Powered by Nuffnang

27 May 2010

Tengok Wayang: Robin Hood

Mengisahkan Robin Hood dikenali Robin Longstride. Kisah ini adalah "untold story" iaitu sebelum Robin dikenali Robin Hood.Alkisah Robin ni sedang berperang di Perancis bersama King Richard The Lion Heart. Tetapi King Richard dah terkorban semasa perang. So, Robin dan 3 kawannya mahu pulang ke England,dlm perjalanan mereka ternampak satu pasukan diserang hendap. Dengan kepakaran memanah, semua dipanah mereka kecuali Sir Godfrey (watak antagonis). Sir Loxley (ketua pasukan membawa pulang crown King Richard yg terkorban)yg diserang hendap itu memohon kepada Robin agar memulangkan pedang pada bapak dia, Sir Walter di Nottingham. So dia berjaya tumpang kapal raja utk balik ke England..
Di England berlaku perang dalaman kerana King John (adik King Richard)mengenakan cukai yg tinggi kpd rakyat.bila dia tau abg dia mati lagi la celaru mental,makin bnyk pemerasan ke atas rakyat termasuklah keluarga Sir Walter di Nottingham. Dalam masa itu juga, Robin mendapat tahu arwah ayahnya pernah berjuang bersama2 Sir Walter dan rakan2. Rakyat memberontak dan ingin menyerang kerajaan. Tetapi smasa perbincangan beramai,muncul King John.. Robin pun muncul dan berjaya menyatupadukan semua termasuk Raja untuk mempertahankan England dari serangan Perancis apabila Raja berjanji akan mendengar suara rakyat dan mengesahkan piagam rakyat England. Mereka berjaya menyekat kemaraan Perancis dan menang,malangnya mereka menyambut kemenangan atas nama Robin bukan King John.. So King John xpuas hati,dan mengumumkan Robin sbg musuh England..Sejak itu Robin masuk ke Hutan Sherwood dan merompak hasil Raja England dgn memakai Hood..jadilah Robin Hood. Cerita ini amat sesuai utk peminat2 sejarah macam saya..selamat menonton..
MySpace


No comments: