- www.therazifradzi.com
- Saya telah membeli domain baru.
- Merupakan website/blog rasmi.
Ray Amikie.
Dalam hati ada taman. Dalam taman ada beruang.
Powered by Nuffnang
25 November 2017
12 June 2013
NOVELIS: ISMI FA Ismail
ISMI FA Ismail adalah seorang penulis muda yang sedang mengembangkan bakat penulisan di dalam arena kenovelan Malaysia. Walaupun namanya tidak segah Ramlee Awang Murshid, J.K Rowling atau mana-mana penulis hebat lain tidak bermakna tulisan beliau tidak hebat. Muncul dengan novel-novel hebat beliau: MISTIKA LAGENDA, JANGAN BACA NOVEL INI, HIDUP CINTA TAKDIR dan CINTA Out Of This World.
MISTIKA LAGENDA
Mengisahkan tentang sejarah Pulau Langkawi. Semestinya menarik perhatian saya yang merupakan anak jati Langkawi. Buku ini juga boleh dijadikan panduan pelancong-pelancong atau pengkaji sejarah tempatan. Selain cerita tentang Mahsuri yang menjadi teras buku ini, terdapat juga cerita-cerita seperti:
Putri Mambang Sari dan Tasik Dayang Bunting, Sang Gedembai, Gua Cherita, Gua Langsuir, Pari-pari Telaga Tujuh, Merong Mahawangsa, Jentayu dan Garuda, Gergasi Mat Raya dan Mat Chinchang, Beras Terbakar, Telaga Ayer Hangat, Asal Nama Tempat-tempat di Pulau Langkawi.
Terdapat juga sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka yang penting untuk Pendidikan Sastera Bahasa Melayu. Bolehlah saya syorkan kepada Kementerian Pelajaran untuk dijadikan buku teks pelajar untuk Bahasa Melayu dan Sastera.
JANGAN BACA NOVEL INI
Ini "killer" novel beliau. Kalenjar-kalenjar akan merembeskan hormon-hormon ketakutan dan keseraman tahap melampau. Saya berharap novel ini boleh diadaptasi menjadi filem seram. Sambungan novel ini dijangka pada 7 Julai 2013 ini.
Novel ini tidak digalakkan dibaca ketika berseorangan. Ini novel seram yang pernah saya baca. Saya telah menggigil sebelum pun sampai tengah buku. Ceritanya terlalu seram sampai saya tak dapat nak cerita di sini. Kesimpulan novel ini, "mujur aku bukan abang Munir!" Ingatan: tidak sesuai untuk pembaca bawah umur 13 tahun walaupun ada Adib seorang budak yang misteri itu.
HIDUP, CINTA, TAKDIR
"best seller" beliau Hidup,Cinta, Takdir. Novel ini menceritakan jalan hidup manusia biasa yang penuh misteri. Kehidupan manusia memang misteri, dipenuhi kasih sayang walaupun jasad dan nyawa sudah tiada. Novel ini kisah biasa kehidupan tetapi "thrill". Saling berkait antara satu sama lain tanpa diduga. Patutla "best seller". Kisah-kisahnya mungkin pernah terjadi di alam realiti. Sebagai contoh, orang yang menjadi kekasih kita yang baru kita kenali, rupa-rupanya kecik-kecik pernah kita jumpa, selisih bahu, atau bantu. Atau ada gambar kita termasuk dalam gambar dia semasa melancong tanpa kita sedari. Jadi percayalah, hidup kita penuh dengan keajaiban.
CINTA out of this world
Ini novel cinta yang "extraordinary". Peminat novel-novel tempatan patut memiliki naskhah ini. Apa yang unik tentang kisah di dalam novel ini, 3 watak - Arman: yang mewarnai hidup seorang gadis yang nampak semua benda adalah kelabu! Sehingga akhirnya kelabu itu berwarna semula.
Aidil bersama seorang gadis yang mempunyai "split personality". Ala-ala Leonado De Caprio dalam filem Shutter Island. Tapi ini lagi dasyat, 5 personaliti!
Dan Adam berkomunikasi dengan orang yang sudah tiada di dunia ini.
Cinta boleh menukar manusia biasa menjadi superhero yang ada superpower. Cerita cinta mereka yang menarik, Cerita cinta luarbiasa.
Jadi dapatkan di pasaran sekarang atau boleh terus dapatkan dari penulis ini atau boleh menghubungi saya untuk mendapatkan novel-novel tersebut.
Penulis: ISMI FA ISMAIL
Peringatan:
Tulisan di dalam post ini mungkin tidak menepati Bahasa Melayu standard dan tidak sesuai digunakan dalam karangan di sekolah atau mana-mana pusat pengajian.
Lamanya tidak 'update'
Setelah sekian lamanya saya tidak update sebarang post di blog. Mungkin disebabkan kesibukan melampau iaitu workaholic, workamilo, workatea, menyebabkan amat tidak menyempatkan diri. Walaupun post saya bukanlah penting sangat, tapi seronok jugak dapat berkongsi dengan seluruh dunia. Lagipun pada masa sebelum ini terutama sebelum PRU13 banyak mengkaji bahan-bahan yang dipost oleh "askar kacang soya" yang berkaitan dengan politik. Kebanyakannya tidak benar. Lebih kepada fitnah dan serangan ke atas minda pengundi-pengundi muda. PRU yang saya anggap sungguh sengit ini membuatkan berdebar-debar menunggu keputusan diumumkan. Syukurlah, kerajaan masih mengekalkan kuasa, namun harus diingat, kerajaan perlu meningkatkan mutu kepimpinan. Rakyat masih bagi peluang! Selamat tahun 2013. (Alamak dah bulan Jun 2013! hahaha)
26 June 2012
Tahniah. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Jabatan Penjara Zon Utara 2 telah diadakan pada 20 Februari 2012 di Institut Aminuddin Baki, Jitra. 5 pegawai Akademi Koreksional Malaysia yang terpilih pada tahun ini ialah Inspektor Razif Radzi (saya ke?), WP Juwaini Zul Hazmi, WP Hisomuddin, Cik Noriza dan Encik Fairuz. Tetamu kehormat ialah Y. Bhg Dato' Alwi bin Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pendaftaran & Imigresen). Turut hadir ialah Y. Bhg Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.S KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) dan Pengerusi Pengelola Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011, peringkat Zon Utara 2, PKP Amir Shariffuddin bin Abd. Majid, Pengarah Penjara Alor Setar serta Ketua-ketua institusi Zon Utara 2.
Pengarah kami, PKK Mohd Sabri Yaacob turut hadir mengharapkan perkhidmatan yang cemerlang ini harus diteruskan demi jabatan yang disayangi ini. Balik dari majlis itu, kami mengadakan sedikit majlis kesyukuran di Cafetaria AKM sebagai tanda ucapan terima kasih di atas sokongan pihak pengurusan, pegawai-pegawai kanan dan semua anggota dan staf AKM.
Pengarah kami, PKK Mohd Sabri Yaacob turut hadir mengharapkan perkhidmatan yang cemerlang ini harus diteruskan demi jabatan yang disayangi ini. Balik dari majlis itu, kami mengadakan sedikit majlis kesyukuran di Cafetaria AKM sebagai tanda ucapan terima kasih di atas sokongan pihak pengurusan, pegawai-pegawai kanan dan semua anggota dan staf AKM.
Belakang dari kiri: Cik Noriza, WP Hisomuddin, IP Razif, WP Zulhazmi, En.Fairuz Depan dari kiri: KPj Wan Abdul Rahman, Dato'Alwi, Datuk Wira Zulkifli, PKK Mohd Sabri |
En.Razip sedang menerima penghargaan itu. |
20 June 2012
Alamak..Sudah 6 bulan tak naiktarikh/update
Nampaknya pada tahun sungguh sibuk yang amat sangat. Aku pun tahu kenapa. Sedang mencari masa untuk naiktarikh/update entri-entri baru.Banyak sebenarnya,cuma tak sempat-sempat, Duni semakin pantas. Mungkin masa tinggal cuma 20jam sehari. Terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga sedar-sedar dah 6bulan blog ni terbiar begitu sahaja. Ampunkan hamba. Tapi apa ada hal. Blog ini tak update 25 tahun pun siapa yang kisah agaknya. baiklah, nanti saya rajin saya update. Terima kasih.
16 March 2012
3 bulan blog berabukkk...
Disebabkan kerja yang sangat banyak, memang tak dapat nak update blog ni hampir 3 bulan. Maka terpaksalah mengupdate nya banyak-banyak. Sebenarnya bahannya banyak cuma tak berkeupayaan nak update. Maka cerita nya sudah lama namun biarlah kan.Lalala...
21 November 2011
Wiraku tak gentar... Go tigers! Go tigers!
Malam ni Harimau Malaya akan bertemu Garuda untuk pingat emas Sukan Sea 2011. Seluruh rakyat Malaysia akan memberikan sokongan terbaik kepada pasukan negara. Kita mendoakan agar Harimau Malaya dapat membaham Garuda.
Wiraku tak gentar...
Wiraku tak gentar...
01 November 2011
Taklimat Akademi Koreksional kepada SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-MADRASAH AL-ALAWIYAH ADDINIAHI
1 November 2011 - Seramai 56 pelajar perempuan Tingkatan 3, Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Addiniah dari Arau Perlis bersama 4 orang guru telah membuat lawatan sambil belajar ke Akademi Koreksional Malaysia. Pelajar-pelajar yang ala tomei-tomei comel-comel ini datang dengan gembiranya ke sini. Sesi dimulakan taklimat ringkas mengenai Jabatan Penjara. Taklimat AKM pula bertumpu kepada Core Business (Latihan) AKM. Selain itu, kemudahan-kemudahan dan persekitaran AKM turut diberikan penerangan. Slot seterusnya, lawatan sekitar kawasan sekitar AKM. Seperti biasa, pelawat-pelawat pasti teruja dengan Poolside yang "Cristal Blue" airnya. Akhir sekali, gadis-gadis jelita pelajar-pelajar ini dibawa menikmati minum petang di kafeteria AKM. Pada jam 5.00 petang, dengan wajah ceria, pelajar-pelajar ini meninggalkan AKM.
Lawatan ke perpustakaan AKM |
Dibarisi pelajar-pelajar sekolah agama. |
Berjaya membuat trademark. |
Keceriaan tergambar di wajah mereka. |
Taklimat dan Pameran Sekolah Rendah Kebangsaan Teriang, Langkawi.
Pada 25 Oktober 2011, saya bersama Puan Wan Syuhaida dan WP Saiful telah dijemput dan ditugaskan membuat pameran kepenjaraan dan taklimat Juvana kepada Pelajar tahun 1 hingga tahun 6 sekolah tersebut. Riuh sungguh budak-budak ni nak dengar ceramah. Slot taklimat saya bermula jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Manakala booth pameran dibuka dari jam 9.30pagi. Bersama-sama kami ialah jemputan dari Jabatan Kesihatan dan AADK (Agensi Anti-Dadah Kebangsaan). Nampaknya hujung-hujung tahun ni, sekolah banyak mengisi slot-slot dengan menjemput jabatan-jabatan untuk memberi ceramah yang berguna kepada pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar sekarang mempunyai access yang tinggi kepada maklumat-maklumat terkini. Diharapkan pelajar-pelajar mendapat pengajaran dan pengetahuan dari pameran dan taklimat yang disampaikan.
Taklimat Juvana di Sekolah Rendah Sungai Menghulu
Pada (lupa haribulan) saya dijemput dan ditugaskan menyampaikan ceramah taklimat berkaitan Juvana / Kepenjaraan kepada pelajar-pelajar tahun 6. Pelajar-pelajar sekolah rendah ini mempunyai pengetahuan yang agak tinggi. Namun apa yang merisaukan kita ialah kewaspadaan mereka pada masalah sosial yang melanda. Kebanyakan pelajar tahu dan faham mengenai jenayah tetapi mereka masih melakukannya. Pada taklimat itu, soalan yang ditanya juga sangat tinggi levelnya seperti peranan SUHAKAM, kes simbah asid (kenapa kerajaan tidak menyekat penjualan asid kepada pengguna? - dasyat soalan). Saya berasa gembira kerana taklimat ini mendapat sambutan yang baik, kerana taklimat berkaitan penjara di Daerah Langkawi ini amat kurang. (Masyarakat tanya, ada ka penjara kat Langkawi?- ndak ada bah.. Sini akademi / pusat latihan pegawai kanan penjara Malaysia/Antarabangsa). Memberi kesedaran pada awal seperti ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jenayah pada masa depan. (KPI - mengurangkan jenayah). Seperti kata pepatah / orang lama " Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Pelajar-pelajar tahun 6 |
Gaya wajib |
Mudah-mudahan berjayalah mereka. |
"Melentur buluh biarlah dari rebungnya...."
11 October 2011
Membuang virus "Shortcut Virus" dari Pendrive
Baru-baru ni banyak folder-folder dalam Pendrive/flashdisk saya telah menjadi shortcut. Langsung tak boleh buka. Jadi, saya pun tanya Encik Google tentang virus tersebut. Maka dapatlah satu software yang dapat menukarkan semula folder-folder shortcut tersebut kembali ke asal. Syukurlah, boleh recover balik. Kurang ajar betul virus itu, beliau telah meng'hidden'kan entah di mana file tersebut. Link untuk software tersebut ialah
http://www.svrtool.webs.com.
Cara mengguna software ini ialah download software ini. Kemudian copy software tersebut ke dalam pendrive/flashdisk anda. Kemudian klik software dan ikut arahan. Software ini tidak boleh diinstal di desktop anda. Selamat mencuba.
http://www.svrtool.webs.com.
Cara mengguna software ini ialah download software ini. Kemudian copy software tersebut ke dalam pendrive/flashdisk anda. Kemudian klik software dan ikut arahan. Software ini tidak boleh diinstal di desktop anda. Selamat mencuba.
10 October 2011
Teringin Samsung Galaxy Tab 10.1' dan Samsung Galaxy Ace
Baru-baru ini saya mencuba Samsung Galaxy Tab Angah saya, rasa seronok la pulak. Saya pun teringin. Jadi saya berkira-kira untuk memilikinya memandangkan di rumah ada streamyx 1Mbps, rugi la tak guna sepenuhnya kan. Masa dok tengok-tengok terperasan pulak Samsung Galaxy Ace. Terbaik. Dah macam I-Phone4, harga RM800 jer. Macam mana no.. Jom kita tengok...
Samsung Galaxy Tab 10.1' |
Telefon Pintar: Samsung Galaxy Ace |
Derma Darah kali ke 14
Kursus Asas Koreografi (senamrobik)
Puan Mona (baju biru) dan team nya |
Geng Nurse Pusat Kesihatan Daerah |
stepboard - din berbaju hijau |
otai sedang training |
otai sedang training -puan mona dok usha dari tepi |
Jadi, 2 hari balik, hari ni sakit-sakit satu badan sampai ambik MC le. Lemah benar. Apapun, pengalaman yang bagus ini akan digunakan dan di praktik sehingga badan menjadi cergas dan bertenaga.
Adoi..Dah bersawang...
dah lama tak update blog memandangkan banyak sangat aktiviti yang menyebabkan tak ada idea nak update blog. maafkan saya. saya akan terus berusaha selepas ini. (tapi entah bila..)
20 September 2011
Nak masuk syurga atau neraka?
Cikgu : murid-murid.. Siapa yang nak masuk syurga?
Serentak murid-murid menjawab sayaaa..! , Pijon yang duduk di belakang diam saja...
Cikgu : siapa yang nak masuk neraka..?
murid2 :tak mau....!!! AJOI tetap diam sja.
cikgu terus ke belakang dan bercakap dengan Pijon.
Cikgu : Pijon kamu nak masuk syurga atau neraka?
Pijon :dua-dua tak nak cikgu...
Cikgu : kenapa..?
Pijon: Bapak saya selalu berpesan kepada saya:
"Pijon Apapun yg terjadi kamu harus masuk TENTERA.."
Serentak murid-murid menjawab sayaaa..! , Pijon yang duduk di belakang diam saja...
Cikgu : siapa yang nak masuk neraka..?
murid2 :tak mau....!!! AJOI tetap diam sja.
cikgu terus ke belakang dan bercakap dengan Pijon.
Cikgu : Pijon kamu nak masuk syurga atau neraka?
Pijon :dua-dua tak nak cikgu...
Cikgu : kenapa..?
Pijon: Bapak saya selalu berpesan kepada saya:
"Pijon Apapun yg terjadi kamu harus masuk TENTERA.."
24 August 2011
Ho Ho Ho ke mak..
Emak: Haikal, bangun sahur. Cepat dah lewat.
Haikal: Ho Ho Ho Ho ke mak.
Emak: Ho ho ho hotak hang. Cepat la bangun. Tendang kang...
(terpengaruh iklan Horlick..kehkehkeh..)
Haikal: Ho Ho Ho Ho ke mak.
Emak: Ho ho ho hotak hang. Cepat la bangun. Tendang kang...
(terpengaruh iklan Horlick..kehkehkeh..)
18 July 2011
Kebangkitan Bola Sepak Asia
Pagi tadi menonton siaran akhir Bola Sepak Piala Dunia Wanita FIFA, Amerika menentang Jepun berkesudahan Jepun menang piala dunia wanita dengan (2-2) penalti 3-1. Apa yang menarik di sini ialah jelas kebangkitan bola sepak di Asia semakin menyerlah. Kita lihat perlawanan persahabatan Malaysia - Liverpool, walaupun kalah 6 - 3 tapi mutu perlawanan yang tinggi memberi keyakinan kepada kita kepada pasukan negara. Mungkin pemain - pemain kita berlatih di padang dan di rumah (main PS3) untuk mencari skill-skill yang boleh diguna pakai. Saya berkeyakinan Malaysia mampu menewaskan Singapura dan seterusnya menjadi wakil Asia ke Piala Dunia, kalau tak 2012, 2016 masih lagi boleh berharap (tu pun kalau Malaysia masih aman, kita semua berharap). Jadi, pasukan-pasukan negeri perlu meningkatkan prestasi pasukan ke tahap yang lebih baik, maka barulah ramai penyokong datang ke stadium. Pendapatan Persatuan Bola sepak negeri akan meningkat, barulah kaya macam Manchester United. Kehkehkeh. Sekurang-kurangnya liga Malaysia akan dimasukkan ke dalam FIFA 2013 ke 2014 kan. Boleh main di PC ke, PS3 ke, Xbox ke. Semoga skuad Harimau Malaya ni semakin digeruni.
15 July 2011
Bersih 2.0 : Polis tak cukup ganas.
Ramai orang mengutuk-ngutuk polis kerana keganasan semasa perhimpunan HARAM BERSIH. Sebenarnya, polis tak cukup ganas kerana hanya menyembur gas pemedih mata, menendang dan memukul PERUSUH-PERUSUH HARAM BERSIH. Apa yang aku nak kata di sini ialah, Agong dah kata tak payah, PM dah larang, tapi mereka ni kenapa la degil sangat. Ini menunjukkan rakyat kita (minoriti) memang tak paham-paham, taksub tak tentu hala. Aku benci betul, kita dapat tengok yang pakai kopiah, tok haji, pak lebai yang ramai dan ganas. Ini menjatuhkan imej negara dan umat Islam, kerana mereka ini lah yang menunjukkan keganasan yang melampau-lampau. Statitistik menunjukkan paling ramai adalah yang rata-rata menggunakan nama seperti Ahmad, Halim, Yusof, Din, Malik, tetapi Ah Chai, Chong, Ramesh, Cheng, Raju tak ramai pun. Mereka tak ramai sebab tak mau buang masa menyertai perhimpunan HARAM dan membahayakan diri kena sekeh dengan polis. Orang-orang kebanyakan tu tak tau pun apa tujuan BERSIH, entah-entah daftar undi pun tidak. Lepas ni aku yakin lebih banyak perkara seperti ini akan berlaku sebab yang kena tangkap dapat makan free, dapat masuk paper - glemer, dapat baju free.
P/s Bangunlah orang Melayu.....
P/s Bangunlah orang Melayu.....
Selamat kembali...
Aduh, dah sekian lama tidak meng'update'kan blog.jadi sukacita dimaklumkan ni la baru update. Lalalala...
15 June 2011
Jangan cepat bersangka buruk....
Alkisah.. Rahim sedang membetulkan laptop anaknya. Beliau ingin 'reformat' laptop itu. Dikeluarkan cd dan disalinnya cd key di dalam telefon bimbit di ruangan message. Tidak semena-mena isterinya tiba-tiba datang nak mengambil telefon bimbit dengan tujuan untuk belajar. Pelik sungguh, masa dalam orang tengah sibuk buat kerja la nak belajar telefon bimbitlah. Memang tak pasai-pasai kena la marah. Lalu, tetiba isterinya merajuk. Rahim pun konfius kenapa tiba-tiba merajuk pulak. Isterinya pergi ke kedai, konon-kononya nak beli nasik. Isteri pun keluar. Sedang Rahim membaiki laptop itu, sms masuk yang dihantar oleh isterinya. "nape marah sgt sy pegang hp abg. Mcm ada rahsia je dgn isteri pun. xpe sy tau.." Begitulah bunyinya. Dalam hati Rahim berkata, eh kenapa pulak tiba-tiba isterinya melalut bukan-bukan pulak. Barulah dia faham yang isterinya cemburu dan bersangka buruk. Sambil tersenyum dengan hati yang bara sebab tak boleh format hingga ke sudah, Rahim berfikir, perempuan memang betul-betul bersangka buruk. Itu bahaya, patut diselesaikan dengan cara diplomasi. Moral cerita, janganla kacau suami anda tengah buat kerja. Nak belajar ke, nak main ke, nak tekan-tekan tunggu la sampai abih keja..Ha tekan-tekan, belajar sungguh-sungguh.
12 June 2011
Tanggungjawab berat mendidik anak.
Semua orang mahu anak-anak mereka menjadi anak yang baik, berguna kepada agama, bangsa dan masyarakat. Namun, bukan lah mudah mendidik mereka, kerana salah cara atau terlalu memanjakan mereka akan mendatangkan masalah kepada mereka sendiri kerana mereka tidak dapat berdikari. Di usia bawah 12 tahun kita masih mampu mengubah gaya hidup anak-anak kita ini dengan keluar dari zon selesa. Memang benar, zaman kita dan mereka tidak sama, namun itu bukan bermakna kita perlu mengikut segala kehendak mereka. Saya dan isteri mengalamai masalah tersebut, kerana faktor sekeliling. Apabila berpindah ke tempat baru, suasana baru, persekitaran baru, anak-anak ini akan melatah. Sebagai ibu dan bapa kita perlu menangani dengan baik, dan bukan dengan turut menggelabah.
Mendidik anak- anak merupakan tanggungjawab ibu dan bapa yang sangat berat. Kitalah yang mencorakkan mereka dengan tangan kita. Kita tak perlu terlalu manjakan anak-anak kita, sebagai contoh mereka merajuk dan tidak mahu pergi ke sekolah kerana tidak dapat bermain PSP (PlayStation Portable). Ternyata itu satu ugutan dan ibu bapa tidak perlu menurut kehendak tersebut malah patut bertindak tegas (bukan memukul ya), supaya mereka tahu, dan membuang kemanjaan yang terlampau. Kita patut membawa mereka keluar dari zon selesa. Ini kerana jika mereka terlalu selesa, dan segala permintaan dipenuhi, maka mereka menjadi terlalu bergantung harap, tidak dapat berdikari dan lemah. Mereka akan menganggap kita akan sentiasa menurut kehendak mereka pada setiap masa. Tidakkah kita terfikir jika suatu masa kita tiada, mereka terkapai-kapai kerana sudah terlalu bergantung harap lalu menjadikan mereka lemah untuk meneruskan cabaran hidup. Itulah yang menyebabkan ramai yang telah terpesong ke jalan yang salah untuk menampung keselesaan lampau. Itu menjadi salah kita, kerana kita yang mengajar mereka menjadi manja, lembik dan selalu menangis atas alasan yang remeh.
Memang benar, sebagai ibu dan bapa, kita sangat menyayangi anak-anak kita, namun benarkah cara kita menyayangi mereka. Kita terlalu memberi muka sehingga mereka memijak kepala kita kerana itu yang kita ajarkan kepada anak-anak kita. Itulah yang menyebabkan berlakunya beberapa kes di sekolah, anak kita nakal, tapi kita masih mengatakan anak kita la baik. Maka, perlanggaran disiplin makin berleluasa kerana anak-anak kita tahu ibu-bapa sentiasa memayungi mereka seperti putera-puteri raja.
Maka, kita haruslah mencari intipati terbaik dalam mendidik anak-anak. Penyayang namun tegas, barulah mereka menghormati kita. Biarlah kita digeruni dan disegani. Digeruni kerana tegas, disegani kerana kasih sayang dicurahkan. Seperti ibu dan bapa kita dahulu, memang sangat garang, namu kita sangat mengasihi mereka kerana mereka menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Seperti contoh ayah saya, baru dengar bunyi motornya saja dah lari masuk mandi cepat-cepat. Takut memang takut namun itu semua untuk kebaikan kita jugak, bersiap sedia untuk beribadah, buat kerja sekolah dan belajar. Kalau ayah kita buat tidak tahu saja, kita pun malas ibadah, malas belajar lalu jadilah orang tidak berguna. Lihat lah kita sekarang, dengan didikan mereka, kita menjadi orang yang berjaya, dan hanya itu yang mereka mahu, melihat kita berjaya.
Coretan ikhlas.
Mendidik anak- anak merupakan tanggungjawab ibu dan bapa yang sangat berat. Kitalah yang mencorakkan mereka dengan tangan kita. Kita tak perlu terlalu manjakan anak-anak kita, sebagai contoh mereka merajuk dan tidak mahu pergi ke sekolah kerana tidak dapat bermain PSP (PlayStation Portable). Ternyata itu satu ugutan dan ibu bapa tidak perlu menurut kehendak tersebut malah patut bertindak tegas (bukan memukul ya), supaya mereka tahu, dan membuang kemanjaan yang terlampau. Kita patut membawa mereka keluar dari zon selesa. Ini kerana jika mereka terlalu selesa, dan segala permintaan dipenuhi, maka mereka menjadi terlalu bergantung harap, tidak dapat berdikari dan lemah. Mereka akan menganggap kita akan sentiasa menurut kehendak mereka pada setiap masa. Tidakkah kita terfikir jika suatu masa kita tiada, mereka terkapai-kapai kerana sudah terlalu bergantung harap lalu menjadikan mereka lemah untuk meneruskan cabaran hidup. Itulah yang menyebabkan ramai yang telah terpesong ke jalan yang salah untuk menampung keselesaan lampau. Itu menjadi salah kita, kerana kita yang mengajar mereka menjadi manja, lembik dan selalu menangis atas alasan yang remeh.
Memang benar, sebagai ibu dan bapa, kita sangat menyayangi anak-anak kita, namun benarkah cara kita menyayangi mereka. Kita terlalu memberi muka sehingga mereka memijak kepala kita kerana itu yang kita ajarkan kepada anak-anak kita. Itulah yang menyebabkan berlakunya beberapa kes di sekolah, anak kita nakal, tapi kita masih mengatakan anak kita la baik. Maka, perlanggaran disiplin makin berleluasa kerana anak-anak kita tahu ibu-bapa sentiasa memayungi mereka seperti putera-puteri raja.
Maka, kita haruslah mencari intipati terbaik dalam mendidik anak-anak. Penyayang namun tegas, barulah mereka menghormati kita. Biarlah kita digeruni dan disegani. Digeruni kerana tegas, disegani kerana kasih sayang dicurahkan. Seperti ibu dan bapa kita dahulu, memang sangat garang, namu kita sangat mengasihi mereka kerana mereka menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Seperti contoh ayah saya, baru dengar bunyi motornya saja dah lari masuk mandi cepat-cepat. Takut memang takut namun itu semua untuk kebaikan kita jugak, bersiap sedia untuk beribadah, buat kerja sekolah dan belajar. Kalau ayah kita buat tidak tahu saja, kita pun malas ibadah, malas belajar lalu jadilah orang tidak berguna. Lihat lah kita sekarang, dengan didikan mereka, kita menjadi orang yang berjaya, dan hanya itu yang mereka mahu, melihat kita berjaya.
Coretan ikhlas.
10 June 2011
Nenek menjadi gadis di facebook
Nenek Piah berusia 70 tahun. Tinggal di sebuah kampung di sebuah daerah di sebuah negeri. Nenek Piah ada 6 orang anak yang sudah berkahwin dan mempunyai 24 orang cucu serta 3 cicit. Satu hari semua anak dan cucu Nenek Piah pulang ke kampung. Bila hendak pulang, Nenek Piah memesan kepada cucu-cucunya 'add' di buku muka (facebook) masing-masing. Nenek Piah menggunakan nama samaran Peach, dan gambar seorang pelakon jelita.
Satu hari kawan dari seorang cucunya menambah (add) Nenek Piah dan bersembang. Mari kita ikuti perbualan mereka.
Joe: Hi, boleh berkenalan.
Peach: Hi, bley jer.. U asl maner?
Joe: Asal Kedah, U?
Peach: Oh, I sblh negri u jer..
Joe: U dah kawen ke?
Peach: Sudah, tp i da lame jande.. i ade 24 cucu dah.
Joe (dalam hati,temberang nih): hehe, kelakar la u ni..
Peach: Eh i out dlu la yer.. ade hal sket. t kite chat laen k.
Lalu Joe memberitahu Ahmad (cucu Nenek Piah) tentang chat tersebut tanpa mengetahui Peach tu nenek Ahmad.
Joe: Aku baru jer pas chat dengan sorang awek ni. kelakar betul.
Ahmad: sapa Joe?
Joe: Kau baca la.
Ahmad baca, tiba-tiba beliau termuntah..
Joe: Kenapa?
Ahamd: Nenek aku.
Satu hari kawan dari seorang cucunya menambah (add) Nenek Piah dan bersembang. Mari kita ikuti perbualan mereka.
Joe: Hi, boleh berkenalan.
Peach: Hi, bley jer.. U asl maner?
Joe: Asal Kedah, U?
Peach: Oh, I sblh negri u jer..
Joe: U dah kawen ke?
Peach: Sudah, tp i da lame jande.. i ade 24 cucu dah.
Joe (dalam hati,temberang nih): hehe, kelakar la u ni..
Peach: Eh i out dlu la yer.. ade hal sket. t kite chat laen k.
Lalu Joe memberitahu Ahmad (cucu Nenek Piah) tentang chat tersebut tanpa mengetahui Peach tu nenek Ahmad.
Joe: Aku baru jer pas chat dengan sorang awek ni. kelakar betul.
Ahmad: sapa Joe?
Joe: Kau baca la.
Ahmad baca, tiba-tiba beliau termuntah..
Joe: Kenapa?
Ahamd: Nenek aku.
Bersiap sedia harga minyak akan naik lagi.
Alkisah, semua orang harus bersiap sedia, harga minyak akan naik lagi. Walaupun buat masa ini masih kekal pada RM1.90 seliter (RON95), namun itu bukanlah bermakna kita boleh menarik nafas lega. Apa yang dirisaukan sangat-sangat apabila harga minyak naik ialah barang-barang keperluan lain pun akan turut naik. Apabila berlaku kenaikan ini, inflasi juga akan meningkat. Yang untung tentulah jerung-jerung atasan yang tak fikirkan itu semua. Mana ada orang -orang atasan pergi pasar beli sayur ke, minyak masak ke, bawang ke, tiada kan? Maklumlah semua disediakan, bukan saja makan, malah lampu isyarat pun tak payah berhenti, lebuhraya 400km/j pun sapa tak berani kata apa. Kita? Cubala terlebih 120km/j confirm kena saman. Entahlah. Tak tau lah nak cakap apa. Yang senang bertambah senang, yang susah bertambah susah. Kita ni rakyat biasa terpaksa memerah keringat lebih untuk teruskan hidup. Mohonlah pertolongan Allah semoga kita sentiasa dilindungi, dirahmati dan dikurniakan rezeki yang halal. Sekian.
30 May 2011
Alamak, masih bersawang lagi
Bulan ni langsung tidak menulis. Terlalu lampau kah kesibukannya.. Entahlah..
Subscribe to:
Posts (Atom)