Powered by Nuffnang

26 June 2012

Tahniah. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Jabatan Penjara Zon Utara 2 telah diadakan pada 20 Februari 2012 di Institut Aminuddin Baki, Jitra. 5 pegawai Akademi Koreksional Malaysia yang terpilih pada tahun ini ialah Inspektor Razif Radzi (saya ke?), WP Juwaini Zul Hazmi, WP Hisomuddin, Cik Noriza dan Encik Fairuz. Tetamu kehormat ialah Y. Bhg Dato' Alwi bin Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pendaftaran & Imigresen). Turut hadir  ialah Y. Bhg Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.S KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) dan Pengerusi Pengelola Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011, peringkat Zon Utara 2, PKP Amir Shariffuddin bin Abd. Majid, Pengarah Penjara Alor Setar serta Ketua-ketua institusi Zon Utara 2.

Pengarah kami, PKK Mohd Sabri Yaacob turut hadir mengharapkan perkhidmatan yang cemerlang ini harus diteruskan demi jabatan yang disayangi ini. Balik dari majlis itu, kami mengadakan sedikit majlis kesyukuran di Cafetaria AKM sebagai tanda ucapan terima kasih di atas sokongan pihak pengurusan, pegawai-pegawai kanan dan semua anggota dan staf AKM.

Belakang dari kiri: Cik Noriza, WP Hisomuddin, IP Razif, WP Zulhazmi, En.Fairuz
Depan dari kiri: KPj Wan Abdul Rahman, Dato'Alwi, Datuk Wira Zulkifli, PKK Mohd Sabri
En.Razip sedang menerima penghargaan itu.

No comments: