Powered by Nuffnang

26 May 2009

Mat Yie Kahwin..Tahniah ((aku bila lg)).. 24 Mei 09





Cikgu Mat Yie telah melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya di kuala perlis..rombongan Cik Kiah diketua PP Nik Robidin dan bersama 25 ahli rombongan yg laen telah menaiki feri jam 11pagi dan sampai 12 t.hari dijemput oleh Bas Jabatan oleh pemandu dari Penjara A.Setar((time kasih)).. Tahniah diucapkan kepada Mat Yie.. walaupon rombongan Cik Kiah kecewa keran xdapat pegi ke Padang Besar atas sebab2 tertentu namun terubat juga dgn sekilo manggis

Kasut Bola dan Futsal




hari jadi baru ni aku da beli sepasang lg kasut, Nike ninety,bukan sahaja utk bermain malah berfoya2 dgn kasut itu.. kasut aku Nike yg putih tu akan dijadikan backup tak pun utk jasmani pagi.. minggu ni Tn Arizan (pengurus pasukan) bersama Dae (coach striker) akan press dlm susunan strategi,tmbh2 aku yg br blajar maen ni.Dae akan menitik beratkan shooting accuracy supaya aku dpt menjaringkan gol..tekanan perlawanan yg dulu dijadikan pengalaman terbaik utk dijadikan pembelajaran..striker2 dan pemain2 lain juga akan bertungkus lumus menjalani latihan intensif oleh Tn Arizan.. Presiden Kelab Peminat AKMfc,Pn Mazuin dipetik berkata,ahli ahli kelab akan memberikan sokongan padu utk perlawanan seterusnya.. kekalahan 2x berturut2 membuatkan pengurus pasukan berang dan meminta supaya perlawanan berikutnya tidak menghampakan lagi. haritu Tn Arizan dan Pn Mazuin xdak sebab pi kursus so pemain2 bnyk melakukan mistake.. diharapkan latihan intensif akan memberikan impak positif pd perlawanan akan datang.. timbalan presiden kelab penyokong, Cikgu Yati (isteri Cikgu Dae) berkata, sbg langkah yg lebih konsisten ke arah latihan yg jitu, kelab telah menaja 2 biji bola Nike yg baru..jd marilah kita latih bersungguh2..sementara itu kecederaan buku lali striker jersi 17 (blum cetak lg)tidak menghalang beliau meneruskan latihan dan game seterusnya((aku le tu))

Lawatan PLKN 20 mei 09






pada 20hb mei aritu aku diminta memberi ceramah kepenjaraan kepada budak2 plkn.seramai 40org termasuk 2 guru pengiring.30minit je aku bg ceramah pastu aku pon boring lantas ada idea bermain dgn budak2 plkn tu..tgkla aksi diaorg..nama game 2 ialah superhero..diorang pon ngantuk gak kalau dengar je..tp budak2 ni bnyk plak tanya.mujur aku ada gak pengalaman kat Kemunting dulu.. citer la sket2 pasal I.S.A, POPOC kat kemunting nun..citer sebat rotan,gantung supaya remaja2 tak isap dadah..belia benci dadah..27hb ni ada satu lg lawatan..apa lg aku nak main.. susah nak bg ceramah yg menarik kat budak2,sape suke dgr ceramah kan.. kena create situasi yg riang..hehehe..t kalau RAMFC nak dtg mlawat pon bleh,skit2 pasal penjara dan Akademi Koreksional..

21 May 2009

Taskirah, kenduri Besday..

  

 
Kap Ba Ra Kap Ta Nun... Keberkatan...
hari ni taskirah bertajuk Tidur.. marilah kite tidur,sbb kalau xcukup tido t keje x efektif,tak produktiviti,kata ustazah liLy..
dan arini selepas itu diadakan sedikit makan-makan (soto) sempena besday aku (16mei) dan Sham (17 mei).. tenkiu smua yg mendoakan kesejahteraan,pnjg umo,murah rezeki,cepat kawin... hehehe..

17 May 2009

Perutusan 16 Mei 1984 - 16 MeI 2009

sempena dengan ulangtahun yg ke 25 ni, aku mengucapkan tahniah dan syabas kpd diri sendiri kerana berjaya mengharungai setiap detik dengan tabah dan perkasa.. diharapkan kami akan terus berjuang hingga titisan darah yg terakhir.selain itu juga marilah kita bermuhasabah diri utk menambahbaikkan diri,keluarga,dan sebagainya.. juga tak lupa kepada guru2 yg pernah memberi setitik ilmu yg berguna kpd sy dan diri sy sendiri.. Selamat Menyambut Hari Lahir ke 25, Selamat Hari Guru, dan Selamat Hari Raya... Majulah Penjara untuk Masyarakat Berguna.. Jauhi dadah, arak,judi,ajinomoto berlebihan. 

Training FutsaL 4 AKM SuperStar

  
setiap minggu team futsal AKM menjalani latihan.. latihan ni utk menambahkan stamina, meningkatkan skill,kerjasama,kefahaman,taktik dan sebagainya.. sbg satu riadah antara kakitangan AKM (Akademi Koreksional Malaysia).. semua org pasti gembira.. gabungan yg menjadi stakat ini adalah melalui larian lintang Fahmi yg berjaya mengelirukan pertahanan, tengah dan penjaga gol lawan... kalau ada mana2 team yg ingin friendly dgn kami bolehlah menghubungi diriku ini.. no tel seperti yg tertera di kaca tv anda. 0192216354. tekan 1 utk rm1, 5 utk rm650, dan 9 utk Lancer... kihkihkih... yg pic kat bawah 2 ialah penyokong kuat team AKM -zeti erlina, kekasih gelap nih.. sebelum maen jd baby sitter dlu.. comey dak.. biase jer..

Makan KFC...



4 inspektor neh gi makan kfc plak... sempena dengan hari jadi tn redzuan..pn Majuin yg belanje la.. hehehe.. ayam rogeng,pepsi sebotol,koslow dewi,kentang putar alam,eskerim.. sedap beb.. da balik pon bungkus twister a.k.a roti canai menyaluti ayam.. so slamat hari raya yer smua.. 

11 May 2009

Novel Ramlee Awang Murshid

aku bukanlah peminat novel walaupun seorang yg minat membaca yg lebih tertumpu pada sejarah,misteri sejarah camtu. namun aritu aku beli la satu novel bertajuk A.D.A.M-aku darah anak Malaysia karya RAM utk sorg kawan.. tp sebelum bg tu aku sempat la baca,mmg agak menarik,kurg2la jiwang mcm novel lain,konflik yg menarik,jln citer yg menarik,bahasa yg mudah,maka aku pun beli la karya lain RAM,bagaikan puteri,nah..menarik giler,terus bc sambungan trilogi 2-Cinta Sang Ratu,Hijab Sang Pencinta.. Semalam da abiskan citer Rahsia Perindu..aku dapat menghayati sbb lokasi2 tu mmg familiar sgt..kajang,tempat aku training 9bulan kat Maktab Penjara Kajang..dlm sel,mstila aku tau sbb aku keje jail,hotel aseania,dekat jer dgn umah aku slalu jer lalu situ..cuma kL je aku xtau,hik3.. lagi satu,br ni aku da pesan 6buah buku, Satu Janji, Mandatori,Tombiruo,Tombiruo Terakhir,Rahsia Perindu dan Ranggau.. yg best plak,ada t.tgn siap dgn nama lg..kagum sudah.. Mikhail da lama bc.. kire ada lg 3 blum dpt, Pei Pan, Anugerah Pertama, dan igauan Maut.. yg lain da complete.. lupa nak ucap time kasih kat member aku,Fara yg susah2 tolong belikan ke enam2 buku tu kat pesta buku dan ambik autograf RAM.. lg satu aku bukan Inspektor Polis, tp Inspektor Penjara..
           

Lawatan Ke Gua Kelam



Bersambung dr post sebelum ni,kiteorg melawat Gua Kelam, Perlis yg terletak di Kaki Bukit kira2 36km dari Kangar.Gua Kelam dahulunya terkenal dgn Lombong Bijih Timah yg bermutu tinggi. gua ini menjadi penghubung penduduk Wang Kelian dengan Kaki Bukit. panjang titi 370m atau 15minit berjalan menembusi gua itu..cahaya yg suram dan deruan air yg mengalir di bawah titi agak menyeramkan jika berjalan sorg2.. di sebelah gua sana adalah kawasan perkelahan dan tapak perkhemahan,air sungai yg mengalir sungguh jernih dan nyaman.. 
terdapat juga Gua Kelam 2 yg baru dibuka iaitu di sebelah Gua Kelam ini,pengunjung boleh menaiki train yg disediakan utk lawatan. malangnya,kiteorang tidak berkesempatan melawat kerana sudah lewat..

Lawatan Sambil Belajar Ke Perlis Indera Kayangan......







9hb Mei 2009,satu lawatan sambil belajar bersama kawan2 iKa dr Maybank iaitu encik Sharil,Sapinah,Fara,Puteri,awai, dan  kacang selaku Co-pilot telah bersama2 menjayakan rombongan ini.seorang lg peserta,bintik menyertai disebelah mlm shj..lawatan bermula dengan menaiki train dr KL sentral jam 8mlm dan tiba di Arau jam 9pagi. bersarapan di Stesen. Check in di hotel Seaview K.Perlis dan makan t.hari di Restoran Pokok Sawa,ramai btul org mcm rumah kenduri,bkn ape mkanan yg sedap dan murah,(menu spesel Keli salai). pastu bergerak ke Padang Besar,membeli belah mcm2,tshirt,tedi bear,jajan,asam, dan mcm2 lg la..penuh van.. borong sakan... sampai lupa diri..hahaha..pastu bergerak ke Gua Kelam tp da tutup plak.. jd keesokan harinya pegi semula..
pada mlm tu dinner di Kuala Perlis,seafood,menu nya ialah,ikan bakar(Gerud - eja Derud hikhikhik),masak 3rasa (siakap),kailan ikan masin,tomyam campur,udang tepung,sotong tepung,kerang rebus,ulam2 ulaman,fresh oren 2jug,makan sampai kembong perut..
mlm tu lepas mkn jln2 kat uptown depan brasmana hotel..habis jalan pi karoke.. pelik,time org nyanyi riuh,time aku nyanyi senyap,konpom sumbang teruk,aku pakar men sumbangkan lagu.. 
keesokan harinya,bergerak ke gua kelam (sile bc post "gua kelam")...  abis je pusing gua kelam kiteorang ke Pesta Harumanis,ramainyer org kat situ membelibuah  pelam semata2.. da abis semua kiteorng pun balik dan check out hotel..jam 2ptg,kiteorg makan laksa k.perlis kat jeti k.perlis..selepas abis mkn,mereka pun berpisah,diorg nek bas ke K.L 2.30pm,aku blik lgkawi feri 2.30 jugak.. Semoga mereka semua gembira sepanjang di sini,lepas blehla buat lawatan ke langkawi plak,aku slaku tuan rumah dan penganjur..

07 May 2009

Taskirah Pagi Khamis

Assalamualaikum.. Kap Ba alif ha alif Khof Ya Nun.. Kebahagiaan.


setiap pagi khamis di AKM ada Taskirah yg dikendalikan oleh Ustaz Ajwad dan Ustazah Lily. tajuk pada pagi ni ialah Kebahagiaan yg disampaikan oleh Ustazah Lily. 4 perkara kebahagian itu ialah isteri solehah, rumah yg luas/selesa, kenderaan yg selesa dan jiran yg baik. yg menariknya asyik di ulang Lancer, Lancer, Lancer.. Insyaallah la tu kalau ada rezeki, cuma rumah xberapa nak luas.. juga xlupa kepada Wajara Rozi, semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah s.w.t yg menaja sarapan Nasi lemak sambal sotong yg lazat lg menyelerakan.. Semoga yg taskirah yg disampaikan akan diamalkan, insyallah..

06 May 2009

IP Redzuan, Arizan, Mazuin


Ni citer kami berempat, IP Redzuan, Arizan, Mazuin, 4 org inspektor di Akademi. kami berempat saling tolong menolong macam satu keluarga. Apa yg penting,Kejesame,Apa yg same kejepenting, apa yg keje,same penting.jadi Redzuan telah dilantik menjadi abg Long, Mazuin Kakngah dan Arizan abg cik,aku paling junior. Tn Redzuan (yg nmpak belakang je tu) pakar bisness. korang tau tak,keta kancil 2 kena tax 40ribu sbb pgawai kastam ingat keta peugot,ada ke patut.. agak2 aa...mmg jd bahan.. klakar btul..pasni tinggal 3,sbb pn mazuin akan posting penjara Kluang. ramai lg nak posting..Kak Shima(asrama) dan Ustazah Lily pun sama. ikut Husband diaorg.. aku insyaallah stay cni 10 tahun g kot.. xikut husband..

Yuna - Dan Sebenarnya

korang penah dengar lagu Yuna.. Dengarle.. nah sekali dengan lirik.. Enjoy..

Oh bulan,
jangan layan diriku lagi pabila
air mata membasahi pipi
dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman itu
kau juga merindui aku

ku enggan berpura-pura ku bahagia
ku enggan melihat engkau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman itu
kau juga merindui aku
oh


05 May 2009

Al- Fatihah

Buat Allahyarham Staf Azali, Jurulatih di Maktab Penjara yang telah pulang ke rahmatullah pada 1hb Mei 2009 (Jumaat). Beliau merupakan jurulatih kami Platun B untuk SMPP siri 01/2008, seorang yang tegas dalam latihan. Semua Kakitangan Akademi Koreksional Malaysia, dan bekas pelatih Platub B SMPP siri 1/08 mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Segala jasa dan pengorbanan beliau, hanya Allah s.w.t saja yang mampu membalasnya. Semoga roh beliau dirahmati Allah hendaknya. Sama2 kita sedekahkah Al-fatihah..

Puan Mazuin Nak Kawin


Inspektor Mazuin akan berkahwin dengan inspektor azhar kassim(penjara kluang) pada 6 Jun ni.. jd tahniah la pada puan mazuin.. abih la aku xdak geng.. tinggal IP Redzuan dan IP Arizan jer.. tp xpa warga AKademi mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia teruk2 dan laju2..

Perlancongan Ke Tasek Dayang Bunting




Hari Sabtu aritu pegi Island Hopping dengan 2 kawan aku.. Pakejnyer 2pulau, Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah. pastu tgk eagle feeding,besar siot helangnyer.Kat Pulau Dayang Bunting ader Tasik Dayang Bunting, bayangkan air tasik di tengah2 laut, err dalam pulau 2 la, bley plak ada water sport.. kalau korang minat melancong dan suke pantai, pulau dan laut hubungi le aku.. bukan takat gi jalan2 jer ader plak watersport mcm Banana Boat, Parasailing(payung terjun nih),jetski,dan mcm2 lg la..pic2 nyer t aku upload,xcopy gi pic2 2,sure korg terpesona..

Kursus Di Akademi Koreksional Malaysia

  • pegawai peperiksaan 25 - 28 mei
  • kaunseling/sub budaya 24 - 28 mei
  • mpk dan fail meja 19 -21mei
  • plan kontigensi 18 - 20 mei

Latihan Menembak AKADEMI Bersama TTC


4hb mei, kami ramai-ramai pi LISRAM latihan menembak. Latihan melibatkan target dan plate. 2jenis pistol digunakan, MP9 dan Glock. 30 butir(diisi dlm 2magazine) tembak target markah penuh 300. MP9 plak shoot 5 plate.. malas nak cakapla kang riak plak, aku score 199/300.. hehe. sebab aritu mase eskot mmg da guna mP9 so rilek2 je.. walaupun hujan kiteorg layan jer smpai melecur jari,isi peluru bnyk2,tembak la puas2.. bile lg kan..


 ni le antara aksi2 aku.. haha.. pengasuh2 bj hitam 2 geng TTC (Tim Tindak Cepat - Jabatan Penjara). semua yg pegi mantap2.. antaranya Tuan Asmadi (in-charge nih), Tuan Azhari, Mat Rozi.. Aku xla terror sgt.. biase2 jer.. da la pakai spek mcm naruto, ala2 counterstrike plak.. hehehe.. apapun tenkiu Tuan Yusli dan Team TTC yg laen..