Powered by Nuffnang

30 January 2011

Sejarah harus dibetulkan..tolong..

Aku adalah peminat sejarah sejak sekolah menengah lagi.(walaupun selalu lupa nama dan tahun).Peperiksaan pun selalu dapat A.Memang sungguh aku meminatinya. Dengan itu, aku tahu asal usulku (macam filem seram pulak), bangsa melayu Islam. Melalui pembacaan yang kronik berkaitan sejarah, konpirasi-konpirasi, misteri-misteri mengenai sejarah, aku mempelajari bahawa sejarah kita memang hebat, dan sejarah selalu berulang dan berulang. Melalui sejarah sebenar juga aku mengetahui, sejarah negara kita ini sangat hebat. Namun, tamadun yang hebat, teknologi,pakaian,senjata,sistem,ekonomi yang hebat telah pun dihapuskan dari pengetahuan kita. Bukan hanya dihapuskan malah diputarbelit mengatakan kita ini bangsa yang lemah, mundur, perak buih, teruk, lawan guna keris, rumah buruk, busuk, dan hamba sahaja. Sebenarnya tidak, memang benar bangsa kita penuh dengan ketuanan dan kehebatan serta merupakan ketamadunan yang penuh islamik. Diharapkan pihak berkuasa akan mengkaji semula tentang sejarah yang akan menjadi subjek wajib 2013 nanti. Perbetulkanlah sejarah supaya kita kembali menghargai bangsa kita, yang telah dijajah minda sejak penjajahan Portugis lagi. Lebih penting, kita akan kembali bangga, bukan rendah diri yang keterlaluan.
Tahukah anda, bahawa negara kita sehebat ketamadunan lain yang pernah kita pelajari, Mesopotamia, Mesir, China, dan sebagainya. Tetapi di mana kah bukti atau tinggalan itu? Ia telah pun dimusnahkan oleh penjajah-penjajah dengan bantuan pengkhianat bangsa, catatan sejarah diubah dengan tragis, waris-waris dibunuh supaya tidak ada yang membocorkannya. Namun kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Waris-warisnya muncul dari ketakutan sebelum ini, menuntut sejarah dikaji semula dengan bukti-bukti yang jelas dan yakin. Anda boleh melawat : http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ , http://www.naim-firdausi.blogspot.com/ , http://sejarahrealitinagarakedah.blogspot.com/. Marilah kita sama-sama mengembalikan kegemilangan sejarah negara kita, yang berdiri hebat kerana Islam. Wallahuaklam..

1 comment:

Cikgu Dahlia said...

hoh..
saya tak pernah suka sejarah masa zaman sekolah dulu.. sebabnya takut nak hafal tahun2 semua tu. Nota sejarah memang tak pernah buat, result memang failed sokmo. Nasib baik SPM oke. Tapi bila dah abis belajar, baru rasa betapa penting nya sejarah dalam diri..
tanpa sejarah, kita tak mampu nak kenal asal usul kita...