Oh bulan,
jangan layan diriku lagi pabila
air mata membasahi pipi
dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman itu
kau juga merindui aku
ku enggan berpura-pura ku bahagia
ku enggan melihat engkau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman itu
kau juga merindui aku
oh
No comments:
Post a Comment