah cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Kuala Perlis dan Langkawi. Penduduk-penduduk Langkawi sudah tentu tidak akan bersetuju kerana memberikan banyak kesan yang sangat negatif. Antara kesan-kesannya:

  • Kesesakan Lalulintas yang teruk.
Pulau Langkawi bukanlah besar. Apabila jambatan dibina,banyak kenderaan akan masuk dan menyebabkan keterlebihan kenderaan di pulau ini.Memandangkan sekarang ini,selalu berlaku kesesakan teruk terutamanya di waktu musim cuti sekolah. Jika dibina jambatan ini, akan menimbulkan ketidakkeselesaan penduduk Langkawi untuk bergerak terutama pada waktu kerja dan sekolah.

  • Menjejaskan pendapatan penduduk tempatan
Pemandu-pemandu teksi tempatan akan bersaing dengan pemandu dari Kuala Perlis. Pemilik kereta sewa dan juga menghadapi masalah yang sama. Akan berlaku kebanjiran peniaga-peniaga dari seberang. Berkurangnya pelancong menaiki feri, menyebabkan banyak syarikat feri akan mengalami kerugian dan memberi kesan kepada pekerja tempatan. Dengan adanya jambatan penduduk Langkawi lebih senang membeli barang di luar Langkawi hingga menjejaskan pendapatan peniaga tempatan.

  • Kerosakan eko-sistem dan pencemaran
Berlaku kerosakan kepada eko-sistem kite dengan teruk ke atas pulau yang indah ini. Lautan akan tercemar dan keadaan kualiti udara akan menjadi teruk seperti di Kuala Lumpur. Keindahan Langkawi akan musnah dan tidak akan menjadi antara pulau terindah di dunia lagi. Asap-asap yang dilepaskan kenderaan meningkatkan suhu panas.

Saya juga ada mendengar keluhan penduduk Langkawi yang sering berulang-alik ke tanah besar kerana harga tiket yang mahal, kekerapan perjalanan feri dan servis feri itu sendiri. Selain itu, jika berlaku kematian ia akan menambahkan kerumitan untuk membawa keluar jenazah. Jadi saya berpendapat kerajaan perlu  menambah dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan untuk penduduk tempatan dari berbelanja berjuta malahan berbilion untuk membina jambatan. ((Ada satu jambatan kecil di pekan kuah yang sampai hari ni siap tapi tak sepenuhnya,rasanya bertahun jugakla nak siap,itu pendek je,corruption dan berbagai lagi, baik baikkan dulu jambatan tu untuk kegunaan harian penduduk Langkawi)). Saya mencadangkan perkhidmatan feri ditambah dan dikurangkan harga tiket feri.Itu lebih praktikal. Kerajaan perlu menambah dana untuk menaiktaraf kualiti pengangkutan dan kesihatan. Selain memberi kelesaan kepada penduduk tempatan dan pelancong, ia menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Dan status Pulau Bebas Cukai akan terhapus?

Ini adalah pendapat saya sebagai seorang penduduk yang berasal dan bekerja di Langkawi. Anda bagaimana?

                              

6 comments:

Anonymous said...

ya lah..btul tu..nnt hbislah keistimewaan n keunikan pulau lgkawi. bla da ada pngangkutan darat tuk ke sana da xmcm pulau la lagaknya. knp la depa suka sguh mhabiskn dan mbazirkan duit tuk bnda yg xp'lu. xda pun xpa kot. baik bg kat org2 susah kat lgkawi tu. depa tu lbih mmerlukan. siap kan bnda yg ptut d siap kan. xpsl2 nnt jd projk gajah putih lak. huhu.. ok x along?

Razif Radzi said...

bagus2..betul..propaganda politik dan kepentingan peribadi jer ni..

Anonymous said...

kiter x perlukan jmbtn...fery je da cukup...bru rase thrill naik ferry..per daaa...klu der jmbtn..x pasai ferry tutup...kat mana lak nk panjat fery lepas tue...tun x stuju tue ,esti ader sbb kan..kkdg kter nie sker wat dlu bru pikiaq...emm sudahnya pembaziran la kan....
mmg la ekonomi malaysia bru naik ...tp stabil kan la dlu...bkn sng nk mengecpi peningktn ekonmi negra..ms sng nie..sama-sama la kt bersyukur ...berfkr sebelum bertindak;)

yin_shezrin said...

yin la ckp kt atas tue..hihi..org len x tau la kan...

Ahmad Syazwan said...

apa yang positif jika jambatan dari kuala perlis ke langkawi dibina. SETUJU penurunan harga tiket feri.sepatutnya dari kuala perlis rm15..tapi org langkawi mmg tiket murah kan.tunjuk ic

Razif Radzi said...

Ye betul tu..Buat apa membazir wat jambatan berbilion ringgit..sedangkan jambatan kecik di tgh pekan tu pon tak sempurna....apa la yg diaorg fikir..