Powered by Nuffnang

07 June 2010

Selamat Datang ke Langkawi..

Cuti sekolah sudah bermula.. Maka ramailah pengunjung-pengunjung ke Langkawi Permata Kedah ini. Jalan-jalan di tengah pekan akan sesak laksana di tengah ibu kotaraya dengan kereta-kereta yang disewa. Arakian yang menyebabkan kesesakan adalah kerana pemandu-pemandu dari kalangan pelancong yang tidak mahir dengan jalan di sekitar Langkawi. Yang demikian banyak juga berlakunya kemalangan kerana cuai dan leka. Walaupun ingin mencari "Ismail Group" atau "Idaman Suri", semua pelancong dinasihatkan mengikut peraturan jalanraya dan memandu seperti biasa. Kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan pemandu-pemandu tidak memberi isyarat kenderaan dan tidak memandang kiri dan kanan kerana mungkin keghairahan melancong atau keterujaan melihat Ismail Group dan Idaman Suri itu. Pelancong-pelancong juga dinasihatkan agar menyewa kenderaan yang mempunyai permit yang sah supaya tidak disaman atau ditahan Polis Trafik.
Tempat-tempat yang menarik di Langkawi banyak termasuklah Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pantai Chenang, Kereta Kabel, Dataran Lang, Taman Lagenda Langkawi, Telaga Air Hangat, Telaga Tujuh, Gunung Raya, Taman Buaya, Underwater World, Taman Burung, dan Pulau-pulau sekitarnya. Saya ingin mengingatkan pemandu-pemandu agar berhati-hati di jalan raya. Pandu Cermat Jiwa Selamat, Pandu Laju Selamat Hari Raya.