Powered by Nuffnang

07 December 2010

Manusia dipisahkan oleh darjat.

Alkisah, pernahkah anda menonton filem P.Ramlee, Antara Dua Darjat atau Ibu Mertua ku? Ingatkah anda pada babak "Kamu ni kerja apa?","ahli muzik makcik." "Apa?! ahli muzik? pantang keturunanku bermenantukan ahli muzik". Perlukah manusia dipisahkan kerana darjat? Orang kaya, kerabat diraja, ahli politik, ahli nujum, ahli sukan, dan segala-gala darjat di muka bumi ini? Ada sukan orang kaya, makanan orang kaya, pakaian orang kaya, rumah orang kaya,senaman orang kaya pun ada. Untuk apakah adanya darjat? Untuk membezakan apa? Bukankah bila kita mati nanti kita masih ditanam di dalam tanah? Kubur pun digali oleh tukang kubur. Walaupun demikian syukurlah apapun darjat kita, kita masih mampu menikmati coklat Cadburry kerana coklat Cadburry tidak mengenal darjat.

4 comments:

z'aini said...

sedikit pandangan ikhlas kak ani..tidak semua memandang darjat..mungkin sebilangan saja..kecil@besar bilangan itu bergantung pada situasi masa@tempat..namun bila insan itu memilih darjat..insan ini menolak rahmat dan hidayah Allah yg cukup tinggi nilainya..disebabkan rahmat kurniaan Allah tidak datang dalam bentuk barang..tapi rasa syukur selalu..itu lah kedamaian yg tidak dapat dibayar dengan wang ringgit..ditahap mana pun kita...kita hamba Allah yg dicipta dengan kesempurnaan..peringatan utk diri kak ani sendiri..InsyaAllah...

Razif Radzi said...

Datin: Betul datin. Pandangan datin amat bernas lagi tepat. Namun istilah penjagaan standard ada pada masa-masa tertentu yg boleh digunapakai terutama dresscode (kod pemakaian). Apapun pengkongsian pendapat datin amat dialu2kan.

Einaz Shah Rizal Thomas said...

betul tu (:

z'aini said...

"Dresscode" yang merimas dan melemaskan...kita tidak diberi pilihan mengitu citarasa hati sendiri...kadang2..tapi kadang2 tu adakalanya..hati kita jadi "Frozen Food"...