Powered by Nuffnang

16 November 2010

Bahasa jiwa bangsa,rosakkan bahasa,rosakkah bangsa?

 Topik ini sengaja saya bincangkan setelah saya mendengar keluhan beberapa orang yang bimbang dengan penggunaan bahasa di kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah. Entri sebelum ini ada dibincangkan mengenai bahasa rempit. Merujuk kepada seorang guru Bahasa Melayu, Puan Syakirah (adik ipar saya) penggunaan slanga ini memang amat membimbangkan kerana memberi kesan dalam mata pelajaran penulisan Bahasa Melayu. Jika anda terbaca pesanan ringkas di telefon bimbit pelajar-pelajar sekolah mendapati majoritinya menggunakan bahasa rempit ini.Persoalannya, adakah penggunaan bahasa yang salah ini, merosakkan sesuatu bangsa. Pada saya, ia adalah satu sebab, kerana kita menghilangkan  difkeindahan bahasa, seterusnya kehormatan bahasa kita dipersenda bangsa lain.
Di manakah ianya bermula? Kita tiada jawapan yang tepat, tapi kita pasti ia bermula dari penggunaan singkatan bahasa seperti Assalamualaikum menjadi Askum,A'kum, atau Selamat malam menjadi slmt mlm. Singkatan perkataan bolehlah diterima seandainya difahami seperti yg (yang) dan lain-lain. Kita perlu memandang serius gejala yang kurang sihat seperti ini. Menggunakan bahasa rempit bukanlah menarik, malah kadang-kadang rasa rimas, benci, meluat pun ada. Saya rasa orang yang menggunakan istilah tersebut kerana merasakan comel, walhal ia amatlah menjengkelkan sebagai contoh mamam (makan), tomei/tomey (comel), kitew/kiter(kita), lak (pulak), dan lebih parah nak kata bahasa melayu tak bahasa melayu, nak kata bahasa Inggeris pun tak juga. Pening bila memikirkan. Remaja sekarang adalah pemimpin masa depan. Adakah tidak lama lagi bahasa melayu yang indah ini akan hilang?

Kredit: Cik Wawa kerana mengesahkan tajuk ini.

2 comments:

cik WaWa said...

betul2...nak2 yg ade guna slanga jew..nyew..kew..aduih...nyampah tol tengok!

Anonymous said...

Bahasa rendah adalah bahasa yang menggunakan singkatan ejaan dalam penulisan dan menggugurkan imbuhan yang sepatutnya digunakan untuk menyampaikan mesej.