Powered by Nuffnang

08 October 2010

Poor Litte Razip

Exagon Furtive-eGT

Razip ingin membeli sebuah kereta. Lalu ditanya pada kawan-kawan. Lalu Encik Azhar recommend sebuah kereta dari seorang kawannya. Sebenarnya, kawan Encik Azhar sayang sangat kereta itu, dulu dah ada orang beli tapi jual balik kepadanya. Orang tu dah beli kereta baru, kereta lama malas nak guna, jual balik. Jadi, kawan Encik Azhar memberitahu Encik Azhar untuk mencari pembeli yang betul-betul berminat. Kalau boleh yang belum pernah ada kereta, tak mahu la yang dah ada kereta tapi nak tambah lagi, nanti kereta kesayangan terabai pula.
Lalu Encik Azhar membawa Razip pergi ke rumah kawannya itu untuk melihat kereta tersebut. Kata kereta lama, tapi macam baru je lagi. Enjin bagus, design pun macam kemas lagi. Tak macam kereta lama. Jadi si Razip pun gembira dan bersetuju. Kawan Encik Azhar akan polish dan servis dulu. Si Razip pulang dan mengumpul duit untuk membeli kereta, supaya senang nak pergi kerja. Yakin sangat-sangat sebab bukan ada sapa minat.
Pada suatu hari, kawan Encik Azhar menelefon Si Razip untuk memberitahu ada lagi seorang pembeli. Walaupun pembeli itu sudah ada kereta, tapi pembeli itu sudah 2tahun nakkan kereta itu. Wah terkejutlah Si Razip itu, hari tu kata macam lain. Jadi, kawan Encik Azhar kata dia akan memilih pembeli selepas balik dari umrah. Beristikharah kot.
Kecewa la Si Razip, bukan apa, kalau dapat kat pembeli lain, untungla dia, dah ada kereta, dapat lagi kereta baik punya. Kalau tak dapat pun, dah ada kereta, mesti dia kata "rilekk aa saya nak kisah apa,no heart feeling,kereta saya yang dok ada pun apa kurang". Uihh.. Kalau Si Razip plak, kalau dapat, syukurlah, mudahlah bergerak dan pergi kerja. Kalau tak dapat? Poor Little Razip.

No comments: