Powered by Nuffnang

05 October 2010

Tengok Wayang: Magika

Saya berkesempatan menonton filem Magika di pawagam hari tu. Rasa macam menonton Alice in Wonderland pun ada. Filem muzikal ni ada sedikit kelainan dari filem-filem melayu yang lain, kerana aku difahamkan ini adalah filem muzikal pertama di Malaysia. Tahniah kepada KRU studio yang kreatif dan berani membawa pembaharuan. Cerita tentang watak-watak dongeng tempatan yang amat menarik. Hang Tuah 5 bersaudara (geng senario), Mahsuri, Lembing Awang Pulang ke Dayang, Bad(badang), Orang Minyak, Bunian (bukan bunyian), Pak Pandir, Puteri Gunung Ledang, Nenek Kebayan, Bawang Putih Bawang Merah, dan banyak lagi yang saya dah lupa. Filem ini membariskan pelakon-pelakon hebat. Nak tahu jangan lupa menonton. Belilah yang Original.OST filem ini ialah Penawar Rindu, Diana Danielle feat Mawi. Part yang paling menarik ialah dialog datuk Bendahara (Wan Ismail Golok) dengan Puteri Gunung Ledang. Dah la loghat Kelantan, siap kena pangkah Puteri Gunung Ledang dengan bersahaja. Dalam Utusan, baru 4 hari ditayangkan sudah mencecah RM4juta. Syabas syabas. 3bintang untuk filem ini.

View Image

Filem KRU studio yang dinantikan: Merong MahaWangsa.

1 comment:

gadisBunga said...

aduh...bile tah boleh tgk ni. grrr!