Powered by Nuffnang

19 October 2010

Poor Litte Razip 3

Si Razip (bukan nama sebenar) bersiar-siar di taman beruang. Lalu bertemu seorang amoi cantik tak pernah lihat. Amoi cantik tu tersenyum riang melihat rama-rama berlari-lari keriangan di tepi bunga. Beliau punya senyum telah menggegarkan dan menggoncang hati dan nurani, wajahnya memukau. Si Razip telah bertemu dan bersiar-siar serta telah berjaya memohon nombor telefon amoi cantik itu. Jadi, selalulah Si Razip menelefon dan menghantar khidmat pesanan ringkas kepada amoi cantik itu. Setiap hari tanpa jemu, mereka saling berbalas khidmat pesanan ringkas itu menggunakan telefon bimbit dan kadang-kadang menggunakan perkhidmatan telekom Malaysia. Selain bertanya khabar, mereka juga bertanya pelbagai pertanyaan yang bersifat peribadi yang bertaraf rahsia besar dan dilindungi di bawah akta rahsia rasmi. Pada suatu hari, amoi cantik itu terlalu sibuk. Seperti biasa pada waktu sarapan pagi di kafe, Si Razip menghantar khidmat pesanan ringkas. Amoi cantik berkata, beliau sangat sibuk dengan majlis. Jadi beliau pun memohon menangguhkan dahulu penghantaran khidmat pesanan ringkas. Amoi cantik berjanji akan menyambungnya pada sebelah malam. Maka alkisah, bersetujulah Si Razip sang rajuna nestapa. Terasa siang hari sungguh menyepikan hati, hanya desiran angin dan daun-daun kering yang luruh. Tunggu, punya tunggu, punya tunggu, masih juga sepi. Di dalam kerisaun yang melanda diri, Si Razip telah 3kali mengirim khidmat pesanan ringkas sambil melihat Buku Muka di Laman Sesawang di atas talian. Bila sudah lewat barulah pesanan yang ditunggu masuk ke peti masuk dengan pesanan "Selamat malam". Lagu yang mengiringi, Senyum (Malique feat Najwa). Senyum, tak perlu kata apa-apa,Senyum, tak perlu kata apa-apa, Senyum, tak perlu kata apa-apa.

No comments: