Powered by Nuffnang

02 August 2013

Memahami Isteri anda: Tips untuk lelaki

Mari aku kongsikan sebuah pengalaman yang aku sedut dari Facebook:

Cerita penceraian aku degan isteri ni berlaku pada tahun lepas. Kami dah 9 tahun kahwin dan dah ada 2 orang anak . Masa tu aku di pejabat , dapat 1st sms dari isteri . "Assalam abang, Ina nak mintak cerai dari abang . Harap abang dapat tunaikan . "Tersentak aku. Kenap pulak tiba-tiba . Aku tak balas apa-apa sms kepada isteri .Jam pulak dah pukul 5 waktu aku bersiap untuk ambil isteri balik kerja . Sampai ke pejabat dia pun dalam lebih kurang pukul 5.30 pm. Dia masuk dalam kereta dan diam .Aku pun mula la buka suara "kita ke Tasik Titiwangsa nak?" .Dia jawab ringkas 'ok ' . Tak jauh pun dalam 10 minit dah sampai sebab tempat kerja dia dekat area Jalan Ampang .Jalan pun tak sesak sangat masa tu. Kami duduk dekat satu pondok . Aku mula bertanya.


Aku : Why so sudden? Sekarang dah rasa abang tak cukup kacak ke? ( aku cuba bergurau )
Ina : Sebenarnye ina dah agak letih . Kesihatan abang tak pernah baik . Setiap pkul 3 pagi, Ina mesti bangun buatkan abang air jus epal untuk ubat sakit batu karang abang , tapi tak pernah baik . Malam semalam Ina bangun pukul 3 lagi, buatkan air. Smpai ke pejabat pulak, pendrive Ina rosak, dalam tu ada dokumen yang bos nak, Ina dah kena marah. Sampai waktu lunch, Ina beli makanan, bihun tu basi pulak . Macam-macam hal jadi hari ni. Nak balik tadi, kaki Ina terpeleot sampai jatuh kat depan client . Malu la abang. Ina tak cukup tidur, Ina nak mintak cerai .

Memang betul . Dah lama tapi kesihatan aku  tak pernah baik. Aku ditakdirkan terkena batu karang . Sudah bermacam kaedah berubat tapi tak juga baik. Dah 3 tahun. Ubat tradisional . Aku pun tak pernah guna alternatif perubatan laser sebab mahal. Jus epal yang aku minum tu cuma boleh kurangkan sakit apa yang aku alami ni. Kalau tak malam-malam aku mesti berdarah jugak la . Kewangan pulak masalah sebab anak aku kena hinggap lelah, jadi duit banyak keluar untuk dia masuk wad. Aku bagi jawapan untuk isteri .

Aku : Abang sebenarnya agak terkedu. Tapi Ina dah buat keputusan. Abg berkahwin dengan Ina bersebab. Kalau bukan untuk bahagiakan Ina, untuk sapa lagi. Tapi Ina tak bahagia, abang kena pulangkan balik hak Ina. Ina berhak untuk lebih bahagia daripada sekarang. Abang minta maaf atas apa yang Ina dah lalu ni. Mungkin 3 tahun masa abang tengah sakit ni banyak buatkan hati Ina menangis. Tapi takdir Allah ni abang tak boleh tolak. Abang kena teruskan jugak kehidupan. Abang tunaikan permintaan Ina untuk lepaskan Ina. Abang redha sebab abang sayangkan Ina. Ini pun tanggungjawab. Tapi miggu depan abang lafazkan cerai boleh? Lagipun minggu depan abang outstation, anak-anak  kita pulak cuti sekolah. Takut diorang terkejut pulak benda yang datang tiba-tiba ni. Soal pembahagian anak tu abang tak kan berebut. Kita ada 2 anak, abang akan ambil yang sulung, Ina ambil yang bongsu. Untuk seminggu ni, abang tidur dekat ruang tamu atas sofa. Mungkin anak-anak tak kan syak sebab abang akan buka tv smpai pagi masa abang tidur. Terima kasih atas jagaan Ina selama 9 tahun ni. Dah macam-macam yang kita tempuh. Ina jangan menangis lagi. Air mata Ina tu sangat berharga. Bila kita dah tak bersama nanti, Ina jangan lupa untuk tutup suis seterika pagi-pagi. Lepas Ina gosok tudung, Ina mesti lupa. Abg tak marah. Kereta kita ni manual, Ina dah lama tak bawak manual kan? Esok abang akan hantar untuk tukar gearbox auto. Ina boleh pakai kereta, abang pakai motor je pergi kerja. Safety first Ina, pakai seat belt masa memandu. Ina selalu lupa, tapi abang pakaikan.

Ina : Minggu depan? Boleh la, lagipun masa tu cuti sekolah, Ina akan bawak budak-budak balik kampung. Ok .

Dalam masa seminggu tu, aku tidur dekat luar. Bernyamuk jugak dan panas sebab aircond dekat dalam bilik. Aku jenis tidur mati, berpeluh pun lena je tidur. Tapi Ina tu tak penah lupa untuk bangun pagi buatkan aku jus epal untuk aku minum, seperti kebiasaan. Dah bermacam dvd jugak aku tengok kat rumah tu, walhal tak penah-pernah tengok DVD selama ni. Cuma tau beli je. Tu pun Ina yang nak sebab lepak mapley je mesti beli satu DVD. Aku dengan dia ni tak sama taste, mana la aku suka cerita jiwang-jiwang ni. Huhu. Sampailah cukup semiggu hari sabtu pagi .

Aku : Ina, abang nak cakap sikit ni. Datang dekat abang kejap boleh?
Ina : Ye abang, kenapa?
Aku : Abg dah janji dengan Ina abang nak lepaskan Ina, abang nak lafazkan cerai.
Ina : hah? Tak boleh abang. Jangan! Ina sayangkan abang. Ina dah buat keputusan yang salah. Ina mintak maaf. Kita balik semula ye abang. Ina lupa dengan janji abang, tapi Ina tak biasa bila abang tak da. Orang yang boleh faham Ina dengan baik cuma abang. Ina tak kan ulang benda ni lagi dekat abang. (Ina menangis. Nasib baik anak-anak ada dekat luar rumah, kami di dapur)
Aku : abang dah lama ampunkan Ina. Ina tak salah dalam hal ni. Abang pun susah hati bil Ina takdak. Takdir Allah, tuhan dah baikkan hati Ina. Abang tipu sunat dekat Ina. Sebenarnye abang takdak outstation. Abang bagi alasan tu sebab abang nak Ina bertenang untuk Ina fikir balik keputusan apa yang Ina dah buat. Abang mintak maaf. Dah 9 tahun, abang pun tak biasa kalau tak tengok kecantikan Ina waktu pagi tanpa mekap. Abang rasa sejuk. Walaupun Ina tidur dengan berbagai gaya. Sendawa Ina lepas makan, betul-betul buat abang tergelak. Langsung tak cover. Tapi tu la, kalau Ina tak nak kat abang ni, abang makin tua makin tampan. Melepas la Ina.
Ina : abang niiii . ( Ina pun peluk aku ) . Ina shampoo rambut abang nanti nak? Dah selalu rasa air tangan Ina ni baru la abang tak menggatal .
Aku : Hamboii . Bodek nombor 1. Haha.

Alhamdulillah aku dengan Ina tak jadi bercerai. Takdir Allah hubungan tu selamat dengan masa. Ada cara sebenarnya macam mana aku nak tackle masalah ni. Alasan dia sebab dia letih bangun pagi buat jus epal untuk aku. Dia kena tau, level dia sebagai isteri dia kena buat. Aku tak pernah paksa, cuma aku ni pun orang yang susah untuk bangun seawal 3 pagi. Huhu. Tapi terpaksa dia ni adalah kerja untuk Allah. Yelah sebab jaga suami kan. Dari hati yang terpaksa tu dia akan ikhlas. Macam solat. Orang yang nak berubah dia kena bentuk diri dia dengan solat. Dia buat dalam keadaan memaksa. Tapi hati ni milik Allah. Lama-lama dia akan ikhlas & redha. Ikhtiar aku, cuma aku berdoa mintak dia dilembutkan hati. Standard orang perempuan, emosi dia ni turun naik. Bila emosi dia naik, moral dia akan down & marah. Masa ni la dia kurang sabar. Bila buat keputusan, memang dia akan ikut apa saja yang terlintas. Dia akan capai yang mana ada dulu dalam fikiran dia. Emosi dia tak stabil . 

Ina ni agak pelupa . Sebenarnye ada helah kenapa aku bawak dia ke Tasik Titiwangsa dulu masa dia mintak cerai. Kat situ mulanya date kami dulu. Waktu tu, Ina tersalah dail telefon. Angka cuma lari 1 saja dari nombor yang dia nak dail tu. Dia cari Ramli masa tu. Aku bila dengar suara perempuan saja, apa lagi, guna kan lah teknik penyamaran. Lagipun suara dia ni sedap didengar sebab suara manja. Lagi lah aku lentok. Cuma dia cakap laju je. Kereta dia tengah problem masa tu sebab tak boleh nak start (kereta kancil ni dah jual , aku beli kereta baru). Aku bagi dia troubleshoot. Tapi dia tak pandai sebab orang perempuan kan. Bab-bab ni dia tak laju. Kesian pun ada sebab dengar suara dia dah nak menangis. Lagi lah aku tak jadi nak menipu, aku cakap aku bukan Ramli. Aku cakap aku datang nanti, kalau dia sudi. Dia dah mula risau, tapi aku bagi tau waktu siang ni. Aku tak mungkin nak culik dia. Kalau dia ada rasa ragu-ragu, dia boleh jarakkan diri 50 meter dari aku & mula menjerit kalau nampak aku ni meragukan nanti. Niat cuma nak tolong. Aku sampai & jumper battery dia balik & kereta boleh start. Tapi dia tak jarakkan diri aku pun, dia tengok dengan penuh minat & penuh dengan pertanyaan. Aku pun tanya la, "dalam kereta awak ni ada payung burger tak?" Dia tnya "kenapa?". Aku jawab, "kalau ada, saya nak bukak kaunter pertanyaan kat sini" . Dia kata aku perli pulak. Haha. Kereta dia memang kemas & superb wangi. Dia bukak pintu kereta & ambil air twister masa tu bagi dekat aku. Aku balas, "Aih tak kan ni je . Nasik-nasik takdak ke? Kot ada jamuan ringan nanti, jgn lupa call pulak. Saya ni kuat makan". Tu la pertama kali aku tengok dia senyum & gelak. Memang mengekek. "Aih minah ni. Ade bela ke,"  tanya aku dalam hati. hahaha . 

Memang betul. Tiap kali gaduh ni, benda pertama yang aku akan recall, macam mana aku boleh kenal Ina ni & kenapa mesti aku mula bercinta dengan dia dulu. Mase tu dah berlalu. Bab ni memang penting. Itulah resepi kenapa aku dengan dia boleh bertahan sampai 9 tahun lamenya. Tapi mata dia memang sangat cantik. Mungkin tu sebab kenapa aku terpikat dengan dia kot. Main-main mata dengan aku, mana aku boleh tahan. Cair terus. Haha

Sebelum kahwin dengan Ina ni, aku dah kaji habis-habisan apa watak dia. Tapi masa bercinta tu tak nampak. Agak tricky jugak , tak kan la takdak salah langsung. Makan pun elok saja sopan. Macam aku makan dengan permaisuri agong pulak. Haha. Tapi masa bercinta dulu Ina dah terkantoi. Aku tengok tudung dia ada sikit terbakar. Jadi aku tanya kenapa. Dia kata dia nak cepat tadi sebab aku dah nak datang. Dari situ sebenarnya aku tau dia seorang yang agak kurang sabar. Dia tak bersedia awal sebelum aku nak datang. Org macam ni dia cepat buat keputusan bila dia marah.

Orangnya sensitif & dia seorang yang simple. Simple tu sebab dia suka kenakan pakaian yang ringkas. Dia tak pandai pilih baju. Seluar jeans dia pun kakak dia yang belikan. Dia takut pada lipas, jadi aku agak dia seorang yang pengemas. Bawah katil dia mesti clear takdak barang. Kalau tak dia tak senang tidur. 

Penyayang, tu pun sebab dia bela kucing. Waktu kucing dia mati dulu, aku ada dan dia riba mayat kucing tu. Kucing tu dah berdarah-darah, tapi dia msih boleh riba. 

Concern, tu pun sebab dia tengok budak-budak lelaki tak solat, lepak-lepak dekat mapley. Dia tanya aku dah solat belum, dia risau kalau aku tak solat, macam mana aku nak jaga dia esok-esok. 

Family first, masa aku kenal dia, dia cepat-cepat bagitau keluarga dia yg dia tengah berkenalan dengan aku. 

Caring, setiap pagi dia tak kan lupa untuk bagi salam dekat aku dan dia tak nak aku kerja lebih masa sebab takut kesihatan aku terabai . 

Talkative, kalau bercakap telefon dengan dia, 10 minit pun tak cukup untuk 1 sesi . 

Tabah, dia pernah sakit tapi dia selalu sedapkan hati kuatkan diri untuk keluarga dia , tak nak keluarga dia risau keadaan dia. 

Terurus, dia suka pada benda yang wangi, dia secara semulajadi tak ada bau yg mengharukan. 

Friendly, dia seseorang yang suka berkawan tapi kadang-kadang orang suka ambil kesempatan pada kebaikan dia ni.

Rajin memasak, dia suka kalau bab-bab nak suruh aku cuba makan ni. Tapi dia tetap tak pandai buat nasik goreng. Mee goreng ok. Lagipun, dia ni jenis yang tak makan nasik. 

Cantik, ini yang kadang-kadang buat aku risau (jeles memanjang). Dia ada kacukan korea dan dia gebu orangnya. Tapi dah selamat jadi isteri aku pun. Jadi aku tak risau. She's really a perfect girl to be married.

Ingat bro. Perempuan ni dia perlukan perhatian. Kesilapan paling utama, bila kau buat dia menangis. Masa ni la, cerita yang takdak bakal diada-ada kan. Sebab dia confuse. Orang lelaki ni pulak suka buat orang perempuan confuse. Bila marah @ kecil hati je diam. Kalau yang panas baran tu, mungkin naik tangan la. Maki-maki ke. Ini lansung tak gentleman. Alam perkahwinan ni lain. Susah memang ada, tapi seronok pun ada. Aku kahwin dengan Ina waktu dia masih muda, dia baru habis belajar. Pembawakan dia agak kebudak-budakan tapi perlahan-lahan dia matang bila dah jadi isteri. Banyak part yang dia akan belajar, secara automatik nya dia akan pandai. Contoh, dia tak pandai gosok baju kemeja dulu sebab dia tak pernah buat. Aku ajar dia gosok, sampai sekarang dia pndai, baju kemeja aku memang kemas. Kawan-kawan mesti tegur, kau pakai baju baru ke ni? Kembang semangkuk sat. Bini pandai jaga, memang tip top lah hasil nya aku ni. Hehehe.

Belanja aku nasik kandar berbuka nanti boleh? Aku dah penat turunkan kau ilmu ni. Lauk tambah ya.. Haha

~ pengalaman ni aku salin dari facebook kawan . Baik sebenarnya untuk panduan orang lelaki. Secara overall perangai orang perempuan lebih kurang sama. Cuma tanggungjawab kita untuk lebih memahami.

No comments: