Powered by Nuffnang

08 February 2011

Tuanku Mizan terbang dengan Sukhoi SU 30MKM ronda Langkawi

Tuanku Mizan menunjukkan isyarat bagus
Kagum sungguh bila Tuanku Mizan ronda Langkawi dengan pesawat Sukhoi TUDM. Dengan kelajuan supersonik, Tuanku berlepas dari Pengkalan TUDM Butterworth ronda-ronda Langkawi yang dipandu oleh  Pegawai Memerintah 11 Skuadron, Kolonel Mohd. Asghar Khan Gauriman Khan dengan diiringi sebuah lagi  pesawat pejuang TUDM jenis FA/18D Hornet. Mesti la bestkan. Tuanku pun gembira. Tuanku Mizan juga merupakan Ketua Negara Pertama Di Dunia menaiki Jet Sukhoi tu. Sumber berita dari Utusan Online.
BUTTERWORTH 7 Feb. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini dibawa menaiki jet pejuang Sukhoi SU-30MKM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena lawatan Seri Paduka Baginda ke Pangkalan Udara TUDM di sini.

Ia merupakan peristiwa bersejarah kerana Tuanku Mizan merupakan ketua negara pertama yang menaiki pesawat Sukhoi yang dibawakan khas dari Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu.
Pesawat yang membawa Seri Paduka itu bertolak kira-kira pukul 10.40 pagi dan mengambil masa 45 minit mengelilingi ruang udara Pulau Langkawi, Kedah dan Pulau Pinang pada kelajuan supersonik.
Jet itu dipandu Pegawai Memerintah 11 Skuadron, Kolonel Mohd. Asghar Khan Gauriman Khan dengan diiringi sebuah lagi pesawat pejuang TUDM jenis FA/18D Hornet.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, Seri Paduka begitu teruja dapat merasai pengalaman bersama menerbangkan pesawat tempur itu selain menyertai Kelab Supersonic TUDM.
''Ketika sesi taklimat sebelum penerbangan juga, Seri Paduka begitu gembira untuk terbang dan menunjukkan kepada rakyat jelata keupayaan pesawat Sukhoi untuk terbang dan beroperasi dengan baik," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.
Malah, katanya, Tuanku Mizan juga menunjukkan rasa gembira apabila selamat mendarat dan bertitah mahu mencuba penerbangan lain selepas ini.
Sementara itu, Mohd. Asghar Khan berkata, beliau berbangga kerana terpilih untuk menerbangkan Seri Paduka dan bersyukur apabila penerbangan itu berjalan dengan baik.
Menurutnya, beliau membawa Seri Paduka terbang pada ketinggian 15,000 kaki dengan kelajuan maksimum ke Pulau Langkawi sebelum turun ke paras 200 kaki bagi membolehkan Seri Paduka menikmati pemandangan di sekitar pulau legenda itu.
''Saya juga membawa Seri Paduka ke Pulau Pinang dan terbang di sebelah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan Jambatan Pulau Pinang'' katanya.
Terdahulu itu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di pangkalan itu disambut Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Rodzali.
Sebaik tiba, Tuanku Mizan memeriksa kawalan kehormatan utama sebelum diberi taklimat mengenai pesawat Sukhoi SU-30MKM oleh Rodzali.
Kredit: http://www.utusan.com.my

1 comment:

marina anakcikbob said...

aku rasa Tuanku ni la Agung yang paling sporting skali..