Powered by Nuffnang

02 December 2010

Sos ada?

Waktu makan tengahari, semua orang sibuk mengadap hidangan masing-masing. Saya cuma berdiri sambil memantau makanan agar cukup. Seorang pegawai datang ke pintu masuk ke tempat masak dan bertanya, "Sos ada?". Namun semua petugas-petugas begitu sibuk tidak memberi sebarang tindak balas terhadap pertanyaan itu. Saya yang berdiri di sebelah beliau mengulangi pertanyaan itu. "Sos ada?". Semua petugas berhenti dan memandang kami berdua. "Sos ada?" Kami serentak bertanya. "Ada, ada, ada, ada" Seorang petugas membalas lalu pergi mengambilnya. Yang lain hanya senyum-senyum dalam kesibukan. Semasa menunggu sos diambil, kami masih suka mengulang soalan pada yang lalu. "Sos ada? Sos ada? Sos ada?". Mereka hanya tersenyum. Sejak hari itu bila saya melalui tempat makan tersebut, saya akan tanya. "Sos ada?" dan mereka hanya tersenyum.

7 comments:

gadisBunga™ said...

mesti riuh rendah masa tu kan? heheh

Razif Radzi said...

Hehe,tau takpe..

Anonymous said...

dorang tgh konsentret wat keje tu..sbb tu x prasan..huhu

kamal fnd hashim said...

sos (source) ada tapi sos tak cakap apa apa lagi!he he he
Bos, esok toksah tunggu. Tak hadir coz urusetia majlis tak mau tukar penjadualan dan akibatnya tak dapat datang.

eh, sos cili ada? nak ganyang mulut ni jap!!he he

Razif Radzi said...

Tuan Kamal,
sos cili sudah tidak pedas lagi,
angin sudah tidak bertiup,
ombak tidak lagi bergelora,
langit sudah tidak cerah,
matahari pun sudah terbenam,
kapal terbang telah mendarat,
feri telah merapat,
kedai pun sudah tutup,
KAMAL AFFENDI hanya dalam buku tentatif.

Anonymous said...

Hei blog yang sangat bagus! Man .. Indah .. Amazing .. Saya akan bookmark blog anda dan mengambil feed juga ....

Cikgu Dahlia said...

sos cili LIFE Thai the best..hehehe


ade kena ngena?