Powered by Nuffnang

10 October 2010

Istikharahku..

Dalam kesuraman dan kedinginan malam, aku berjalan di tepi pantai. Berhenti dan duduk di atas sebatang kayu. Sambil memegang kayu dan menulis-nulis di atas pasir pantai aku berfikir dan menghayati keindahan pantai. Dalam hati merintih kepedihan, mengharap hati lega. Benarkah dia untukku. Ia bermain-main dibenakku. Patutkah aku terus dalam dilema. Dengan langkah longlai dan sayu aku pulang dan duduk dalam lemah. Lalu bangun perlahan-lahan.
Dalam takbir penuh kesyahduan, merintih aku mengharap petunjuk dan redha. Tunjukkanlah aku tuhan, siapakah yang menjadi tulang rusukku, yang menjadi ketua bidadari ku di syurga.  Aku berharap dapat memilikinya.

DOA UNTUK KEKASIH
Ya Allah,…Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku.

Titipkanlah kebahagian antara kami, 
agar kemesraan itu abadi.
 Dan Ya Allah…ya tuhanku yang maha mengasihi…
seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi.

Tetapi ya Allah, sekiranya engkau telah takdirkan dia bukan milikku, 
bawalah ia jauh dari pandanganku,.
 Luputkanlah ia dari ingatanku. 
Dan peliharalah aku darikekecewaan.
Serta ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, 
berikanlah aku kekuatan.
Melontar bayangannya jauh ke dada langit. 

Hilang bersama senja nan merah,
agar aku bahagia,

 walaupun tanpa bersama dengannya.
Dan ya Allah yang tercinta,
 gantilah yang telah hilang. 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah.
 Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya Tuhanku….
pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
 adalah yang terbaik buatku
 kerana Engkau MahaMengetahui segala yang terbaik buat hamba Mu ini..
Ya Allah…
cukuplah Engkau sahaja
 yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. 
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yangberiman,,
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup 
kejalan yang engkau redhai. 
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.
Amin…….Ya Rabbal A’lamin

View Image

5 comments:

Unknown said...

cinta akhirat juga yg hakiki..hehe

gadisBunga™ said...

insyaAllah...teruskan memohon. Dia maha mendengar. :)

Razif Radzi said...

Semua dunia,akhirat kekal abadi..

Anonymous said...

Cinta itu Cahaya Sanubari
Anugerah tuhan fitrah insani
dan dimana diciptakan cinta
disitu rindu bermula

Anonymous said...

Andai takdir mengatasi takbir..
Bertemulah...
Andai takbir mengatasi takdir...
Insya Allah bersama amalan yg dredhai Allah... bidadari menyambutmu dFirdausi.. Insya Allah.. Amin.