Powered by Nuffnang

05 October 2010

Tengok Wayang: Magika

Saya berkesempatan menonton filem Magika di pawagam hari tu. Rasa macam menonton Alice in Wonderland pun ada. Filem muzikal ni ada sedikit kelainan dari filem-filem melayu yang lain, kerana aku difahamkan ini adalah filem muzikal pertama di Malaysia. Tahniah kepada KRU studio yang kreatif dan berani membawa pembaharuan. Cerita tentang watak-watak dongeng tempatan yang amat menarik. Hang Tuah 5 bersaudara (geng senario), Mahsuri, Lembing Awang Pulang ke Dayang, Bad(badang), Orang Minyak, Bunian (bukan bunyian), Pak Pandir, Puteri Gunung Ledang, Nenek Kebayan, Bawang Putih Bawang Merah, dan banyak lagi yang saya dah lupa. Filem ini membariskan pelakon-pelakon hebat. Nak tahu jangan lupa menonton. Belilah yang Original.OST filem ini ialah Penawar Rindu, Diana Danielle feat Mawi. Part yang paling menarik ialah dialog datuk Bendahara (Wan Ismail Golok) dengan Puteri Gunung Ledang. Dah la loghat Kelantan, siap kena pangkah Puteri Gunung Ledang dengan bersahaja. Dalam Utusan, baru 4 hari ditayangkan sudah mencecah RM4juta. Syabas syabas. 3bintang untuk filem ini.

View Image

Filem KRU studio yang dinantikan: Merong MahaWangsa.

Love and Marriage

I had read a very attractive book. "Love & Marriage" was it title. The sentence was simple but meaningful. Let me share some of the phrase.

"Marriage is loving-together, not just living together"
View Image
"When Adam was lonely,God created for him, not ten friends, but one wife!"

"Honesty is always the best policy in marriage. Equally important is when, how and what way to be honest to be most loving"

"The more important thing a father can do for his children is to love their mother"

View Image"In marriage, love must be there, but friendship refines love into a vital partnership, and that's what makes a good marriage great"

"Most important rule of marriage: toward both your spouse and yourself, behave only in ways that enhance your self-worth, dignity and integrity"

"Married persons have strong immune systems and happily married persons have the strongest immune systems of all"

"There's no way to win against your spouse. You both win or you both lose".

View Image

27 September 2010

Romantis.....


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut. 


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.

Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.
  Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.

Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka. 
 
Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..

Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan... 
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kailhendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorangsetelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamumeninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakansegalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...
Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.

Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...

25 September 2010

Digi IPhone4: Pakej yang menarik..

Terbaca iklan baru Digi yang menawarkan IPhone 4 pada kadar RM63 sebulan dan tambah RM2490.00. RM58.00 bila anda menggunakan auto-pay. Tetapi yang menarik perhatian saya ialah pakej Buy With Installment iaitu RM113.27 sebulan untuk 3tahun. Apa untung di sini? Dengan bayaran RM113.27 sebulan anda akan dapat IPhone4 32GB dan IDIGI plan 88. Free usage 200min panggilan, 200sms,20mms ke semua network operator tempatan,dan 1GB internet. Bila dah abih free usage, masih lagi usage yg murah. Sebenarnya ada 3plan. Anda boleh lihat seterusnya di sini.

View Image

24 September 2010

Bendera: Apa lagi la mereka ni..

Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera)tak habis-habis buat kacau di Kedutaan Malaysia, Jakarta. Isu terbaru, mereka mengutuk penderaan pembantu rumah di Malaysia. Seramai 500 orang melancarkan protes bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia.Susah-susah balik jela semua rakyat Indonesia, rakyat mereka di sana tak reti-reti bahasa sangat. Namun, dalam Utusan Online hari ini, Konsul Penerangan Sosial dan Budaya Kedutaan Indonesia di sini, Widyarka Ryananta berharap rakyat Malaysia mengabaikan ancaman berkenaan kerana Bendera tahu mereka tidak akan terlepas daripada undang-undang jika benar-benar bertindak. Menurut beliau, mereka tidak melambangkan keseluruhan rakyat Indonesia. Betul jugak tu. Kita abaikan mereka dan kita berharap rakyat kita akan berhati-hati di sana.

30 August 2010

Beza Isteri dan Girlfriend pada Suami dan Kelebihan Isteri

  • Isteri macam TV. Girlfriend macam handphone(hp). Di rumah tengok TV pergi luar bawa hp. Tv selalu kat rumah je. Hp semua tempat dibawa. Tapi beralih la ke TV yang 42' LED LCD, cantik menawan, terjamin kepuasan.
  • Takde duit ,jual TV. Ada duit, beli HP baru. Kadang-kadang je seronok tngok TV ,tp selalunya banyak masa habis main HP. Sepatutnya takde duit je hp. Takdak TV takleh tgk DVD, Blueray, Imam Muda, Majalah 3, Buletin Utama.
  • TV skali bayar jer percuma sepanjang hayat, tapi HP kalau tak bayar bil line akan di tamat kan atau kalau tak top up, tak dapat le nak msg. TV pasangla Astro, sebulan RM75. Macam-macam ada di TV.
  • TV saiznya besar,berat dan dah buruk,tp HP cute,comel,ramping,bnyk butang bleh picit-picit dan boleh dibawa ke mana-mana & bila-bila masa. Belila / upgrade ke TV LED LCD, ramping dan puas tengok, sapa pun tak marah.
  • kos penyelenggaraan TV murah jer, dan jarang rosak, tp HP ,mak oiii…mahal giler,slalu pulak meragam macam-macam dan yang sadisnya,TV ada remote control, hp mana ada. Bagusla, tak payah susah-susah nak bazir baiki. Boleh tambah Home Theater, karaoke. Ada remote pon 
  • Dan kelebihan TV lagi, tak ada virus…tp HP..huh belambak sekali kena merana, abih duit.
Jadi,bila ada isteri jaga la baik-baik. Dia la yang akan menjaga kita, kasih sayang kita, mengandungkan anak kita, dan segalanya sampai di syurga. Insyaallah. Waallahuaklam..

Kredit: Pijon.

View Image   View Image

Cerita gambar : itu semalam

Biar gambar menceritakan segalanya. Tapi orang cakap gambar boleh menipu. I believe that. Sangat2 percaya akan perkara tersebut. Bukan semua gambar itu menipu. Kepada isteri dan bakal isteri bila ditunjukkan gambar suami bersama perempuan lain sila beri perhatian. Ini bukan lagi super impose tetapi perlu disiasat rapi. Akan tetapi bila kita dibantu oleh kecanggihan teknologi menjadikan semua gambar yang kita ambil dapat dibanggakan lalu ditayangkan untuk tontonan umum. Uhhh kenapa I mula ayat I macam orang skima gaban sedang beri ucapan tentang keselamatan jalan raya. 
I pun selalu buat gambar menipu. Gambar yang salah padahal kamera telefon yang canggih yang membuat onar. Maksud I bukan I tipu gambar tersebut tetapi gambar tersebut menipu pandangan mata umum. Izinkan I beri satu contoh. Kenapa i perlu minta izin ni page I sukahati la kan nak beri contoh. Malu I.. Contoh selepas ini bukan I yang menipu. Tapi menipu ini dibuat untuk kebaikan sejagat. Kagum giler dengan kepantasan mamat tersebut menggunakan Adobe Photoshop sehingga membuatkan kulit I nampak sehalus kulit bayi dan sekata tahap kecoklatannya. 


Banyak kali edit sehingga tertipu
Ibu yang melihat gambar ini lalu member amaran ‘dah takde baju lain nak pakai nampak ketiak??’. I terpaksa mempertahan diri dengan membalas ‘ibu, itu la baju yang paling tidak seksi sekali’. Uhuh.. anakmu ini tahu tidak elok untuk menayangkan kulit yang tidak putih gebu. 
Kenapa introduction I panjang I pun kurang pasti. Sebenarnya I nak ceritakan tentang ‘itu semalam’. Biar I mula semula, gambar akan menceritakan segalanya. Mari kita perhatikan gambar di bawah; 

Gambar 1 


menarik tangkai hati
Keluar dari ofis lalu dihidangkan dengan kereta yang menarik perhatian lalu hati membuat dialog berikut; 

I: Abang dah lama tunggu? Sorry buat abang tunggu2. 
Abang: Tak lama pun baru jer sampai ni. 
I: Kenapa abang parking depan office? Malu Nurul (bajet lemah lembut kalau guna nama Nurul) kalau kawan nampak. Cakap Nurul berlagak pula nanti. 
Abang: Kalau diorang nak tumpang ajak la sekali. 
I: Takpe la abang, nanti sepah kereta kita. Abang baru basuh kereta ke? Nampak berkilat kilauan. 
Abang: Tak ada la kereta abang memang cantik macam ni je. 
I: Abang jom kita shopping. 
Abang: Boleh juga. Duit abang banyak lagi kat bank. Ada balance 50 ribu lagi. 
I: Abang dah janji nak belikan Nurul handbag Prada kat KLCC kan. 
Bla bla bla.. *sampai esok pun tak habis. 

Gambar2 


pertandingan tangan hebat. tangan putih dan montok vs tangan slim dan tanned. sila undi
Ye inilah hasilnya sepanjang penat lelah dan kesungguhan yang dicurahkan saya dan housemate. Biarpun kaki sedikit cramp dan tangan sedikit kebas (pemilihan screw driver yang tidak betul) tapi tenaga kewanitaan ini sangat kental. Boleh dibanggakan. ‘Eh anak Yusof tu bukan saja pandai masak, pandai berkebun, pandai mengaji, pandai jaga budak, bertukang pun pandai ‘ *menahan hidung kembang kempis. Saya bangga dengan anda Shefny. Sehingga terpaksa membuka skru sampai empat kali kerana tersalah pasang. Sebenarnya lapan tapi telah dibahagi dua. Macam la terel sangat tengok manual pun tidak betul. Perabot DIY pilihan kami berdua - iklan. Teringat semasa belajar Kemahiran Hidup dalam tingkatan 3. I dipuji tukang kebun kerana kotak kayu I cantik dan halus. Tiba masa menjahit sampul untuk kotak kayu tersebut I dikeji kerana pemilihan labuci dan hiasan yang macam orang tidak siuman. 

Gambar3 


dari tanah kita dijadikan kepada tanah kita dikembalikan
Semasa dalam bilik air hendak membasuh tangan selepas makan nasi lemak *makan nasi lemak di waktu malam tidak baik untuk kesihatan. I telah mengejutkan isi rumah. Pandang je cermin I nampak binatang ni sedang merayap di dahi nak pergi rambut I. Apa perasaan jika ini terjadi kepada dirimu??? Fobia la dengan lipas sebab beliau suka terbang. Maaf kepada warga rumah yang telah tidur. Tapi akhirnya lipas yang tidak bersalah itu telah dipijak dengan selipar berwarna kuning. Selipar kuning tauuu... 

Itu sahaja untuk ‘Itu semalam’.k. Selamat berpuasa kepada semua. 
p/s: Jangan curi2 makan. 

kredit: Nurul Kamsiah Hanim

28 August 2010

P.Ramlee: Double Bass Berbunyi - Sudin



Video clip ni dipetik dari filem P.Ramlee: Antara 2 darjat. Sudin membawa Double Bass untuk memanggil buah hatinya. Sambil main double bass, Sudin mendendangkan lagu "Double Bass Berbunyi". Beginilah liriknya:


Double Bass berbunyi,
alangkah meredu suaranya,
mendengarkan lagu,
lagu yg meredu,
merindu asmara..
Double bass berbunyi,
mengapakah jendela belum dibuka-buka,
Lamalah ku tunggu,
kepada adinda,
yg macam double bass..


Boleh tahan jugak suara Sudin ni..tapi aku layan la short song ni..

27 August 2010

Jabatan Penjara Malaysia: Akademi Koreksional Malaysia


Jabatan Penjara
Akademi Koreksional Malaysia











Akademi Koreksional Malaysia atau lebih dikenali dengan AKM atau Koreksional oleh penduduk tempatan merupakan sebuah Akademi atau Pusat Latihan Jabatan Penjara Malaysia. Terletak di Pulau Langkawi, 5minit berjalan kaki dari Jeti Langkawi, adalah pusat latihan untuk Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia (Inspektor dan ke atas). Selain itu juga, kursus-kursus antarabangsa seperti MTCP (Malaysia Technical Cooperation Program) diadakan di sini. Malaysia, khususnya AKM menjadi Regional Training Centre (RTC) bagi negara-negara Asia Pacific.
Selain mengadakan kursus-kursus dan program-program Jabatan Penjara, Program-program Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan-jabatan kerajaan yang lain sering diadakan di sini, jadi AKM tidak pernah sunyi (tapi malam-malam memang sunyi,atas bukit dalam hutan katakan,standard resort). 
Apa yang uniknya, kebanyakan orang tidak tahu bahawa AKM adalah dari Jabatan Penjara, kerana kami berpakaian pejabat (kemeja,tie,slack) macam kerja pejabat biasa,cuma hari Isnin dan program-program jabatan barulah kami memakai uniform. Di sini tiada banduan, cuma aktiviti pengurusan dan latihan,namun AKM telah diwartakan sebagai kawasan larangan. Dulu pernah menjadi isu tentang penggunaan Koreksional yang dipinjamkan dari perkataan Inggeris, Correctional. Apapun harap anda tahu, Akademi Koreksional Malaysia adalah pusat latihan Jabatan Penjara, bukan sebuah Resort!!





     

26 August 2010

Terima Kasih Kerajaan: Duit Raya RM500

Semalam Kerajaan mengumumkan akan memberikan bantuan khas kewangan RM500 sebelum raya. Bantuan itu akan dibayar kepada kakitangan awam dari gred 1 hingga 54 dan pesara-pesara kerajaan. Pemberian ini meringankan sedikit beban terutamanya yang berpendapatan rendah. Oleh yang demikian, kita patut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin kepada penjawat awam.

Syukur ke hadrat Ilahi dengan rezekiNya. Semoga negara kita aman makmur dan dirahmati Allah taala.

Go to fullsize image

Selingan: Cis adikku beli Yamaha FZR 150i



Sebenarnya dah hampir berapa bulan beliau motor ini. Pada masa mula-mula beli dah jatuh patah bahu,MC sebulan, dah makan tuan. Aku pun dah test-speed. Memang best. Bunyi dia pon pon << patutla besi rupanya.
 Bunyi sedap, laju, selesa dan kagum masa sendiri. Harga adalah berpatutan. Harga dalam RM8000 lebih-lebih camtula. Menambah aset setiap masa kanjat ni. Ada saja nak lawan dengan abang dia. Tapi apapon kerjasama kami akan dikekalkan sehingga akhir hayat. Apala sangat harta berjuta tapi tak kawan dengan adik beradik. Takpa...Aku akan berusaha juga. Macam best ja kan... 


kagum masa sendiri

pandangan meter

pandangan sisi

pandangan hadapan


Bye-bye

25 August 2010

Jambatan Kuala Perlis - Langkawi - Tidak Setuju

Baru ini Tun Mahathir membantah cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Kuala Perlis dan Langkawi. Penduduk-penduduk Langkawi sudah tentu tidak akan bersetuju kerana memberikan banyak kesan yang sangat negatif. Antara kesan-kesannya:

  • Kesesakan Lalulintas yang teruk.
Pulau Langkawi bukanlah besar. Apabila jambatan dibina,banyak kenderaan akan masuk dan menyebabkan keterlebihan kenderaan di pulau ini.Memandangkan sekarang ini,selalu berlaku kesesakan teruk terutamanya di waktu musim cuti sekolah. Jika dibina jambatan ini, akan menimbulkan ketidakkeselesaan penduduk Langkawi untuk bergerak terutama pada waktu kerja dan sekolah.

  • Menjejaskan pendapatan penduduk tempatan
Pemandu-pemandu teksi tempatan akan bersaing dengan pemandu dari Kuala Perlis. Pemilik kereta sewa dan juga menghadapi masalah yang sama. Akan berlaku kebanjiran peniaga-peniaga dari seberang. Berkurangnya pelancong menaiki feri, menyebabkan banyak syarikat feri akan mengalami kerugian dan memberi kesan kepada pekerja tempatan. Dengan adanya jambatan penduduk Langkawi lebih senang membeli barang di luar Langkawi hingga menjejaskan pendapatan peniaga tempatan.

  • Kerosakan eko-sistem dan pencemaran
Berlaku kerosakan kepada eko-sistem kite dengan teruk ke atas pulau yang indah ini. Lautan akan tercemar dan keadaan kualiti udara akan menjadi teruk seperti di Kuala Lumpur. Keindahan Langkawi akan musnah dan tidak akan menjadi antara pulau terindah di dunia lagi. Asap-asap yang dilepaskan kenderaan meningkatkan suhu panas.

Saya juga ada mendengar keluhan penduduk Langkawi yang sering berulang-alik ke tanah besar kerana harga tiket yang mahal, kekerapan perjalanan feri dan servis feri itu sendiri. Selain itu, jika berlaku kematian ia akan menambahkan kerumitan untuk membawa keluar jenazah. Jadi saya berpendapat kerajaan perlu  menambah dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan untuk penduduk tempatan dari berbelanja berjuta malahan berbilion untuk membina jambatan. ((Ada satu jambatan kecil di pekan kuah yang sampai hari ni siap tapi tak sepenuhnya,rasanya bertahun jugakla nak siap,itu pendek je,corruption dan berbagai lagi, baik baikkan dulu jambatan tu untuk kegunaan harian penduduk Langkawi)). Saya mencadangkan perkhidmatan feri ditambah dan dikurangkan harga tiket feri.Itu lebih praktikal. Kerajaan perlu menambah dana untuk menaiktaraf kualiti pengangkutan dan kesihatan. Selain memberi kelesaan kepada penduduk tempatan dan pelancong, ia menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Dan status Pulau Bebas Cukai akan terhapus?

Ini adalah pendapat saya sebagai seorang penduduk yang berasal dan bekerja di Langkawi. Anda bagaimana?

                              

Silap tengok Kalendar @ Silap tengok tarikh?

Cerita ni saya petik dari notes seorang teman di Facebook. Nurul Kamsiah Hanim empunya cerita. Mari kita ikuti kisahnya:


Ibu i adalah seorang yang tegas. Walaupun begitu i selalu tak rasa beliau tegas. Hehe.. Ampun ibu. Ibu i adakalanya akan membuat lawak yang beliau sendiri tidak dapat mengklasifikasikan perkara tersebut dalam kategori lawak. Adakalanya ibu i menjadi seorang yang fierce... Dengan satu jelingan tajam beliau boleh membunuh. Tetapi adakalanya juga, beliau akan meletakkan talifon tanpa sempat i bercakap babai. huh.. Insiden yang akan i ceritakan adalah perihal ~ ibu yang bersemangat ingin pergi ke kenduri kahwin anak kepada kawannya. Kejadian berlaku pada awal tahun ini dengan disaksikan oleh ayah dan i. Dapatkan pengajaran daripada situasi ini ya anak-anak. Jangan sesekali melawan cakap ibu dan ayah.
Caritanya begini...
Minggu tersebut i decide nak balik Jijan. Setelah kepulangan disambut lalu i dibawa pulang ke rumah. Hari esoknya, dengan perasaan yang berkobar-kobar ibu suruh i iron baju kurung beliau. "Nak pergi kenduri kahwin anak kawan" katanya... I biasanya malas nak ikut tau, kenduri kawen ni. Bukan apa, tengok orang kenduri kawen dah berpuluh kali, sendiri nak kawen tah bila lagi. huhu.. I pun iron la, baju ayah, ibu dan baju i sendiri. I tak pilih baju kurung yang berdaya saing sangat. Baju kurung biasa-biasa je la. Bukan nak pergi kenduri kawin anak raja kan. Pastu dah siap semua orang, hensem-hensem, smart-smart, cantik-cantik, tak lupa juga makeup-makeup berjangok, maka kami pun berangkat ke tempat kenduri.
Berpandukan peta yang ada di tangan, di samping i yang menjadi driver, ibu memberi instruction dengan confidentnya. I pun confident je la. Tempat yang dituju pun bukan jauh dari rumah. Tiba-tiba macam dah nak dekat sampai, i tengok suasana lengang. Ye la, orang kalau kenduri penuh kereta, ada khemah, meriah-meriah. Bala apakah yang telah melanda tempat pengkendurian ini? I bermonolog seorang diri. Tapi ibu yang berada di belakang, berkata "betul la rumah yang ni kan". I ambil la kad kat tangan ibu, memang benar. Alamat adalah sama seperti tempat dituju. Mula la dalam kepala orang i berfikiran yang bukan-bukan. Mintak simpang malaikat 44. Manakah khemah, manakah orang berpakaian baju tradisional, manakah bunga manggar, manakah anak-anak teruna yang hensem. Semuanya tiada. TIADA!!!
Tiba-tiba, ibu berkata "laaa minggu depan kendurinya.." seh... i yang mendengar seperti rasa ingin mengeluarkan asap daripada telinga, tapi ditahankan. Ayah pula berulang kali menyatakan "ishhh buang masa betul, buang masa, buang masa jeee..". I tak tahu apa maksud ayah dengan buang masa, mungkin sebab ayah rasa masanya seperti emas. Selepas itu, untuk mengcoolkan keadaan i berlakon seperti tergelak-gelak. Tergelak dalam kesakitan.. Ibu salah tengok tarikh. Ada kaa.. Akhirnya kami menuju ke Mydin untuk mengisi masa yang terluang, kerana telah memakai pakaian yang berdaya saing. Layan Mydin lagi bagus, kata ayah dalam hati.
Moral - Periksa betul-betul tarikh kat kad kenduri kawen. Disamping periksa tarikh di kalendar lumba kuda. Bila dah confirm sama, baru membuat persiapan untuk pergi kenduri. Lagi bagus set alarm untuk pergi kenduri kahwin. Baru high tech seh...
p/s: Kenduri orang sudah, kenduri aku bila lagi? Hehe..

credit to: Nurul Kamsiah Hanim.


Jangan Menghina Raja Kami

Sudah banyak peristiwa yang membabitkan penghinaan ke atas Raja-raja kita. Sultan Johor dan terbaru doa semasa khutbah jumaat,khatib tidak mendoakan Yang DiPertuan Agong. Kita kecewa kerana orang melayu Islam sendiri tidak menghormati Ketua Agama Islam. Mungkinkah kita jahil agama tentang itu? Parti-parti politik melibatkan institusi beraja semata-mata kepentingan mereka sendiri. Tapi, yang dikesalkan, orang melayu seolah-olah tidak kisah raja kita diperkotak-katikkan oleh individu atau kumpulan tertentu? Kenapa? Kerana orang Melayu sibuk bertelagah sesama sendiri. Mengkafirkan sesama Islam. Tidak mahu bersatu atas dasar politik. Kita tidak sedar yang kita akan kehilangan hak-hak istimewa kita tidak lama lagi kerana sikap kita sendiri yang tamak, dengki dan pentingkan perut sendiri. Tidak hairan orang bukan melayu semakin berani mempertikaikan hak istimewa orang melayu kerana mereka tahu orang melayu bukan kisah. Biarlah tergadai bangsa negara asalkan diri sendiri hidup mewah. Bagus bagus bagus. Ingat lagu Anak Kecil Main Api? Haa.. Itulah kisah kita yang akan terjadi jika kita masih leka.. Bersatulah orang Melayu untuk Islam dan hak-hak istimewa kita. Kita bukan mahu bertelagah, tapi biarlah hak kita terpelihara. Mungkin kita akan sedar bila negara kita sudah menjadi Republik Malaysia? Yang agama rasmi bukan lagi Islam. Yang kita sudah tidak hak-hak istimewa. Raja kita raja berdaulat.TEpuk dada, marilah bersatu. Bersatu kita teguh, bercerai orang tpuk tangan.

p/s: Aku orang melayu.

Demontrasi di Kedutaan Malaysia - KIta kesal


Kita dikejutkan dengan demontrasi yang diadakan di Jakarta kerana penahanan 3 pegawai penguatkuasa kelautan Indonesia di sempadan perairan Malaysia-Indonesia. Insiden di kedutaan kita tidak perlu berlaku kerana ia hanyalah salah faham kedua-dua pihak yang telah diselesaikan dengan rundingan.Namun kumpulan yang terbabit mungkin dipengaruhi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengeruhkan hubungan 2 negara serumpun. Perkara remeh yang sengaja dibesarkan itu memberi kesan negatif kepada hubungan kita dengan Indonesia. Mujurlah rakyat Malaysia tidak mudah melatah dengan isu-isu seperti itu. Kita lihat kumpulan-kumpulan tersebut seolah-olah "digunapakai" oleh pihak tertentu. Mereka cuba menghasut rakyat Indonesia untuk memboikot Petronas dan Proton. Usaha jahat mereka adalah amat dikesalkan.
Mereka mahu mengisytiharkan perang dengan kita? Mereka ini golongan minoriti yang cuba meraih simpati masyarakat. Diharapkan masyarakat Indonesia sedar dan tidak terpedaya dengan golongan tersebut. Mereka tidak sedar, saudara mara mereka yang mencari rezeki di Malaysia dengan aman, sepatutnya bersyukur dan berterima kasih dengan kerjasama kedua-dua negara. Oleh yang demikian kita usah pedulikan kumpulan gila tersebut, masyarakat Malaysia tidak mudah melatah dengan kebodohan tersebut.

15 July 2010

"Imam Muda" di akhbar akhbar harian Switzerland, Tagesanzeiger.

Assalamualaikum w.b.t..
Aku terbaca berita di Utusan Malaysia hari ini, mengenai program Realiti Imam Muda yang disiarkan di kaca televisyen kita, yang dilaporkan oleh akhbar harian online Switzerland, Tagesanzeiger, dengan tajuk Malaysia sucht den Super-Imam. Berikut adalah sedikit petikan dari akhbar tersebut..(yang telah di translate di google translate)

Imam Muda adalah acara TV untuk melihat dalam semua ini. Diterjemahkan itu bererti sebanyak pemimpin agama muda. Yang terpancar dari sebuah acara saluran kabel adalah Islam dan Barat Malaysia pengaruh magnet bagi penonton. Mengikuti pola casting-acara seperti "Music Star" atau "Pop Idol Jerman telah" lebih daripada 1,000 orang muda di negeri ini dilaksanakan Asia Tenggara, sepuluh calon 18-27 tahun telah membuat akhirnya melalui pos.Minggu demi minggu yang sekarang sudah pensiun - sampai satu tetap. Menentukan pemenang bukanlah penonton, tapi sarjana agama. Dan pemenang bukan menerima kontrak rakaman, tetapi prospek sebuah masjid di ibukota Kuala Lumpur untuk memegang jawatan sebagai Imam. Sebelum itu, ia akan memperdalam kajian Islam di Arab Saudi dan Haji ke Mekah. Stesen Astro Oasis telah mengumumkan hadiah: RM20,000 (7,000 franc), laptop dan kereta.

Dalam beberapa tahun terakhir, gerakan-gerakan Islam radikal telah memperoleh berlaku sebagai pengaruh sederhana di Malaysia. Katolik harus sekitar dilarang untuk menggunakan istilah Allah - apa yang abschmetterte Namun mahkamah. Pada bulan Februari tiga wanita itu dihukum kerana perzinahan, dalam seminggu, dikatakan bahawa pelampau adalah dengan link dengan al-Qaeda merekrut di universiti-universiti Malaysia.

"Imam Muda" memberikan citra muda dan ramah Islam. Rancangan ini ingin menunjukkan para calon tidak memiliki latar belakang khusus, termasuk mahasiswa, petani, seorang pelatih retorika dan seorang pekerja bank akan Malaysia Super-Imam. Sering, para calon dapat dilihat dalam acara seluar jeans dan kaus bola sepak. Untuk meyakinkan para juri kesihatan mereka, mereka harus tidak hanya ayat petikan dari Quran, tetapi untuk membuktikan sebagai teladan berbelas kasih. Mereka mengambil nasihat dan hamil, wanita lajang, anak-anak yatim piatu, undang-undang ke dalam konflik dengan pelanggar lalu lintas. Orang-orang muda itu hidup di dalam bilik di masjid.
kredit: www.tagesanzeiger.ch. Laporan penuh di: http://www.tagesanzeiger.ch/ausland/asien-und-ozeanien/Malaysia-sucht-den-SuperImam-/story/24856512.

Aku pun tidak paham apa yang dikatakan tetapi berdasarkan laporan Utusan Malaysia, mengatakan pembaca memberi komen positif terhadap program realiti tersebut. Tidak seperti lain-lain program realiti Malaysia yang kurang berfaedah dan melalaikan. Pening juga baca translation di google translate..tapi pahamlah sedikit sebanyak.

Imam Muda Astro  Oasis

14 July 2010

Bangkitlah Bangsaku

Setiap hari ada saja berita tentang penganaiyaan terhadap orang-orang melayu. Di Pulau Pinang, kampung-kampung melayu sengaja dihapuskan. Siapa yang ambil tahu? Tiada.. Tiada siapa boleh ambil tindakan. Agama kita sambil lewa dimainkan.. Boleh pulak orang bukan Islam menjadi peguam syariah kita? Apa kita buat? Kita tengok saja.. Sebab apa? Sebab bangsa kita, Melayu Islam tidak bersatu.. Kenapa? Kenapa Melayu Islam kita berebut kuasa, berebut harta, mengkafirkan sesama kita, menjatuhkan Bangsa kita. Hari ini, aku hanya termenung di tepi laut yang indah, di atas tanah milik Bangsa kita, di mana, suatu hari entah milik siapa. Masih berfikir, sampai bila agaknya akan menjadi penumpang di tanah air sendiri.
Bangkitlah bangsaku... Bersatulah.. Demi Islam.. Demi tanah air kita.. Demi Bangsa Melayu.. Bukan bangsa lain mengganggu kita,tapi kita sendiri yang menganaiya bangsa kita,mengkhianati bangsa kita, kerana kita tidak bekerjasama, tidak bersatu, bangsa lain mengambil kesempatan menindas kita. Kita bukan bangsa yang lemah, kita bangsa yang hebat, kita tidak layu, tapi kita meracuni diri kita sendiri. Bersatu kita teguh, bercerai, musnahlah Melayu.

07 June 2010

Selamat Datang ke Langkawi..

Cuti sekolah sudah bermula.. Maka ramailah pengunjung-pengunjung ke Langkawi Permata Kedah ini. Jalan-jalan di tengah pekan akan sesak laksana di tengah ibu kotaraya dengan kereta-kereta yang disewa. Arakian yang menyebabkan kesesakan adalah kerana pemandu-pemandu dari kalangan pelancong yang tidak mahir dengan jalan di sekitar Langkawi. Yang demikian banyak juga berlakunya kemalangan kerana cuai dan leka. Walaupun ingin mencari "Ismail Group" atau "Idaman Suri", semua pelancong dinasihatkan mengikut peraturan jalanraya dan memandu seperti biasa. Kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan pemandu-pemandu tidak memberi isyarat kenderaan dan tidak memandang kiri dan kanan kerana mungkin keghairahan melancong atau keterujaan melihat Ismail Group dan Idaman Suri itu. Pelancong-pelancong juga dinasihatkan agar menyewa kenderaan yang mempunyai permit yang sah supaya tidak disaman atau ditahan Polis Trafik.
Tempat-tempat yang menarik di Langkawi banyak termasuklah Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pantai Chenang, Kereta Kabel, Dataran Lang, Taman Lagenda Langkawi, Telaga Air Hangat, Telaga Tujuh, Gunung Raya, Taman Buaya, Underwater World, Taman Burung, dan Pulau-pulau sekitarnya. Saya ingin mengingatkan pemandu-pemandu agar berhati-hati di jalan raya. Pandu Cermat Jiwa Selamat, Pandu Laju Selamat Hari Raya.

29 May 2010

Apakah Yang Menjadi Kegilaan Anda?

Diseluruh dunia semua orang ada kegilaan masing2.. ada yg gila tengok hisdustan, gila tengok bola, gila anime, gila video game dan sebagainya.. Kenapakah kita begitu menggilai kegilaan kita.. Sbg contoh sy sangat gila tgk wayang.. Asal ade je movie sy msti tgk.. Sbbnya, sy minat pada graphic, sound effect dan awek yg cunnn.. Dan juga filem2 sejarah yg sy ingin sgt tahu..
Jadi apakah kegilaan anda? Marilah kita berkongsi kegilaan ini bersama2! MySpace tak kisahlah mengumpul patung barbie ke, figura onepiece, naruto ke, mengumpul setem ke,melihat semut sekali pon... itu adalah kegilaan kita.. Siapa peduli.. MySpace

Tengok Wayang: Prince Of Persia - Sand Of Time


Ni satu filem yang amat menarik.. Jalan cerita yang bagos.. Graphic yang cantik dan awekkss yg cun.. (huahuahua..MySpace) Mengisahkan pasukan Persia yg ingin menawan ALamut kerana disyaki membekalkan senjata kepada musuh.Walau bagaimanapun itu semua pembohongan Encik Nizam. Pakcik kpd Putera2 Persia ini kerana ingin merampas pisau masa utk kembali ke masa silam dan mengubah sejarah..Encik Nizam ni muka pon jahat dahMySpace menipu abg2 Putera Dastan (hero nih..).. Apabila mereka berjaya menawan tempat tu,Dastan menghadiahkan jubah kpd ayahnya (King Persian) dan ayahnya mati kerana dalam jubah tu ada racun yg dibubuh oleh Encik Nizam..Dastan menyelamatkan diri dan bermulalah pengembaraan menyelamatkan Sand of Time dari Encik Nizam.. Dastan ni terer lompat2,stunt2 dan agak klakarla..Silalah menonton ceritanya di pawagam.. Sekian.. Wassalamu..

27 May 2010

Tengok Wayang: Robin Hood

Mengisahkan Robin Hood dikenali Robin Longstride. Kisah ini adalah "untold story" iaitu sebelum Robin dikenali Robin Hood.Alkisah Robin ni sedang berperang di Perancis bersama King Richard The Lion Heart. Tetapi King Richard dah terkorban semasa perang. So, Robin dan 3 kawannya mahu pulang ke England,dlm perjalanan mereka ternampak satu pasukan diserang hendap. Dengan kepakaran memanah, semua dipanah mereka kecuali Sir Godfrey (watak antagonis). Sir Loxley (ketua pasukan membawa pulang crown King Richard yg terkorban)yg diserang hendap itu memohon kepada Robin agar memulangkan pedang pada bapak dia, Sir Walter di Nottingham. So dia berjaya tumpang kapal raja utk balik ke England..
Di England berlaku perang dalaman kerana King John (adik King Richard)mengenakan cukai yg tinggi kpd rakyat.bila dia tau abg dia mati lagi la celaru mental,makin bnyk pemerasan ke atas rakyat termasuklah keluarga Sir Walter di Nottingham. Dalam masa itu juga, Robin mendapat tahu arwah ayahnya pernah berjuang bersama2 Sir Walter dan rakan2. Rakyat memberontak dan ingin menyerang kerajaan. Tetapi smasa perbincangan beramai,muncul King John.. Robin pun muncul dan berjaya menyatupadukan semua termasuk Raja untuk mempertahankan England dari serangan Perancis apabila Raja berjanji akan mendengar suara rakyat dan mengesahkan piagam rakyat England. Mereka berjaya menyekat kemaraan Perancis dan menang,malangnya mereka menyambut kemenangan atas nama Robin bukan King John.. So King John xpuas hati,dan mengumumkan Robin sbg musuh England..Sejak itu Robin masuk ke Hutan Sherwood dan merompak hasil Raja England dgn memakai Hood..jadilah Robin Hood. Cerita ini amat sesuai utk peminat2 sejarah macam saya..selamat menonton..
MySpace


Mengupdatekan Blog

Dah sekian lama xsempat nak update blog disebabkan oleh kesibukan sepanjang masa,punya la letih.. MySpace So hari ni boley la rehat sket.. dan malam ni agaknya nak pegi tgk Prince Of Persia.. MySpaceok jugakkan melepaskan lelah.. Pencarian buku MID (Muhammad Isa Dawud) diteruskan oleh Kak Miz ku yang bertungkus lumus operasi search. Caya lah akakMySpace lagi satu macam best ja kan letak onion emotion ni..mcm ceria sket..hahaha..
cepatla akak Miz xsabo dah nak baca nih..MySpace
malam ni pon boleyla membuat peniduran yang nyaman di kamar ku..

BLOG in CONSTRUCTION

BLOG INI SEDANG DALAM PROSES PENAMBAIKAN.

View Image

25 April 2010

Jom buat duit dengan mudah dan senangnya..

Nak dapat sehari RM20 atau lebih?? mudah ajer,sertai rm20segera,modal rm20 jer..dapat?rajin anda cari kawan,dapat ler banyak..kuang3..join la kalau berani..

sila klik di link ini..

http://www.rm20segera.com/?r=ray_amikie


dah kaya jangan makan sorang bgtau la kawan-kawan yang lain...

01 March 2010

Jom Join YouthSays.com

Ni adalah satu web berasaskan survey untuk belia berumur 15-35 tahun. Masuk adalah percuma. Apabila anda menjawab survey anda akan diberikan ganjaran sama ada cash ataupun point. Joinlah bersama-sama dan click link : YOUTHSAYS.COM