Powered by Nuffnang

22 October 2010

Rooney buat hal pulak.

Akhir-akhir ini Man United kurang sikit prestasi. Bila terbongkar skandal dan cerita Rooney yang curang, banyak pihak marah termasuk penaja-penaja yang menarik balik penajaan. Aduh Rooney saja buat hal. Hari ini, dalam Utusan Online, Rooney nak pindah kelab. Ikut suka abang Rooney la. Jangan jadi macam Beckham dan Ronaldo sudah, bintang yang bersinar terus malap.


LONDON - Wayne Rooney menyalahkan kegagalan Manchester United berbelanja besar untuk menguatkan pasukan, mendorong dia mengambil keputusan enggan menandatangani kontrak baru bersama juara 18 kali Liga Perdana England itu.Rooney mengejutkan United minggu lalu, apabila memberitahu ketua eksekutif, David Gill bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu, kerana kurang senang terhadap polisi kelab yang kurang bercita-cita dalam pasaran perpindahan pemain.
Pengurus Alex Ferguson kemudiannya mengumumkan keputusan Rooney Selasa lalu, ketika pemain berusia 24 tahun itu masih diberi pilihan untuk kekal di Old Trafford.Namun, Rooney dilihat tetap berhasrat untuk meninggalkan kelab tersebut."Saya bertemu David Gill minggu lalu dan dia tidak memberikan saya apa-apa jaminan tentang masa depan pasukan ini.
"Kemudiannya, saya memberitahu dia bahawa saya tidak akan menandatangani kontrak baru. Saya berminat untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Alex kelmarin, dan terkejut dengan beberapa kenyataan beliau.
"Memang benar, seperti yang dikatakannya, saya dan ejen saya telah beberapa kali berbincang dengan kelab mengenai kontrak baru.''Pada satu mesyuarat Ogos lalu, saya bertanyakan mengenai jaminan terhadap keupayaan berterusan kelab untuk menarik pemain terbaik dunia,'' kata Rooney dalam kenyataan, kelmarin.Rooney memenangi tiga trofi Liga Perdana England dan sekali Liga Juara-Juara, sejak menyertai United pada 2004 dari Everton dengan bayaran AS$40 juta.
Namun, United hanya memenangi Piala Liga musim lalu, selepas kehilangan Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.
United tidak membeli mana-mana pemain berprofil tinggi sebagai pengganti, walaupun memiliki simpanan tunai 163.8 juta pound, pada tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun.
Keupayaan United untuk bersaing membeli pemain terbaik dunia, dihampakan dengan beban hutang lebih 750 juta pound, ekoran pengambilalihan kelab itu oleh keluarga Glazer pada 2005.
Rooney juga membandingkan kelab jiran, Manchester City yang secara dramatik berbelanja besar, jauh mengatasi United sejak dua tahun lalu setelah dibeli oleh usahawan dari Abu Dhabi, Sheikh Mansour. - AP.

p/s: ikut suka abang Rooney la ye.

No comments: