Powered by Nuffnang

14 November 2010

Saya dan RM500 saya.

Mencintai seseorang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Ada pendapat mengatakan wang bukanlah segalanya. Ada juga mengatakan wang boleh membeli cinta dan ada yang mengatakan ada wang semua boleh jadi. Setiap pendapat ada benarnya. Kalau anda ada cinta setinggi gunung pun, tiada wang, anda tidak mampu meraih cinta itu. Anda pula seorang lelaki tidak berharta, tidak kacak, hidup la anda dengan dunia anda sendiri. Sama seperti saya. Berapa saya ada? RM5000. Boleh tak saya meminang anda? RM5000? Hahaha, boleh kah? Gaji saya setelah ditolak tambah tinggal RM500. Anda mahu berkongsi hidup dengan saya? Hidup susah dengan saya, bolehkah? Saya akan ditertawakan. Walau cinta saya setinggi gunung, sedalam lautan. Sejujur dan seikhlas hati hanya dipandang di dalam gelap malam yang pekat. Jadi harus bagaimana? Saya akan terus mencuba, dengan RM500 saya untuk dicintai sepenuh hati sepanjang hidup saya.
Sekarang, saya mencuba, wang bukanlah segalanya. Saya bukanlah Jurutera yang bergaji RM5000, atau seorang juruterbang kacak yang menaiki BMW. Tapi saya percaya saya mampu membahagiakan sesiapa yang saya cintai. Benarkah? Saya ditertawakan lagi. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya dengan RM500 itu saya akan bersama anda seumur hidup anda, tanpa takut untuk mengorbankan segala-galanya untuk anda. Dan saya rasa dengan kerjasama saya dan anda akan menjadi lebih manis kerana berusaha bersama-sama dan menyelami kesusahan itu. Kerjasama erat itu membuatkan kami menjadi lebih erat. Mungkin anda lebih percaya seorang dengan RM5000 akan membahagiakan anda. Baguslah kalau anda yakin dan mendapat tuah tersebut. Saya? Saya masih dengan RM500 saya.
Sekarang saya cuba pula dengan  pendapat, wang boleh membeli segalanya dan ada wang semua boleh jadi. Saya berfikir kalau saya ada RM1000,000.00 dan perniagaan yang maju tentu hidup saya menjadi mudah. Saya rasa. Saya tak perlu fikir susahnya pengorbanan saya dan pasangan saya. Setiap hari anak-anak kami bersarapan pagi dengan roti Gardenia, segelas susu dan apa saja yang sihat. Mereka tak perlu rasa susahnya hidup ini. Pemandu saya akan hantar dan ambil anak-anak saya ke sekolah setiap hari kerana setiap hari saya sibuk mesyuarat dengan pelanggan-pelanggan saya. Saya rasa mampu dan saya akan berkahwin seorang lagi kerana saya ada duit. Kedua-dua isteri saya ada banglo 2 tingkat. Kereta BMW dan Mercedes Benz. Setiap bulan saya akan belikan syiling emas atau barang kemas atau apa saja yang mereka mahu. Mereka akan berasa gembira dan bahagia. Alangkah bahagianya saya. Saya boleh membeli segalanya termasuk kasih sayang.
Benarkah apa yang saya katakan dengan pendapat itu. Walau apapun pendapat anda, saya masih dengan RM500 saya.

5 comments:

cik WaWa said...

nice entri en.razif..sy suke.. =)

Unknown said...

cinta x boleh dinilai ngn wang ringgit...apepon sy suke ngn pendapat en razif....ade duit ape pon leh buat..cume kasih syg je x boleh dibeli ngn duit huhu...

Razif Radzi said...

cik wawa: thanks

Asikin: setelah dikaji begitulah.

razak radzi said...

caya la bro..500 pn 500 rts la..yg pntg ada ikatan ksh syg sesama insan..

Razif Radzi said...

tokcai dia: kasih syg la sgt.